Demi Masa

Sunday, March 28, 2010

hari mingguku..

Bismillahirrahmanirrahim..

Semoga rahmat Allah melimpahi bumi sentiasa. Amin.

Aku rasa hari minggu aku kali ini agak terisi. Semalam, seawal jam sembilan pagi lagi aku sudah memulakan hari dengan kelas tambahan matematik. Kelas tersebut berlangsung selama lebih kurang empat jam. Ya, pastilah ada rehat di antara masa tersebut. *Lecturer saye tidak kejam ye..* Alhamdulillah. Syukur, pagi-pagi lagi hari aku telah digunakan untuk perkara berfaedah.

Kemudian, usai kelas tersebut sekitar pukul satu lebih, aku pulang ke bilik dan terus bersiap-siap kerana ummi dan ayah sudah mengatakan bakal sampai lebih kurang empat puluh lima minit kemudian. Packing baju sedikit, kemas katil dan mandi. Selesai. Sesudah solat zohor, ummi dan ayah telah pun menunggu di tempat letak kereta di hadapan mahallah. Destinasi seterusnya UIA Gombak.

Sampai di Gombak lima belas minit kemudian. Abang juga telah menanti di situ. Akak dan abang mengikuti kereta ayah. Kami menuju ke hotel dahulu. Asar sudah hampir sangat waktunya sewaktu kami check-in di hotel. Jadi kami memutuskan untuk bersolat asar dahulu sebelum ke destinasi yang dirancang.

Usai solat, kami menghala ke arah stesen LRT. Abang yang jadi tourist guide kami. Alhamdulillah, kami selamat sampai ke PWTC, destinasi yang dirancang. Pesta Buku Antarabangsa sedang meriah di situ. Ramai. Memang tidak dinafikan.

Kami mula ke Karangkraf. Ya Allah, ramai sungguh manusia. Aku terus hilang selera untuk melihat-lihat buku di situ. Aku ke booth iluvislam sahaja. Adalah beberapa cenderahati yang dapat dibeli. Ha, di booth yang lain kami sekeluarga dapat berjumpa dengan Ustaz Hasrizal, penulis buku Aku Terima Nikahnya. Baru aku tahu rupa-rupanya rumahnya dekat dengan masjid Pasir Puteh. Aku tahu dia tinggal di Ipoh, tak tahu pula di Pasir Puteh.

Pulang dari PWTC, kami singgah di kedai makan dahulu. Sehari suntuk belum makan lagi, pesta buku punya pasal. hahA! Maghrib menjelang kami pulang ke hotel. Malam itu aku, ummi dan ayah ke Sogo. Sengaja mencuci mata.

Panjang aku ingin tulis sebenarnya. Tetapi sudah hilang semangat untuk menulis pula. Nantilah ya? Ada perkara penting ingin diceritakan. Wassalam.

No comments: