Demi Masa

Saturday, March 20, 2010

di pagi hari

Bismillahirrahmanirrahim..

Syukur padaMu ya Allah kerana memberi aku peluang untuk menghirup udaraMu lagi pagi ini. Alhamdulillah.

Sedang bersendirian bertemankan laptop di hadapanku dan juga secawan air Vico 3 in 1 beserta biskut Munchini keluaran Munchy's. Sambil memerhati keindahan alam dari tingkap bilikku setinggi lima tingkat ini. Huh..UIA semakin lengang pada hujung minggu ini. Roomateku seorang telah pun pulang ke rumahnya semalam. Seorang lagi juga bakal mengikuti jejak langkah pelajar UIA yang lain, keluar ke bandar. Iyalah, pesta buku sedang berlangsung di PWTC sekarang ini. Dari posisi yang aku duduk sekarang ini, aku dapat melihat pelajar-pelajar UIA melangkah keluar dari pagar UIA untuk ke destinasi masing-masing. Semoga langkah mereka dirahmati Allah. Amin.

Aku juga punya keinginan untuk ke pesta buku tersebut. Dan untuk makluman semua, aku sangat menggilai buku. Jikalau aku ke kedai buku MPH, boleh berada berjam-jam untuk membelek-belek buku di situ. Agak sedih juga tidak berpeluang untuk ke PWTC hari ini, namun aku percaya pasti ada hikmahnya.

Bukan tidak ada yang mengajakku. Dan aku juga telah meminta keizinan ummi dan ayah serta mereka telah membenarkan. Namun, inilah aku. Maafkan aku sahabat, bukan aku tidak mahu menyertai kalian ke pesta buku tetapi aku punya alasan tersendiri. *Roomateku baru meninggalkan aku 30 saat yang lalu*

Apabila aku diberitahu bahawa kalian akan ke TS (Times Square) selepas ke pesta buku tersebut, hatiku terus tawar untuk keluar. Entah, aku tidak selesa mungkin untuk ke tempat-tempat seperti itu. Mid Valley pun aku pernah jejakkan kaki beberapa kali sahaja, kebanyakkannya bersama ummi dan ayah. Katalah aku ini manja, anak emak atau bapa sekali pun. Aku punya prinsip sendiri. Merayau-rayau di shopping mall bersama rakan, itu bukan aku. Melainkan ada perkara yang mendesak untuk aku ke sana. Sekali lagi, maafkan aku sahabat.

InsyaAllah, aku akan ke pesta buku suatu hari nanti. Apabila keadaan sesuai dan aku selesa dengannya. Tetapi kali ini, harus aku katakan, keadaan tidak mengizinkan. Dan ya, pasti Allah tidak mentakdirkan aku ke sana.

Sekian sahaja, aku akan terus setia di atas meja ini sambil terus menikmati keindahan ciptaan Ilahi. Wallahu'alam.

No comments: