Demi Masa

Saturday, April 13, 2013

Yazid wa yankus.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah masih mampu bernafas. Alhamdulillah masih mampu melihat. Alhamdulillah masih mampu mendengar. Alhamdulillah masih mampu menghidu. Alhamdulillah masih mampu berkata-kata. Alhamdulillah untuk segala-galanya Ya Allah. Segala puji hanya bagiMu. Selawat dan salam untuk Rasulullah SAW.

Peluang untuk bernafas lagi hari ini, mungkin satu nikmat mungkin juga rahmatNya memberi peluang untuk aku bertaubat atas dosa-dosa semalam. 

Iman. Yazid wa yankus.

Itu iman manusia.

Itu iman aku. Aku juga manusia.

Tahu graf sine(x)? Ada naik dan turun. Kala ini, aku rasa function untuk iman aku menghampiri sine (270). Sedih.

Entah kenapa. 

Rasa macam sangat jauh dengan Allah. Rasa macam hati makin keras. Rasa air mata kering untuk menangis taubat. Rasa aku bukan aku lagi.

Benci.

Aku rindu 'aku' yang selalu merindu majlis-majlis ilmu. Aku rindu 'aku' yang sentiasa berkejar untuk melakukan kebaikan. Aku rindu 'aku' yang itu.

Mana air mata?

Ke mana pergi hati yang tunduk sujud merendah pada tuhan?

Pilihan.

Antara yang banyak-banyak pilihan, kenapa aku pilih yang samar-samar jalannya.

Kenapa aku pilih untuk menjauh dari yang aku betul-betul yakin jalannya cerah bersuluh.

Yazid wa yankus.

Bila dia menurun, bukan bermakna terus biarkan dia terus menurun. 

Cari jalan untuk dia meningkat! ketuk kepala tu! Lempang pipi, kiri, kanan!

Berjalanlah, kembaralah melihat keindahan ciptaan Ilahi. Mencari ibrah. Melihat kekuasaan, menilai kelemahan diri.

Baru nanti, kau tahu tinggi rendahnya langit. 

Baru nanti kau sedar kecil besarnya engkau berbanding Al-Khaliq.



"Orang Mukmin melihat dosa ibarat gunung yang menghempapnya. Ahli maksiat pula melihat dosa ibarat lalat yang hinggap di hidungnya."