Demi Masa

Thursday, December 30, 2010

such and such :)

Bismillahirrahmanirrahim..

With the name of Allah, I begin writing this kalam. Hoping His grace in each breath I breathe. Peace be upon the Messenger Muhammad SAW.

Currently, having a cup of hot chocolate sitting on the chair in front of my laptop. Such a blissful moment! No stressful feeling anymore, or precisely not yet.

There's dynamics assignment waiting next to me. Just wait a minute, a few sip more then I'll treat you nicely. InsyaAllah.

*Smile ;)

Hoping this moment never ends..

Allahu'alam.

Sunday, December 26, 2010

Congrats!!

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku kembali menukilkan kalam dengan menyebut asma' Allah. Semoga redhaNya sentiasa bersama di setiap hembusan nafasku. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk menghirup udaraNya. Walau jika dihitung dosaku, pasti tidak layak untuk menerima nikmat seperti ini. Subhanallah, Maha Suci Engkau.

Pertama sekali, tahniah buat my salakians junior yang berjaya menaikkan nama Pasir Salak hingga mendapat tempat kedua antara semua MRSM. Mabruk! Alhamdulillah segala usaha kalian membuahkan hasil. Tentu juga berkat ajaran dan titik peluh para pendidik. Dan pastinya dengan redha Ilahi.

Baru sahaja sampai di UIA dari Johor. Attending my sister's wedding there. Staying in Scholar's Inn UTM Skudai was such an unforgettable memory. Biarlah kenangan itu hanya tersemat di ingatan, tidak perlu dicerita mungkin. Layanan keluarga Encik Azeze sangat superb. Sehingga malu kami rasakan dilayan seperti itu. Terima kasih ya.

Akak semalam dimake-up sangat tebal. Hampir sahaja aku tidak kenal, lain sungguh! Aku mencebik muka kepada akak. Aku sedikit berbisik kepada akak mengenai solekannya. Semahunya tidak mahu didengari oleh Encik Azeze, risau berkecil hati.

Selalu juga akak dan Encik Azeze datang ke rumah kami di Scholar's Inn itu. Mungkin akak rindu dengan semua ahli keluarganya. Jujurnya, aku juga rindu pada akak. Tetapi, apa boleh buat? She's somebody's wife now. Aku sebolehnya tidak mahu terlalu rapat dengan akak. Bimbang kalau-kalau suaminya terasa.

Aduh, mata sudah basah..

Mahu atau tidak aku terpaksa menerima suratan ini. Benar, kini hidup aku semakin senyap di rumah. Tiada lagi gurauan dengan akak. Selalu juga bergaduh dengan akak. Kini..tiada lagi. Suaminya adalah orang yang paling utama padanya sekarang. Aku tidak mahu mengganggu hak suaminya itu.

Sudah mengalir pun..

Dahulu, aku tertanya-tanya perlukah wujud perasaan sedih apabila ada ahli keluarga yang berkahwin. Sekarang aku sudah tahu jawapannya mengapa. Dalam perjalanan pulang tadi, ada juga berbincang sedikit mengenai pertunangan abang pula. Aku sekadar mendengar dan memerhati. Hatiku berbisik, "Sekali lagi aku perlu tabah dan redha untuk melepaskan." Itulah aturan kehidupan ini, bukan?

Aku menenangkan hatiku sendiri. Menyimpulkan itu dan ini. Berdialog dengan hatiku sendiri, harapnya iman turut sekali. Melihat akak semalam, aku dapat rasakan dia masih rindukan Ummi dan Ayah. Aku pula berfikir, mampukah aku pula berpisah dengan Ummi dan Ayah, juga keluarga yang lain? Lantas aku pantas memilih keluarga. Selepas Allah dan RasulNya, keluargalah yang bertakhta di hatiku.

Aku terus berfikir. Perkahwinan itu melibatkan bukan hanya dua hati, malah banyak. Perkahwinan itu menyatukan hati si suami dan si isteri. Juga perkahwinan itu menyatukan hati keluarga pihak suami dan pihak isteri. Pernah mendengar kata orang bahawa kita berkahwin bukan hanya dengan pasangan kita sahaja tetapi dengan keluarganya juga. Terlalu banyak yang kita perlu ambil kira sebelum berkahwin sebenarnya.

Ayah bersembang dengan kami semalam, "Akak kena berdakwah. Ayah dulu alhamdulillah dah berjaya". Aku pantas membalas, "Ayah lelaki, senang sikit. Akak perempuan, boleh ke?".

"Mesti boleh, insyaALLAH". Balas ayah menyandarkan harapan kepada Allah. Ya, hal itu membuatkan aku terfikir, mampukah aku andai aku di tempat akak? Beban dakwah itu terletak di atas bahunya. Mahu atau tidak, dakwah itu wajib. Seperti yang aku nyatakan tadi perkahwinan itu turut menyatukan hati keluarga. Keluarga Si Suami sudah menjadi keluarga Si Isteri. Sayangkan keluarga pastinya mahukan bersama hingga ke syurga. Akak, semoga berjaya dengan dakwahmu!

Aku terus berfikir dan berfikir. Nampaknya aku belum cukup bersedia untuk menjadi isteri, juga menantu. Calonnya? Biar Allah tentukan segala.

Wallahu'alam bissawab.

Thursday, December 23, 2010

Hati dan Akal Bicara Cinta

Bismillahirrahmanirrahim..

Mulakan kalam dengan menyebut asma' Allah. Semoga redhaNya sentiasa bersamaku. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Cuma mahu berkongsi artikel yang diambil dari iluvislam.com. Artikel asal di sini.

Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam...

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...

Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...

Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...

Tuesday, December 21, 2010

Fardhu Kifayah

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah, aku memulakan kalam. Mengharap redhaNya tiap waktu. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Hari ini buat medical check up. Tiada masalah serius, cuma perlu diberikan perhatian. Berdebar juga menunggu dipanggil masuk berjumpa doktor. Risau kalau-kalau apa yang dihidapi serius. Alhamdulillah, tiada apa-apa.

Geram. Doktor yang merawatku adalah lelaki. Dan pemeriksaan ini memerlukan sentuhan fizikal. Mahu menangis sahaja apabila disentuh oleh ajnabi begitu. Benar, ianya dibolehkan. Tetapi seharusnya disediakan doktor wanita untuk melakukan sentuhan fizikal, bukan?

Terasa maruahku tercemar begitu sahaja. Beritahu Ummi perkara ini, Ummi menenangkan dengan mengatakan bahawa hal ini terpaksa. Tetapi masih berbekas di dalam hati. Aduh, Universiti Islam Antarabangsa namanya, sepatutnya menitikberatkan fardhu kifayah begini. Islam itu tidaklah terlalu keras. Tetapi Islam sentiasa ada jalan penyelesaian.

Dalam hal perubatan, aku terbaca dalam Majalah Anis edisi bulan lepas tidak silap, diutarakan isu berbidankan doktor lelaki. Semua ibu mahu kehormatan mereka dijaga walaupun ketika melahirkan anak. Suami perlu tegas dalam hal ini dengan meminta pihak hospital menyediakan perkhidmatan doktor wanita bagi isteri mereka.

Aku tidak mahu kehormatan dan maruah yang aku jaga selama ini dicemari dengan hal yang boleh dielak sebegini. Ini negara Islam, pasti ada alternatif lain untuk itu. Bangkitlah!

Wanita itu ibarat mawar. Durinya tajam, bukan untuk didekati oleh sebarang kumbang. Hanya yang layak, dibenarkan menghisap madunya. Kerana kumbang berani itu ditentukan Ilahi untuknya.

Kami mahu maruah kami dipelihara. Siapa lagi penjaga kaum muslimat kalau bukan antum, wahai muslimin?

Wallahu 'alam bissawab..

Monday, December 20, 2010

Ma fi qalbi ghairullah

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku menulis kembali dengan dimulakan dengan asma' Allah. Semoga redhaNya di setiap hembusan nafasku. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Letih melayan emosi yang entah apa-apa ini. Cukup!

Tadi petang tidur sebentar untuk menghilangkan lelah juga dengan harapan semua perasaan sedih itu akan hilang dibawa mimpi. Ah, makin pening adalah apabila bangun.

Tiba-tiba rasa mahu menangis apabila terjaga tadi. Oh, tidak! Air mata ini tidak layak untuk itu. Tenang, tenang, istigfar banyak-banyak.

Aku menelefon sahabatku, Amni. Dialah pendengar setia masalah aku sejak di maktab lagi. Aku cinta sahabatku ini, lillahi ta'ala! Mata sudah terasa basah-basah sedikit. Fuhh, sabar mujahidah. Nasihat dia, "pergi baca al-mathurat shark, tenang sikit nanti". Benar sahabat, itulah jalan yang terbaik. Dek terlalu melayan perasaan itu, Allah tanpa disengajakan dilupakan. Astagfirullahal'azim.

Habis berbicara di telefon aku lantas mencapai al-mathurat. Dengan sepenuh hati aku menaruh harapan kepada Al-Khaliq, pemilik hatiku. Semoga tenang diperoleh. Amni memberi mesej menyuruh aku menghayati makna mathurat itu sekali, insyaAllah lebih tenang. Aku mengikut nasihatnya. Alhamdulillah, sudah semakin tenang sekarang. Ini semua rahmat Allah. Sahabat aku tadi juga bukti cinta Allah kepadaku. Syukur.

Amni, aku tahu engkau antara pembaca blog ini. Aku mahu engkau tahu, aku mencintaimu lillahi ta'ala. Aku bertuah dikurniakan sahabat sepertimu. Terima kasih sahabat untuk segalanya. Terima kasih untuk persahabatan ini. Terima kasih untuk cinta itu. Sayang anda sangat-sangat!

Cukuplah Allah untukku, dalam hatiku hanya ada Allah..

Sunday, December 19, 2010

Walimatul 'Urus

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku mulakan kembali penulisan kalamku de
ngan asma' Allah. Mengharap bait-bait kata yang bakal dicoret mendapat redhaNya. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW yang dirindui.

Alhamdulillah, sudah selamat sampai di UIA.
Hampir separuh perjalanan tadi aku hanya tertidur di dalam kereta. Penat masih bersisa. Namun, insyaAllah perjuangan ini akan tetap diteruskan.

Malam semalam upacara membuka hadiah
dan ada juga jamuan kecil-kecilan. Banyak sungguh hadiah. Ini yang membuatkan aku mahu berkahwin juga ni. hihi. Sabar, masih mencari.

Hadiah yang paling tidak boleh aku lupa ialah,
botol susu! Siapalah yang nakal begitu ya? Aku rasa seperti muka aku yang naik merah. Ya Allah, malunya kalau aku adalah akak. Semua saudara mara gelakkan, tidak kurang juga mengusik. Ish, aku pula yang malu ni.

Jamuan semalam tidak luak sangat. Sate
400 cucuk itu terpaksa dibahagikan kepada saudara mara untuk dibawa pulang, bihun juga. Kek masih ada lagi di rumah. Sila habiskan ya, Encik Azeze.

Sedikit gambar dari kameraku. Sedikit cuma. Terlalu sibuk, sehingga tidak punya cukup masa untuk mengambil gambar.
Tunggu dari cameraman sahajalah.


debaran menanti majlis akad

ketika ijab dikabul

solat sunat berjemaah selepas nikah

halal sudah

tempat memotong kek

tiada pelamin, hanya meja makan

three-tier-cake, yummy!

kepenatan sesudah majlis

ayah menandatangan 'tinta kenangan'


membuka hadiah bersama


Barakallahu lakuma

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan asma' Allah aku mulakan kalam. Mengharap redhaNya di setiap hembusan nafas. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW yang dirindui.

Pertama sekali, barakallahu lakuma, akak dan Encik Azeze. (urm, masih tidak tahu panggilan apa yang sesuai)

Alhamdulillah, selesai semua majlis. Segalanya berjalan dengan lancar. Syukur, syukur, syukur. Tetamu yang datang tidak putus-putus. Tidak menang tangan aku, Nura dan Kak Roha menyenduk cendol. Itu tugas kami. Fuh.

Akad nikah malam semalam sesudah isyak. Kami solat isyak berjemaah di Masjid Negeri. Selesai memberi salam, aku mulai sebak. Ketika berdoa air mata tidak dapat tertahan lagi. Puas menenangkan hati sendiri. Susah, namun aku gagahi juga. Itu adat hidup. Mesti melepaskan akak kepada suaminya. Akak bukan milik kami, bukan milik aku. Fitrahnya memerlukan suami. Dan aku, pasti, kekal menjadi adiknya walau apa yang berlaku. InsyaAllah.

Ketika lafaz ijab dan kabul itu disebut, air mata aku dan Ummi laju mengalir. Ketika itu sah akak sudah menjadi isteri kepada Encik Azeze. Mungkin tangisan kami berlainan alasan, namun pemangkinnya serupa.

Mesej Abangme semalam membuatkan Ummi dan Ayah sebak. Aku hanya 'control macho' ,kononnya. Tetapi menangis juga sembunyi-sembunyi di bilik air. Kasihan Abangme, sering sibuk ketika ada perhimpunan keluarga. Bukan kemahuannya, tetapi terpaksa. Mesej semalam membuatkan aku sedar, siapa kata kami adik beradik tidak sayang antara satu sama lain? Cinta dan kasih kami lillahi ta'ala.

Jujurnya, aku rindu pada usik tawa dan gurau mesra bersama mereka. Aduh, mengapa mata ini berair pula?

Tahun hadapan insyaAllah giliran abang pula. Seorang lagi, dan aku perlu kuat dengan peraturan ini. Mereka masih abang dan kakak aku, bukan?

Giliran aku? Semahunya biarlah Abangme dahulu. Tidak mahulah langkah bendul sekali lagi seperti akak. Malu pula rasanya kalau begitu.

Iya, baru teringat. Dalam ramai-ramai tetamu tadi, ada seorang rakan sekolah rendahku dahulu, Hafiz. Ada bau-bau bacang juga dengannya. Lain benar rupanya sehingga hampir tidak kukenali. Mujur sahaja kakaknya menegurku. Kakaknya memberitahunya kewujudan aku disitu. Dia tersenyum, dan aku memaniskan wajah sebagai tanda hormat. Ketika aku sibuk bersama 'cendol tersayang', dia menegurku. Hanya sebentar cuma, dia sudah mahu pulang pun. Petroleum, bidang yang diambilnya di UTP. Agak kekok berbicara dengannya kerana sudah besar panjang begini. Malu, segan. Tetapi seperti biasa aku cuma berlagak 'macho'. Ah, bukan cerita mengenai dia aku mahu tuliskan di sini. Cuma selingan.

After all, that was such a wonderful wedding. Gambar malas lagi untuk diupload. Doaku, semoga berbahagia hingga ke syurga. Amin.

Friday, December 17, 2010

Malam Berinai

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku mulakan dengan asma' Allah. Mengharap redhaNya sentiasa. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Alhamdulillah, masih bernafas hingga kini. Selamat sampai rumahdalam pukul 9 malam tadi. Bertolak kononnya pukul 2 petang, huh! Janji melayu belaka. huhu. Hampir pukul 6.30 baru bertolak keluar meninggalkan bumi Kuala Lumpur itu. Aku dan Nura hanya menahan perut lapar dek berpuasa dan berbuka hanya apabila sampai di Tapah. Hampir pukul 8 malamlah juga. KFC sahaja pilihan kami. Makanan yang cepat, fastfood bukan? hihi.

Dapat juga membantu serba sedikit mengisi goody bag. Kemudian menolong akak memakai inai. Pakai juga sedikit di jari sendiri, namun kemudian ditanggalkan kerana susah mahu melakukan kerja. Tetapi inai tidak merah. Apekah??

Jam sudahpun menunjukkan pukul 1 pagi. Mata belum terpejam walaupun sudah terlalu penat. Entah apa-apa sahaja yang difikirkan ini. Mahu kawen jugalah, boleh???

hahA!

Thursday, December 16, 2010

Syukur

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan asma' Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji dan puja hanya layak padaNya. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Syukur, selesai juga urusan tadi. Bimbang juga tidak sempat disudahkan. Alhamdulillah, Allah telah mempermudahkan segala.

Mahu tercabut juga rasanya segala tulang lutut ini berjalan ke sana ke mari. Kelas hari ini tidak banyak pun. Cuma sibuk dengan urusan permohonan itu. Penat.

Harap-harap segala usaha dibalas indah.

Interview
28 Disember ini. Risau, mahunya tidak? Berapa banyak interview which then I turned it suck. Sangat teruk. Takde keyakinan diri. huh, tak suke!

UIA, please be nice to me ;) *wink..wink

Senyum sedang terukir sekarang. Pukul 2 petang nanti akan pulang ke Ipoh dengan Abang. Nura ikut serta. Terima kasih sahabat:)

Jadi itulah pilihanku? Jangan fikir sebarang ya. Ponteng kelas is so not me. Aku sudah fikir 10 kali, atau lebih mengenai perkara ini. Allah sudah tunjukkan jalan, dan itu yang aku pilih. Syukran lillah.

Esok majlis ijab dan kabul. Akak bakal menjadi isteri orang. Aku? Masih mencari..hihi.

Zohor sudah dekat rasanya. Mahu berhenti menulis. Bakal menghadapi hari yang sibuk di rumah nanti. Mungkin tidak punya masa untuk mengupdate. Entah siapalah yang bernikah sebenarnya? Silap-silap aku. hahA! Tidaklah. Saya sudah punya pilihan sendiri :)

Tuesday, December 14, 2010

sudahlah..

Bismillahirrahmanirrahim..

Kembali menukil kalam dengan dimulakan dengan asma' Allah. Selawat dan salam buat junjungan mulia.

Ah, baca kembali post sebelum ini. Lemahnya mujahidah ini.

Sekarang? Sudah tenang. Sungguh, ketenangan itu hanya dapat dengan mengingati Allah. Sudah berwudhuk, juga menunaikan ibadat fardhu. Usai dengan al-mathurat. Hati terasa lapang. Masalah kecil begitu pasti mudah jalan penyelesaiannya.

*Senyum :) mari senyum sama-sama saye;)

Belum lagi ketemu jalan penyelesaian yang pasti, cuma yakin, Allah pasti memudahkan segala urusan hambaNya yang berserah diri padaNya. Yakin!

Sila lupakan 'aku' yang sebentar tadi. Biasalah, perempuan. Ada saatnya hormon tidak stabil dan terganggu. Cukup mudah dibawa emosi. Entah apa-apa.

Semangatku sudah kembali. Perkara kecil begini bukan halangan kepada perjuangan ini. Sudahlah..Ke tepikan hal ini. Perjuangan ini memerlukan mujahadah yang gigih.

'isy 'azizan au mut syahidan!

Pilihan

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku mulakan dengan asma' Allah. Mengharap redhaNya di setiap hembusan nafas. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Tangan menggigil, mata sudah berair, hati pula bagai dihimpit-himpit.

Ya Allah, kuatkan aku dengan ujianMu yang teramat kecil ini. Sungguh, aku hambaMu yang amat lemah.

Mahu salahkan UIA yang sesuka hati menukar jadual kuliah? Entah. Tidak patut juga, mereka punya hak, punya kuasa. Aku, kami, kita hanya bergelar pelajar yang perlu redha segala. haih~

Kuat! Jangan biar air di mata mengalir.

Sungguh, ini cuma ujian kecil. Cuma aku tidak gagah menempuhinya ketika ini. Mengikut perancangannya, Khamis ini aku bakal pulang semula ke Ipoh untuk membuat persiapan terakhir perkahwinan akak. Sudah dirancang dari awal. Jumaat sepatutnya tiada kelas, tetapi baru sebentar tadi melihat semula jadual. Sudar ditukar!

Itu satu-satunya kakak aku. Aku mahu menolong membantu meringankan kerja Ummi dan Ayah mempersiap segala.

Aduh, mengalir juga..

Menggadaikan kelas, semata-mata untuk itu? Ummi Ayah pasti tidak bersetuju. Aku juga berat hati untuk melakukan begitu.

Pilihan, pilihan, pilihan..Yang mana yang terbaik? Ya Allah Ya Rabbi, bantulah hambaMu ini. Permudahkan urusanku Ya Allah. Aku percaya ada hikmah di sebalik sesuatu yang Engkau tetapkan. Aku mohon berikan yang terbaik buatku, juga buat keluargaku. Amin.

KepadaMu aku serah segala..


Monday, December 13, 2010

Redha ibu bapa adalah redha Allah

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku memulakan kembali penulisanku dengan asma' Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Mengharap redhaNya pada setiap hembusan nafas ini. Selawat dan salam buat junjungan mulia yang dirindui selalu, Rasulullah SAW.

Alhamdulillah, syukur masih berpeluang untuk kembali ke bumi UIA ini. Semester baru ini, harapnya dapat memperbaharui diri dari yang buruk kepada baik. InsyaAllah.

Senyum dan mengucapkan alhamdulillah, itu yang aku ingat pesan Ustaz Zaini di MRSMPS dahulu kepada kami ketika nampak pagar maktab selepas pulang bercuti. Itu juga yang aku cuba terapkan kepada diri sehingga kini. Semoga kepulangan kali ini ke tempat pengajian kita mendapat berkat dan rahmatNya.

Doa Ummi, doa Ayah, cuba dapatkan 4 flat pula kali ini. Dahi dicium tanda restu. Di dalam hati aku mengaminkan doa tersebut. Harapan mereka tinggi. Itu amanah. Aku wajib laksanakan sebaik mungkin.

Hari pertama kuliah hari ini. Aduh, otak barangkali sudah berkarat dek bercuti selama lima minggu. Hari ini hanya ada dua kuliah sahaja mengikut jadual yang telah disusun olehku. Electronics awal pagi tadi hanya diberi taklimat juga diterangkan serba sedikit course outline serta apa yang bakal kami pelajari. Dynamics pula sudah mula belajar, dan lebih hebat Rabu ini bakal diadakan kuiz. Agak berpusing juga otak untuk menerima pelajaran dalam keadaan otak yang belum bersedia ini. Ya, salah aku juga kerana tidak bersedia lebih awal.

Apa yang perlu dilakukan selalu ialah mentajdid niat. Supaya tidak tersasar dari niat utama, lillahi ta'ala.

Ayah pesan semalam, sentiasa bersangka baik dengan Allah juga Ummi dan Ayah. Itu kunci kepada keredhaan Allah.

Mujahidah, salam bermujahadah!

Tuesday, December 7, 2010

Ma'al Hijrah 1432H

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku mulakan kalam dengan asma' Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji dan puja hanya layak buatNya. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW yang sentiasa dirindui. Semoga redha Allah mengiringiku, juga kamu. Amin.

Pertama sekali, salam ma'al hijrah. Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur oleh Allah untuk merasai hidup hingga ke saat ini. Syukur. Azam baru? Entahlah, masih serupa. Mengejar cinta Allah dan redhaNya. Itu bukanlah azam baru, tetapi azam berterusan.

*Senyum :)

Harapnya tahun ini akan menjadikan aku insan yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Amin. InsyaAllah.

Tahun lepas, (hihi, semalam sebenarnya, tahun lepaslah kan? ;D) final exam result 1st sem 2010/2011 sudah dikeluarkan. Alhamdulillah, syukur dengan nikmatNya. Tidak tahu lagi bagaimana untuk mendustakan cintaNya. Walau terlalu banyak dosa yang aku lakukan, tetap juga Allah menurunkan nikmatNya buatku. Tidaklah pula aku mendapat 3.8 and above seperti yang aku impikan, yet the 'word' is stated there.

Ini bukti cintaNya. Aku tidak mahu lagi memikirkan cinta lain dari itu.

Tetapi, dalam syukur dan gembira ini terbit juga kerisauan. Iyalah, seseorang hamba itu apabila menerima nikmat daripada Tuhannya, sama ada akan menjadikan dia lebih bersyukur atau menjadikan lebih alpa. Na'uzubillahi min zalik. Nikmat itu ujian sebenarnya. Risau sangat andai aku kalah dengan ujian itu.

Ya Allah, aku mohon jadikanlah aku tergolong dalam hambaMu yang bersyukur. Amin.

Mujahidah, ini baru semester pertama. Tujuh lagi semester akan mendatang. Jangan terlampau memburu dean's list itu. Ingat, niat utama. Lillahi ta'ala.

Risau, risau, risau. Harapan Ummi dan Ayah juga pasti lebih tinggi padaku. Mestinya mahu aku terus cemerlang setiap semester, dunia akhirat pastinya. Tetapi, melihat senyum Ummi dan Ayah semalam sudah cukup menggembirakan hatiku. Juga menghilangkan sedikit kerisauan.

Usaha wajib dikekalkan, malah digandakan. Perjuangan ini belum selesai selagi maut belum bertandang!

Wallahu'alam bissawab.

Saturday, December 4, 2010

Mujahadah

Bismillahirrahmanirrahim..

kuat, mujahidah!

jangan pernah lelah.





..kerana mujahadah itu memang payah. haih~




Allah, aku perlukanMu, tiap waktu..

Friday, December 3, 2010

Erti

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku mulakan dengan menyebut asma' Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Puji-pujian hanya layak kepadaNya. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Alhamdulillah, masih berpeluang bernafas hingga ke saat ini. Syukur. Walau terlalu banyak suruhanNya aku mungkiri dan laranganNya yang aku ingkari, Dia, Ar-Rahman dan Ar-Rahim masih memberi peluang untukku merasai nikmatNya dan memberi kesempatan untuk aku terus bertaubat. InsyaAllah.

Ya Allah, aku insan lemah dan tetap lemah di sampingMu. Aku mohon kekuatan dariMu Al-Aziz. Aku mustahil dapat terus gagah dalam perjuangan ini tanpa bantuanMu. Ya Allah Ya Waliy, peliharalah imanku. Semoga terus kukuh dengan perjuangan ini. Ya Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agamaMu, tetapkanlah hatiku di atas ketaatan kepadaMu. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Teringat satu ketika dahulu. Antara ramadhan yang lepas atau sebelumnya. Ketika itu aku terlalu mengejar untuk khatam Quran sebanyak yang boleh. Kemudian Akak menegur,

"Bacalah tafsir."

Ringkas. Namun maksudnya mendalam. Dan aku terdiam selepas itu. Namun aku habiskan bacaanku juga hingga ke juzu' amma.

Ya. Adakalanya aku hanya mengira berapa kali aku berjaya mengkhatamkan Al-Quran tanpa menyedari bahawa ada yang lebih penting daripada itu. Tafsir kalamullah itu sendiri. Dahulu begitu teruja apabila berjaya menghabiskan bacaan. Namun, hasil bacaan itu seperti kosong. Dan sejak itu aku mula berubah, insyaAllah. Biar lebih lama tempoh untuk mengkhatamkan kalam Allah itu, tetapi jauh lebih berbaloi apabila faham ayat-ayat cinta Allah itu.

Dan dengan menghayati makna kitabNya, kita akan lebih menyedari kebesaran Allah dan segala sifat-sifatNya.

Tadi, membaca kata-kata Allah yang ini.

Ar-Ra'd [13:22-24]

Senyum, dan terus menanam kekuatan. Sabar itu kunci orang mukmin. Impianku ialah mencapai redha Allah, bukan suka-suka tetapi kerana cintaNya.

Kekuatan itu kekal milikNya. Aku hanyalah hamba. Moga-moga terus teguh dengan cita dan matlamat.

La haula wala quwwata illa billah.

Wednesday, December 1, 2010

Sakti

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan asma' Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW yang sentiasa dirindui.



kerana lambat aku mentafsir
kerana rumit untuk kusedar
aku baru merungkai
dan
aku memilih untuk menjauh
walau kutahu hakikatnya
tidak pernah mudah..

Mujahidah,
[2031]
1 Disember 2010
25 Zulhijjah 1431H
Ipoh, Perak.




Redha Ilahi yang aku cari, itu juga yang aku mahu miliki. Walau mati sebagai galang ganti!

Ini janji sakti.











... dan aku tidak akan berhenti selagi halal bukan hukumnya.