Demi Masa

Showing posts with label Diariku. Show all posts
Showing posts with label Diariku. Show all posts

Monday, April 27, 2015

Short post!

Bismillahirrahmanirrahim.
 
Dulu azam nak update blog every week or once a month, at least. Tapi kesibukkan ya rabbi menghalang cita-cita itu.
 
Ceh. Alasan.
 
Ada 24 jam sehari. Setiap orang diperuntukkan masa yang sama. Tapi tak setiap orang mendapat manfaat yang serupa. Kan?
 
But seriously, I should not put lots of time writing this. I still have abundant works to do, papers to write and experiments to run. 
 
It's all about amanah. I am paid to do my research. I received my allowance monthly as a research assistant (RA). So, kalau aku buat sambil lewa or masa yang sepatut aku habiskan dengan siapkan research tapi aku buat kerja lain, tak ke nanti duit tu jadi duit yang mungkin aku boleh kata haram? Err. That word is so scary, though.
 
Lagi pun, now aku macam lagi senang nak membebel kat post instagram. Tulis panjang-panjang takde limitation macam twitter, tapi terus sentap ke hati.
 
Yet, tak sama jugak kalau blog something. Lagi meluas kalau nak tulis.
 
Pray for me. I shall write something beneficial soon, insyaAllah. For now, just nak melepas rindu!
 
 
 
 
Let's struggle for our dunya wal akhirah, shall we?
 
 
 

Saturday, February 22, 2014

Terus kuat dan makin kuat.

Bismillahirrahmanirrahim.

Semoga permulaan dengan menyebut asma' Allah, sepanjang amal itu juga hanya untuk mengharap redhaNya.




Bukan mudah untuk kekal husnuzhon saat keadaan semakin merumit.

Saat keadaan menguji, iman turut diuji. Sama ada terus kekal yakin pada rahmatNya atau terus berputus asa.

Untuk mendapat syurgayang indah itu bukan mudah. Ada harga yang perlu dibayar. Mahal.

Kuat, mujahidah. Kuat!

Allah sedang berbicara supaya kamu tetap bergantung padaNya. 

Dan tetap yakin, Dia tak pernah menzalimi hambaNya. TAK PERNAH.


 

Sunday, February 9, 2014

Fate.

Bismillahirrahmanirrahim.

credit


Alhamdulillah 'ala kulli hal. Sollu 'ala Nabi.

Satu:

Cuti sem lepas memang duduk kat rumah je. Kebetulan ummi dan ayah tak berapa sihat, nak jalan-jalan pon macam tak patut. Makanya jadi tukang masak, tukang basuh baju, tukang sapu sampah, senang cerita jadi suri rumah. Seronok je. Dapatlah merasa serba sikit kepayahan ummi menjaga kita kecil-kecil dahulu. Cuma satu cabarannya ialah, bila nak masak. Ummi tak sedap mulut. Kena fikir lauk apa yang ummi mampu telan. Tiap-tiap hari aku asah skill memasak aku. Alhamdulillah, berkat ummi ajar dulu-dulu mampu juga aku masak lauk so-called traditional. Yelah, lauk modern kan SANGAT simple. Lauk-lauk asli melayu tu kena ada kepakaran memasak tau. Dan, tiap-tiap harilah aku memasak lauk yang berbeza. Seronok bila day-by-day selera ummi dah makin okay. Alhamdulillah.

Dua:

Nak jadi cerita, ummi masih dalam tempoh treatment. Bila-bila masa akan hospital telefon suruh datang. Minggu terakhir cuti tu ummi kena masuk ward. Suppose, doktor kata masih ada air dalam paru-paru tu. Kena buang dulu baru boleh continue dengan radiograpy. Masuk hospital adalah dalam empat hari. Lastly tak payah buang pun air tu sebab sikit and the body can absorb. Ceh. Ulang alik ke sana ke mari, memang sesaja holiday kat hospital lah, kata ummi. Aku jadi peneman ummi. Ummi bosan, aku pun bosan. Bukan ada treatment apa-apa, duduk melangut. Makin hari makin tahap kesabaran menurun terhadap pengurusan hospital tu. Kerja nurse, tiba-tiba jadi tugas aku. Menu makanan salah hantar. Too many uncertainties. Fuhh, menguji.

Tiga:

Sebabkan bosan duduk tak buat apa kat hospital, ummi pesan kat abang hantarlah buku apa-apa, dapat juga habiskan masa dengan membaca. Abang hantar dua buku, 'Magnet Solat Dhuha' lagi satu 'Persona Solat Tahajud'. Hari kedua ayah bawak dua lagi buku yang diambil dari rak buku rumah abang, 'Dari Tanjung Malim ke KLCC' dan novel 'Maruah'. Buku 'Dari Tanjung Malim ke KLCC' aku berjaya habis baca sebab penulisannya santai. Buku 'Persona Solat Tahajud' sempat separuh. Jadi total buku aku baca cuti sem lepas sama dengan lima setengah.

Empat:

Ruang wad tu agak luas. Di sebelah katil boleh dimuatkan satu kerusi malas, di sebelah lagi cukuplah untuk jadikan ruang solat. Kalau siang aku pergi solat di surau luar wad sahaja. Cuma malam, ummi risaukan keselamatan aku keluar berseorangan. Azan pun boleh didengar walaupun sayup-sayup, alhamdulillah. Di kesempatan awal pagi itu, Allah berikan ketenangan untuk keserabutan dan kekeliruan hati ini. Allah memberi hikmah untuk terus bermuhasabah. Tak layak bukan untuk aku menghukum? Jadi aku serahkan semuanya pada Allah. Aku yakin dan serahkan seluruh ketentuan jodoh ini kepada Allah.

Lima:

Ummi janji nak belikan aku handphone baru. Aku tidaklah mengharap sangat. Selagi Vivaz tu mampu digunakan aku redah saja. Tiba-tiba pula hari Jumaat tu dia totally rosak. Tak mampu nak buat apa-apa dah. Esoknya aku dah plan nak pergi kenduri kahwin kawan sekelas dulu pulak tu. Dah malam, tak sempat pun nak beli telefon hari itu juga. Esok pergi bermusafir terpaksa pinjam handphone ummi dulu.

Enam:

1 Feb, mabruk Ieda dan pasangan. Barakallahu lakuma. Siapa sangka, dalam batch kita Ieda yang kahwin dulu? Kiranya nak kahwin ni ikut ranking time konvo dulu ke macam mana? Kalau macam tu lepas ni Yanti lah. Haha. Sempat jumpa beberapa kawan maktab tu. Masing-masing dah berubah. Makin matured, makin cantik, makin ...

Tujuh:

Perjalanan dari Ipoh ke Bagan Serai, singgah Kuala Kangsar ambil Nabila dan Yong. Lupa nak check kilometer. Jadi berteka-teki boleh solat jama' atau tidak. Tanya kawan-kawan yang hadir kenduri tu, masing-masing jawapan kurang memuaskan. Pukul 2.40 pm, sebab dah lewat sangat aku telefon ayah tanyakan kepastian. Jawapan ayah yakin, BOLEH. Kemudian ayah tanya bila nak balik, Atok MENINGGAL!

Allah! Innalillahi wa inna ilaihi raajiuun.

Lapan:

Aku selesaikan dulu yang fardhu. Dah siap jama' fikiran blurr macam mana nak sampai rumah cepat padahal banyak persinggahan lagi ni. Kena hantar Yong kat Taiping dulu. Nabila nak balik Kuala Kangsar. Wani balik Ipoh semula. Aku telefon ayah tanyakan sama ada mahu aku terus ke kampung di Lenggong atau bagaimana. Ayah kata balik je Ipoh dulu. Perjalanan yang aku anggap paling lama dua jam itu meleset. Pukul 6.30 pm baru aku sampai Ipoh. Mujur ayah dan ummi dah balik kampung dulu, aku kena pergi Lenggong dengan abang. Siap-siap tukar baju semua gerak balik Lenggong, sampai kampung mayat dah nak diusung ke perkuburan. TERKILAN. Tak sempat nak lihat wajah atok buat kali terakhir. Kesal. Sedih. Semua ada. Rasa tak patut pergi kenduri tu siangnya. Benda dah jadi, aku tak mampu nak buat apa-apa. Cuma aku mampu panjatkan doa di setiap solatku semoga atok ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang soleh. Amin.

Sembilan:

Kami sekeluarga sahaja tiga kereta. Abangme datang dari Perlis. Akak yang pulang ke rumah mertua di Johor tak sempat balik. Malam itu ayah cadang kami pulang ke Ipoh sahaja, tak perlu bermalam di situ. Aku memilih untuk naik kereta bersama ummi dan ayah. Ya Allah rasa terkilan itu seumur hidup aku akan rasa. Dalam kereta aku hanya mendengar perbualan ummi dan ayah. Pakcik ada cerita pada ayah, malam sebelum hari atok meninggal itu, sepanjang malam atok habiskan dengan mengaji Al-Quran. Subhanallah. Atok meninggal selepas solat zohor, ketika mahu makan tengah hari. Bayangkan saat kematian arwah masih dalam keadaan berwudhuk. Allahu Akbar.

Sepuluh:

Arwah atok yang aku kenali seorang yang SANGAT penyabar. SANGAT. Tak pernah sekali aku melihatnya marah kecuali bila haknya diambil orang. Arwah sentiasa murah dengan senyuman. Aku cukup kagum dengan kegigihan atok membesarkan anak-anaknya dalam kesusahan dan kepayahan. Hidup serba kekurangan tak menghalang atok memberikan pendidikan Islam yang sempurna kepada anak-anaknya. Ya Allah, sungguh aku jadi saksi arwah seorang yang mulia dan berlaku baik kepada anak dan cucunya.

Sebelas:

Hari keesokannya, disebabkan sudah berjanji dan menjadi keperluan  ketika itu, ummi membelikan aku handphone baru. Rasa tak punya perasaan ketika itu kerana kami sekeluarga sepatutnya masih berkabung. Cuti pun sudah habis. Langsung tak ada perasaan nak balik UIA. Entah, masih punya rasa terkilan yang teramat sangat. Memang aku tidaklah rapat mana dengan atok, tapi sebagai atok dan cucu, kasih antara kami terpaut. Jadi aku decided balik UIA Isnin sahaja.

Untuk segala kasih yang terpaut, untuk segala kesempatan yang diguna, untuk segala kebaikan yang disalur, untuk segala didikan yang ditunjuk, untuk segala kebajikan yang dihulur, untuk segala senyum yang tersisa, untuk segalanya, aku sayang atok kerana Allah. Aku menjadi saksi atas kebaikan atok terhadap anak-anak, cucu-cucu dan orang sekelilingnya. Berikan balasan syurga untuk atok. Semoga arwah atok ditempatkan dalam kalangan hambaMu yang beriman. Amin.

Monday, December 16, 2013

Di situ.

Bismillahirrahmanirrahim.
 
Alkisahnya, kelas cancel pagi tadi. Aku pun sambunglah buat assignment. Banyak lagi kerja yang belum siap. Tambah pula ini minggu terakhir lectures. Makin menggila semua orang nak siapkan segala reports, mini projects dan segala macam lagi.
 
Bosan buat kerja seorang diri, aku ambil keputusan untuk merayau-rayau -seperti selalu-. Ada dua tempat yang aku suka pergi untuk cari ketenangan. Satu, ke masjid. Kedua, kedai buku. Dua tempat ini aku lebih suka pergi sendirian. Lebih senang aku nak berlama-lama tanpa menghiraukan masa orang lain. Lagi satu tempat aku suka melihat alam. Nature. Tapi untuk melihat alam semestinya aku perlu berteman. Bahaya bersendirian.
 
Jadi, kalau tiba-tiba rasa kehilangan aku atau susah dijumpai, carilah aku di dua tempat ini. Di SHAS mosque atau di Darul Kutub.
 
Dan tadi, niatnya lain. Nak beli something for my best friend's birthday. Tapi 'terbeli' juga buku untuk diri sendiri. Susah nak tahan diri ni daripada tak membeli kalau dah masuk kedai buku tu.
 
Dan sepanjang aku berjalan pulang ke mahallah aku tersenyum. Sinis untuk diri sendiri kerana buku yang aku beli sebentar tadi. Kenapa buku itu? Hanya Allah yang tahu.
 
Senyum :)
 
inilah bukunya! ^_^
 

Friday, October 4, 2013

Qada' dan Qadar

Bismillahirrahmanirrahim.

Kata orang tua-tua, "takkan lari gunung dikejar", "kalau dah jodoh tak ke mana".

Betullah tu. Allah dah tetapkan empat perkara sejak kita di alam roh, rezeki kita, ajal kita, bahagia atau derita kita. Kalau itu yang tertulis, maka itulah yang akan terjadi. Yakinlah.

Tapi kita sebagai manusia, kadang-kadang suka untuk menulis jalan cerita kita sendiri. Kononnya kitalah yang paling layak menentukan gelap dan cerahnya masa depan kita. Kita sering lupa pada Dia, Yang Maha Menentukan segala.

Qada' dan qadar, itu kata kuncinya. Kita cuma perlu beriman dan yakin. Bukan sekadar di bibir, tapi di hati.

Allah tak pernah menzalimi hambaNya. Setiap yang terjadi ada hikmahnya. Setiap musibah pasti berlaku atas kesalahan tangan kita sendiri. Kalau tidak pun, ianya sebagai ujian untuk mengetahui tahap keimanan kita.

Kitakah yang menentuka semua ini? Tidak.

Ada Yang Di Atas sana memerhati dan merencanakan segalanya buat kita.

Kita perlu redha dan percaya bahawa Dia tak pernah mengizinkan sesuatu terjadi dengan sia-sia. Pasti ada hikmah dan alasan.

Jadi saya tak perlu risau adakah awak yang Allah takdirkan untuk saya. Saya dah berdoa dan beristikharah dengan rasa hati ini. Jika jodoh itu tertulis untuk kita, biar apa pun yang terjadi, kita pasti bersatu. Bayu kini jadi perantara kita. Salam dan doa yang saya titipkan terbang bersamanya kepada awak. Cinta itu kita yang rasa, biar terpendam asal tidak ia hilang.

Dalam sujud, ku doakan untukmu, kerana rasa ini Allah yang lebih tahu. 

Sunday, August 18, 2013

Allah Tak Pernah Menzalimi HambaNya

Bismillahirrahmanirrahim.
 
 
 
"Kita kena lakukan pembedahan juga."
 
Allahu Rabbi. Rasa seperti seketul batu besar dibaling ke arahku. Berita itu bukan sesuatu yang kami harapkan.
 
Air mata aku tahan. Jangan biar ia mengalir depan Ummi dan Ayah. Aku kena kuat untuk mereka.
 
"Risiko memang tinggi sebab tumor tu hampir dengan saluran darah. Mungkin nanti kita kena ganti saluran darah yang baru. Tapi insyaAllah, faedahnya lebih besar dari risikonya."
 
Kuat Syakirah, kuat! Aku terus diam membisu. Cuma jasadku berada di bilik itu. Fikiranku entah ke mana. Yang pasti, jangan menangis!
 
Keluar beriringan dengan Ummi mahu segera pulang dari PPUM. Ummi menggenggam tanganku. Aku tersedar dari lamunan. "Ala jangan sedih, apa-apa jadi kita kena redha."
 
Aku cuba untuk memaniskan wajah, tapi seakan aku sudah lupa bagaimana caranya untuk senyum. Aku pegang erat tangan Ummi. Aku rapatkan tubuh. Seakan aku tidak mahu sesaat pun berjauhan dengan Ummi.
 
Sepanjang perjalanan pulang, aku banyak berdiam diri. Tapi aku berjaya berlakon seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Kalau berbicara pun aku pilih topik yang tidak berkaitan langsung dengan hal tadi.
 
Aku tahu, sebagai hamba aku wajib redha dengan ketentuanNya. Tapi sebagai manusia, memang fitrah aku akan bersedih.
 
"Ummi kesian kat Syakirah lah nanti. Takpe, dia dah besar kan?"
 
Air mata hampir jatuh tapi mesti ditahan.
 
"Ayah lagilah, dah hidup dengan Ummi 30 tahun lebih dah."
 
Suara Ayah serak menahan sebak.
 
Kami bukan menangis kerana mempersoalkan takdir. Tangisan ini kerana fitrah kami hanya manusia.
 
Kanser Thymoma Ummi memang sudah di tahap 4. Hasil rawatan chemotheraphy hanya mampu mengecilkan tumornya sahaja. Kerana bimbang cancer cell itu kembali aktif, doktor mengesyorkan supaya dibuang.

Aku tahu, mati itu pasti, hidup itu ditangan Allah. Tapi aku mohon hadirkan kematian itu di saat kami benar-benar mampu menghadapinya. 

Pembedahan Ummi dijadualkan pada 27 Ogos ini. Memang cepat. Tak sampai dua minggu pun. 

Sejak hari Khamis lepas, pulang dari PPUM itu aku tahan air mata ini. Cuma sekali aku menitiskan air mata, itu pun di bilir air. Aku cuba sedayanya untuk tidak menunjukkan lemah di hadapan Ummi. Aku mahu Ummi terus kuat dengan semangat anak-anaknya.

Tadi semasa bersalaman dengan Ummi dan Ayah sebelum pulang ke Kuala Lumpur, Ummi Ayah berpesan doakan Ummi. Ayah sebak, mengalir air mata. aku cuma menahan rasa itu. Hilang sahaja Ummi dan Ayah dari pandangan, air mata mengalir selajunya ketika aku sendirian dalam kereta. Biarlah apa orang luar nak kata. aku dah tahan air mata ni lama, tahu?

Doa aku sentiasa buat Ummi dan Ayah. Cinta kami sampai ke syurga. InsyaAllah.
 
 

"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);"

[Al-Mulk 67:2]
 
 
 
 

Thursday, July 11, 2013

Ambassador

Bismillahirrahmanirrahim.

All praises to Allah for each and everything. Salawat and salam to Prophet Muhammad SAW. 
Ramadhan Kareem everyone!

Alhamdulillah we still got the chance to be in this Ramadhan and seek for His Rahmah wa Maghfirah. It is a month full of competition. Compete amongst us to get His blessing. Also  a jihad within ourselves against nafs.

Hey, this I told you I'm doing my internship now? Yeah, still have two months to go. Alhamdulillah, so far everything was perfect. I learned a lot. Subhanallah.

But the most valuable thing is the experience. 

I'm glad that Ramadhan is during my internship. So that I'll experience some phase change from not fasting, fasting and Hari Raya! It won't be somewhat boring period if I would be experiencing these multi-phases period.

Gosh, what am I babbling about? =_="

I stay in Putrajaya during this internship period. Last weekend I spent my days at UIA. Just miss my friends much, I guess. 

One of my friend asked while we were hanging out, "Syakirah, awak pakai purdah tak pergi kerja?"

He asked whether I still wear my niqab to work. I answered yes to that question and asked him back why did he asked.

"Didn't they say anything?"

"Huh? What should they say?"

I understand his curiosity actually. It is well known that wearing a niqab is not common in Malaysia except for inside UIA. I was hesitate too during my first day of intern whether to wear or not. But alhamdulillah Allah give me strength to keep wear it. 

I do feel like an alien sometimes when I go to mall with this niqab or just when I have a walk through the crowd. But what to be shy of? My face is hidden so no one would know me. 

When I went back to my hometown in Ipoh, ayah would say to me, "It's okay to take if off, you are in Ipoh now." I obey to what Ayah said as I wore this niqab all this while is not to cover up my face, it is more as a shield for me from doing something that is shameful towards Islam or towards myself. 

In office, some of them called me 'Ustazah'. Even though I am not very comfortable with that name I must take it as a motivation. My personalities, my attitude, my behavior must be align with my attire. Inside should reflect outside, so does vice versa.

I'm still in the phase of learning. There are so much lacking in me. I do sometimes make mistakes, yet please don't judge me but rather correct me.

After all, as a Muslim/Muslimah, we are the ambassador of Islam. We must act with reflect to Islam. Do not go beyond.

InsyaAllah, pray for me. And my pray onto you.

Amin.

*Keep calm and smile.

Saturday, April 13, 2013

Yazid wa yankus.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah masih mampu bernafas. Alhamdulillah masih mampu melihat. Alhamdulillah masih mampu mendengar. Alhamdulillah masih mampu menghidu. Alhamdulillah masih mampu berkata-kata. Alhamdulillah untuk segala-galanya Ya Allah. Segala puji hanya bagiMu. Selawat dan salam untuk Rasulullah SAW.

Peluang untuk bernafas lagi hari ini, mungkin satu nikmat mungkin juga rahmatNya memberi peluang untuk aku bertaubat atas dosa-dosa semalam. 

Iman. Yazid wa yankus.

Itu iman manusia.

Itu iman aku. Aku juga manusia.

Tahu graf sine(x)? Ada naik dan turun. Kala ini, aku rasa function untuk iman aku menghampiri sine (270). Sedih.

Entah kenapa. 

Rasa macam sangat jauh dengan Allah. Rasa macam hati makin keras. Rasa air mata kering untuk menangis taubat. Rasa aku bukan aku lagi.

Benci.

Aku rindu 'aku' yang selalu merindu majlis-majlis ilmu. Aku rindu 'aku' yang sentiasa berkejar untuk melakukan kebaikan. Aku rindu 'aku' yang itu.

Mana air mata?

Ke mana pergi hati yang tunduk sujud merendah pada tuhan?

Pilihan.

Antara yang banyak-banyak pilihan, kenapa aku pilih yang samar-samar jalannya.

Kenapa aku pilih untuk menjauh dari yang aku betul-betul yakin jalannya cerah bersuluh.

Yazid wa yankus.

Bila dia menurun, bukan bermakna terus biarkan dia terus menurun. 

Cari jalan untuk dia meningkat! ketuk kepala tu! Lempang pipi, kiri, kanan!

Berjalanlah, kembaralah melihat keindahan ciptaan Ilahi. Mencari ibrah. Melihat kekuasaan, menilai kelemahan diri.

Baru nanti, kau tahu tinggi rendahnya langit. 

Baru nanti kau sedar kecil besarnya engkau berbanding Al-Khaliq.



"Orang Mukmin melihat dosa ibarat gunung yang menghempapnya. Ahli maksiat pula melihat dosa ibarat lalat yang hinggap di hidungnya."

 

Sunday, March 10, 2013

Semua orang ada masalah!

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku mulakan dengan menyebut asma' Allah. Moga redha Ilahi sentiasa mengiringi. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Subhanallah. Alhamdulillah. La ilaha illallah. Allahuakbar.

Assalamu'alaikum :)

"Semua orang ada masalah!"

Mainstream sangat phrase ni awal tahun dulu. Well, I'm not going to blog about that issue pon.

Starting awal Mac, dah mula sibuk dengan macam-macam program. Masa-masa macam ni lah jadual kita terganggu. Plan begini dan begini. Tapi begitu dan begitu yang jadi. Kadang-kadang sampai terguna semua masa yang diperuntuk untuk 'bercinta' dengan buku-buku.

Aku bukan jenis orang yang mampu laksanakan something ad hoc. I need to plan first

Kadang-kadang aku overreact jugak bila someone cuba langgar prinsip aku ni. Tak suka, tahu tak?

I do have reasons why and why. Sebab tu kadang-kadang aku lebih suka kerja sendiri-sendiri. Bila bekerja dengan orang, macam ni lah jadinya.

Stress.

I almost gonna blow up semalam.  And at one time, I felt that no one is there for me. Rasa sedih ya amat. Tertekan sorang-sorang

Tapi, kemudiannya Allah mengetuk hati.

Istighfar Syakirah, istighfar..

Allah tak pernah biarkan hambaNya sendiri.

Duduk di satu sudut sendiri. Zikir tak henti. Patutkah aku meletakkan persandaran pada manusia, sedangkan Allah lebih mengerti?

Rasa lebih tenang. Biarlah air mata terus mengalir. Menginsafi khilaf diri yang sering alpa. 

Allah, jangan biarkan aku terus menjauh dariMu. Peluklah aku dengan cintaMu.



"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. 
[Ar-Ra'd 13:28]

Saturday, February 9, 2013

Mars vs Venus 1.0

Bismillahirrahmanirrahim.

All praise to Allah for giving us chance to keep breathing. Peace be upon Rasulullah SAW. May Allah bless us, every second. Amin.

I was in CENSERVE office that Saturday when I suppose to be at the booth. Since too many people at the booth, I decided not to be there to fill the crowd. That will make me headache though.

I was discussing about ways improvising our club with Firdaus and Abang Yazid while suddenly Abang Hasan and Kak Muna wedding's topic came out. I said eventually, "Mesti Abang Hasan dah plan nak kawen dah lama kan? Baru kerja beberapa bulan mana cukup kumpul duit. Mesti dah kumpul duit dah lama."

Then I realized how men think about marriage when both Firdaus and Abang Yazid said, "Perempuan, mesti pikir pasal duit dulu."

I argued with them, of course money is important. Marriage needs lots of expenses. It's not just about being together, but also how to celebrate others who do pray for the bride and groom. I agree, we shouldn't spent too much on the wedding day, yet money still the issue in a marriage. Money spent for the dowry, feast and also money for future life ahead.


Hey, do you still saying that money isn't important?

InsyaAllah I won't burden my future husband with our marriage. I will also be patient as long as Allah allows me to do so to wait for 'the one' to be fully prepared mentally and physically. How can I become a good wife for him if even the first step I've pushed him?

I'll wait, insyaAllah.

Last night when I had dinner with Ummi and Ayah at R&R RTC Perak on our way back home, I said, "Look Ummi, Ala macam budak-budak makan tumpah sampai kotor tudung." Then Ayah replied, "Memang budak-budak pon, anak bongsu kan.."

I smiled. On my mind at that time, for sure Ayah will hardly let me go to marry a guy since he really loves me a lot. They still treat me like a small child of theirs.

InsyaAllah the time will come. When everything is just perfect to be put together.

* smile :)

Friday, January 4, 2013

Bam Gamat


Bismillahirrahmanirrahim.

Aku mulakan dengan ucapan syukur kepada Rabbul ‘Alamin kerana rahmatNya masih memberi aku peluang untuk bernafas hingga ke saat ini. Alhamdulillah. Puji dan puja hanya layak bagiNya. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Two papers back-to-back on 2nd January made me fell sick till now. Alhamdulillah, mungkin kafarah dosa. On the exam day, I almost feel lost before I began my jihad. My body shivering at night and I didn't get enough sleep because of that. Woke up in the morning with heavy head and throat aching.

Alhamdulillah, the fever is gone now. But this morning as I woke up, my head felt really bad. Having migrain, on left side. Head, ear, cheek, mouth, almost everything on my left side affected.

Ummi keep calling asking about my health condition. Feel so loved having such a loving and caring mother like Ummi. Ummi said, "Sihat dah? Tekak macam mana? Pening tak lagi?"

 


"Demam tak dah. Pening sikit-sikit je lagi. Tekak jelah gatal lagi."

"Ummi rasa sebab bau klorin kot."

"Entah la. Macam tak je."

"Ada makan coklat tak? Deme ni kata migrain jangan makan coklat."

"Sape deme tu?"

"Cikgu sekolah Ummi. Haha"

"Haha."

"Haha. Cikgu sekolah Ummi memang dah kalah doktor. Ummi tak tahulah nak buat macam mane. Kamu stress kot. Jangan stress sangat lah."

"Hmm. Ni dok sapu bam gamat je ni. Kepala sapu, telinga sapu, pipi sapu."

"Minum air banyak-banyak. Ada ubat tak? Yang penting jangan stress-stress. Kalau rasa stress zikir. Istighfar selalu. Dapat pahala, insyaAllah Allah ampun dosa."

"Ok, ummi."

Subhanallah. Aku terharu dengan nasihat Ummi. Apa-apa pun kembali kepada Allah. Dia yang memberi sakit ni, Dia juga yang akan menyembuhkan.

Aku pandang bam gamat. Allah yang menyembuhkan, bukan bam ini.


"Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;"
[Asy-syu'araa' 26:80]



nota kaki: *deme = mereka

Tuesday, October 23, 2012

Are we prepared?

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku mulakan kalam dengan menyebut asma' Allah. Mengharap redhaNya di setiap hembusan nafas. Segala puji dan puja hanya layak bagi Allah Rabbal 'Alamin. Selawat dan salam buat junjungan mulia SAW.

Assalamu'alaikum, readers :)

Cuti pertengahan semester. Cuti yang tak patut berehat sebenarnya, empat papers menanti lepas Aidiladha nanti.

Seminggu, dua minggu, tiga minggu kebelakangan ini asyiklah bercakap soal kahwin. Mungkin sebab musim Grand Marriage semperna Convest'12 kot. Mungkin.

Aku yang letakkan marriage as my last thing to think of pun jadi terfikir sama. Bila nak kahwin? Bila nak cari calon? Macam mana rasa dah kahwin? And all sorts of questions yang orang bujang akan tertanya-tanya.

Calon suami, bukan senang nak cari macam cari ikan kat pasar. Bila tengok lelaki yang ada rupa, memang sedap mata memandang tapi untuk jadikan mereka suami perlu fikir lebih panjang. Yang penting bukan rupa, tapi iman. Yang penting bukan ayat berbunga-bunga, tapi bertanggungjawab.

Mudah kan?

Tulis saja memang mudah. Mencarinya susah.

Kenapa ya aku terfikir untuk berkahwin?

Untuk mengelakkan fitnah. Sungguh.

Aku tidak mengatakan aku punya paras yang menarik hingga menarik mata lelaki memandangku. Tetapi fitnah itu bukan datang kepada wanita cantik sahaja. Fitnah dan wanita seperti punya ikatan yang kuat. Dan aku tidak mahu jadi salah satunya.

Umur belum pun menjangkau 21, masih punya beberapa hari. Mungkin sesetengah orang mengatakan terlalu awal memikirkan soal ini. Aku cuma mengambil jalan tengah. Bersedia.

Sana-sini orang bercerita tentang calon mereka. Mungkin sebab itu juga yang membawa aku untuk turut memikirkan. 

Hati pernah tertaut kepada seseorang. Tapi tak semestinya yang tertaut itu akan berakhir dengan ikatan, bukan? Andai ada jodoh pasti kami bersama. Andai tidak, pasti Allah menyediakan yang lebih baik.

Pernah sekali bersembang dengan seorang rakan:

"Ustaz tu kata, kalau tanya kita dah bersedia ke belum sampai bila-bila pun belum bersedia."

"Habis tu? Kena cari dari sekarang?"

"Cari sekarang. Nanti dah kerja susah nak jumpa lelaki yang baik-baik."

"Awak kan dah berkenan kat seseorang, nak kita merisikkan dia untuk awak?"

"Eh, jangan! Malulah."

"Takpe, takpe. Kita tak bagitahu nama. Itulah namanya merisik, guna orang tengah."

"Eh, Syak! Jangan buat gila. Kena fikir masak-masak dululah. Istikharah dulu."

Sengaja aku menyakat rakan itu. Takkanlah aku berani nak merisik seorang lelaki tanpa persediaan empunya badan sendiri. Ternyata kami sendiri belum bersedia. Masih mencari calon yang terbaik untuk menjadi bakal suami. Sedang menilai mana yang terbaik. Juga memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik pula.

"Kita dah sedia ke nak kahwin? Kalau belum kenapa kita bersembang tentang ini?"

"Hmm."

"Dah, dah. Tukar topik."

Kami mengakhiri perbualan pagi itu. Biar Allah tentukan segala, waktu dan siapa. Kami akan terus berdoa.


Friday, September 14, 2012

Is this the right time?

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku mulakan dengan menyebut asma' Allah Ar-Rahman Ar-Rahim. Semoga redhaNya sentiasa melimpahi kita. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Assalamu'alaikum :)

My hands starts to cold. Eyes seem to be wet with tears. I consider this is just the common symptom of PMS. Sigh. Astagfirullah.

Memang waktu-waktu macam ni semua rasa down. Asbabnya, bukan-bukan. Mohon Allah saja jadi penguat diri. Kalau tak ingat Allah sekarang ni, memang bahaya. Kuatlah. Kuatlah. 

Alhamdulillah, Ramadhan lepas Allah bagi aku rasa nikmat itu. Nikmat yang mana aku dapat jauhkan cinta manusia dalam hati aku dan mengejar cinta Allah. Sebab sesungguhnya hati itu Allah yang pegang.

Mungkin aku makin menjauh dari majlis-majlis ilmu sebab itu aku jadi semakin lemah. Hal remeh dah buat aku jadi macam ni terus. Aku kena cari kekuatan balik!

Is this the right time for all of this?

Tiba-tiba soalan itu yang muncul. 


Satu. 

Beberapa hari lepas aku mendaftar kursus kahwin. Orang bertanya, "Dah ada calon ke?". Aku senyum dan kata belum.
 
Jadi betul ke ini masa yang sesuai aku ambil kursus kahwin? Ada yang kata tunggulah ada calon, ambil sekali dengan calon. Tapi entah, aku rasa aku lebih suka begini. Ada calon tu, bukan tidak ada. Cuma masa kami belum sesuai.



Dua.


Orang sibuk cari pasangan sekarang. Cerita kawan ni dah kahwinlah. Kawan itu dah kahwinlah. Aku gembira, untuk mereka. Tapi bagi aku, ini masa yang sesuai ke aku nak fikir semua itu padahal urusan ummat Islam kita buat endah tak endah? Aku cuma terfikir andai di akhirat kelak saudara Palestine, Syiria, Afganistan dan ramai lagi akan claim yang kita ini tak peduli pun perihal mereka ditindas. Bergegar sana-sini konon nak bangunkan Islam, tapi apa yang kita kisahkan asyik perihal munakahat. Jinayat, syariat dan yang lain-lain kita tak ambil tahu.

Patutkah kita?

Tegarkah aku nak fikir kepentingan diri sendiri padahal ummat Islam yang lain mahu tidur pun berfikir-fikir. Syahid impian mereka. Kita? Cuma mahu membina baitul muslim? Kahwin? Kahwin? Rendahnya cita-cita kita berbanding mereka.

Malulah.



Tiga. 

Hati, Allah yang pegang kan? Bila-bila masa Allah akan bolak balikkan ia. Aku fikir aku dah kuat ramadhan lepas. Tak mungkin akan lemah lagi. Tapi sebaliknya. Adakalanya Allah akan uji keimanan kita. Yang penting kita jangan mengalah. If everything just remind you of him, turn you mind to Him (Allah).

Mungkinlah aku takkan dapat lupa dia. Tapi bukan bermakna aku kena ingat dia. 


Allah ada. Aku kuat kerana adanya Allah.

Dan aku tahu aku kecewa kerana aku meletakkan harapan itu pada manusia. Manusia itu jarang sekali amanah pada janji.

Sekarangkah masa yang sesuai untuk aku memikirkan pasal dia, dia atau dia? Jodoh, pertemuan, ajal, semua Allah dah tentukan. Entah-entah kita jumpa ajal dulu baru jodoh. Siapa tahu? Tentu indah bukan andai jodoh itu berjumpa di syurga?

Subhanallah.


Empat.

Aku fikir. Aku fikir. Aku fikir. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk aku menangis segala. Untuk apa air mata dijatuhkan andai ianya bukan air mata taubat? 



Allah knows best. He knows when the right time for you.

*Senyum :)