Demi Masa

Friday, April 30, 2010

senyum sahaja :)

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan namaMu Ya Allah, aku mengharap keredhaanMu di dalam penulisanku.

Tajuk post kali ini berbunyi ceria, jadi aku akan cuba sedaya mungkin untuk menjadikan post ini bebas dari masalah. hahA. Bolehkah begitu? :)

Senyum 1:
Dengan syukur yang teramat sangat aku panjatkan kepada Ilahi, aku berjaya menghabiskan sem 3 tanpa sebarang tanda 0 di kedatangan. Maksudnya, aku tidak pernah ponteng ya! :) Bukan sem 3 sahaja, malah termasuk sepanjang setahun aku di CFS ini. Alhamdulillah kerana diberi kudrat dari Allah agar mampu ke kelas. Ya, pernah juga diuji oleh Allah dengan sakit, tetapi itu bukan penghalang untuk tidak ke kelas. Kalau setakat pening dan demam tidak mampu ke kelas bagaimana jika disuruh berjihad nanti? Dengan izin Allah mujahidah ini tidak akan lelah dengan ujian Allah kerana jelas Allah nyatakan di dalam Surah Al-Baqarah:

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
[Al-Baqarah 2:286]

Jelas bukan ayat tersebut? Jadi mengapa kita harus mengeluh dengan ujian Allah? Allah tahu kita mampu menghadapinya sebab itulah Dia memilih kita untuk menempuh ujian tersebut. *Aku senyum :)*


Senyum 2:
Teringat tadi usai menjawab kuiz terakhir Math 3, Madam Ruslina dengan murah hatinya memberikan anak muridnya hadiah seorang satu. Sungguh mulia hatimu madam. Semoga ilmu yang madam beri dihalalkan dan semoga berkat aku belajar. *Aku senyum :)*

Senyum 3:
Seronok habis kelas math tadi, aku, Nura, Wan, Ida dan Mira menjamu selera di U Cafe. Terkilan sedikit kerana Ada tidak ikut serta kerana dia tidak hadir ke kelas hari ini. Selesai menjamu selera, snap gambarlah di sana sini. Iyalah, graduating students kan. InsyaAllah. *Aku senyum :)*

Senyum 4:
Tiba-tiba teringat kenangan sepanjang aku hidup di bumi PJ ini. Ahh, terlalu banyak untuk ku tulis. Semua kenangan tersebut tidak akan terpadam dari memoriku. InsyaAllah. *Aku senyum :)*

Senyum 5:
Oh, roomateku! Banyak budi kalian padaku. Tidak terbalas rasanya. Aku hanya mampu berdoa agar kalian diberikan ganjaran yang terbaik oleh Allah. Amin. Gelak tawa kalian sentiasa menghiburkan aku. *Aku senyum :)*

Senyum 6:
Aku tidak kuat imannya untuk berdakwah. Tetapi aku berharap aku mampu menunjukkan peribadi yang boleh diikuti. Ya, aku belum cukup sempurna. Namun jika yang baik dariku, ikutilah. Jika buruk dariku, tegurlah aku. Aku teringat suatu pagi ketika aku sedang bertahajud. Seorang roomateku bangun ke tandas. Pulang ke bilik, dia turut menunaikan Solat tahajud. Alhamdulillah. Allah telah membuka hatinya untuk melakukan tahajud. Aku tidak akan paksa mereka bangun menunaikan tahajud, dengan kerelaan hati mereka sendiri adalah yang lebih baik. Semoga keikhlasan bersama hati mereka dan juga hatiku. *Aku senyum :)*

Banyak lagi sebenarnya senyumanku. Jika ditulis semuanya pasti tidak siap-siap. Aku berhenti dahulu untuk menunaikan tugas yang lain. Semoga redha Allah sentiasa bersamaku dan juga antum yang membaca.

Aku senyum sebelum mengakhiri kalam :)

shuhh..jangan ganggu aku!

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku mohon perlindungan dengan Allah dari syaitan yang direjam..

Shuhh! Jangan ganggu aku! Syaitan, jangan ganggu aku!

Aku benci makhluk Allah laknatullah ini. Selalu datang menggoda dan menghasut aku untuk melakukan maksiat. Selalu juga datangkan perasaan was-was ketika aku beribadah. Selalu mengganggu aku agar tidak khusyuk dalam ibadah. Ahh, aku benci kau!

Sudahlah, pergilah engkau jauh dari aku. Aku tidak akan termakan hasutan engkau kerana aku sentiasa mencari redha Tuhanku. Aku akan teguh di jalan kebenaran. InsyaAllah..

Mardatillah


Kekuatan itu dicari,
Keberanian pula dibina,
Kesabaran perlu dilatih,
Kecintaan harus disemai,

Kelemahan bukan penghalang,
Ketakutan jangan menyesakkan,
Kemarahan hanya menambah parah,
Kebencian jauh ku usir,

Kerana aku mencari,
Terus mencari,
Redha Ilahi..

Ahad, 25 Apr 2010,
11 J/Awal 1431
[6.26 pm]

Wednesday, April 28, 2010

Ikhlaskah aku??

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah aku mulakan penulisan..

Haih, aku bukan mengeluh kesal, tetapi kecewa dengan diri sendiri. Memang setiap kali keluar dari bilik untuk ke kelas pasti aku sematkan niat lillahi ta'ala. Sepatutnya begitulah. Sepatutnya juga aku jadi ikhlas. Tetapi aku melihat diriku sekarang, ya saat ini, seakan-akan tidak ikhlas dalam perkara-perkara tersebut. Jadi ibadahkah semua amalan aku selama ini? Huh, mengeluh lagi. Sedih dengan diri yang selalu tewas dengan nafsu.

Tadi melihat carry mark untuk subjek Understanding Islam. Tidaklah teruk sangat sebenarnya. Sepatutnya aku bersyukur. Tetapi hakikatnya, aku seolah-olah menyalahkan takdir kerana markah aku lebih rendah berbanding beberapa orang rakanku. Ya Allah, hinanya diriku.

Boleh aku mengeluh lagi? Ah, cukuplah! Aku patut bertaubat, bukan mengeluh. Baiklah, muhasabah diri ini. Syakirah, ingat nawaitu selama ini! Lillahi ta'ala!

Ya Allah, ampunilah khilaf diriku ini. Semoga aku tergolong dalam hamba-hambaMu yang bersyukur dan ikhlas. Amin.

Saturday, April 24, 2010

Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah aku kembali untuk menulis.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah akhirnya selesai juga MUET bagi paper reading, writing dan listening. Ada speaking 3 Mei nanti. Hopefully can give the best i can. InsyaAllah.

Agak lama juga aku tidak update blog. Sibuk sedikit. Iyalah, final makin menghampiri. Tutorial calculus pun belambak. Assignment lagi nak kena hantar. Ahh, such a busy week!

Nothing much to write, don't have any ideas. Later ya!

Wassalam..

Thursday, April 15, 2010

Syukur

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah aku memulakan kalam ini, semoga terus di dalam redhaNya. Amin.

Alhamdulillah..syukur rasanya dengan jalan yang aku pilih ini. Jalan yang ditunjukkan Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Keputusan yang aku buat, semuanya adalah petunjuk dari Allah. InsyaAllah. Aku sedikit pun tidak menyesal. Kini, aku semakin kuat dalam perjuangan ini.

Allah tahu apa yang terbaik untuk aku. Hati aku juga dalam pengawasan Allah. Tiada apa yang dapat aku sembunyikan daripada pengetahuanNya. Dia Maha Mengetahui. Subhanallah.

Ya, mujahidah ini akan bangkit menegakkan agama Islam dan panji-panji kebenaran. Suatu hari nanti, aku akan buktikan, aku bukan hanya mujahidah di mulut tetapi juga melalui hati dan perbuatanku.

Ah, panggilan syahid semakin memanggilku. Aku tersangat mengimpikan gelaran itu. Aku tersangat ingin bertemu dengan Kekasihku. Tunggu aku! Aku akan menyahut seruan itu. Aku juga tidak sabar untuk berjuang dan merebut syahid. Semoga diizinkan Allah. Amin.

tak sedar

Subhanallah..

Maha suci Allah yang tak pernah tidur dan tidak pernah lupa.

Hari ini 1 Jamadilawal ya? Sungguh tidak sedar ya dengan tarikh hijriah. Kenapa dengan Jamadilawal??

Boleh saya senyum? :)

Tanggal 10 Jamadilawal 1412 mujahidah ini dilahirkan. Sempatkah aku sampai ke usia itu? Entahlah. Semua ditentu Allah. Lagi sembilan hari jika dikira-kira. Dan dalam tempoh itu, sempat sahaja jika Allah ingin mengambil nyawaku. Nauzubillahiminzalik. Aku belum bersedia.

Muka kembali serius.

Ouh, banyak amalan yang aku perlu perbaiki dan tambah. Ya Allah, hidupkan aku selagi hidup itu baik untukku, dan matikan aku jika mati itu lebih baik untukku. Engkaulah Tuhan yang Maha Mengetahui. Ampunkan segala dosaku. Amin.

Aku mengharap redhaNya..

Aku tersenyum :)

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, masih diberi peluang oleh Allah untuk hidup dan beribadat kepadaNya hari ini.

Pagi-pagi ini aku tersenyum melihat gelagat adik-adik di tadika itu. Seronok melihat karenah mereka. Tengok dari tingkap ini sahaja. Tadika IIUM lah. :)

Aku masih membina kekuatan. Aku juga sedang membina diri, mentarbiyah diri dan muhasabah diri. Banyak khilaf dan dosa diri ini. Astagfirullahal'azim..

Aku tidak mahu kelemahan aku ini membuatkan otot pipiku menjadi tegang. Aku mahu sentiasa tersenyum dan memberi sedekah buat saudara seIslamku. Tentunya tidak buat ikhwan. Akhowat sahaja. Tersasar pula nanti niat baikku ini.

Kekuatan itu milik mutlak Allah. Jadi kepadaNya sahajalah aku bergantung harap. Semoga aku istiqamah di jalan yang aku pilih ini. InsyaAllah. Amin.

Aku masih tersenyum.. :)

Wednesday, April 14, 2010

nak tanya..

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah, aku mulakan kalam.

Menangis itu dikira lemah ke?
Aku sebagai perempuan, air mata ni da jadi macam teman sejati. Tapi aku bukan lemah ya. Cuma menangis itu adalah cara untuk melepaskan segala masalah. Mungkin..

Monday, April 12, 2010

Kekuatan itu dicari, bukan ditunggu.

Bismillahirrahmanirrahim..

Dari Allah aku datang dan kepadaNya aku kembali. Semoga penulisanku terus mendapat redhaNya. InsyaAllah.

Aku sering mengadu kesedihan dan kegelisahan aku kepada kawan-kawan. Sepatutnya kepada Yang Maha Kuasa bukan? Khilaf diri. Itulah manusia, kadangkala lupa kepada pencipta sendiri. Namun seseungguhnya, apabila aku mengadu kepada Kekasih Agungku, semua masalah terasa ringan, segala kesedihan menjadi senyum dan kegelisahan pun menjadi tenang. Alhamdulillah. Terima Kasih Allah.

Sebagai seorang insan yang bergelar wanita, mood aku selalu berubah-ubah. Mudah sangat perasaanku menjadi kacau. Memang an-nisa' begitukah? Entah, aku pun tidak pasti ada kaitan dengan hormon atau tidak.

Semalam sekali lagi perasaan aku bercelaru. Peringatan dari Allah mungkin. Allah ingin menjaga hati aku kembali. Alhamdulillah. Aku rasa hati aku telah lama kotor. Kotor dengan maksiat, kotor dengan mengingat perkara lagha, kotor dengan perasaan dengki dan pelbagai lagi perkara yang boleh mengotorkan hatiku. Astagfirullahal'azim..Aku berdoa semoga hati aku terus dijaga oleh Allah. Amin.

Sahabatku, Nadiah, selalu menjadi penasihatku ketika aku runsing dengan perasaanku. Terima kasih sahabat. Engkaulah hadiah yang terbaik dari Allah untukku. Semalam, dia memberikan aku semangat untuk terus kuat dengan jalan yang aku pilih ini. InsyaAllah, dengan izin Allah aku akan terus berjuang di medan ini. Aku meluahkan masalahku kepada sahabat terbaikku ini. Nasihat dan dorongan yang diberikan memang mengembalikan semangat aku. Malah memberikan semangat baru. Alhamdulillah.

Orang kata kekuatan itu perlu dicari, bukan ditunggu. Ya, itu yang aku lakukan. Aku harap aku akan terus kuat. Andai aku lelah di tengah perjuangan, bimbinglah aku Ya Allah.

Apa yang berlaku sebenarnya? Sukar untuk ditafsirkan hatiku ini. Untuk menulisnya di sini, aku merasakan payah. Aku malu kepada Allah, aku malu dengan diri sendiri.

Cukuplah dengan mengatakan bahawa aku akan berubah! Perubahan sedikit demi sedikit demi mencari redha Ilahi. Semalam juga satu perubahan yang agak sukar sebenarnya jika diikutkan nafsu aku berjaya lakukan kerana aku tidak akan benarkan imanku kalah lagi.

Teringat pula perbualanku bersama Nadiah di ym semalam.

aku: aku tak kuat.
Nadiah: jgn cmtu. ko boleh.
aku: bg la cadangan, pe yg aku patot wat.
Nadiah: pe kate ko pdm sume list lelaki dlm fb.
aku: hurm..kne btol2 kuat nih. tp leh pdm eh?
Nadiah: leh kot, kwn aku pernah wat.
aku: xreti la.
Nadiah: nnt aku tny kwn aku. aku pon xreti
*setelah beberapa minit*
aku: ok, aku da pdm.
Nadiah: Alhamdulillah..

Begitulah lebih kurang perbualan kami. Ada pengubahsuaian sedikit kerana aku sendiri terlupa ayat yang sebenarnya. Tetapi yang pasti, mesejnya sama. Aku berjaya! Kini, aku merasa lebih tenang. Betul! Mungkin kerana diri tidak bergelumang dengan maksiat. Tetapi baru berapa hari, aku perlu membina kekuatan lagi supaya aku tidak termakan hasutan syaitan laknatullah.

Inilah perjuangan. Barulah boleh digelar mujahidah bukan? Itulah, perang melawan hawa nafsu sebenarnya adalah yang paling susah sekali. Aku akan terus berjuang. Tidak kira apa pun yang berlaku, aku akan terus berada di perjuangan untuk mendapat keredhaan Allah ini. InsyaAllah.

Semoga aku akan istiqamah dalam perjuangan ini. InsyaAllah. Segalanya masih ditentukan Allah. Namun usahanya aku perlu lakukan sendiri. Aku mohon keredhaanMu Ya Allah. Amin.

Sunday, April 11, 2010

Aku tak layak

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah, pimpinlah hati ini. Semoga penulisanku tidak melampau batasan.

Allah memberi peringatan lagi. Dan aku, entah berapa kali asyik mengabaikanNya. Astagfirullahal'azim..Ampunkan kelemahan diriku Ya Allah.

Cukuplah! Sudah berapa kali aku tertipu dengan dunia ini. Kenapa aku masih menjadi hamba kepada dunia? Ampunkan aku Ya Allah.

Entahlah, air mata yang mengalir itu ikhlas atau tidak untuk Tuhanku. Atau aku berpura-pura dan menipu diri sendiri? Aku sendiri tidak mampu menjawab soalan tersebut. Insaf apabila air mata itu mula mengalir, kemudian, aku lakukan dosa yang sama. Apakah makna taubat bagi diriku? Ah, aku terlalu menurut kata nafsuku sehingga iman hanya terperangkap di penjara hati. Kasihan iman..

Aku tidak mahu menjadi lemah. Aku tidak mahu bergantung harap kepada manusia. Biarlah segala harapanku, aku serahkan kepada Ilahi. Ya, sebagai manusia, macam-macam angan-angan dan harapan wujud. Sehingga kadang-kadang kita terleka dengan angan-angan sendiri. Nauzubillah. Sudahlah! Hentikan harapan yang kau gantungkan kepada manusia. Berserahlah kepada Rabb.

Ramai muslimah yang aku jumpa sibuk mencarii redha Ilahi, sedang aku leka dengan duniawi. Melihat mereka, aku dapat merasakan betapa jauhnya aku dengan Kekasihku. Pasti mereka gembira ketika bercinta dengan Kekasih Agung bukan? Dan aku tertipu dengan nikmat sementara.

Haih. Aku tidak mahu mengeluh cuma aku kesal dengan diri ini. Mulut sibuk berdoa semoga dekat dengan cintaNya, tetapi hati kadang-kadang tersasar. Amalan pula tidak setimpal dengan apa yang didoakan. Layakkah aku menagih cintaNya?

Aku belum layak berada dalam golongan solehin. Andai ditimbang amalanku sekarang, pasti berat di bahagian dosaku. Aku bimbang andai nyawaku ditarik sekarang. Amalan yang tidak seberapa ini belum tentu melayakkan aku untuk menghidu bau SyurgaMu, apatah lagi masuk ke dalamnya. Ya Allah, aku tidak layak untuk ke syurgaMu, namun aku tidak sanggup untuk ke nerakaMu. NerakaMu adalah tempat yang mengerikan. AzabMu sangat menakutkan. Entah, aku sedar atau tidak dengan hakikat itu kerana aku masih betah untuk melakukan dosa dan mengabaikan suruhanMu. Ya Allah, inilah hambaMU. Sering lupa dengan janjiMu.

Tidak! Aku bukan maksum. Diri aku banyak dosa. Ya, mungkin pandangan orang dengan cara pemakaianku akan menganggap aku seorang yang solehah. MasyaAllah, tinggi sangat darjat itu untuk aku. Aku tidak layak. Hakikatnya, kalau kita melakukan dosa dalam keadaan kita tahu benda itu berdosa, itulah dosa yang dasyat sebenarnya. Nauzubillahiminzalik. Iyalah, cuba lihat mereka yang jahil. Mereka tidak tahu yang mereka melakukan dosa. Orang yang tahu seharusnya mengingatkan mereka. Mungkin jika dikira-kira, dosa mereka lebih sedikit dari aku. Astagfirullahal'azim.

Adakah aku hanya bertopengkan wajah kebaikan, sedangkan hatiku busuk dan kotor? Nauzubillah. Ya Allah, aku mohon perlindungan dariMu. Peliharalah hatiku kembali. Ambillah hatiku. Aku tidak mahu hati aku terlepas kepada sesiapa selagi belum halal untuk aku. Jangan Ya Allah, Kau biarkan aku menentukan nasib aku sendiri. Aku tidak bijak dalam menguruskan diriku. Engkaulah sebaik-baik perancang. Aku percaya dengan takdirMu. Aku redha dengan kehendakMu. Ampunkanlah aku Ya Allah. Amin.

Saturday, April 10, 2010

ba'da imtihan

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan namaMu Ya Allah, aku mohon dipandu ke jalan kebenaran. Amin.

Alhamdulillah, selesai sudah mid term exam aku. Lega pastinya. Tetapi, hati tidak
juga senang sangat kerana merasakan aku tidak all out untuk mid term ini. Result mungkin tidak seperti yang aku harapkan, namun aku masih bertawakal kepada Allah, Yang Maha Menentukan.

Ba'da imtihan
Tidak bermakna habis je exam boleh buang semua buku bukan? As a student, our duty is continuous, it has no stop. In fact, we're always learning in each second in our life till the last breath we breathe.

Ya! Aku perlu terus bergelumang dengan buku-buku serta exercise calculus tercinta. Tidak ada perkataan berhenti ya dalam belajar. Syakirah kuat! Semangat! Tetapi sekarang, aku belum mulakan lagi, heh. Pagi tadi ada kelas math, tidak mengapa bukan aku berehat dahulu petang ini?

Saya nak jumpa dia
Hari ini aku baru add beberapa orang di Facebook. My brother-in-law-to-be dan seorang lagi, Husnul Khatimah nama komersialnya di Facebook. My future brother-in-law itu aku kenallah. Yang seorang lagi, aku nak jumpa sangat dengan dia. Aku rasa dia seseorang yang menarik dan aku perlu rapat dengannya. Cuma aku tidak pasti benarkah dia student UIA? Tidak ada udang di sebalik batu ya, aku nak sangat jalinkan ikatan ukhuwah bersama saudari itu. InsyaAllah, suatu hari nanti andai diizinkan Allah aku akan bertemu dengannya.

Memang, ini pertama kali aku approve friend request dari orang yang aku tidak kenali. Aku bukan berlagak dan memilih, cuma aku merasakan niat aku di facebook untuk reconnect dengan kawan lama dan keep in touch dengan kawan sekarang ini. Make new friends cam tak berminat sangat. Bukan saya berlagak ya. Tetapi kalau jadi friend dan tak ada apa-apa common thing nak buat apa kan? Aku tidaklah eager nak dapatkan friendlist sampai beribu-ribu. Orang kata 'quality is better than quantity'. Jadi, aku berfikir, baik kawan yang sedikit tetapi aku memang kenal dan berhubung dengan mereka daripada kawan beribu-ribu di friendlist itu tetapi hanya sekadar memenuhkan
list.

Banyak cerita lagi sebenarnya, nantilah ya. Ada tanggungjawab lain, tidak harus aku abaikan. Wassalam.

Sunday, April 4, 2010

pagi ahad

Bismillahirrahmanirrahim..

Semoga Allah merahmati hidupku dan sekalian makhlukNya.

Aku masih keseorangan. My roomate belum balik lagi, yelah, pagi lagi kan? Apa yang ingin aku ceritakan ya. Hurm..

Mid sem exam bermula next week tau. Budak-budak matrik dah start final. Takpe, habis awal pun buat apa kalau kita tension kan? Aku yang ambik one year programme kat UIA ini pun dah rasa sesak nafas, apatah lagi budak-budak matrik.

Lagi berapa minggu sahaja pun aku di bumi Petaling Jaya ini. InsyaAllah, bulan Julai nanti aku akan meneruskan pengajianku di peringkat kuliyyah pula. Semoga berjaya di Gombak pula ya Syakirah! ;D

Walaupun cuma setahun sahaja di sini, kenangan tetap terlukis di sini. Yang baik insyaAllah akan terus dalam ingatanku dan dijadikan tauladan. Yang pahit akan aku jadikan pengajaran dan iktibar. Itulah gunanya pengalaman bukan? Mengajar kita untuk menjadi manusia yang lebih berguna.

Astagfirullahal'azim..istigfar dahulu. Terfikir pula entah bila pula Allah akan menarik nyawaku yang dipinjamkan ini. Amalan aku belum cukup untuk menjamin aku ke syurga. Minggu lepas baru sahaja Allah mengambil kembali nyawa salah seorang sahabat satu batch aku di maktab. Semoga Allah merahmati arwah. Amin.

Ya Allah, andai Engkau ingin mengambil nyawaku, ambillah ketika aku sedang khusyuk beribadah kepadaMu, janganlah Engkau mencabut nyawaku ketika aku sedang leka membuat maksiat kepadaMu. Ampunkan segala kelalaian aku selama ini. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Friday, April 2, 2010

aku kembali

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan lafaz mulia, aku mulakan kembali penulisan kalamku setelah hampir seminggu aku tinggalkan.

Jikalau masih ingat, aku ada menyatakan di post sebelum ini bahawa ada perkara yang ingin aku ceritakan. Begini, abang dan kakakku bakal bernikah tidak lama lagi! Mungkin akhir tahun ini atau awal tahun hadapan. Hmm..

Sepanjang seminggu ini aku cuba belajar menerima kenyataan. Dan Alhamdulillah, aku semakin menerima hakikat tersebut. Bukan apa, aku cuma tidak bersedia untuk menerima orang lain dalam keluarga aku. Tetapi jangan risau, aku akan menyesuaikan diri.

Ummi dan ayah pun sudah merestui. Jadi siapalah aku untuk menghalang. Aku perlu terima kenyataan bahawa, kami adik beradik sudah meningkat dewasa. Bukan lagi kanak-kanak yang masih bermain aci kejar bersama-sama, bukan juga kanak-kanak yang menangis kerana merebutkan ais krim. Huh, kami sudah matang rupanya.

Terasa masa cepat berlalu. Tidak lama lagi pasti abangme pula yang menemui jodohnya. Kemudian..Ah, aku tidak mahu memikirkan perkara seterusnya. Aku belum bersedia. Sangat-sangat tidak bersedia! Sebenarnya itulah salah satu perkara yang aku bimbangkan.

Aku belum cukup matang untuk menjadi seorang dewasa. Tidak! Jangan paksa aku. Aku masih ingin menjadi anak bongsu kepada ummi dan ayah. Aku masih ingin menjadi anak manja bagi ummi dan ayah. Aku masih ingin ditimang ummi dan ayah. Aku masih mahu ditepuk ayah. Aku masih ingin duduk di celah ketiak ummi. Boleh kan begitu? =)

Huh, aku tahu suatu hari nanti aku perlu menjadi dewasa juga. Itu pasti. Tetapi jangan sekarang ya? Aku masih ingin menjadi seorang adik. Boleh ya?