Demi Masa

Monday, April 12, 2010

Kekuatan itu dicari, bukan ditunggu.

Bismillahirrahmanirrahim..

Dari Allah aku datang dan kepadaNya aku kembali. Semoga penulisanku terus mendapat redhaNya. InsyaAllah.

Aku sering mengadu kesedihan dan kegelisahan aku kepada kawan-kawan. Sepatutnya kepada Yang Maha Kuasa bukan? Khilaf diri. Itulah manusia, kadangkala lupa kepada pencipta sendiri. Namun seseungguhnya, apabila aku mengadu kepada Kekasih Agungku, semua masalah terasa ringan, segala kesedihan menjadi senyum dan kegelisahan pun menjadi tenang. Alhamdulillah. Terima Kasih Allah.

Sebagai seorang insan yang bergelar wanita, mood aku selalu berubah-ubah. Mudah sangat perasaanku menjadi kacau. Memang an-nisa' begitukah? Entah, aku pun tidak pasti ada kaitan dengan hormon atau tidak.

Semalam sekali lagi perasaan aku bercelaru. Peringatan dari Allah mungkin. Allah ingin menjaga hati aku kembali. Alhamdulillah. Aku rasa hati aku telah lama kotor. Kotor dengan maksiat, kotor dengan mengingat perkara lagha, kotor dengan perasaan dengki dan pelbagai lagi perkara yang boleh mengotorkan hatiku. Astagfirullahal'azim..Aku berdoa semoga hati aku terus dijaga oleh Allah. Amin.

Sahabatku, Nadiah, selalu menjadi penasihatku ketika aku runsing dengan perasaanku. Terima kasih sahabat. Engkaulah hadiah yang terbaik dari Allah untukku. Semalam, dia memberikan aku semangat untuk terus kuat dengan jalan yang aku pilih ini. InsyaAllah, dengan izin Allah aku akan terus berjuang di medan ini. Aku meluahkan masalahku kepada sahabat terbaikku ini. Nasihat dan dorongan yang diberikan memang mengembalikan semangat aku. Malah memberikan semangat baru. Alhamdulillah.

Orang kata kekuatan itu perlu dicari, bukan ditunggu. Ya, itu yang aku lakukan. Aku harap aku akan terus kuat. Andai aku lelah di tengah perjuangan, bimbinglah aku Ya Allah.

Apa yang berlaku sebenarnya? Sukar untuk ditafsirkan hatiku ini. Untuk menulisnya di sini, aku merasakan payah. Aku malu kepada Allah, aku malu dengan diri sendiri.

Cukuplah dengan mengatakan bahawa aku akan berubah! Perubahan sedikit demi sedikit demi mencari redha Ilahi. Semalam juga satu perubahan yang agak sukar sebenarnya jika diikutkan nafsu aku berjaya lakukan kerana aku tidak akan benarkan imanku kalah lagi.

Teringat pula perbualanku bersama Nadiah di ym semalam.

aku: aku tak kuat.
Nadiah: jgn cmtu. ko boleh.
aku: bg la cadangan, pe yg aku patot wat.
Nadiah: pe kate ko pdm sume list lelaki dlm fb.
aku: hurm..kne btol2 kuat nih. tp leh pdm eh?
Nadiah: leh kot, kwn aku pernah wat.
aku: xreti la.
Nadiah: nnt aku tny kwn aku. aku pon xreti
*setelah beberapa minit*
aku: ok, aku da pdm.
Nadiah: Alhamdulillah..

Begitulah lebih kurang perbualan kami. Ada pengubahsuaian sedikit kerana aku sendiri terlupa ayat yang sebenarnya. Tetapi yang pasti, mesejnya sama. Aku berjaya! Kini, aku merasa lebih tenang. Betul! Mungkin kerana diri tidak bergelumang dengan maksiat. Tetapi baru berapa hari, aku perlu membina kekuatan lagi supaya aku tidak termakan hasutan syaitan laknatullah.

Inilah perjuangan. Barulah boleh digelar mujahidah bukan? Itulah, perang melawan hawa nafsu sebenarnya adalah yang paling susah sekali. Aku akan terus berjuang. Tidak kira apa pun yang berlaku, aku akan terus berada di perjuangan untuk mendapat keredhaan Allah ini. InsyaAllah.

Semoga aku akan istiqamah dalam perjuangan ini. InsyaAllah. Segalanya masih ditentukan Allah. Namun usahanya aku perlu lakukan sendiri. Aku mohon keredhaanMu Ya Allah. Amin.

No comments: