Demi Masa

Wednesday, April 28, 2010

Ikhlaskah aku??

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah aku mulakan penulisan..

Haih, aku bukan mengeluh kesal, tetapi kecewa dengan diri sendiri. Memang setiap kali keluar dari bilik untuk ke kelas pasti aku sematkan niat lillahi ta'ala. Sepatutnya begitulah. Sepatutnya juga aku jadi ikhlas. Tetapi aku melihat diriku sekarang, ya saat ini, seakan-akan tidak ikhlas dalam perkara-perkara tersebut. Jadi ibadahkah semua amalan aku selama ini? Huh, mengeluh lagi. Sedih dengan diri yang selalu tewas dengan nafsu.

Tadi melihat carry mark untuk subjek Understanding Islam. Tidaklah teruk sangat sebenarnya. Sepatutnya aku bersyukur. Tetapi hakikatnya, aku seolah-olah menyalahkan takdir kerana markah aku lebih rendah berbanding beberapa orang rakanku. Ya Allah, hinanya diriku.

Boleh aku mengeluh lagi? Ah, cukuplah! Aku patut bertaubat, bukan mengeluh. Baiklah, muhasabah diri ini. Syakirah, ingat nawaitu selama ini! Lillahi ta'ala!

Ya Allah, ampunilah khilaf diriku ini. Semoga aku tergolong dalam hamba-hambaMu yang bersyukur dan ikhlas. Amin.

No comments: