Demi Masa

Wednesday, February 15, 2012

Kudus sinar Dhuha

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, masih bernafas untuk hari ini dalam iman dan Islam.

Fenomena indah yang aku lihat saban kali aku berkunjung ke sini, ketika sinar kudus dhuha memancar. Menanti kelas seterusnya, aku singgah ke sini menenangkan diri. Yang buatnya tenang bukan bilik i
ni, bukan ruangan ini, tetapi suasananya yang penuh dengan rasa cinta hamba kepada Tuhannya.



Inilah calon-calon bidadari syurga yang sedia menghiasi indah dunia ini. Subhanallah.

Sekarang aku berada di musolla engin. Lompang waktu membuatkan aku menghabiskan waktu di sini.

Hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: "Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah. Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar adalah sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha."


Banyak barakahnya solat dhuha ini. Ayah sering berpesan dan bertanyakan, "Sudah dhuha belum?". Jika di rumah, itulah soalan yang akan Ayah tanya setiap hari. Alhamdulillah, aku punya seorang ayah yang sentiasa mengingatkan anak-anaknya untuk terus mendekati cinta Ilahi.

Solat dhuha ini membuka rezeki. Ayah selalu ingatkan, rezeki itu bukan duit sahaja. Mudah belajar itu juga rezeki, mudah segala urusan juga rezeki. Namun perlu diingatkan bukan solat yang kita tunaikan
itu yang buat kita bertuah. Padahal entah solat kita itu sempurna atau tidak. Yakinlah, Allah sahaja yang punya haq mutlak untuk memberi rezeki kepada hambaNya yang dikehendaki.

Jika ujian masih juga menimpa-nimpa, bukan kerana Allah tidak cintakan kita. Malah Allah mahu kita terus merayu dan mendekat denganNya. Allah itu romantik!

Ujian itu tanda Allah masih peduli pada kita. Yakinlah.


Ada satu peristiwa hari itu, kami merancang satu perjalanan untuk bermusafir. Tiba-tiba mahu dijadikan cerita, kereta buat masalah. Puas dicuba itu dan ini. Masa pula makin berganjak. Aku terduduk di tepi kereta dan bertanya kepada diri, "Kenapa ya Allah beri semua ini? Padahal kami semua sudah dhuha sebelum itu. Ayah kata dhuha itu meluaskan rezeki, memudahkan urusan."

Kemudian aku istigfar sendiri atas bisikan jahat itu. Wajarkah aku mempersoalkan apa yang Allah timpakan buat hambaNya? Sedang Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Aku khilaf
.

"Ya, mungkin Allah menimpakan satu ujian buat kami untuk meningkatkan keimanan kami dan menyelamatkan beribu musibah dari kami dengan asbab berlaku ujian ini. Siapa tahu?"

Mujur, dan aku yakin sebenarnya dengan kuasa Allah datang seorang hambaNya menghulurkan bantuan. Usai doa Ummi yang bersungguh-sungguh beserta tangis taubat Ummi sebelum itu. Alhamdulillah, Allah memak
bulkan doa Ummi.

Ya, saat aku hampir putus asa dan hampir percaya tiada harapan lagi untuk aku sandarkan, saat itu juga Allah menurunkan bantuanNya. Mungkin juga menjawab persoalan aku awal tadi, "Padahal kami sudah solat Dhuha."

Iya, dengan izin Allah juga, Dhuha itu yang menolong meringankan ujian kami. Aku yakin dan terus percaya atas kehebatan dhuha. Semuanya berlaku dengan kuasa Allah.



Keberkatan solat dhuha dan hebatnya doa seorang ibu, kedua-duanya kerana Maha Kuasanya Allah. Dan mungkin juga kemudahan setiap urusanku selama ini disebabkan kuatnya doa ibu yang tidak berhijab itu. Allahuakbar!

Monday, February 13, 2012

Demi

Bismillahirrahmanirrahim.


Demi menggapai cinta Ilahi, rela ku tolak cinta yang semu.
Cinta selepas nikah itu lebih indah, namun lebih indah dan manisnya cinta bersama Al-Khaliq.

Biar aku terus merindui saat bertemuMu sebelum aku merindui hambaMu.

[2356]
13 Februari 2012

Sunday, February 5, 2012

Best ke?

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, masih bernafas dalam iman dan Islam.

Teringat satu malam tu, berjalan dengan Nura. Kebetulan melewati educafe yang penuh dengan pasangan yang 'study group' bersama.

Aku tanyakan, "Best ke couple ni?"

"Best la. Sebab buat maksiat."

Betullah jawapan Nura tu. Syaitan selalu mempedayakan anak Adam dengan merasakan indah melakukan maksiat. Semoga kami terhindar dari godaan syaitan laknatullah. Amin.

Salam Maulidurrasul

Bismillahirrahmanirrahim.

Kita yang dirindui Baginda itu. Subhanallah!




Kami merinduimu ya Rasulullah..


Wednesday, February 1, 2012

Lau Kana Bainana

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, for each and everything.

Teringat dulu, waktu sem pertama di CFS. Kelas BTQ, seronok kelas tu sebab kami bukan belajar berdasarkan syllabus sahaja. Habis pembelajaran selalunya akan ada sesi soal jawab.

Ada satu kelas tu, timbul isu yang membabitkan kh
ilaf ulama'. Waktu itu rasa sangat-sangat sayu. Orang ni cakap begini, orang tu cakap begitu.

Kemudian pendapat masing-masing pun berbeza. Memang tiada pertelingkahan pun, kami hanya berbincang. Cuma aku berdiam diri melayan sayu hati. Sedih. Terfikir, andai Rasulullah masih bersama kita sekarang
tentu segala kemusykilan boleh diselesaikan terus dengan baginda.

Allah, rindunya pada kekasihMu!