Demi Masa

Monday, May 31, 2010

Hanya redhaMu yang ku dambakan

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan namaMu yang suci lagi Maha Agung Ya Allah, aku bermohon agar diredhai setiap apa yang aku lakukan. Semoga taufiq dan hidayahMu sentiasa menemani langkah-langkah perjuangan ini. Amin.

Alhamdulillah, hari ini aku mulakan dengan sesuatu yang baik. Biarlah hanya Allah yang tahu. Harapannya semoga berakhir juga dengan sesuatu yang lebih baik. Yang wajib alhamdulillah sudah disempurnakan tadi. Yang harus juga selesai. Berharap yang sunat juga diterima Allah. InsyaAllah.

Sementara menunggu isya' sebentar tadi, aku sempat membaca Majalah Anis setelah selesai membaca Al-Mulk. Kerana masa yang terluang ada beberapa minit lagi, aku mengisinya dengan bahan bacaan yang insyaAllah berilmiah juga. Keluaran Mac jikalau tidak silap aku. Keluaran itu mengetengahkan isu anak derhaka. Banyak juga ilmu yang dapat diambil. Harapanku semoga yang baik itu aku jadikan pedoman dan sentiasa di ingatan, yang buruk pula aku jadikan peringatan. InsyaAllah.

Ada satu artikel pula mengenai takutlah untuk tidur dan menyesallah apabila bangun. Ironi sedikit bunyinya bukan? Tulisan saudara Hilal Asyraf. Artikel itu mengingatkan berkaitan amalan yang kita lakukan. Takut untuk tidur kerana bimbang andai esok bukan milik kita dan kita tidak sempat memohon ampun atas segala dosa. Menyesal apabila bangun kerana kita banyak merugikan masa pada hari sebelumnya. Muhasabah diri selepas membaca artikel tersebut.

Tadi mula-mula online, dapat mesej mengenai serangan di Gaza. Aduh, tiupan semangat jihad semakin menyala-nyala. Bila agaknya aku akan menyertai saudara seislamku untuk berjihad membela agama Allah ini? Aku amat merindui syahid di jalanMu Ya Allah. Pilihlah aku menjadi dari kalangan syuhada'Mu. Amin.

Aku akhiri dahulu kalam ini. Semoga Allah meredhai hidupku serta semua umat Islam. InsyaAllah.

nota kaki: Maafkan kesalahanku andai pernah mengguris hati sesiapa. Jika esok bukan milikku, redhai segala perbuatanku selama ini..

Saturday, May 22, 2010

Just some words perhaps?

Bismillahirrahmanirrahim..

With the name of Allah, I begin to write in this late night. Hoping for Allah bless in each breath that I breathe.

I don't get the mood of writing just yet. Just to fill my leisure while watching the television. Yeah, while the commercial break of course.

In this late night, this feeling blow suddenly on the surface of my heart. The feeling of missing. Indeed, I do miss somebody. I mean SOME, means that not only one person.

I really miss you guys! My fellow friends. My friends in PS as well as in CFS. When are we gonna meet again buddy? Really, really miss you!

Hurm, wanna know what I'm watching right now? It's an english movie called A Beautiful Mind. About a mathematician who is always get interrupted by his own illusion. How he survived? After all, he finally won a noble prize.

My sister told me that it is based on a true story. She had watched it with her lecturer. I don't really sure. Maybe she's telling the truth.

Okay, the movie has end. No more word to say. Maybe, the mood of writing will come so soon. Tomorrow, I believe will be such a busy day. Going out with Ummi and akak, of course with Ayah as well, to buy things and to prepare for akak's engagement. It's about two weeks from now.

When will be my turn? Hurm..hahA! Just kidding.

Till then, illal liqa'..

Friday, May 21, 2010

Haza min fadlillah

Bismillahirrahmanirrahim..

With the name of Allah The Most Gracious and Most Merciful. I pray that Allah bless will always be with me and all of us, including you, the one who is reading my blog right now. InsyaAllah, amin.

Just done checking my third semester result. Alhamdulillah, it's the best that Allah gave me. Even though I'm not getting 4 flat as I was hoping ever since, it's okay. What you give, you get back right? So, that's the effort I've put on the exam, the result is based on what I've work for it, isn't?

After all, that's all come from Allah. It's already written in lauhul mahfuz. I accept it wholeheartedly. Haza min fadlillah.

With smiles, I end this post. InsyaAllah will write again soon. Now, not really in the mood of writing. Ma'a salamah..

*smiles :)

foot note: still building myself to be the best mujahidah


Monday, May 17, 2010

Pagi Isnin

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan namaMu Ya Allah, aku mulakan minggu ini dengan berharap redha dan rahmatMu sentiasa melimpahi bumi. Semoga Ar-Rahman dan Ar-rahim Allah sentiasa bersamaku dan antum.

Alhamdulillah kerana masih bernyawa untuk hidup melihat dunia dan keindahan ciptaan Ilahi. Melihat kepada ciptaanNya membuatkan diri mengagumi keagungan Allah dan tidak henti-henti memuji Allah. Allahu Akbar, Allahu 'Azim.

Semalam bersamaan 16 Mei ialah sambutan Hari Guru. Di mana-mana sama ada di blog, di Facebook dan banyak lagi semuanya memperkatakan berkenaan hari ini. Pagi lagi aku sudah mengucapkan ucapan 'Selamat Hari Guru' buat guru pertamaku iaitu ummi dan ayah. Ibu bapalah sebenarnya guru kita sejak kita dilahirkan. Merekalah yang mendidik kita menjadi manusia seperti hari ini. Jasa mereka tidak mungkin dapat dibalas.

Semalam aku terlambat sedikit untuk mengucapkan 'Selamat Hari Guru' dan terima kasihku buat guru-guru di sekolah dahulu kerana menghadapi masalah kredit telefon. Biasalah aku jikalau berada di rumah cuti-cuti begini, handphone aku biarkan sahaja tidak berkredit. Kadangkala merata-rata aku letak handphone tersebut. Hihi..

Alhamdulillah, ucapanku tidak dibalas sepi. Mereka membalas dengan doa restu. Syukur padaMu Ya Allah. Rasa rindu pula mau berjumpa dengan para pandidikku. Entahlah, reunion nanti aku mahu ke maktab atau tidak. Tiada siapa boleh menghantar aku ke sana pun.

Semuanya masih tidak pasti bagiku. Kawan-kawan, aku juga amat merindui kalian. Andai diizinkan Allah aku pasti ke bumi Pasir Salak itu, andai tidak ku harap suatu hari nanti kita akan bertemu semula.

Buat guru-guruku, jasamu tetap akan ku kenang hingga ke akhir hayat. Mustahil dapatku balas jasa kalian. Aku mendoakan semoga Allah memberi kalian ganjaran terbaik dan syurga untuk kalian. InsyaAllah. Amin.

Saturday, May 15, 2010

Aku akan terus menjadi mujahidah

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan namaMu Ya Allah, aku memohon agar diriku terus thabat dalam perjuangan ini. Aku sentiasa mengharap redhaMu di setiap hembusan nafasku. Semoga rahmatMu sentiasa melimpahi bumi ini. Amin.

Subhanallah, Alhamdulillah, La ila ha illallah, Allahuakbar..

Biar aku mulakan dengan memuji Tuhanku, Dia juga Tuhan kalian. Semoga zikrullah sentiasa membasahi bibir kita semua. InsyaAllah.

Hari ini sahaja sudah berapa kali aku mengupdate blog ini. Alhamdulillah kerana diberi kudrat oleh Allah, syukur. Aku tidak suka bercakap, aku lebih suka menulis. Lihat sahaja post aku sebelum ini, semuanya panjang-panjang belaka. Biarlah, it's my blog and i have the right to post anything into it, with Allah's will, of course.

Aku berharap agar blog ini tidak mengundang sebarang sakit hati dari mana-mana pihak. Andai itu telah berlaku atau akan berlaku, ampunilah kekhilafan diriku. Aku mencuba yang terbaik, namun Allah jua yang lebih berkuasa. Ya, kata-kata itu kadangkala lebih tajam dari mata pedang. Sekali lagi, ampuni segala kata-kataku yang menghiris hati kalian. Aku tidak pernah bermaksud begitu.

Segala yang aku nukilkan dalam setiap kalamku hanyalah sebagai luahan hatiku yang insyaAllah dikemudi oleh iman. Ada juga keluhan, kadangkala karutan. Itu semua diriku. Jangan mengagumi diriku dengan hanya membaca kalamku sahaja. Apa yang aku nukilkan segalanya masih harapanku, diri ini masih mencari-cari cintaNya.

Aku tidaklah sesuci seperti yang aku nukilkan. Kadangkala diriku terlencong juga. Semoga taufiq dan hidayah Allah sentiasa bersamaku. Aku sentiasa mencari-cari redhaNya. Dan sampai bila-bila aku akan terus menjadi mujahidah. Mujahidah yang akan terus mencari redha Ilahi dalam setiap perbuatannya.

Aku akan terus begini. Terus mencari cintaNya. Terus mencari redhaNya. Kerana aku mujahidah mardatillah..

Friday, May 14, 2010

Kecemasan!!

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku masih mengharap rahmat dan redhaMu dalam penulisan ini. InsyaAllah.

Kecemasan!!

Tidaklah cemas sangat sebenarnya, sengaja mahu post ini nampak panik. hahA!

Abang telefon ummi semalam beritahu, kawan-kawannya ingin bertandang ke rumah esok. Di sini, biar aku yang selitkan sekali bahawa kawan-kawannya itu termasuklah bakal kakak iparku (insyaAllah).

So, aku kena kemas rumah malam ini juga. Bukan hipokrit ni, cuma mahu memuliakan tetamu. Betul kan?

Apa tunggu lagi? Bergerak sekarang!!

Syukurlah..

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan redhaMu dan rahmatMu aku masih berpeluang menghirup udaraMu. Syukur Ya Allah.

Muhasabah sebentar diri ini. Kadang-kadang terlupa untuk bersyukur di atas nikmat Ilahi. Itulah sebab ayah berikan namaku cahaya kesyukuran, supaya aku menjadi seorang hamba Allah yang bersyukur. Alhamdulillah, aku bersyukur di atas segala nikmat yang telah dan akan Engkau kurniakan kepadaku.

Sekarang air-cond bilikku sudah tidak berfungsi. Nikmat Allah beri telah ditarik balik bukan? Mungkin juga dahulu aku kurang bersyukur dengan nikmat tersebut, masih mengadu panas walau sudah menghidupkan pendingin hawa. Sekarang??

Syukurlah wahai insan kerana masih mempunyai kipas. Jikalau Allah tarik kesemua nikmat tersebut? Tidakkah menyesal nanti?

Jadi pesanan buat diriku dan semua yang membaca, bersyukurlah dengan nikmat yang Allah kurniakan walaupun sedikit.

Syukur..

Alhamdulillah..

7 Things to stop doing now on Facebook!

Sengaja mahu berkongsi apa yang aku baca semasa menjelajah internet sebentar tadi. (Ceh, ayat nak hebat saje :P)

7 Things to Stop Doing Now on Facebook

by Consumer Reports Magazine
Wednesday, May 12, 2010

Using a Weak Password

Avoid simple names or words you can find in a dictionary, even with numbers tacked on the end. Instead, mix upper- and lower-case letters, numbers, and symbols. A password should have at least eight characters. One good technique is to insert numbers or symbols in the middle of a word, such as this variant on the word "houses": hO27usEs!

Leaving Your Full Birth Date in Your Profile

It's an ideal target for identity thieves, who could use it to obtain more information about you and potentially gain access to your bank or credit card account. If you've already entered a birth date, go to your profile page and click on the Info tab, then on Edit Information. Under the Basic Information section, choose to show only the month and day or no birthday at all.

Overlooking Useful Privacy Controls

For almost everything in your Facebook profile, you can limit access to only your friends, friends of friends, or yourself. Restrict access to photos, birth date, religious views, and family information, among other things. You can give only certain people or groups access to items such as photos, or block particular people from seeing them. Consider leaving out contact info, such as phone number and address, since you probably don't want anyone to have access to that information anyway.

Posting Your Child's Name in a Caption

Don't use a child's name in photo tags or captions. If someone else does, delete it by clicking on Remove Tag. If your child isn't on Facebook and someone includes his or her name in a caption, ask that person to remove the name.

Mentioning That You'll Be Away From Home

That's like putting a "no one's home" sign on your door. Wait until you get home to tell everyone how awesome your vacation was and be vague about the date of any trip.

Letting Search Engines Find You

To help prevent strangers from accessing your page, go to the Search section of Facebook's privacy controls and select Only Friends for Facebook search results. Be sure the box for public search results isn't checked.

Permitting Youngsters to Use Facebook Unsupervised

Facebook limits its members to ages 13 and over, but children younger than that do use it. If you have a young child or teenager on Facebook, the best way to provide oversight is to become one of their online friends. Use your e-mail address as the contact for their account so that you receive their notifications and monitor their activities. "What they think is nothing can actually be pretty serious," says Charles Pavelites, a supervisory special agent at the Internet Crime Complaint Center. For example, a child who posts the comment "Mom will be home soon, I need to do the dishes" every day at the same time is revealing too much about the parents' regular comings and goings.

Guru ibarat lilin atau lampu pendafluor??

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan namaMu Ya Allah aku kembali menulis kalam hidupku. Semoga redha Allah sentiasa bersamaku. InsyaAllah.

Hari Tentera: Para tentera dinaikkan gaji.

Hari Polis: Polis dinaikkan gaji.

Hari Guru: ???

Mahu tahu apa yang para guru dapat? Mereka disuruh untuk bergotong-royong di sekolah masing-masing.

Ummi mengeluh.

Ayah pun mengeluh.

Mereka bukan mengharap penghargaan, cuma mahu dihargai jasa mereka.

Aku hanya mampu simpati, aku bukan boleh mengubah arahan ini.

Kasihan ummi, kasihan ayah.

Inni Akhafullah..

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan namaMu Ya Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dengan namaMu aku hidup dan aku mati. Semoga aku hidup dalam rahmatMu dan aku akan mati dengan rahmatMu jua. InsyaAllah.

Haih, mengeluh kesal. Bukan kerana hidup ini, tiada apa yang perlu aku keluhkan dengan takdir Ilahi. Semuanya tertulis indah. Cuma aku kesal dengan diri sendiri. Kadang-kadang iman yang dianugerahi Ilahi aku memandangnya sepi. Akal pula yang lebih mendahului. Lagi teruk jika nafsu yang mengemudi. Haih, sekali lagi aku mengesali diri.

Ada juga post-post sebelum ini yang tidak dikemudi oleh iman. Astagfirullahal'azim. Ampunkan khilaf diriku Ya Allah. Mungkin kadang-kadang amarah menguasai diri, atau sedih yang merajai hati. Entahlah..

Aku masih berusaha membina diri ke arah mardhatillah. Selalu juga diuji. Hadis nabi ini mengembalikan semangatku.

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan"
(Riwayat Al-Bukhari)

Aku kembali bangkit melawan lemahnya diri. Mujahidah ini tidak sepatutnya tunduk kepada kelemahan.

"Saat kekalahan itu bermula apabila kamu berasa lemah dalam perjuangan, dan saat kemenangan itu bermula apabila kamu melawan rasa lemah itu"-Syed Qutb

Terima kasih sahabat yang telah menghadiahkan aku kata-kata ini. Aku menyimpannya agar menjadi penyuntik semangatku andai aku hampir lemah.

Sesungguhnya aku lebih takutkan kemurkaan Allah berbanding marahnya manusia. Biarlah andainya perjuangan yang aku lakukan ini mengundang sakitnya hati manusia, selagi tindakan yang aku lakukan ini untuk mencari redha Ilahi, aku akan teruskan.

Aku pernah terbaca suatu artikel yang aku sudah lupa di mana. Artikel itu menyebut,
sekiranya seorang lelaki itu mengasihi seorang wanita kerana Allah, dia akan menjaga wanita itu dari setiap sudut termasuk pergaulannya. Dia tidak akan mencemari wanita tersebut walaupun dengan cara perbualan yang boleh mengundang kepada zina hati. Ah, lebih kurang begitulah, aku tidak tahu hendak mengolahnya semula. Maksud mudahnya, lelaki tersebut akan terus membiarkan wanita tersebut menjadi mawar berduri yang tidak berani disentuh oleh mana-mana kumbang sehinggalah dia sendiri halal untuk wanita tersebut.

Harap-harap sampailah maksud mesej tersebut. Mohon maaf kerana kelemahan diri ini untuk mengolah semula ayat tersebut.


Hmm, masih adakah lelaki
sebegitu di zaman ini? Maafkan aku wahai kaum Adam andai pertanyaanku ini mencabar kalian. Cuma aku masih ragu-ragu berapa ramaikah angka kalian yang mempunyai akhlak sedemikian rupa. Aku gembira melihat kalian berlumba-lumba untuk ke jalan Allah. Tenang hati ini melihat masih ada pewaris Rasulullah untuk mengembangkan agama suci ini. Syukur Ya Allah.

Semoga jumlah kalian akan terus bertambah menjadi pemuda-pemuda Islam yang akan memperjuangkan agama ini. Aku mendoakan atas dasar saudara seagama dan demi agama yang suci ini.

Inni akhafullah..Sesungguhnya aku takutkan Allah.

Thursday, May 13, 2010

bagaimanakah??


pergi..?

tak pergi..?


pergi..?

tak pe
rgi..?


pergi..?

tak pergi..?


pergi..?

tak pergi..?


pergi..
?

tak per
gi..?


pergi..
?

tak pergi..?


pergi.
.?

tak pergi..?


Aduh, perlu istikharah ke ni??

Nak pergi tapi tak nak pergi, apekah??

Tunggu!

istikharah memang perlu..lagi 3 m
alam aku beri jawapan, insyaAllah..

:)




Wednesday, May 12, 2010

Comelnya aku dulu! ;D

Bismillahirrahmanirrahim..

Semoga iman mengemudi penulisanku ini. InsyaAllah.

Tajuk post kali ini agak keterlaluankah? hahA! Biarkan. Aku tiba-tiba teringat kenangan sewaktu kecil dahulu. Zaman masih tidak tahu betapa susahnya hidup ini.

Iyalah, waktu umur masih belum mempunyai dua angka dahulu, mana pernah fikir macam-macam masalah. Kalau tak dapat ais krim atau gula-gula, menangis sahaja. Pasti ada yang melayan. Hah, mudahnya zaman kanak-kanak dahulu :)

Seronok sahaja dilihat pada hidup ini. Tidak pernah terfikir kesedihan. Ingat lagi kalau bergaduh dengan kawan-kawan dahulu mesti akan cakap, "Kite tak nak kawan dengan kamu!". Alah, seminit dua lepas itu main bersama balik. Gaduh kanak-kanak bukannya lama pun.

Tadi aku rasa geram, cemburu sikit dengan seorang teman ini. Tiba-tiba aku teringat ayat tersebut. Terus aku tersenyum. Comel pula rasa ketika zaman kanak-kanak dahulu. Kini diri sudah meningkat dewasa, semua masalah ditanggung sendiri. Tidak boleh lagi hanya menangis menunggu sesiapa memujuk.

Hurm, masa pantas berlalu. Kini aku sudah berada di peringkat universiti. Dan mungkin tidak lama lagi akan menjadi isteri seseorang. hahA! (jauhnya aku fikir ;p) Harap-harap lambat lagilah. Hee~

Ya, masa lalu mengajar kita erti hidup. Pengalaman mendewasakan kita. Kini, aku boleh berbangga dengan diriku yang dahulunya sekadar budak hingusan kerana aku mampu berdiri di atas kaki sendiri!

*Senyum :)

Malaysia boleh!

Bismillahirrahmanirrahim..

Masih mengharap redhaMu di setiap nafasku.

Baru usai menonton perlawanan badminton antara Malaysia dan Denmark sebentar tadi. Alhamdulillah Malaysia menang dan bakal bertemu China untuk separuh akhir.

Hurm, ayah macam tak letak harapan tinggi untuk perlawanan itu nanti. Tapi aku yakin Malaysia boleh!!

Patriotik tak aku?? ;D
Hee~

Maaf itu mudah diberi, melupakan sukar sekali..

Bismillahirrahmanirrahim..

Masih mengharap redha Allah dalam penulisan ini serta sepanjang perjalanan hidupku. Semoga kalam kali ini tidak hanya ditulis berdasarkan akalku sahaja, apatah lagi amarah biarlah iman yang mengemudinya. InsyaAllah.

Maaf. Memang satu perkataan yang paling susah diucap oleh kita. Seperti tajuk lagu kumpulan Westlife, jika tidak silap aku "Sorry Seems to be the Hardest Word". Benar, percayalah kataku ini. Ya, mungkin ada yang masih ragu-ragu. Cuba sahaja lihat pada diri kita, kalau kita terlanggar orang perkataan yang muncul di bibir kita ialah..? "Ops, sorry." Di mana perkataan maaf ya? Memang benar maksudnya sama tetapi apabila MAAF yang diucap, keikhlasan itu lebih jelas kelihatan. Itu nasib baik lagilah tahu meminta maaf walaupun dengan 'sorry', kalau maki hamun yang keluar dari mulut manusia itu? Na'uzubillah..

Mulanya aku juga tidak menyedari hal ini, sehinggalah suatu hari Ustazah Suriyani bercakap tentang hal ini. Itulah kita, hal sekecil ini pun kita tidak sedar. Sibuk dengan perkara lain.

Peristiwa 'Gam dan gunting':
Masih segar di ingatan peristiwa tersebut. Mana mungkin aku lupakan suatu kejadian pahit yang mengganggu hidup aku sebelum SPM. Bukan sahaja mengganggu, malah menghantui. Mujurlah ada teman-teman yang setia memberi semangat dan membela aku di kala aku hampir putus asa dengan hidup ini.

Aku ambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Nabila, Ainul, Ayong, Ayu, DS, Wani, Didie, Kimah, Mija dan ramai lagi (termasuk S*****) yang sentiasa bersama aku ketika 'mereka' itu mencaci aku. Aduh, pedih sekali peristiwa tersebut.

Salahkah aku?
Ya, mungkin juga aku yang bersalah. Jadi biarlah aku yang mengalah. Namun segala usaha 'mereka' untuk menjatuhkan semangat aku tidak berjaya. Kerana apa? Ayat al-Quran ini memujuk aku di kala itu:

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat seksa dari kejahatan yang dibuatnya.."
Al-Baqarah [2:286]

Allah yang menyelamatkan aku dari terus kecewa dan putus asa dari mengharap kepadaNya. Alhamdulillah. Syukur di atas nikmatMu Ya Rabbal 'Alamin.

Sejak dipujuk dengan ayat cinta tersebut, aku terus gagah menempuh hidup walau pelbagai ujian terpaksa ku tempuh. Segala kekuatan itu milik mutlak Allah, dan aku hanya memperoleh sekelumit kekuatan itu.

Maafkan sahaja..
Memang aku sudah pun memaafkan 'mereka' setiap kali selepas 'mereka' menyakiti aku. Apalah guna menyimpan dendam kepada 'mereka'? Hanya sakit hati yang aku dapat. Alhamdulillah, hatiku lebih tenang selepas memaafkan. Syukur juga sebelum raya Aidilfitri juga sebelum SPM, 'mereka' sudah pun meminta maaf kepada aku dan juga sahabat-sahabatku. Entah ikhlas atau tidak itu urusan mereka dengan Allah. Tanggungjawab aku hanya memaafkan.

Maaf itu mudah diberi, melupakan sukar sekali..
Itulah yang aku katakan, memang memberi maaf itu mudah, tetapi melupakan..susah! Sehingga sekarang peristiwa itu masih jelas di fikiranku. Bukan aku sengaja mahu mengingat untuk mengungkit, tetapi memori tersebut kekal walau apa cara pun aku cuba membuangnya.

Sudahlah, aku tidak mahu berdendam. Biarlah memori pahit yang terus melekat di fikiranku ini menjadi sejarah dan iktibar buat diriku. Mungkin juga pengajaran atas sikapku selama ini. Atau apa sahaja yang boleh dijadikan pedoman.

Walau apapun, peristiwa tersebut merupakan salah satu faktor yang telah memanusiakan aku. Aku percaya Allah menetapkan hikmah di setiap kejadian yang berlaku. Aku redha dan tidak pernah mengeluh.

Dan sekarang aku akan sentiasa tersenyum menempuh hidup ini kerana kehidupan inilah sekolah yang mengajar kita erti hidup dan memanusiakan kita.

*Senyum :)

Wallahu'alam..

Kenapakah??

Bismillahirrahmanirrahim..

Semoga redha Allah sentiasa bersamaku dalam meniti perjuangan ini.

Post kali ini mungkin agak merepek atau yang sewaktu dengannya. Mungkin disebabkan keadaan otakku yang agak pening sekarang. Jadi antum diharap faham dengan keadaan ini. Atau lebih mudah abaikan sahaja penulisanku ini. Hee~

Kenapakah?? #1:
Kenapakah bila aku online dan menghadap internet je aku jadi mengantuk? Kemudiannya aku akan tertidur di depan laptop ini. Hurm..

Kenapakah?? #2:
Kenapakah ya, asal aku nak post blog je seminit lepas itu aku jadi malas dan hilang idea? Kemudiannya aku biarkan sahaja blog ini tidak berusik. Hurm..

Kenapakah?? #3:
Kenapakah lagi, aku online facebook dan tiada idea untuk mengupdate status? Kemudiannya perasaan bosan menjelma lalu aku terus offline. Hurm..

Kenapakah?? #4:
Kenapakah semenjak dua menjak tiga menjak ini aku selalu jadi pelupa? Terlalu banyak makan semutkah? Kemudiannya aku akan terus menggaru kepala. Hurm..

Kenapakah?? #5:
Kenapakah aku rasa seperti tidak mahu ambil lesen cuti ini? Rasa malas dan takut mungkin. Atau aku seorang pencinta alam sekitar yang tidak mahu mencemarkan alam sekitar dengan asap ekzos kereta? Hurm..

Kenapakah?? #6:
Kenapakah orang yang berada dalam bidang logik seperti math terlalu dengan pemikiran logik dan orang yang berada dalam sastera terlalu dengan pemikiran berbunganya? Orang otak kiri selalu memandang sesuatu secara tersurat. Orang otak kanan pula selalu melihat sesuatu secara tersirat. Bagiku tersurat dan tersirat kedua-duanya penting. Hurm..

Kenapakah?? #7:
Kenapakah daun itu dipanggil daun kari sedangkan untuk membuat serbuk kari tidak langsung menggunakan daun tersebut sebagai ramuan? Hurm..

Kenapakah?? #8:
Kenapakah aku perlu rasa risau sekarang ini? Perlukah? Hurm..

Kenapakah?? #9:
Kenapakah jerawat ini masih tegar mendiam di mukaku? Tidak ada tempat lain lagikah? Hurm..Ouh, mereka hampir hilang. Alhamdulillah..

Kenapakah?? #10:
Kenapakah aku rasa malas ke PS pada hari yang ditetapkan itu? Fobia dengan kisah lamakah? Tetapi rindu dengan teman-teman. Hurm..

Kenapakah?? #11:
Kenapakah maaf itu mudah diberi tetapi melupakannya sukar sekali? Ikhlaskah aku memberi maaf? Hurm..

Kenapakah?? #12:
Kenapakah aku perlu risau dengan keredhaan manusia dalam mencari mardhatillah? Allah Maha Kuasa. Atau aku masih lemah imannya? Hurm..

Kenapakah?? #13:
Kenapakah pendirian aku kadang-kadang berubah-ubah? Hurm..

Kenapakah?? #14:
Kenapakah jerawat tadi meninggalkan parut? Sebagai tanda kenang-kenangankah? Aku rasa aku tidak memerlukannya. Hurm..

Kenapakah?? #15:
Kenapakah tugas menstapler kertas exam diserahkan kepada guru, atau sebetulnya anak guru? Bukan tugas office boy kah? Hurm..

Kenapakah?? #16:
Kenapakah aku sudah lupa apa yang aku ingin soalkan tadi? Dinner berlaukkan semutkah tadi? Hurm..

Kenapakah?? #17:
Kenapakah aku sekarang sudah menjadi seorang yang lembut hati? Kalau dahulu susah betul aku nak ketawa, susah betul aku nak menangis, susah betul aku nak senyum. Tetapi sekarang, macam senang je nak pamerkan semua perasaan tersebut. Hatiku sudah ada tamankah sekarang, bukan lagi gua batu? Hurm..

Kenapakah?? #18:
Kenapakah lelaki egonya tinggi? Mahal sangatkah harga ego tersebut? Hurm..

Kenapakah?? #19:
Kenapakah muslimah sekarang kurang sifat haya' dalam diri? Kadang-kadang tiada langsung. Adakah aku termasuk salah satu golongan tersebut? Na'uzubillah. Hurm..

Kenapakah?? #20:
Kenapakah persoalan-persoalan di atas bermain di fikiranku? Perlukah aku post di blog ini? Hurm..

Banyak juga persoalan yang aku utarakan. Banyak lagi mungkin di dalam kotak fikiranku. Mungkin nanti pula aku tanyakan.

Tetapi..siapa yang akan menjawab semua soalanku di atas?? Hurm..

Monday, May 10, 2010

rindu..


Rindulah kat kawan2..
patut ke aku g ps nnt?
konpius..
rindu kt kamu semualah!!!
kamu itu lah.. ;D

Air dicincang tidak akan putus

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan namaMu Ya Rabbal 'Alamin, dengan sifatMu Ar-Rahman dan Ar-Rahim, aku mengharap agar redhaMu d
an rahmatMu sentiasa bersamaku. Amin.

Ummi, ayah dan akak sudah ke tempat kerja masing-masing. Tinggallah aku dan abangme sahaja. Tidak perlulah buat sarapan
beria-ria. Kalau abangme nak makan cereal ada. Jadi omputih ye..hee~ Selalunya puasa. Tetapi hari ini aku katakan tidak sahajalah. Yang sunat itu tidak perlu diwajibkan. InsyaAllah, Khamis nanti aku mulakan semula rutin tersebut.

Hari ini aku ingin menceritakan perihal adik beradikku. Sejak kecil menjadi peneman setiaku. Bermain bersama, bergaduh bersama dan berebut pada benda yang sama. Seronok sungguh kecil-kecil dahulu. Comel-comel belaka! hihi..

Abang ditakdirkan Allah menjadi anak sulung. Mesti manja bukan kecil-kecil dahulu? Iyalah, kasih sayang ummi ayah tumpah pada abang seorang sahaja. Nak layan pun abang seorang sahaja. Huh, cemburu sedikit :p. Abang seorang yang pendiam. Kalau di rumah ini, suaranyalah paling susah didengari. Ada emas mungkin dalam mulutnya.hahA! Dahulu di sekolah rendah abang jadi ketua pengawas. Hebat tak? hihi. Alah, mesti tak garang, baik ni. Namun, kasihan abang, keputusan UPSR dia tidak seperti yang dia harapkan. Walaupun tidak mendapat 5A, alhamdulillah berjaya masuk ke sekolah berasrama. Sebuah sekolah agama di Ipoh. Di sana juga dia menjadi pengawas. Aku hairan garangkah abang sehingga dipertanggungjawabkan menjadi pengawas? hahA! Abang menjadi inspirasi buat adik-adik sebenarnya apabila dia diterima masuk ke UIA dalam pengajian Undang-undang. Alhamdulillah, telah habis pengajiannya di situ. Sekarang sudah bekerja. Namun belum boleh lagilah dipanggil lawyer. Abang sangat protaktif dan sangat sayangkan adik bongsunya ini. hahA! Mestilahkan? Aku tahu, dia tidak akan biarkan adik bongsunya ini disakiti. Jadi, berhati-hatilah kalian. My brother is my bodyguard. hihi..


Mohd Khairil Izzi



Abang bersendirian bermanja dengan ummi ayah tidaklah lama mana. Dua tahun kemudian akak dilahirkan. Akak membesarlah bersama abang. Setahu aku akak tidaklah banyak karenah sangat. Adalah juga beberapa peristiwa yang menunjukkan akak ni tidak lalu duduk diam sewaktu kecil dahulu. hahA! Kelakar. Tidak perlu diulas di sini. Akak bolehlah dikatakan cantik. Iyalah, sejak sekolah rendah lagi ada sahaja budak lelaki yang meminatinya. Jap, cantik ke? hahA! Aku sudah selalu tengok mungkin, jemu. hihi..tidaklah! Alhamdulillah, keputusan UPSR akak cemerlang dan diterima masuk ke Sekolah Tun Fatimah. Akak menjadi pembakar semangat buat adik-adiknya pula untuk mendapat 5A dalam UPSR. Habis sekolah menengah sepanjang lima tahun di situ, akak meneruskan pengajian di UIA juga dalam bidang Ekonomi. Memang sesuailah akak belajar ekonomi, dia seorang yang sangat berjimat. Kalau di rumah, akaklah yang melayan perangai gila dan cacat aku ini. Alah, akak pun cacat juga. hahA! :p Bila dengan akak aku seronok walaupun agak rimas asyik didera. Iyalah, satu-satunya adik beradik perempuanku. Siapa lagi mahu sekepala denganku kalau bukan akak. Tidak lama lagi akak bakal bertunang dan insyaAllah bakal bernikah akhir tahun ini. Dengan siapa lagi aku akan bergurau? Siapa lagi mahu melayan gila aku ini? Agak sedih juga. Kepada bakal suaminya, Encik Azeze siaplah anda kalau anda buat kakak saye sedih! Ini amaran keras. hahA!


Nurul Hidayah


Selang dua tahun kelahiran akak, abang mendapat geng. Abangme pula dilahirkan. Menurut cerita ummi dan ayah, abangmelah paling banyak karenah kecil dahulu. Kasihan ummi dan ayah melayan abangme. Dari kanak-kanak lagi abangme suka pada komputer dan mesin. Entah, aku dahulu tidak paham apalah istimewanya benda-benda tersebut. Dengan keputusan UPSR cemerlang abangme melanjutkan pengajian peringkat menengah di Sekolah Alam Shah atau dikenali sekarang Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya. Abangme memang aktif di sekolah. Banyaklah projek yang melibatkan komputer dia terlibat. Sampai ke Hong Kong dia menjelajah. Dan dia juga berpeluang bertemu dengan Bill Gates. Memang abangme insan bertuah. Banyak sungguh impiannya tercapai, alhamdulillah. Abangme agak keras sedikit denganku. Mungkin kerana perbezaan umur yang sedikit. Mungkin kerana kerasnya itulah dia ditakdirkan untuk menyambung pelajaran dalam bidang Kejuruteraan di UniMAP. Mekatronik majornya. Memang sesuailah dengan jiwanya. Dahulu kecil-kecil abangmelah jadi teman bermain, teman bergaduh. Sudah meningkat dewasa ini, sudah semakin matang. Tidak serapat dahulu. Namun aku tahu, air dicincang tidak akan putus.


Mohd Kamil Syahid


Banyak sudah aku ceritakan tentang mereka. Aku mahu mereka tahu aku sayangkan mereka. Aku sedih jika melihat adik beradikku bergaduh. Aku takut. Abang dan abangme, aku harap mereka menurunkan ego masing-masing. Aku tahu lelaki egonya tinggi. Tetapi dengan adik beradik apa salahnya merendahkan ego bukan? Tidak ada ruginya. Abang dan abangme wali ala selepas ayah dan atok. Entah kenapalah dua abangku ini tidak rapat. Ego tinggi sangatkah? Tetapi, aku percaya air dicincang tidak akan putus. Aku pasti suatu hari nanti kedua-dua abangku akan menjadi lelaki yang bertanggungjawab. Akak pula semoga berbahagia di samping insan pilihan hati akak. Mungkin tidak ada lagi gurau senda seperti sekarang apabila akak sudah bersuami nanti. Tidak mengapa, kita semua akan dewasa. Cuma bagi ala bukan sekarang, hihi. Kalau ala tengok akak sedih, siaplah Encik Azeze. Hee~

Air dicincang tidak akan putus. Betul kan? InsyaAllah. Semoga Allah merahmati dan meredhai hidup adik beradikku. Semoga
ummi dan ayah sentiasa gembira dengan anak-anaknya. Amin.


ini kami :)

Sunday, May 9, 2010

Inilah manusia..

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan namaMu Ya Allah, kalam ini kembali ku coret. Aku mengharap keredhaanMu.

Masih membisu. Mata akak sudah membengkak. Mataku juga kelihatan begitu. Air mata pun sudah kering.
Ah, lupakan sebentar kisah itu. InsyaAllah, pasti ada penyelesaian akhir nanti.

Ouh, baru teringat, hari ini (kalau ikut jam sudah masuk hari ahad bukan?) bersamaan 9 Mei ialah hari jadi abang. Kurang semangat pula selepas apa yang berlaku. Ah, lupakan itu! Selamat hari jadi abang, semoga dipanjangkan umur dengan keberkatan Allah dan berjaya di dunia dan akhirat.

Baru masuk isi sebenar kepada tajuk di atas. Inilah manusia. Jika aku malaikat pasti imanku sentiasa teguh. Tetapi aku manusia, iman aku ada masa bertambah dan ada masa berkurang.

Pastinya, jikalau ada meter pengukur iman sekarang pasti aku malu dengan nilai imanku ketika ini. Layakkah aku menggelarkan diri sebagai mujahidah? Layakkah? Imanku akan menjawab.

Allah, aku perlukanMu ketika ini. Pimpinlah aku di sepanjang perjuangan ini. Andai aku terleka, peringatkanlah aku kembali. Akulah manusia, hambaMu yang Engkau ciptakan untuk menjadi khalifah di muka bumi. Akulah juga munusia, yang kadang teralpa dengan duniawi. Inilah manusia..

Aduhai manusia, tolonglah bangkit! Cukuplah dengan angan-anganmu. Tidak akan ke mana hanya dengan angan-angan. Tindakan perlu dilakukan. Bukan sekadar berazam dan kemudian bertawakal. Tawakal itu konsepnya selepas berusaha sedaya mungkin. Manusia, cukuplah bermimpi!

Inilah manusia, ilham dari Allah diterima, godaan syaitan juga yang diikut. Nafsu juga yang menang. Dan iman?? Dibiarkan sahaja kalah kepada nafsu. Dibiarkan terus terpenjara. Dibiarkan terus meronta. Aduh, manusia..

Aduhai mujahidah, berapa kali lagi kamu ingin diingatkan? Tidak cukupkah berkali-kali sebelum ini? Kamu ingin peringatan lagi? Sampai bila? Sampai nyawa kamu benar-benar di kerongkongkah? Na'uzubillahiminzalik.

Tolonglah iman. Kasihanlah iman. Asyik dikalahkan dengan nafsu. Nafsu terus bersorak, melonjak. Iman terus duduk, tertunduk. Ya, memang inilah manusia, imannya ada naik dan ada turun. Namun jangan selalu sangat dibiarkan iman ditindas. Memang mustahil untuk mencapai darjat setaraf iman para nabi dan rasul, namun sekurang-kurangnya cubalah untuk mencontohi akhlak mereka. Tidak setaraf iman mereka pun sekurang-kurangnya menghampiri peribadi mereka.

Panjang celotehku ini. Biasalah jikalau perempuan membebel. Atau aku tidak sepatutnya menggunakan perkataan membebel kerana aku tidak menggunakan mulut? Mengarang mungkin lebih sesuai =).

Ini peringatan buat diriku juga antum, andai dapat memberi manfaat, alhamdulillah. Habis bicara, akhiri kalam. Wallahu'alam. Wassalam.

Saturday, May 8, 2010

Lewat malam atau awal pagi?

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah, aku masih dan sentiasa mengharap keredhaan Allah di setiap penulisanku. Alhamdulillah masih diberi nyawa dan peluang untuk bernafas hingga ke saat ini. Syukran lillah.

Waktu-waktu begini patut dipanggil lewat malam atau awal pagi? Entah. Jam menunjukkan pukul 2.11 pagi. Pagi lah ya? Mungkin juga.

Tadi terasa mengantuk yang teramat sangat, setelah mencuci muka dan memberus gigi serta berwudhuk segar sedikit rasanya. Sengaja mahu menghabiskan malam-malam terakhir di PJ ini dengan melihat suasana malamnya. Masih indah, insyaAllah. Ya, ciptaan Allah itu sentiasa indah, subhanallah.

Banyak idea ingin ditulis. Mungkin waktu cuti nanti aku habiskan dengan penulisanku ini. Biar tersusun tajuknya, kemas ayatnya. Jika sekarang kelam kabut mungkin ayatnya, maklumlah, ayat di malam-malam begini berselerak susun aturnya.

Imtihan sudah berjaya ku tempuh. InsyaAllah, yang terbaik sedaya upaya aku berikan. Mujahidah ini tidak akan biarkan diri tewas dalam perjuangan. Namun segalanya masih dalam kuasa mutlak Allah, Dialah yang menentukan segalanya. Berjaya atau gagal mujahidah ini, pasti dalam percaturan Allah dan keputusanNya pasti ada hikmah di sebalik itu. Wallahu'alam.

Mahu tahu apa yang aku azamkan sebelum imtihan? hahA! Agak merepek atau sesetengah orang pasti bertanya, "Perlukah??". Lalu aku akan menjawab, "Itulah aku."

Begini, tidak perlu tanda soal yang banyak. Aku sengaja berazam ingin menjawab setiap paper hingga habis waktu. Betulkah cara peneranganku ini? Ah, ayat malam..Mudahnya begini, aku tidak mahu keluar awal walaupun sudah selesai menjawab. Alhamdulillah, azam aku tersebut berjaya. Arab pun aku tunggu sehingga saat terakhir baru aku menyerahkan kertas jawapanku. Iyalah, janjiku kepada Ustaz Zahari untuk mendapatkan A. Pasti memberikan jawapan yang setaraf bukan?

Bagi Understanding Islam juga aku menunggu hingga ke saat yang terakhir. Biarlah mereka yang lain berlumba-lumba untuk keluar awal, bagiku mungkin masa yang tersisa itu mampu memberikan ilham yang dapat membantu. Dan alhamdulillah, ilham dari Allah datang wlaupun di saat-saat akhir. Syukur padaMu Ya Allah.

Math petang tadi, alhamdulillah banyak juga dipermudahkan Allah. Namun, ada juga diuji Allah. Iyalah, tidak mungkin Allah akan membantu tanpa kita menyediakan usaha yang setimpal. Tawakal itu selepas usaha! Semoga usaha yang aku lakukan selama ini memadai dan mendapat hasil yang terbaik. InsyaAllah.

Apa lagi ingin aku nukilkan ya? Aduhh, melihat barang-barang yang belum dipacking lagi, perasaan penat menguasai diri. InsyaAllah, pagi esok ada masa untuk aku siapkan tanggungjawab ini. Harapnya begitulah, jika tidak bersedialah dimarahi ummi dan ayah. *tak mahulah begitu..=(

Menguap sudah. Mata pun sudah semakin kuyu. Tidur itu juga ibadah. Ibadah yang mudah bukan? Jadi aku mengambil keputusan untuk tidur, lillahi ta'ala. Wassalam.

Sehingga di lain kalam. InsyaAllah, jika diberi kepanjangan umur..

I'm done!

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan namaMu Ya Allah, demiMu aku hidup dan aku mati.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, hari ini tamat perjuangan aku di CFS, insyaAllah. Segalanya rahmat dari Allah.

Penat rasanya setelah tawaf sekeliling CFS tadi. Seronok. Itulah satu perkataan yang dapat menggambarkan segala. Hampir setiap penjuru CFS aku jadikan kenangan. hahA, perlukah begitu?

Terima kasih banyak-banyak untuk Daoh yang sudi jadi camera man kami tadi. Aku tahu, mesti penat bukan melayan karenah kami berempat? Maaf ya? Air Pepsi dan Coklat Cadbury itu harap dapat jadikan balasan atas jasa baik anda. (Kongsi-kongsilah coklat itu dengan your roomate ;) hahA!)

Urm, packing barang belum lagi. Malas sangat. Esok pagi harap sempatlah. Banyak sangat perlu dipacking ni. Tapi badan rasa penat sangat. Perasaan kantuk sudah menguasai. Ah, aku nak tidur lambat malam ini. hahA! Mampukah?

Berjuta ingin aku coretkan namun keletihan membantutkan kecergasan otakku mengarang. Lain kali mungkin. Wassalam.

Monday, May 3, 2010

Syukran lillah..

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Know what? I'm done with my MUET! Yea me! Alhamdulillah..Right now, I'll be 100% focussing on the final exams. Don't be jealous at me okay guys because I'm done and you're not! hahA!

Okay, don't want to be too much excited with this. Istigfar..Astagfirullahal'azim. May Allah give taufiq and hidayah for me throughout the whole exams. InsyaAllah. Amin.

Maan taufiq wan najah fil imtihan, insyaAllah.

*Smiles :)

Sunday, May 2, 2010

Ya Allah..

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah..Takut sangat nak menempuh exam nih. MUET esok belum prepare lagi. Subjek lain nak study lagi. Ahh, semakin tension. A'uzubillahiminassyaitanirrajim..Jangan ganggu aku syaitan! Allah sentiasa bersamaku.

Ya Allah..bantulah hambaMu ini. Aku lemah tiada daya melainkan dengan pertolonganMu. Bantulah aku Ya Rabbal 'Alamin. Amin.

Masih sempat menulis blog? Aduhh, mungkin salah satu cara mengurangkan tension. Hurm, mungkin..

Sudahlah Syakirah! Study!! 4 Flat sedang menunggumu. InsyaAllah. Amin.


Bolehkah?

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah aku masih mengharap redhanya.

Banyak juga soalan terbuku di benak ini. Satu persatu ku harap dapat dirungkai kekusutan ini.

Pertama:
Bolehkah kita menyambut Hari Ibu? Jadi aku google sebentar tadi berkaitan Sejarah Hari Ibu. Ini yang aku jumpa. Sumbernya entah sahih atau tidak.

ASAL USUL HARI IBU

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Justeru, apakah justifikasi orang-orang Islam merayakan hari tersebut ?

Terjemahan oleh webmaster dari History of Mothers Day


Jadi bagaimana pendapat antum? Bagiku, setiap hari adalah hari ibu. Oleh hal yang demikian aku tidak menyambutnya pada hari-hari tertentu. Iyalah, syubhah itu perlu dijauhkan bukan?

Kedua:
Kenapa ya, semakin aku mencuba untuk simplifykan equation calculus ini, semakin complicated equation itu jadi? Istigfar...

Astagfirullahal'azim..
Astagfirullahal'azim..
Astagfirullahal'azim..

Cukuplah pertanyaanku dahulu. Wallahu'alam..

Cinta anta-anti

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah aku memulakan kalam.

Post kali ini aku hanya paste sahaja dari salah satu blog yang aku baca. Ada manfaatnya. Harap dapat memberi iktibar untuk kita bersama.

oleh Ustaz Maszlee Malik (Pensyarah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat: ayat 10)

"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Bagi mereka yang mempelajari kedua-dua ayat dan hadis di atas, apa yang difahami ialah semua mukmin itu bersaudara dan juga ia menerangkan tentang tanggungjawab seorang Muslim kepada saudaranya yang lain. Selain daripada kedua-dua ayat dah hadis di atas, berdozen lagi dalil-dalil yang menunjukkan kewajipan seseorang Muslim mencintai, mengambil berat, membantu, bersikap peduli dan juga mengasihi saudara seagamanya. Perkataan "ukhuwah" yang bermakna "persaudaraan" seriang dijadikan tema untuk persaudaraan ikhlas yang bertunjangkan iman dan takwa ini.

Kisah-kisah para sahabat yang berkorban dan berjuang untuk para sahabat masing-masing menjadikan contoh teladan kepada generasi Muslim zaman moden. Inilah yang menjadi pengamalan anak-anak harakah Islamiah dan dakwah semenjak kebangkitan Islam di tahun 70'an lagi.

Kebangkitan Islam yang telah menemukan kemuncaknya di Malaysia telah menyaksikan pesatnya usaha dakwah, kemunculan sekolah-sekolah agama, bank-bank Islam dan pelbagai lagi di atas nama Islam. Tiada siapa yang dapat menafikan, itu semua adalah hasil daya usaha sama ada secara langsung atau tidak langsung, pendukung-pendukung gerakan Islam semenjak tiga dekad yang lalu. Di waktu yang sama, pemikiran barat sekular, liberalisasi dan juga budaya hendonisme pesat menular dan bersaing. Keindahan persaingan kedua-dua arus ini telah melahirkan budaya yang baru di dalam fenomena kebangkitan Islam di Malaysia.

Jika di awal kebangkitan Islam dahulu, dunia hanya dilihat sebagai hitam dan putih. Kehidupan di dalam dunia ini di waktu itu hanya dilihat sama ada berpihak kepada Islam ataupun Jahiliah. Di alaf ini, dunia tidak lagi hitam dan putih dan bukan lagi Jahiliah versus Islam. Penjalinan di antara apa yang ada di dunia dan apa yang ada di dalam nas telah menyaksikan pelbagai kesan. Ada yang positif dan ada yang negatif. Antara yang terkesan dengan fenomena yang baru ini ialah persoalan "ukhuwwah".

Cinta Remaja Dakwah.
Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang sering dibawa berbincang ialah persoalan cinta. Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di"Islamik"kan seperti mana bank-bank, institusi-institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah "Cinta Ukhuwwah". Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama "ana - anta dan ana - anti".

Sms,Yahoo Messenger, email dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung.

Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai...kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini.

Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastik berbau cinta asmara. Hakikatnya, fenomena cinta "anta-anti" ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan, dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat. wal'iyadhubillah. ..

Salah Faham Ukhuwwah fillah
Teringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang mengadu dia diusik oleh Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut.

Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata "Ukhuwwah fillah kekal abadi..".sekali lagi makna ukhuwwah disalah gunakan.

Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila dihampakan oleh seorang siswi yang satu "jemaah" dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui email, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga satu "jemaah" dengan mereka.Aduh. .lagi hebat daripada filem "Love Story" yang pernah popular di tahun-tahun 70'an dahulu. Yang pasti, sekali lagi tema "ukhuwwah fillah" menjadi "camouflagde" ke atas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran Islam ini.

Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga.

Sekali lagi slogan "ukhuwwah fillah" menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan denga mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan "trend" percintaan golongan anta-anti ini.

Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai'ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jemaah lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah sekelas mereka...ini yang paling menarik.Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup. Jika di zaman 70'an dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop "kafir" dari pendukung gerakan dakwah yang lain.

Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan "Abuya"nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju Melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini. Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat kepada beliau. Sayangnya atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang Muslimah menghiasi desktop komputer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, kakak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah "kawan"nya. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut "Ukhuwwah fillah membawa ke Jannah".

Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia sudah cukup islamik? Atau penulis yang ketinggalan zaman sehingga naif terhadap trend muda mudi masa kini? Ataupun fiqh Islamiyy juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa. Di dalam artikel yang terhad ini, penulis tidak berhajat untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik ini. Biarlah para pembaca membuat penilaian mereka terhadap "sihat" atau tidak sihatnya budaya ini. Semoaga ada di kalangan pembaca yang akan dapat memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan.

(Diperolehi daripada Majalah i edisi Bulan Februari)


Saturday, May 1, 2010

Petang sabtu..

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan namaMu Ya Allah, aku bersyukur kerana masih dipanjangkan umurku hingga ke petang ini. Alhamdulillah.

Syukur padaMu Ya Allah kerana menurunkan hujan di bumi Petaling Jaya ini. Bukti cintaMu yang Maha Agung kepada hambaMu. Mampukah aku membalas cintaMu ini?

Aku suka hujan. Waktu yang menenangkan. Walaupun kadangkala menggerunkan kita dengan kilat dan petir, namun di saat itulah tidak akan putus-putus zikir meniti di bibir kita.

Hujan juga kadangkala membawa berita sedih namun secara keseluruhannya hujan adalah pembawa rahmat kepada makhluk bumi. Hujan membantu menyuburkan tanah yang gersang. Hujan mendinginkan cuaca yang membahang. Itulah tanda Ar-Rahman Allah.

Hujan juga adalah saat gembira ketika zaman kanak-kanak dahulu. Seronoknya jika dapat diputar kembali keriangan ketika berlari-lari di dalam hujan dahulu. Rindu saat itu. Rindu sangat! Sekarang jika berkelakuan begitu pasti dianggap buang tabiat. hahA!

Ahh, hujan pun sudah semakin reda. Burung-burung kembali berterbangan riang sambil berkicau-kicau memuji Ilahi. Aku masih di sini, duduk melepaskan pandangan ke luar jendela. Buku calculus setia di hadapanku, menanti aku menelaahnya kembali. Sebentar ya mr. calculus. Aku ingin menikmati keindahan ciptaan Ilahi sebentar. :)

Sehingga di sini dahulu kalam kali ini. Tugasku sebagai pelajar memanggilku pula. Tugas sebagai hamba Allah, Alhamdulillah sudah diselesaikan seawal mungkin tadi. Syukur diberikan kemampuan.

*IKIM.fm menjadi pilihan untuk menemaniku petang-petang begini :)

Wallahu'alam..

Subhanallah..

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan namaMu Ya Allah, aku mulakan pagiku. Semoga hari ini diberkati olehMu.

Nyaman rasanya pagi-pagi begini melihat ke luar jendela. Melihat keindahan ciptaan Allah, mendengar kicauan burung. Subhanallah, indah sungguh! Terasa semua masalah hilang buat seketika.

Maha Suci Engkau Ya Allah yang telah menciptakan alam ini. Tiada ciptaan yang lebih sempurna dari ciptaanMu. MasyaAllah..

Alhamdulillah, matahari masih lagi terbit dari sebelah timur menandakan pintu taubat masih terbuka luas untuk hamba-hambaNya. Maha Pengasih, Maha Penyayangnya Engkau Ya Allah.

Ya, matahari memang hamba Allah yang taat. Tidak pernah gagal mematuhi perintah Tuhannya. Tidak pernah gagal berbakti untuk makhluk bumi. Jika dilihat pada diri ini, jauh sungguh darjat ketaatanku. Aku masih betah untuk melakukan maksiat kepadaMu. Sedangkan Engkau tidak pernah jemu memberi keampunan dan rahmat kepada hambaMu. Hinanya diri ini. Maha Suci Engkau Ya Allah.

Bangun di awal pagi tadi sempat juga aku melihat bulan penuh dari tingkap bilikku. Ya, bulan juga hamba Allah yang taat. Sentiasa mengindahkan malam yang gelap dengan cahayanya yang menawan. Tetapi ramai makhluk ciptaan Allah menyalahgunakan waktu malam. Adakah aku termasuk golongan tersebut? Na'uzubillahiminzalik..

Senyum, aku tidak akan terlupa untuk senyum di awal hari supaya hariku akan menjadi manis semanis senyuman yang diberi. InsyaAllah. Menelefon ummi dan ayah di pagi hari memang sudah menjadi rutin harianku. Mendengar suara insan-insan yang aku cintai ini sudah mampu membuatkan aku tersenyum sepanjang hari. Merekalah hadiah Allah yang terbaik buatku.

Semoga ummi dan ayah sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhai Allah. Semoga ummi dan ayah dimurahkan rezeki secukup-cukupnya. Semoga ummi dan ayah sentiasa bahagia di dunia dan akhirat. Amin.

Ala sayang ummi dan ayah!