Demi Masa

Wednesday, May 12, 2010

Comelnya aku dulu! ;D

Bismillahirrahmanirrahim..

Semoga iman mengemudi penulisanku ini. InsyaAllah.

Tajuk post kali ini agak keterlaluankah? hahA! Biarkan. Aku tiba-tiba teringat kenangan sewaktu kecil dahulu. Zaman masih tidak tahu betapa susahnya hidup ini.

Iyalah, waktu umur masih belum mempunyai dua angka dahulu, mana pernah fikir macam-macam masalah. Kalau tak dapat ais krim atau gula-gula, menangis sahaja. Pasti ada yang melayan. Hah, mudahnya zaman kanak-kanak dahulu :)

Seronok sahaja dilihat pada hidup ini. Tidak pernah terfikir kesedihan. Ingat lagi kalau bergaduh dengan kawan-kawan dahulu mesti akan cakap, "Kite tak nak kawan dengan kamu!". Alah, seminit dua lepas itu main bersama balik. Gaduh kanak-kanak bukannya lama pun.

Tadi aku rasa geram, cemburu sikit dengan seorang teman ini. Tiba-tiba aku teringat ayat tersebut. Terus aku tersenyum. Comel pula rasa ketika zaman kanak-kanak dahulu. Kini diri sudah meningkat dewasa, semua masalah ditanggung sendiri. Tidak boleh lagi hanya menangis menunggu sesiapa memujuk.

Hurm, masa pantas berlalu. Kini aku sudah berada di peringkat universiti. Dan mungkin tidak lama lagi akan menjadi isteri seseorang. hahA! (jauhnya aku fikir ;p) Harap-harap lambat lagilah. Hee~

Ya, masa lalu mengajar kita erti hidup. Pengalaman mendewasakan kita. Kini, aku boleh berbangga dengan diriku yang dahulunya sekadar budak hingusan kerana aku mampu berdiri di atas kaki sendiri!

*Senyum :)

No comments: