Demi Masa

Saturday, May 8, 2010

Lewat malam atau awal pagi?

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah, aku masih dan sentiasa mengharap keredhaan Allah di setiap penulisanku. Alhamdulillah masih diberi nyawa dan peluang untuk bernafas hingga ke saat ini. Syukran lillah.

Waktu-waktu begini patut dipanggil lewat malam atau awal pagi? Entah. Jam menunjukkan pukul 2.11 pagi. Pagi lah ya? Mungkin juga.

Tadi terasa mengantuk yang teramat sangat, setelah mencuci muka dan memberus gigi serta berwudhuk segar sedikit rasanya. Sengaja mahu menghabiskan malam-malam terakhir di PJ ini dengan melihat suasana malamnya. Masih indah, insyaAllah. Ya, ciptaan Allah itu sentiasa indah, subhanallah.

Banyak idea ingin ditulis. Mungkin waktu cuti nanti aku habiskan dengan penulisanku ini. Biar tersusun tajuknya, kemas ayatnya. Jika sekarang kelam kabut mungkin ayatnya, maklumlah, ayat di malam-malam begini berselerak susun aturnya.

Imtihan sudah berjaya ku tempuh. InsyaAllah, yang terbaik sedaya upaya aku berikan. Mujahidah ini tidak akan biarkan diri tewas dalam perjuangan. Namun segalanya masih dalam kuasa mutlak Allah, Dialah yang menentukan segalanya. Berjaya atau gagal mujahidah ini, pasti dalam percaturan Allah dan keputusanNya pasti ada hikmah di sebalik itu. Wallahu'alam.

Mahu tahu apa yang aku azamkan sebelum imtihan? hahA! Agak merepek atau sesetengah orang pasti bertanya, "Perlukah??". Lalu aku akan menjawab, "Itulah aku."

Begini, tidak perlu tanda soal yang banyak. Aku sengaja berazam ingin menjawab setiap paper hingga habis waktu. Betulkah cara peneranganku ini? Ah, ayat malam..Mudahnya begini, aku tidak mahu keluar awal walaupun sudah selesai menjawab. Alhamdulillah, azam aku tersebut berjaya. Arab pun aku tunggu sehingga saat terakhir baru aku menyerahkan kertas jawapanku. Iyalah, janjiku kepada Ustaz Zahari untuk mendapatkan A. Pasti memberikan jawapan yang setaraf bukan?

Bagi Understanding Islam juga aku menunggu hingga ke saat yang terakhir. Biarlah mereka yang lain berlumba-lumba untuk keluar awal, bagiku mungkin masa yang tersisa itu mampu memberikan ilham yang dapat membantu. Dan alhamdulillah, ilham dari Allah datang wlaupun di saat-saat akhir. Syukur padaMu Ya Allah.

Math petang tadi, alhamdulillah banyak juga dipermudahkan Allah. Namun, ada juga diuji Allah. Iyalah, tidak mungkin Allah akan membantu tanpa kita menyediakan usaha yang setimpal. Tawakal itu selepas usaha! Semoga usaha yang aku lakukan selama ini memadai dan mendapat hasil yang terbaik. InsyaAllah.

Apa lagi ingin aku nukilkan ya? Aduhh, melihat barang-barang yang belum dipacking lagi, perasaan penat menguasai diri. InsyaAllah, pagi esok ada masa untuk aku siapkan tanggungjawab ini. Harapnya begitulah, jika tidak bersedialah dimarahi ummi dan ayah. *tak mahulah begitu..=(

Menguap sudah. Mata pun sudah semakin kuyu. Tidur itu juga ibadah. Ibadah yang mudah bukan? Jadi aku mengambil keputusan untuk tidur, lillahi ta'ala. Wassalam.

Sehingga di lain kalam. InsyaAllah, jika diberi kepanjangan umur..

No comments: