Demi Masa

Saturday, May 15, 2010

Aku akan terus menjadi mujahidah

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan namaMu Ya Allah, aku memohon agar diriku terus thabat dalam perjuangan ini. Aku sentiasa mengharap redhaMu di setiap hembusan nafasku. Semoga rahmatMu sentiasa melimpahi bumi ini. Amin.

Subhanallah, Alhamdulillah, La ila ha illallah, Allahuakbar..

Biar aku mulakan dengan memuji Tuhanku, Dia juga Tuhan kalian. Semoga zikrullah sentiasa membasahi bibir kita semua. InsyaAllah.

Hari ini sahaja sudah berapa kali aku mengupdate blog ini. Alhamdulillah kerana diberi kudrat oleh Allah, syukur. Aku tidak suka bercakap, aku lebih suka menulis. Lihat sahaja post aku sebelum ini, semuanya panjang-panjang belaka. Biarlah, it's my blog and i have the right to post anything into it, with Allah's will, of course.

Aku berharap agar blog ini tidak mengundang sebarang sakit hati dari mana-mana pihak. Andai itu telah berlaku atau akan berlaku, ampunilah kekhilafan diriku. Aku mencuba yang terbaik, namun Allah jua yang lebih berkuasa. Ya, kata-kata itu kadangkala lebih tajam dari mata pedang. Sekali lagi, ampuni segala kata-kataku yang menghiris hati kalian. Aku tidak pernah bermaksud begitu.

Segala yang aku nukilkan dalam setiap kalamku hanyalah sebagai luahan hatiku yang insyaAllah dikemudi oleh iman. Ada juga keluhan, kadangkala karutan. Itu semua diriku. Jangan mengagumi diriku dengan hanya membaca kalamku sahaja. Apa yang aku nukilkan segalanya masih harapanku, diri ini masih mencari-cari cintaNya.

Aku tidaklah sesuci seperti yang aku nukilkan. Kadangkala diriku terlencong juga. Semoga taufiq dan hidayah Allah sentiasa bersamaku. Aku sentiasa mencari-cari redhaNya. Dan sampai bila-bila aku akan terus menjadi mujahidah. Mujahidah yang akan terus mencari redha Ilahi dalam setiap perbuatannya.

Aku akan terus begini. Terus mencari cintaNya. Terus mencari redhaNya. Kerana aku mujahidah mardatillah..

No comments: