Demi Masa

Sunday, July 29, 2012

AdaMu - Najwa Latif

Bismillahirrahmanirrahim.

Terdengar lagu ni kat IKIM.fm dua malam lepas. Sedap. Ada makna.


Friday, July 27, 2012

Tazkirah Terawikh

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas hingga ke ramadhan ke tujuh ini. Subhanallah.

Terawikh di SHAS mosque itu, tiap-tiap malam ada tazkirah. Dua kali pula. Tapi macam kata Yong, tak pula aku ambil inisiatif untuk catat. Sedang Imam Syafie yang kuat hafalan itu pun tak pernah gagal mencatat segala ilmu yang beliau dengar. 

Baca post Yong tadi, baru sedar. Betul juga! Apa guna handphone canggih-canggih tapi tak diguna sehabis baik? InsyaAllah lepas ini akan catat dalam notes. Boleh juga nanti cek balik bila lupa.

Hakikat insan itu kan pelupa?

Banyak sentap juga bila dengar tazkirah setiap malam. Iya, kadang-kadang kita tak sedar.

Paling ingat persoalan tazkirah terawikh ke enam lepas, "Adakah kita benar-benar dekat dengan Allah atau sekadar syok sendiri?"

Allah. Sungguh kan? Kalau kita rasa kita sudah dekat dengan Allah padahal hakikatnya kita cuma rasa, yang sebenar kita sangat jauh. Na'uzubillahimin zalik.

Lagi satu ingat pesan tazkirah itu, "Memang syaitan diikat pada Ramadhan, tapi jangan biarkan dia menanam benihnya pada 11 bulan yang sebelum."

Muhasabah. Muhasabah. Muhasabah.

Malam semalam pula pasal mati syahid. Jauhnya aku dari itu. 

Atau cita-cita aku itu selama ini hanya sekadar mimpi? Yang langsung aku tak berusaha untuk mendapatkannya.

Sekali lagi, dan ulang lagi. Muhasabah, duhai diri. 

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan 1433H

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, sampai juga ke Ramadhan tahun ini. Setiap tahun pasti azam dan doanya, "Semoga Ramadhan kali ini akan menjadikan kita hambaNya yang lebih bertaqwa. Amin."

Ramadhan pertama, dapat bersama Ummi Ayah. Ahad ini pulang semula ke UIA. Seronok dapat berpuasa di UIA. Feel dia lain. Cubalah.

Beberapa hari diluang di rumah ini, sempatlah aku menonton televisyen. Meriahlah dengan pelbagai rancangan semperna Ramadhan. Iya, 'cara' mereka.

Alhamdulillah, bulan Ramadhan begini, semua stesen televisyen berlumba-lumba menyiarkan rancangan-rancangan agama. Semoga usaha mereka dapat menambahkan amal ibadat kita. InsyaAllah.

Dalam pada itu juga, tak kurang pelbagai drama dan rancangan masakan disiarkan. Drama yang aku kurang pasti motif dan objektifnya. Rancangan masakan yang seolah-olah Ramadhan ini adalah pesta makanan. Entah. Pandangan aku cuma.

Selepas membaca novel Hlovate, 'Contengan Jalanan' beberapa ketika dulu, aku tersedar dan akui betapa definisi Ramadhan di Malaysia ini tersasar jauh sekali. Nah, lihat saja di kaca televisyen. Drama-drama kononnya semperna Ramadhan menjadi-jadi. Tetapi tak langsung kaitannya dalam menambahkan amal ibadat kita. Iklan-iklan pula lebih kepada untuk menyambut Hari Raya. Sedang Ramadhan yang lebih dinanti ini dipandang sepi.

Kalau baca surat khabar pula, tentu saja akan ada berita yang putus jari, putus tangan segala. Lihat iklan-iklan, banner-banner dan bunting-bunting Ramadhan, banyaknya mempromosikan buffet berbuka. Makan sampai tak ingat dunia. Harga buffet di hotel-hotel contohnya berpuluh-puluh ringgit sekepala. Untuk apa? Sedang bulan Ramadhan inilah kita digalakkan bersederhana dan bersedekah. Antara hikmah lain berpuasa ialah untuk sama merasakan saudara kita yang miskin yang tak punya duit untuk makan sekenyang kita.

Semakin usia meningkat ini, baru aku tersedar betapa aku sendiri telah dipesongkan dengan definisi Ramadhan oleh keadaan di Malaysia ini. Baru malam pertama terawikh aku sudah terdengar bunyi mercun.

Mari, kita berlumba dalam amal ibadat pula. Bersedekah sebanyak-banyaknya. InsyaAllah, di bulan mulia ini segala pahala akan digandakan. Tapi jangan lupa, buat jahat juga balasannya berganda.

Aku bukan insan yang baik pun, nasihat ini lebih dekat untuk aku sendiri. Sama-sama berlumba mengejar rahmat Allah itu kan lebih manis dari bersendirian?

Ramadhan Kareem. Barakallahu fikum :) 


Sunday, July 15, 2012

to whom it may concern

Bismillahirrahmanirrahim.


 
mungkin lukanya terlalu banyak
atau ada satu luka yang sangat mendalam menghiris
dia menjauh bukan ingin bermusuh
bimbang luka sedia ada makin bernanah
lalu terus sukar untuk disembuh

dan mungkin begini adalah yang terbaik..
 

Tuesday, July 10, 2012

Mimpi? Mungkin petanda..

Bismillahirrahmanirrahim.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Masih diberi peluang untuk terus menghirup udaraNya, percuma. Mungkin juga kerana dosa terlalu banyak, lalu Allah berikan lagi peluang untuk aku bertaubat. Astagfirullah.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?"
[Ar-Rahman 55:42]

Assalamu'alaikum.

Agak lama juga tidak mengupdate blog. Sibuk?  Entahlah. Selalunya, short sem begini paling banyak masa terbuang. Mungkin masa-masa itu terbazir begitu sahaja? Atau mungkin masa-masa itu diisi dengan perkara yang lebih berfaedah daripada menulis blog? Allahu'alam.

Pernah satu pagi itu aku bermimpi, di satu situasi sebelah kiri ada maksiat, sebelah kanan pula orang beribadat. Aku tidak mencegah di sebelah kiri hatta tidak mengajak untuk mereka ke arah kebaikan. Aku sedar betapa lemahnya iman aku ketika itu. Tapi masih tak mampu menguatkan diri untuk menghalang maksiat itu.

Kemudian aku tersedar dek azan subuh. Rasa-rasanya, aku mencemuh diri aku dahulu sebelum membaca doa bangun tidur. Satu, geram dengan mimpi teruk itu. Dua, aku terlepas langsung tahajjud. Bukan tidak terjaga ketika alarm handphone berbunyi, tapi ditekan juga button snooze itu. Tak boleh maafkan langsung diri pagi itu.

Seharian aku berfikir sahaja perihal mimpi itu. Malah sampai sekarang pun masih memikirkan petandanya. Rasa-rasanya mimpi itu seakan kena pada diriku. Aku selalu sahaja cuma membenci dengan hati. Lihat, betapa lemahnya iman aku?

Selalu. Selalu sangat Allah beri petanda supaya aku jadi lebih kuat. Aku jadi malu sendiri, pada Allah tentunya. Bergema kononnya mahu memperjuangkan kalimah-kalimah Allah, tapi yang aku mampu cuma membenci dengan hati.

Atau sebenarnya aku lebih takut kebencian manusia berbanding kemurkaan Allah? Astagfirullah. Aku mohon kekuatan, Ya Allah.

Terkadang aku fikir mungkin aku jadi paranoid sebegini dek peristiwa silam dahulu. Entah kenapa aku perlu takut lagi. Sampai bila aku kena jadi begini? Takkanlah sampai bila ditanya Munkar dan Nakir nanti, baru aku tersedar.

Wake up, mujahidah!

Takut dengan manusia, atau takut dengan Allah? Pilihlah.