Demi Masa

Sunday, October 23, 2011

This is LIFE

Bismillahirrahmanirrahim.

Found this quote somewhere. Just wanna share. It touched my heart, though.

You have to hurt in order to know, fall in order to grow, lose in order to gain. Most of life’s lessons are learned with pain.


Keep smiling, mujahidah. This is called life.. :')

Saturday, October 22, 2011

Bercinta Hingga Ke SYURGA :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku kembali menukil kalam dengan menyebut asma' Allah. Setinggi kesyukuran aku panjatkan. Segala puji dan puja hanya layak bagiNya. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Alhamdulillah, for each and everything.

*Senyum :)

Sebenarnya baru balik dari majlis pernikahan Abang dan Kak Roha. Syukur, akhirnya mereka disatukan dalam ikatan yang halal. Doaku ikhlas untuk kalian, semoga berbahagia hingga ke syurga. Amin.

Abang dengan Kak Roha, dua-dua sama kelab AKHI dulu. Kiranya mula terbit rasa di hati tu ketika berkelablah. Sama saja Akak dengan Abang Zeze, bertemu dalam kelab Gemilang.

Tinggal Abangme dan aku sahaja lagi. Abangme dalam keras-keras hati dia, sudah punya calon pun. Kira-kira dua tiga tahun lagi sahaja kot. Dan iya, aku perlu belajar menerima hakikat kami semua sudah meningkat dewasa dan masing-masing akan mencorak hidup sendiri. Cuma harapnya janganlah cepat sangat Abangme kahwin, siapa lagi mahu main tumbuk-tumbuk perut dengan aku?

Tapi entah, calon sudah ada, jika lewat sangat tidak manis pula.

Teringat sekali, seorang sahabat bertanya kepadaku, "Apa erti cinta pada pendapat Syak?"

"Cinta itu PENGORBANAN."

Dia mahukan penjelasan lagi.

Kita perlu tahu untuk bezakan rasa cinta dan juga rasa ingin memiliki. Cinta itu tidak semestinya bersama. Selalu sahaja aku dengar kata orang, "Pilihlah orang yang mencintai kita, bukan orang yang kita cintai."

Dan iya, pada aku cinta itu bukan perkahwinan sahaja. Cinta itu perspektifnya terlalu luas. Sebenarnya kehidupan kita dipenuhi dengan cinta. Cinta Allah lah yang membuatkan kita mampu untuk kekal bernafas hingga saat ini.

Dan jika bercakap soal cinta, selalu sahaja akan dikaitkan dengan soal hati. Cinta itu datang sendiri, tak pernah diminta, tak pernah dipanggil. Sungguh, cinta itu fitrah. Cara kita mengendalinya, terserah kepada kita.

Bukan tidak pernah hati aku disentuh. Dan jika aku tersilap cara, selalu sahaja aku kecewa sendiri.

Banyak kali, tika aku merasakan bahawa dia adalah orangnya, tiap kali itu juga aku akhirnya kecewa. Harapan hancur begitu sahaja. Mungkin iya, rasa itu tidak sepenuhnya kerana Allah ta'ala. Jadi Allah jauhkan dia.

Dan kerana cinta adalah pengorbanan, aku rela melepaskan asal dia sentiasa bahagia. Itu definisi cinta bagi aku. Cintakan seseorang bererti mahu melihat orang yang kita cintai berbahagia, biarpun bukan bersama kita.

Secara jujurnya aku sedang mencari sekarang. Ada jumpa, tetapi akhirnya, seperti yang aku katakan tadi, Allah jauhkan rasa itu.

Mungkin benar, aku tidak layak lagi untuk menagih cinta insan sedemikian.

Kira-kiranya kini, aku sudah penat meletak harapan kepada insan bergelar lelaki. Biarlah jodoh itu datang sendiri mengikut rencana Ilahi. Aku semakin lelah memendam rasa pedih ini. Yang diharap semakin jauh, yang lain pula yang mendekat. Aku..redha dengan ketentuanMu Ilahi.

Berikan aku kekuatan untuk terus menjaga cintaku kepadaMu. Suburkan hatiku agar terus mengingatiMu. Hanya Engkau cinta abadi.

Aku tahu kamu ada di luar sana. Mempersiapkan diri untuk menjadi pembimbingku kelak. Ampunkan kekhilafan bakal pendampingmu ini kerana sering tewas dengan hati sendiri. Doakan aku terus kuat untuk menantimu. Menanti untuk bercinta hingga ke SYURGA.

Air mata, jangan biarkan mengalir untuk yang bukan haq. Redhalah, semua ini rencana Ilahi.

*Senyum :)

Friday, October 21, 2011

Aku Akan Terus Di Sini

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan asma' Allah aku mulakan kalam. Mengharap redhaNya. Selawat dan salam buat junjungan mulia.

Alhamdulillah, masih mampu bernafas hingga ke hari ini.

Seminggu ini sangat hectic. Kelas dari pagi sampai lewat petang. Sambung pula hingga ke malam, ada sahaja programnya. Kelas, meeting..macam-macamlah! Jujurnya, kadang-kadang hadir juga rasa tertekan segala, lalu aku paksa untuk senyum. Bukan aku mahu katakan aku seorang yang positif, jika aku positif takdelah aku sampai boleh stress, bukan? Sebab hampir-hampir caj negatif itu menguasai dirilah aku paksa diri untuk senyum semoga caj positif akan kembali memenuhi saluran darahku. Alhamdulillah, cara ini sedikit sebanyak berhasil.

Pernah juga, rasa diri mahu putus asa. Mahu tinggalkan sahaja semua. Tetapi kembali iman di dalam hati bersuara, Allah tidak pernah menguji hambaNya di luar kemampuan. Aku senyum sendiri lagi.

Bayangkanlah, dalam kelas sepatutnya sekurang-kurang 80% perhatian aku patut berikan tetapi sebaliknya yang berlaku. Entah iya 20% yang berbaki itu aku gunakan sepenuhnya atau tidak. Bila teringat harapan Ummi dan Ayah, aku jadi bersalah. Adakah aku khianat pada amanah aku sebagai pelajar dan seorang anak? Astagfirullah, khilaf.

Markah kuiz, bukan semuanya memuaskan. Banyak sangat yang teruk. Kawan-kawan cakap, "Sabar, Syak". Aku tersenyum. Tidak sahabat, aku tidak sedih langsung. Aku yakin dengan prinsip, "What you give, you get back". Usaha aku memang hanya berbaloi dengan markah itu, wajarkah untuk aku meratap kerana tidak mendapat markah lebih? Malah, jika ada kuiz yang aku dapat markah yang lebih dari apa yang aku sangkakan, aku jadi takut. Memang itu nikmat, tetapi aku selalu beringat ujian berupa nikmat itu lebih payah dari ujian berupa musibah.

Jadi setiausaha untuk Tex-C, entah, aku rasa aku tidak menjalankan amanah dengan sehabis baik. Ampunkan aku Ya Allah. Ada juga terdetik, kenapa aku terima tanggungjawab ini? Tetapi kembali, iman aku mengingatkan, Allah tahu apa yang kita tidak tahu. Rasa mahu meninggalkan amanah, tetapi tidak mungkin. Bukan namanya Syakirah, jika itu yang dibuatnya.

Aku bukan mahu katakan aku seorang yang berdedikasi dan sebagainya, tetapi memang sudah sebati agaknya dengan diri aku, jika diberi tanggungjawab, jalankan sehabis daya, biarpun diri sendiri yang teraniaya. Entah, memang jasad aku minta untuk tidak mendera diri tetapi memikirkan sesebuah amanah itu akan dipertanggungjawabkan kelak, aku biarkan jasad menjerit.

Dan aku juga tidak mampu untuk mengata tidak jika ada yang ingin memberi tugas baru kepadaku. Jadi jika kasihankan saya, tidak perlu berikan saya apa-apa tugas. Bolehkah begitu? haha!

Baiklah, bercakap soal kuiz tadi. Kadang-kadang aku risau dengan diri sendiri. Boleh pula tidak punya rasa apa-apa tika mendapat markah rendah. Terlampau positifkah? Pernah juga aku terfikir mungkin hati aku sudah kering. Na'uzubillah.

Apa-apa pun yang berlaku, aku tidak akan berhenti dari perjalanan yang aku pilih ini. Aku akan terus di sini, meneruskan apa yang telah dimulakan.

Dan kepada sahabatku, iya, aku akan terus di sini. Tidak ke mana-mana.

*Senyum :)

p/s: Seronok tadi first time dukung Ilhan Syamil. Mula-mula taku nak pegang sebab di tu lembut lagi. Tapi Akak paksa juga. Seronok bila dah pandai pegang. Yeay, dah boleh kawen! hahA!

Saturday, October 15, 2011

Ujian Hidup

Bismillahirrahmanirrahim.

Sekali lagi, malas nak tulis panjang-panjang. Dari tadi buku Linear Algebra ni tak terselak. Nak kongsi lagu ni. Seperti biasa, aku suka lagu sebab lirik yang bermakna.

*Senyum :)





Thursday, October 13, 2011

Mahar Cinta

Bismillahirrahmanirrahim.

Tak sempat nak tulis panjang-panjang, kejar masa untuk siapkan lab report sebelum pukul 2 pagi. Allahuakbar, semangat mujahidah!

Sengaja mahu kongsi lagu ni. Ada makna di sebaliknya ;)



Tuesday, October 4, 2011

Ingatkan saya.

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku mulakan dengan namaNya, serta mengharap redhaNya. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW.

Minggu lepas habis program Gemilang. Mungkin Muakha 6 akan diadakan selepas konvo. Jadi cadangnya, mahu menggunakan minggu ini sebaik-baiknya dengan urusan study. Tapi, ada satu lagi tanggungjawab yang baru aku terima.

Setiausaha TEX-C 2012

Meeting almost everyday. Tapi macam aku kurang berikan komitmen dek kesibukan kelas. Maaf.

Semalam program dengan Kak Akmal di CENSERVE. Habis lebih kurang 11 malam. Pergi mengisi perut yang kosong di HS. Alhamdulillah, sebelum itu sempat berbuka dengan meneguk air dan sedikit roti. Balik mahallah sudah pukul 12 lebih.

Mengemas diri dan ambil ketenangan denganNya, sambung pula tugas sebagai setiausaha. Minit mesyuarat, selesai. Proposal, selesai diedit bahagian yang perlu. Ada kerja yang lain juga sedikit. Hampir pukul 3 pagi baru selesai semua.

Terjaga pukul 5, tetapi culas untuk bangun. Akibatnya, terlepas tahajud. Khilaf, khilaf. Pukul 6 lebih, dengan izin Allah pastinya, mujur Ummi telefon. Bergegas untuk subuh. Alhamdulillah, syukur dengan nikmatMu.

Tadi tengah hari, miss call daripada APM tidak sempat dijawab. Baca SMS yang dihantar, "Aslm,awk,awk anta proposal kt email ke gmail? Pm ckp xde pn."

Allah, dalam keletihan malam tadi aku terlupa langsung untuk emailkan proposal yang sudah diedit terus ke email PM. PM, saya minta maaf. Serius, otak terlampau letih sampai tak ingat semua.

Masuk lab tadi jadi serba salah segala. Aku khianat pada amanah. Astagfirullahal'azim.

Jadi selepas ini, tolong ingatkan saya selalu ya?

p/s: Esok interview for student exchange. Mohon doa restu Ummi Ayah, mengharap redhaNya. Semoga dipermudah segala. Amin. Wish me luck!

Sunday, October 2, 2011

Khilaf

Seringkali hatiku resah

Tanpa kuingat namaMu ya Allah

Seringkali hatiku gundah

Melupakan diriMu ya Allah

Hati kecil tak mungkin berbohong

Dalam hening aku berkata

Reff:

Aku lemah lemah lemah dan tiada berdaya

Aku khilaf khilaf khilaf karena ku manusia

Tapi yang kuinginkan selalu didekatMu

PadaMu ya Allah

Aku lemah lemah lemah dan tiada berdaya

Aku khilaf khilaf khilaf karena ku manusia

Tapi yang kuinginkan selalu didekatMu

PadaMu ya Allah

Seringkali hatiku resah

Melupakan diriMu ya Allah

Hati kecil tak mungkin berbohong

Dalam hening aku berkata


Tajuk: Khilaf

Munsyid: Fachreza



Ya Allah

Bismillahirrahmanirrahim.

Semoga arwah Opah ditempatkan bersama golongan hambaMu yang soleh dan solehah. Amin Ya Rabbal 'Alamin.


Sudah dua minggu Opah kembali ke rahmatullah. Balik kenduri Afnan dan menuju ke sebuah lagi kenduri di Bagan Serai dapat panggilan daripada Pak Cik. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

Terkedu. Aku terus senyap.

Aku kagum melihat Ayah begitu redha. Walaupun sesekali aku lihat juga mata Ayah menakung air. Tetapi masih mampu tersenyum demi tidak melemahkan adik-adiknya yang lain.

Tok juga tidak aku lihat air matanya menitis. Walau jelas pada wajahnya yang sugul sedih atas pemergiaan isteri tercinta. Sebelum dikafankan, kami semua mencium wajah Opah. Ciuman Tok paling lama sekali. Air mata aku tidak tertahan ketika itu. Terharu melihat begitu dalam cinta mereka. Mungkin sahaja lebih 60 tahun hidup bersama. Semoga cinta mereka kekal hingga ke syurga. Amin.

Pertama kali aku kehilangan keluarga yang dekat. Pertama kali juga aku mengikut ke kubur untuk pengebumian. Dan pertama kali aku mengikuti ketika talkin dibacakan. Sebak aku mendengar Ayah membacakan talkin untuk ibunya tercinta. Opah mempunyai 5 orang anak lelaki, dan yang bongsu seorang perempuan. Melihat semua anak-anak lelakinya bersama-sama mengebumikannya, hati aku berfikir sendiri. Tentu Opah bahagia di sana andai semua anaknya ini mendoakannya dan sentiasa menyedekahkan amalan untuknya.

Aku juga nanti mahu anak-anak aku yang menguruskan jenazahku. InsyaAllah, andai aku sempat hidup mempunyai zuriat.

Balik urusan pengebumian, Tok cuba untuk senyum. Namun aku dapat tahu, senyuman Tok hanya dipaksa-paksa. Walau apapun, Tok suami yang baik. Tidak pernah culas menjaga Opah ketika Opah sakit. Subhanallah, cinta mereka sungguh kerana Allah.

Walau aku tahan untuk tidak menangis, tetapi aku hanya insan lemah. Adakalanya air mata aku mengalir juga. Dan sekarang tiba-tiba aku rindu arwah Opah. Hanya aku mampu sedekahkan Al-Fatihah.

Air jernih yang mengalir segera diseka. Setiap yang hidup pasti mati, mujahidah..