Demi Masa

Sunday, September 26, 2010

Aku nak marah la ni. huh,

A'uzubillahiminassyaitanirrajim..

Aku mohon perlindungan dengan Allah dari syaitan yang direjam.

Fuhh..Janganlah rasa marah ini dicucuk oleh syaitan.

Dah lama dah aku simpan rasa sakit hati ni. Geram tahu tak?! Ish! Tolong. Tolong. Tolong. Ya, aku sedang bercakap dengan andalah ini.

Tolonglah jangan nak tambah dosa mata aku boleh tak?! Astagfirullahal'azim. Kita ni perempuan, Melayu, muslimah pula tu. Ugh!

Memanglah Malaysia ni beriklim khatulistiwa. Panas. Takde salji bagai. Tapi, perlu ke sampai pakai baju tak cukup sifat, seluar macam pinjam kat budak umur tiga tahun dan kain yang macam tak cukup benang tuh?! Ish! Aku geram sangat nih!

Dulu aku fikir jadi perempuan ni tak banyak sangat buat dosa mata. Iyalah kalau tengok rambut perempuan pun bukan berdosa. Tapi, ini sudah lebih! Dekat mahallah pulak nak bagi aku dosa extra. Aku tak nak la weh!

Ya Allah, astagfirullahal'azim. Ampunkan aku. Berilah hidayah kepada mereka. Amin.

Syukur amat my roomate semua budak sekolah agama, mereka semua tahu adab dan hukum. Takdelah nak bagi aku dosa free nih.

Aku bukan nak suruh anda pakai tudung labuh, berstoking bagai kat mahallah ni.
Aku pun tak pakai macam tu kalau dalam bilik. Tapi cukuplah kalau sopan. Menutup aurat yang paling penting. Adoii..

Ini belum cakap lagi yang pergi cafe macam tak tahu pulak abang yang kerja kat cafe tu lelaki. Memanglah ini mahallah sisters. Tapi, bukanlah bermakna takde seorang lelaki pun dalam mahallah ni. Cukup sifat kot abang yang kerja kat cafe tu. Aku tak nampak pulak ada kurang mana-mana kat abang tu. Diorang tu lelaki, mahram anda juga. Jadi, paham tak? Kenalah tutup aurat. Ish!

Ok, akulah yang salah sekarang sebab tak mencegah kemungkaran. Aku membenci dengan hati je. Aduh, lemahnya iman mujahidah ni.

Cukuplah. Daripada aku lepaskan marah dan geram kat blog, baik aku istigfar banyak-banyak. Kalau berani sikit pergi je tegur 'anda-anda' tu depan-depan, hee~

Amar ma'ruf nahi munkar itu wajib ke atas setiap muslim. Mujahidah, mujahidah.. takkan kena masuk ma'ruf club dulu baru boleh berdakwah? huh. (mengeluh kesal dengan diri)

Astagfirullahal'azim...

Saturday, September 25, 2010

itu.

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aku kembali menulis di petang yang mendung ini. Semoga iman mengemudi penulisanku. InsyaAllah.

Alhamdulillah, tiga paper selepas raya berjaya disudahkan. Kini tinggal midterm drawing sahaja lagi. Rasanya tidak terlalu berat lagi otak ini. Fikiran kembali neutral.

Fuhh..Pergilah semua anasir yang mengganggu ketenangan ini. A'uzubillahi minassyaitanirrajim..Pergilah juga syaitan-syaitan yang direjam. Jangan cuba menggoda aku dengan helah. Biar aku kekal tenang dalam perjuangan ini.

Kerana 'itu' kah?

Betulkan kembali niat. Lekas mujahidah, tajdid niatmu sekarang! nawaitu lillahi ta'ala. Fuhh..Tarik nafas, dan hembus. Sedikit tenang, bukan?

Apa lagilah mujahidah ini mahu merepek di blognya ya? Maaf jika kebelakangan ini kalamku hanya kosong isinya. Masih menuntut ilmu untuk dikongsi bersama. Maaf, sekali lagi. InsyaAllah, akan kembali menulis perkara bermanfaat dalam beberapa waktu lagi.

Aduh, mengapa nada penulisan ini seakan-akan melankolik, seakan-akan lemah? Tukar, tukar! Kembali bersemangat, tolong.

Teringat pula pembelajaran dalam UNGS 2030: The Islamic Worldview, antara persoalan-persoalan yang asas dan penting untuk membina worldview seseorang ialah dari mana kita datang, ke mana kita akan pergi dan juga apa tujuan kita hidup. Kemudian aku menerapkan persoalan-persoalan tersebut ke dalam kehidupan seharian. Bermula dari celiknya mata dari bangun tidur, hinggalah pejam semula. Persoalan tersebut aku jadikan sebagai guideline.

Kehidupan sebagai seorang pelajar membuatkan aku perlu selalu untuk menganalisis persoalan-persoalan tersebut dalam setiap perbuatanku. Ya, kita datang dari Allah dan kepadaNya juga kita kembali. Justeru, keranaNyalah kita hidup dan kita mati. Niat apa lagi yang perlu diselitkan dalam perbuatan kita jika tidak hanya kerana Allah?

Huhh..Kembali memuhasabah diri. Aku mahu berkongsi pandanganku dengan kalian, tetapi tentulah lebih dekat lagi menasihati diri sendiri. Diri ini terlalu banyak khilafnya.

Setiap kali keluar dari bilik untuk ke kelas, aku segera pasangkan niat aku melangkah adalah untuk menuntut ilmu Allah dan hanya keranaNya. Seringkali juga, wujud bisikan halus dari syaitan untuk memesongkan niat itu. Jujur aku katakan, perjuangan ini tidak pernah mudah. Fitrah aku sebagai insan yang lahir bersama nafsu memang amat lemah tanpa bantuanNya. Terkadang aku kalah juga dengan nafsu sendiri. Itulah aku.

Aku cuba untuk menetapkan niat aku belajar hanya satu, iaitu lillahi ta'ala. Jika dahulu, niatku lebih kepada mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan hinggalah aku disedarkan ketika dalam satu program motivasi bahawa belajar itu biarlah kerana Allah.

Kenapa begitu ya?

Awalnya aku tertanya-tanya sendiri, salahkah jika tujuan kita belajar adalah untuk mendapatkan keputusan cemerlang? Bukankah itu perkara yang baik? Ya, benar. Tujuan tersebut sememangnya baik, tetapi kita terlupa kepada long-term goal kita. Kita hidup adalah kerana Allah, hanya keranaNya.

Begini. Jika tujuan kita belajar adalah untuk mendapatkan keputusan cemerlang, bagaimana jika keputusan yang kita dapat kurang memuaskan walau kita sudah berusaha sehabis baik? Pasti sekali kecewa yang teramat, bukan? Aku juga pernah begitu.

Tetapi, jika kita belajar ikhlas kerana Allah ta'ala, pastinya Allah tidak pernah mengecewakan kita. Ya, mungkin kadangkala keputusan yang kita dapat tidak seperti yang kita harapkan, tetapi percayalah ujian Allah itu datang bersama hikmah. Allah berfirman:
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?"
[Al-Ankabut 29:2]

Jika kita ikhlas dan redha dengan ujianNya, insyaAllah ganjaranNya amat besar sekali. Berbaik sangkalah dengan Allah kerana itu lebih baik untuk kita. Dan juga jangan pernah berhenti untuk meminta dan berdoa kepada Allah. Sungguh, Allah tidak memerlukan doa kita, tetapi kitalah yang amat-amat memerlukan Allah dan berdoa itu adalah tanda pengabdian kita kepadaNya.

"(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankanNya bagimu, "Sungguh, Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut""
[Al-Anfal 8:9]

Allah Maha Pengasih lagi Maha Mendengar doa hamba-hambaNya, sudaraku. Percayalah, Allah tidak pernah mengecewakan hambaNya yang berdoa. Sama ada lambat atau cepat sahaja doa itu dimakbulkan kerana Allah Maha Mengetahui bila waktu yang sesuai untuk kita menerima apa yang kita hajati itu. Maha Suci Allah!

Aku tidaklah sempurna. Aku cuma mahu mengajak kalian bersama-sama menuju cinta ilahi.

Baru-baru ini aku mendapat markah untuk dua paper yang diambil sebelum cuti raya. Tidaklah begitu teruk, cuma pastilah mengharapkan yang lebih. Terlalu banyak kecuaian yang dilakukan. Aku awalnya mengeluh juga. Cepat-cepat aku istigfar dan mentajdid niat yang semakin jauh tersimpang. Ya Allah, ikhlaskan dan redhakan aku dengan takdirMu. Amin.

Aku hanya manusia biasa, punya banyak kelemahan. Masih terlalu banyak untuk diperbaiki. Segala penulisanku ini yang baik datangnya dari Allah, yang kekurangan juga datang dariNya tetapi berlandaskan kelemahan diriku sendiri. Andai ada yang boleh dimanfaatkan, alhamdulillah, dengan sukacitanya. Jika ada yang perlu diperbetulkan, silakan menegur, insyaAllah sama-sama kita berpesan-pesan kepada kebenaran.

Aku akhiri dahulu dengan memuji Allah. Subhanallah, alhamdulillah, allahu akbar.

Wallahu'alam bissawab.

Friday, September 24, 2010

huh?

Bismillahirrahmannirrahim..

Maaf, kerana terkejut dan hendak sangat berkongsi terpaksa post lagi satu entri.

Begini, baru sebentar membaca Berita Harian Online (ok, saye memang prihatin dengan perkembangan semasa. hee~). Dalam satu artikel ada menyatakan bahawa UIAM bakal membuka sebuah lagi kampus baru di Pagoh, Johor dijangka pada tahun 2012.

Tidaklah begitu memeranjatkan sangat pada awalnya. Kemudian aku membaca ayat seterusnya dan seterusnya. Mahu tahu? Kursus yang ditawarkan di sana adalah kursus Kejuruteraan dan dua kursus baru iaitu Bahasa Moden dan Pertanian.

Ya, satu berita yang sangat berkaitan denganku. Tetapi, insyaAllah aku bakal menghabiskan pengajian pada tahun tersebut. Mahu baca lebih lanjut di sini.

Wallahu'alam..

mencari nafas

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku mulakan dengan menyebut nama Allah. Semoga bersamanya beserta rahmat dan redhaNya. Subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar. Syukur kerana masih berpeluang melihat alam ciptaan ilahi pagi ini. Indah, masih indah dan akan terus kekal begitu.

Awal pagi lagi aku sudah menjenguk ke laman maya ini. Bagi mengelakkan perasaan kantuk yang cuba menguasai diri, aku mencari info-info berguna di internet. Mata terasa segar sedikit demi sedikit. Pagi-pagi begini mahu menenangkan fikiran dahulu selepas penat memerah otak menjawab exam semalam. Sabtu ini Programming pula, insyaAllah hari ini akan aku luangkan untuk mengulangkaji subjek tersebut.

Riang bunyi kicauan burung mengindahkan suasana. Tenang, nyaman..

Fikiran ini sebenarnya sedikit serabut. Masih ada urusan yang memerlukan penyelesaian. Mencari-cari jalan yang terbaik bagi menyelesaikan. Semoga dipermudahkan Allah. Harapnya masih ada sinar dan harapan bagi urusan ini. Ya Allah, aku mohon Engkau memudahkan urusanku. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Memudahkan. Amin.

Fuhh..Aku menghembus nafas dengan harapan segala kekusutan keluar bersamanya. Andai begitu, pasti mudah, bukan?

Tidak. Aku tidak akan mengalah. Perjuangan ini memerlukan pengorbanan. Dan, pengorbanan itu memang payah. Cekal, tabah dan ikhlas mujahidah.

Oh, jalan penyelesaian yang aku terfikirkan ini memang benar-benar memerlukan usaha yang benar-benar gigih dan mutlak. Ya Allah, mampukah aku?

Fuhh..Kembali menghembus nafas. Kali ini lebih deras. Bukan mengeluh, tetapi tanda perjuangan akan diteruskan! Ayuh mujahidah, capai cita-citamu!

Semoga dibantu Allah. Amin.

Sunday, September 19, 2010

Alhamdulillah Ya Allah..

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan namaMu Ya Allah, aku mulakan kalam. Semoga redhaMu bersamaku.

Alhamdulillah untuk terlalu banyak perkara yang perlu aku syukuri. Alhamdulillah.

Awalnya, alhamdulillah kerana aku masih berpeluang melihat dunia untuk hari ini. Walau banyak dosaku kepadaNya, tidak pernah lagi Dia menghentikan nafasku. Syukur, dengan nikmat Islam dan iman ini Ya Rabbi.

Keduanya, alhamdulillah kerana berjaya menyiapkan coding yang sedikit nakal dan degil itu tepat jam 1.15 pagi, tanggal 18 September 2010.(Ah, perlukah diperincikan begitu sekali?) Terima kasih tidak terhingga kepada murabbiku Sir Haedir yang banyak membantuku menyiapkan assignment tersebut. Syukran ya murabbi! ;D Oh, aku tidak lupa untuk berterima kasih kepada sahabatku, Wan yang turut berkongsi dan berbincang bagi menyelesaikan masalah coding itu bersama. Thnx ma pren!!!! XD. Syukur dengan bantuanMu Ya Allah.

Ketiga, alhamdulillah aku telah selamat sampai ke UIA tercinta pada pukul 10.30 pagi tadi. Kemudian keluar semula berjalan-jalan sekitar ibu kota (huh, berjalan la sangat). Lebih kurang pukul 2 petang aku kembali ke UIA. Ya, sungguh detail laporanku. hahA!

Keempat, alhamdulillah Ummi dan Ayah selamat sampai semula ke Ipoh. Baru sebentar Ummi menelefon memberitahu. Syukur kerana Allah melindungi mereka sepanjang perjalanan pulang.

Alhamdulillah juga untuk nikmat yang dikurniakan kepada abangku. Sungguh, aku benar-benar berbangga dan juga menyuntik semangatku untuk terus berusaha. Abang, Ala ucapkan tahniah. (hihi, depan-depan tak nak ucap tahniah~)

Semoga nama Cahaya Kesyukuran yang dianugerahkan kepadaku ini menjadikan aku orang yang sentiasa bersyukur. Amin.

Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha illallah, Allahuakbar.

Terlalu banyak untuk aku bersyukur. Jika aku tuliskan semua menggunakan air laut sebagai
tinta, pasti kering airnya sebelum habis ditulis kesemuanya.

Syukur Ya Allah atas segalanya. Alhamdulillah..

Friday, September 17, 2010

perlukah?

Bismillahirrahmanirrahim..

Memulakan kalam dengan nama-nama suci Allah, mengharap redhaNya.

Waktu ketika ini sangatlah terasa sempit buatku. Ya, coding sekali lagi memerlukan aku menjadi babysitternya. Huh.

Ada tiga coding. Tetapi, nampaknya yang paling bongsu ini kelihatan degil sedikit. Memerlukan kesabaran yang lebih. hahA! Sekali lagi, aku menjadi tidak betul dek coding.

Cukup! Kembali normal, tolong?

Memang benar, waktu tidak begitu lapang bagiku sekarang. Ini pun hanya mencuri-curi sedikit waktu. Bolehkan begitu? Mahu juga mengupdate blog. Rindu untuk mencurahkan kata-kata kepadanya. Ye, saye sayang blog saye, hee~

Baiklah. Mahu kembali menjenguk-jenguk coding. Belum pasti mereka sudah tidur atau belum. hahA!. Ops! Merepek lagi~

Sebelum aku lebih merepek malam-malam begini, lebih baik aku menyudahkan kalam. Wassalam..

Monday, September 13, 2010

enough

Bismillahirrahmanirrahim..

With the name of Allah, The Most Gracious, Most Merciful. Hoping for His bless in each breath I breathe.

We are now on 4th of Syawal. I think that's more than enough for me to have do-no-study-at-all holidays. Now, it's time for me to force myself to lock my body and my eyes on the books.

Oh Allah! There's assignments too! Where on earth could I finished all that?

Serve me right, huh? Time that Allah has given to me I just wasted them all. With no beneficial things at all? No. No. No.

Helping Ummi is beneficial. Alhamdulillah.
Spending quality time with my fellow brothers and sister is beneficial as well.
And, spending this whole holidays making my parents happy is more than beneficial. InsyaAllah.

Yet, I know, there're times where I misused them. Watching tv, surfing the internet, sleeping with no limit and I believe there's lots more. Astagfirullah..

Now, stop! I need to do something. I mean, lots of things. Study is one of them.

Till then, insyaAllah will write again soon with Allah's will. Ma'as salamah..

Saturday, September 11, 2010

Syawal 1431H

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku mulakan dengan menyebut asma' Allah, semoga redhaNya bersamaku. Amin.



Pertama sekali, ingin sekali aku u
capkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Begitu banyak rasanya dosaku kepada semua. Jika mahu disebutkan satu per satu, sampai habis bulan Syawal ini pun belum tentu habis dinyatakan semua. Astagfirullah.

Alhamdulillah, kita berjaya menghabisk
an bulan Ramadhan. Berjaya atau tidak kita dengan ujian yang kita sudah lalui itu? Nilai sendiri tahap iman dan taqwa kita sekarang. Semoga tarbiyah dari madrasah Ramadhan itu memantapkan iman kita ya?

Aidilfitri tahun ini tidak pulang ke kampung pun. Opah dan Tok beraya di Ipoh sahaja. Pagi tadi baru Ummi dan Ayah menghantar Opah dan Tok kembali ke Lenggong. Kami adik beradik tidak ikut serta, masing-masing sakit perut dek penangan lemang dan rendang semalam. Ujian dari Allah bukan? InsyaAllah sebagai penguat iman kami. Amin.

Esok, aku dijemput ke walimah kakak kepada sahabatku. Aduh, rasanya perlu dihampakan perlawaan itu kerana ada walimah lain yang perlu dihadiri disini. Lagi pun, Malim Nawar itu jauh juga. Maaf ya, sahabat?

Hari itu membaca akhbar, terbaca mengenai ada jemaah yang merayakan Aidilfitri lebih awal daripada ummat Islam yang lain. Ya Allah, entah apa yang membuatkan mereka sesuka hati menentukan tarikh Aidilfitri sendiri. Semoga mereka memperoleh hidayah. Amin.

Tetapi, jikalau perempuan beraya awal, tentu ada sebab yang kukuh bukan? hee~

Ketika ini, hatiku kembali diuji. Aku mencuba sehabis baik untuk memeliharanya dari kotor. Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Aku lemah dengan fitrahku sendiri.

Dia. Kembali menghadirkan diri. Tidak memberi kenyataan pasti. Cuma masih membuahkan harapan samar dalam diriku.

Teringat kembali janji gila yang aku buat kepada diriku sendiri dahulu. Seingatku, aku sendiri sudah memungkirinya. Cuma janji itu belum luput. Entah masih mahu diteruskan atau dilupakan sahaja. Soal hati, biar Allah yang menentukan. Aku bertawakal 'alallah.

Kisah yang lain pula masih berlangsung. Kisah itu juga mengganggu perasaanku. Entah, aku tidak betah mengharungi semua ini seorang diri. Aku perlu Allah setiap waktu.

Ya Allah, kepadaMu aku menyerahkan cintaku. Hanya milikMu hatiku. Bantulah aku dalam menempuhi ujian keimanan ini. Jangan biarkan aku berputus asa dari terus berharap kepadaMu. Teguhkanlah keimananku kepadaMu. Peliharalah hatiku, cintaku kepadaMu. Aku mahu ia terus suci. Tidak dicemari, tidak dikotori. Sungguh, aku takut akan murkaMu, aku takut akan azabMu. Ampunkanlah segala khilaf dan dosa hambaMu ini. Aku memohon dengan sepenuh-penuh pengharapan. Terimalah taubatku dan thabatkan aku di jalanMu. Istiqamahkan aku dengan perjuangan yang aku pilih ini. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Ya Allah, don't let me go astray...

Tuesday, September 7, 2010

28 Ramadhan 1431H

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku mulakan dengan menyebut asma' Allah. Semoga penulisanku sentiasa mendapat redhaNya. Juga aku berharap penulisan ini dikemudi iman. Amin.

Mencuri waktu sebentar petang-petang begini untuk menulis kalam. Waktu-waktu cuti di rumah begini rasanya tidak punya begitu banyak waktu untuk menulis. Setiap waktu ada sahaja perkara lain yang dibuat. Kadangkala berfaedah, tidak kurang juga yang kurang berfaedah. Astagfirullahal'azim..

Melihat buku-buku yang baru aku keluarkan dari beg semalam, belum lagi ditelaah sebenarnya. Semalam cuma diselak sedikit. Ah, berapa banyak waktu lagi mahu dibazirkan mujahidah? InsyaAllah, rancangan untuk mengulangkaji pelajaran akan aku laksanakan secepat mungkin dan dengan berdisiplin. Itu yang paling penting.

Melihat tarikh hijrah hari ini, Ya Allah, sungguh cepat masa berlalu. Ramadhan bakal meninggalkan kita dua hari sahaja lagi. Dan juga dua malam sahaja lagi untuk kita melihat masjid-masjid dan surau-surau penuh dengan hamba-hambaNya. Sedih apabila memikirkan bahawa ada dalam kalangan kita lebih menjadi hamba ramadhan berbanding tanggungjawab utama kita menjadi hamba Allah. Na'uzubillahiminzalik.

Tetapi lihat sahaja hakikat hari ini. Ketika ramadhan, semua berlumba-lumba menambah pahala dan meninggalkan jauh-jauh dosa. Namun habisnya ramadhan, semua kembali melakukan maksiat terhadap Allah. Di mana sebenarnya matlamat kita untuk menggapai mardhatillah itu?

Aku turut mengingatkan diri aku sendiri yang sering terlalai dan terleka.

Muhasabah kembali matlamat hidup kita di muka bumi ini. Jangan biarkan diri kita menjadi hipokrit, munafik! Astagfirullahal'azim. Ikhlaskan diri dan hati kita beribadat hanya kerana Allah Ta'ala. Jangan hanya beribadat bagai ketika bulan ramadhan sahaja. Ingat, kita milik Allah, bila-bila masa sahaja Allah boleh mengambil kembali nyawa yang dipinjamkan ini. Mahukah kita, ketika nyawa diambil itu kita sedang leka melakukan maksiat? Na'uzubillahiminzalik! Pastinya, tiada siapa mahukan begitu. Semua mahukan husnul khatimah. Aku, juga kalian.

Iya, tentulah kita sebagai insan punya iman yang ada naik turunnya. Namun itu bukan alasan untuk kita berasa selesa dengan kondisi taqwa kita sekarang. Sebagai makhluk kepada Al-Khaliq, tugas kita ialah berusaha untuk sentiasa meningkatkan iman kita. Di kala kita merasakan kita semakin jauh denganNya, kembalilah bertaubat kerana sesungguhnya Allah itu Maha Penerima Taubat.

Ayuh, kita sama-sama mempersiapkan diri untuk hari graduasi kita nanti! Semoga kita berjaya mencapai status graduan madrasah ramadhan yang cemerlang. InsyaAllah. Amin Ya Rabbal 'Alamin..

Wallahu'alam bissawab.

Saturday, September 4, 2010

Ramadhan oh ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan namaMu Ya Allah, aku memulakan kalam. Sudah agak lama juga aku tidak menulis di sini. Sibuk sedikit dengan midterm exam. Alhamdulillah, dua paper sudah diselesaikan. Hanya tinggal empat sahaja lagi selepas raya. Harapannya agar dapat menggunakan cuti raya ini dengan study and revision tapi, entahlah, risau juga sifat malas itu menguasai diri. Minta dijauhkan, insyaAllah.

Alhamdulillah selamat sampai ke rumah lebih kurang pukul dua petang tadi. Syukur Ya Allah. Penat sedikit tetapi ada hal yang perlu diselesaikan dahulu malam ini. Memang awalnya bercadang mahu tidur awal, tetapi biarlah dahulu niat itu. Malam esok ya?

Jam sudahpun menjangkau 12:42 tengah malam. Gunakan sebentar masa yang ada ini dengan menulis blog.

Malam ini sudah memasuki malam ke 26 Ramadhan. Adakah lailatul qadar sudah berlaku atau malam tersebut berlaku pada empat malam yang bakal menemui kita nanti? Wallahu'alam bissawab. Yang penting,jangan kita pernah berhenti beribadat kepada Al-Khaliq. Ikhlaskan diri kita untuk terus menjadi hambaNya.

Muhasabah kembali diri kita, adakah kita beribadat kepada Allah kerana cinta kita kepadaNya dan mahu mencapai mardhatillah atau pun kita mengejar-ngejar ganjaranNya sahaja? Ikhlaskah kita jikalau begitu? Ayuh sama-sama kita renungkan, andai pahala dan dosa itu tidak diciptakan Allah, adakah kita akan tetap tunduk sujud kepada Allah?

Aku tidak tahu adakah soalan itu wajar ditanya. Tegurlah andai ini satu kesalahan. Aku masih jahil dengan ilmu-ilmu Allah. Masih banyak yang aku tidak tahu.

Ya, ramadhan semakin berlalu. Entahlah, ramadhan kali ini memberi makna kepada kita atau sebaliknya. Andai madrasah ramadhan ini telah berjaya mengubah diri kita menjadi lebih baik, alhamdulillah. Jika kita masih diri kita yang sama, alangkah ruginya kita. Tetapi lebih hinalah kita andai diri kita menjadi lebih teruk berbanding sebelumnya, na'uzubillahiminzaik.

Mahu atau tidak, ramadhan tetap akan berlalu. Marilah kita sama-sama menghabiskan waktu-waktu terakhir dalam bulan mulia ini dengan meningkatkan ibadat kepada Allah. Dan doaku, semoga dipertemukan lagi dengan ramadhan yang akan datang. Amin Ya Rabbal 'Alamin..

Wallahu'alam bissawab..