Demi Masa

Sunday, September 19, 2010

Alhamdulillah Ya Allah..

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan namaMu Ya Allah, aku mulakan kalam. Semoga redhaMu bersamaku.

Alhamdulillah untuk terlalu banyak perkara yang perlu aku syukuri. Alhamdulillah.

Awalnya, alhamdulillah kerana aku masih berpeluang melihat dunia untuk hari ini. Walau banyak dosaku kepadaNya, tidak pernah lagi Dia menghentikan nafasku. Syukur, dengan nikmat Islam dan iman ini Ya Rabbi.

Keduanya, alhamdulillah kerana berjaya menyiapkan coding yang sedikit nakal dan degil itu tepat jam 1.15 pagi, tanggal 18 September 2010.(Ah, perlukah diperincikan begitu sekali?) Terima kasih tidak terhingga kepada murabbiku Sir Haedir yang banyak membantuku menyiapkan assignment tersebut. Syukran ya murabbi! ;D Oh, aku tidak lupa untuk berterima kasih kepada sahabatku, Wan yang turut berkongsi dan berbincang bagi menyelesaikan masalah coding itu bersama. Thnx ma pren!!!! XD. Syukur dengan bantuanMu Ya Allah.

Ketiga, alhamdulillah aku telah selamat sampai ke UIA tercinta pada pukul 10.30 pagi tadi. Kemudian keluar semula berjalan-jalan sekitar ibu kota (huh, berjalan la sangat). Lebih kurang pukul 2 petang aku kembali ke UIA. Ya, sungguh detail laporanku. hahA!

Keempat, alhamdulillah Ummi dan Ayah selamat sampai semula ke Ipoh. Baru sebentar Ummi menelefon memberitahu. Syukur kerana Allah melindungi mereka sepanjang perjalanan pulang.

Alhamdulillah juga untuk nikmat yang dikurniakan kepada abangku. Sungguh, aku benar-benar berbangga dan juga menyuntik semangatku untuk terus berusaha. Abang, Ala ucapkan tahniah. (hihi, depan-depan tak nak ucap tahniah~)

Semoga nama Cahaya Kesyukuran yang dianugerahkan kepadaku ini menjadikan aku orang yang sentiasa bersyukur. Amin.

Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha illallah, Allahuakbar.

Terlalu banyak untuk aku bersyukur. Jika aku tuliskan semua menggunakan air laut sebagai
tinta, pasti kering airnya sebelum habis ditulis kesemuanya.

Syukur Ya Allah atas segalanya. Alhamdulillah..

No comments: