Demi Masa

Tuesday, October 23, 2012

Are we prepared?

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku mulakan kalam dengan menyebut asma' Allah. Mengharap redhaNya di setiap hembusan nafas. Segala puji dan puja hanya layak bagi Allah Rabbal 'Alamin. Selawat dan salam buat junjungan mulia SAW.

Assalamu'alaikum, readers :)

Cuti pertengahan semester. Cuti yang tak patut berehat sebenarnya, empat papers menanti lepas Aidiladha nanti.

Seminggu, dua minggu, tiga minggu kebelakangan ini asyiklah bercakap soal kahwin. Mungkin sebab musim Grand Marriage semperna Convest'12 kot. Mungkin.

Aku yang letakkan marriage as my last thing to think of pun jadi terfikir sama. Bila nak kahwin? Bila nak cari calon? Macam mana rasa dah kahwin? And all sorts of questions yang orang bujang akan tertanya-tanya.

Calon suami, bukan senang nak cari macam cari ikan kat pasar. Bila tengok lelaki yang ada rupa, memang sedap mata memandang tapi untuk jadikan mereka suami perlu fikir lebih panjang. Yang penting bukan rupa, tapi iman. Yang penting bukan ayat berbunga-bunga, tapi bertanggungjawab.

Mudah kan?

Tulis saja memang mudah. Mencarinya susah.

Kenapa ya aku terfikir untuk berkahwin?

Untuk mengelakkan fitnah. Sungguh.

Aku tidak mengatakan aku punya paras yang menarik hingga menarik mata lelaki memandangku. Tetapi fitnah itu bukan datang kepada wanita cantik sahaja. Fitnah dan wanita seperti punya ikatan yang kuat. Dan aku tidak mahu jadi salah satunya.

Umur belum pun menjangkau 21, masih punya beberapa hari. Mungkin sesetengah orang mengatakan terlalu awal memikirkan soal ini. Aku cuma mengambil jalan tengah. Bersedia.

Sana-sini orang bercerita tentang calon mereka. Mungkin sebab itu juga yang membawa aku untuk turut memikirkan. 

Hati pernah tertaut kepada seseorang. Tapi tak semestinya yang tertaut itu akan berakhir dengan ikatan, bukan? Andai ada jodoh pasti kami bersama. Andai tidak, pasti Allah menyediakan yang lebih baik.

Pernah sekali bersembang dengan seorang rakan:

"Ustaz tu kata, kalau tanya kita dah bersedia ke belum sampai bila-bila pun belum bersedia."

"Habis tu? Kena cari dari sekarang?"

"Cari sekarang. Nanti dah kerja susah nak jumpa lelaki yang baik-baik."

"Awak kan dah berkenan kat seseorang, nak kita merisikkan dia untuk awak?"

"Eh, jangan! Malulah."

"Takpe, takpe. Kita tak bagitahu nama. Itulah namanya merisik, guna orang tengah."

"Eh, Syak! Jangan buat gila. Kena fikir masak-masak dululah. Istikharah dulu."

Sengaja aku menyakat rakan itu. Takkanlah aku berani nak merisik seorang lelaki tanpa persediaan empunya badan sendiri. Ternyata kami sendiri belum bersedia. Masih mencari calon yang terbaik untuk menjadi bakal suami. Sedang menilai mana yang terbaik. Juga memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik pula.

"Kita dah sedia ke nak kahwin? Kalau belum kenapa kita bersembang tentang ini?"

"Hmm."

"Dah, dah. Tukar topik."

Kami mengakhiri perbualan pagi itu. Biar Allah tentukan segala, waktu dan siapa. Kami akan terus berdoa.