Demi Masa

Friday, November 26, 2010

hanya di tv?

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan asma' Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, aku memulakan kalam. Semoga redhaNya bersama setiap bait kalamku. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Biasanya sebelum aku menulis kalam, aku akan menjenguk updates terbaru dari blog yang aku follow. Alhamdulillah, tadi sambil menjenguk terdapat juga pengisian ilmu. Syukur.

Sekarang ini siang-siang agak sibuk, jadinya malam sahaja aku berpeluang menulis blog. Itupun jika terdapat keluangan masa atau ada idea yang bercambah. Jika tidak, aku biarkan sahaja blog ini sepi.

Usai subuh berjemaah tadi, aku mengambil sedikit waktu membaca kalamullah. Alhamdulillah masih punya waktu untuk mentadabbur kitab suci itu. Harapnya, sehingga ke hujung nyawaku, Al-Quran sentiasa menjadi peneman. Amin.

Dapat mendengar azan subuh dilaungkan merupakan satu kepuasan buat diriku. Terasa tenang, nyaman. Maklumlah, awal pagi diri kita masih bersih dari dosa seharian, laungan azan pun terasa mudah meresap masuk ke qalbu. Indah. Aku suka rasa itu. Dan aku sentiasa menunggu setiap fajar untuk mendengar lagi laungan suci itu, andai umurku masih panjang untuk subuh esoknya.

Pagi tadi juga, bagi melawan rasa mengantuk dan tertidur selepas subuh, aku menyusuri dunia maya ini. Membaca beberapa blog yang sempat disinggah. Entahlah, seperti membuang masa juga ya?

Ditakdirkan di satu blog yang aku lewati, aku membaca dari satu post ke satu post. Aku terbaca ayat ini:

"Perempuan cantik, baik, tinggi pendidikan agamanya, memahami lelaki dan pandai memasak? Ok. Itu cuma wujud dalam drama-drama tv. Seriously"

Kemudian aku pun:

"heh??"

Hairanlah juga. Ok, biarkan. Aku teruskan membaca di post yang lain. Click, click, click. Sampai di satu post.

"Hurm, no wonderlah encik!"

Jikalau mahu berjumpa lembu, pergilah ke kandang lembu. Kalau ke kandang kambing tidak pasti akan berjumpa atau tidak.

Jikalau mahu melihat mawar pergilah ke taman bunga, kalau ke zoo negara belum tentu ada. Jika ada pun sebagai hiasan dan dilarang sama sekali didekati.

Memang, ini ayat sinis. Aku tidak hairan mengapa dia tidak pernah berjumpa dengan perempuan yang aku kira sempurna itu. Jawapannya mudah, dia tidak pernah ada di mana perempuan-perempuan sempurna itu berkumpul. Perempuan-perempuan mulia ini berkumpulnya di majlis-majlis ilmu. Ukhuwah mereka adalah usrah. Keindahan mereka terjaga indah. InsyaAllah jodoh perempuan sempurna ini adalah lelaki yang sempurna juga. Amin.

Jika saudara tadi selalu melepaskan diri dari kegiatan kerohanian, alasannya kerana dirinya tidak 'baik', sememangnya tidak perlu hairan mengapa dia mengatakan perempuan yang sempurna itu hanya di televisyen. Aku berani mengatakan mereka wujud kerana aku pernah bertemu dengan insan yang boleh dikatakan perempuan sempurna itu. Percayalah, mereka wujud.

Aku? Belum mencapai taraf itu. Jauh lagi. Masih terlalu banyak kekurangan yang perlu diperbetul dan dibaiki.

Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitu juga sebaliknya. Itu kata-kata Allah bukan?

Aku tidak berniat untuk merendahkan atau menjatuhkan maruah saudara tadi. Cuma aku mahu mengingatkan, diri sendiri dan semua yang membaca. Jadilah soleh/solehah dahulu barulah dambakan bakal pendamping hidup yang kita impikan.

Ini kisah lain pula.

Semasa sarapan tadi, terbukalah satu cerita, satu permasalahan sebenarnya. Seseorang mengadu kepada Ayah, anaknya sudah lama tidak pulang berjumpa dengan ibu bapanya. Apabila si bapa dan si ibu ke rumah anaknya, tidak dibukakan pula pintu, tidak dihiraukan mereka. Pendek cerita, kisah si Tenggang terjadi lagi.

Aku mendengar sedikit terkejut. Sungguh, aku tidak menyangka bahawa wujud juga manusia seperti itu. Jujur aku katakan bahawa aku hanya menganggap kisah si Tenggang itu hanya lakonan di televisyen. Ya Allah, aku minta dijauhkan dari sifat keji seperti itu.

Ummi dan Ayah berbincang. Aku dan Akak mendengar. Akak adakala mencelah. Aku seperti biasa hanya mendengar dan memerhati. Masih ingat ayat Ummi pagi tadi.

"Itulah yang risau tu, bagi anak belajar tinggi-tinggi. Bila sudah berpangkat besar, lupa mak bapak"

Uh, menusuk ke qalbu. Meresap dalam kepala otak. Ayah sambung dengan berpesan, kepada kedua kami.

"Kamu nanti esok jangan la. Lelaki ni, hubungan dengan mak bapak tak putus sampai bila-bila. Perempuan lain. Jangan buat kat suami macam tu"

Maksudnya jangan memutuskan hubungan suami kita dengan parents mereka. Urm, takut mendengar. Ya Allah, aku memohon sangat-sangat agar tidak tergolong dalam anak derhaka dan isteri yang derhaka. Amin.

Takut juga mahu berkahwin ni. Besar tanggungjawab sebagai isteri. Kena patuh taat kepada suami sahaja. Tiada lagi hubungan dengan ibu bapa.

Hurm, terdiam berfikir.

Wallahu'alam bissawab.


Thursday, November 25, 2010

Oh Nobita!

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku mulakan dengan nama Allah. Mengharap redhaNya di setiap hembusan nafasku. Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah SAW.

Berjalan-jalan di alam maya dan terjumpa ini. Tidak tahu mengapa perlu berkongsi. Cuma merasakan ada sesuatu yang menarik dan ada juga yang boleh diambil iktibar. InsyaAllah.

Harapanku, semua yang melewati post ini akan menonton video ini sampai habis.

*Senyum :)


Tuesday, November 23, 2010

Suci

Bismillahirrahmanirrahim..

Biar aku mulakan kalam ini dengan menyebut asma' Allah Yang Maha Mulia. Subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar. Segala puji dan puja hanya layak untukNya. Selawat dan salam untuk Rasulullah SAW.

Seperti yang pernah aku beritahu dalam blog ini. Sekolah rendahku dahulu berdekatan dengan rumah. Jadi, selalu sa
haja aku akan melewati sekolah itu jika hendak ke mana-mana. Dan selalu juga akan mengimbau kembali kenangan ketika zaman suciku. (Eh, sekarang bukan tidak suci, cuma terlalu banyak dikotori dosa, haih~)

Zaman kanak-kanak, boleh dikatakan semua orang akan mengakui zaman itulah yang paling gembira. Tidak pernah berasa runsing untuk memikir masalah kerana semua bagi kanak-kanak adalah permain
an. Senyum sentiasa sahaja terukir di bibir, kerana sucinya seorang kanak-kanak itu. Terlukis indah di wajah mereka.




Kita sekarang? Wajah suci berseri kerana iman sepertinya susah sekali ditemui. Ya, terlalu kotornya kita dengan dosa dan maksiat. Astagfirullahal'azim.

Aku rindu zaman suci itu. Aku rindu zaman kanak-kanakku.

Kerana kita hidup di era globalisasi, kerana itulah kita perlu mempunyai kehidupan yang global juga lagaknya. H
uh! Global itu bermaksud baratkah kalian? Aku kecewa melihat saudara Islam sendiri. Kehidupan sosial kita terlalu banyak terpengaruh dengan barat. haih~

Astagfirullahal'azim, astagfirullahal'azim, astagfirullahal'azim..

Wahai Syakirah yang kanak-kanak dahulu, aku rindu kamu. Kamu masih suci ketika itu. Tidak terpalit dosa nafsu. Suci, aku rindu itu.

Terbaca tadi di salah satu blog yang aku follow, membuatkan aku terfikir sebentar. Pernah atau tidak terpacul di bibir anda ungkapan ini, paling tidak pun tergetus di hati anda.

"Eh, dah kapel dah dia?"

"Eh, dia dengan pasangan dia berpegangan tangan?!"

"Eh, ..."

"Eh, ..."

Dan bermacam 'eh' lagi. Kawan kita yang suci dahulu itu sudah hanyut dibuai cinta palsu manusia. Kawan kita yang suci dahulu sedang asyik melayan nafsu remaja. Atau mungkin juga ungkapan it
u tertuju kepada kita? Na'uzubillahimin zalik.

Yang parah lagi apabila menghalalkan apa yang haram semata-mata untuk mengenetepikan rasa berdosa.

"Kami tak kapel. Kami kawan je, teman tapi mesra"

"Cop! Kami bukan berzina pun, pegan
g tangan je pun"

"Kami ini je, bukan itu pun"

Ya, bermacam lagi cara untuk mengelakkan rasa berdosa. Paling merisaukan ialah 'teman tapi mesra' itu. Hubungan inilah yang selalu dibutakan oleh syaitan laknatullah. Kononnya sekadar teman sekelas, teman satu kelab, teman itu dan teman ini. Perbualan mereka kononnya ju
ga atas urusan tertentu. Persoalannya, syaitan itu pernah berputus asakah? Tidak sahabatku! Syaitan itu sifatnya teguh dengan matlamatnya iaitu menyesatkan bani Adam. Muamalat antara lelaki dan perempuan hanya dibenarkan ke atas beberapa perkara. Yang selebihnya itu, HARAM!



Aku tidaklah suci. Pernah juga aku tersalah tafsir makna muamalat itu. Selalu. Ah, nafsu..Mana pernah mahu kalah dengan iman. Diri aku yang kotor dengan dosa ini selalu terpukau dengan godaan syaitan. Tertipu dengan helah makhluk laknatullah itu. Merasa diri di atas landasan mardatillah, ironinya melayan nafsu semata-mata. Lemah sungguh iman diri.

Memang best kapel ni. Iyalah, ketika itu, dunia umpama milik berdua. Bintang-bintang sentiasa menemani rindu sang pencinta. Ada orang ambil berat pasal kita, kalau kita sedih, ada orang akan hiburkan kita, kalau kita takut, ada orang akan tenangkan kita, kalau kita seronok ada orang yang hendak kita kongsikan. Wah, seronoknya kapel! Kalau begitu, jomlah kita kapel! (Gila apa pula budak ni, ajak orang buat maksiat?)

Eh, tahu pula perkara ini maksiat ya? Tapi, tapi, tapi, bestlah kapel ni. "Kami bukan buat maksiat pun, kapel je pun." hahA! Lawak aku dengar. Tak buat maksiat ya? Kapel tu bukan maksiat pulak?

Fikirlah sendiri teman-temanku. Antum semua sudah besar panjang. Akal pun bujak-bijak belaka. InsyaAllah, semua tahu baca Al-Quran. Tahu juga tengok tafsir. Memang takde dalam Al-Quran cakap kapel ni haram , sebab itu korang tak rasa berdosa. Bijak, bijak. Boleh ceritakan apa yang ada dalam surah An-Nur ayat 30 dan 31?

Jawab sendiri.

Faham sendiri.

Kalau tak faham juga, rajin-rajinlah tanya pada ustaz atau ustazah. hurm~

Aku? Tidaklah sesuci yang kalian rasakan. Aku bercakap berdasarkan pengalaman yang tidak seberapa ini. Sekadar berkongsi iktibar apa yang patut. Aku rimas apabila malam-malam aku baru nak pejam mata, ada pula yang duduk 'bergayut' dengan 'buayafriend' dia tu. Tengah duduk-duduk rehat lepas balik kelas dengar pula yang menangis dekat tepi tangga bergaduh dengan 'buayafriend' merekalah, siapa lagi.

Penat telinga mendengar, penat mata melihat. Rimas, lemas. Menyampah. Huh! Ok, cukup.

Main point di sini? Aku mahu mengajak semua mencari yang halal. Tak best lah sorang-sorang je. Ramai-ramai kita berlumba menggapai redha dan cinta Ilahi barulah ada 'feel' sikit.

*Senyum :)

Memanglah kalau ikutkan hati, atau lebih tepatnya nafsu kita akan kata payah amat menjauhkan diri dari cinta manusia itu. Ayuh, sahabat! Mujahadahlah. Islam tidak menafikan fitrah manusia, cuma ada saluran yang betul untuk mendapatkannya.

NIKAH.

Bagaimana? Tidak mampu? Berpuasalah dahulu. InsyaAllah boleh. Kalau kita beriman kepada Allah, kita juga wajib beriman kepada janjiNya. Allah sudah sediakan pasangan yang selayaknya buat kita. Suatu masa yang ditentukan nanti pasti akan disatukan. Tidak kira apa yang berlaku sekali pun, jika dialah jodoh kita, pasti akan bersatu jua. Allah tidak pernah memungkiri janji. Jikalau bukan dia, tentunya yang lebih layak untuk kita. InsyaAllah lebih baik. (Peringatan untuk diri sendiri lebih lagi)

Mengapa aku tuliskan semua ini? Kerana aku mahu kita semua mencari semula yang suci. Suci itu bukan milik dahulu, tetapi sentiasa.

Aku pernah melalui zaman awal remaja yang melalaikan, terlalu lemah kepada nafsu. Ketika itu iman terlalu sedikit. Astagfirullahal'azim. Cukuplah tempoh itu cuma, aku tidak mahu mengulang kembali.

Tetapi aku tidaklah terlalu membenci zaman itu, kerana jika tiada aku yang dahulu tiadalah aku yang sekarang. Satu ayat yang aku selalu terapkan dalam diri ialah 'mistake happens is for us to learn from it and try our best not to repeat it'. Kita tidak akan belajar sesuatu jika kita tidak melakukan salah terlebih dahulu, aku yakin begitu.

Aku yang dahulu sudah aku jadikan kisah silam. Biarlah ia menjadi salah satu persinggahan dalam perjalanan hidupku. Aku, adalah aku yang hari ini. Aku hidup kerana Allah ta'ala untuk hari esok. Perjalanan hidupku masih banyak perhentiannya. Pasti, tidak semuanya indah. Tetapi aku yakin ada sesuatu yang boleh dipelajari darinya. InsyaAllah.

Wallahu'alam bissawab..




satu pagi di kampung

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan asma' Allah aku memu
lakan kembali penulisanku yang terhenti beberapa ketika. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW. Semoga redha Allah bersama di setiap hembusan nafasku.

Semalam pulang ke kampung
sebentar, melawat Opah yang sakit. Sementelahan Ayah ada pengajian di sana. Opah hanya terbaring sahaja di tilam usangnya. Hendak ke mana-mana pun perlu bantuan orang lain. Kasihan Opah. Aku masih ingat apa yang Opah tuturkan semalam.

"Bawakla saya ni ke hospital
.."

Bukan kerana apa, Opah t
idak mahu menyusahkan anak-anaknya. Sebak hatiku semalam. Aku sendiri tidak mampu melayan Opah dengan baik. Sihat sebelum sakit.. Itu iktibar yang aku pelajari. Wajib sentiasa mensyukuri nikmat sihat yang Allah berikan ini.

Tinggal di kampung meman
g tenang. Jauh dari kesibukan kota. Udara juga nyaman. Pagi tadi sempat aku keluar menghirup udara kampung yang belum tercemar. Alhamdulillah, tenang, nyaman dan sejuk juga. Sudah lama tidak merasa pagi di kampung. Iyalah, selalunya hanya pulang hari sahaja, tidak bermalam. Alhamdulillah, semalam diberi kesempatan bermalam di kampung. Syukur.

Beberapa gambar sempat ak
u abadikan. Keindahan begitu hanya layak ciptaanNya. Yang Maha Kuasa. Dengan berbekalkan kamera handphone Sony Ericsson W910i yang hanya 2 megapixels itu aku mencuba sehabis baik mengabadikan keindahan pagi tadi. Rugi pula rasanya kerana terlupa membawa kamera digital. Untung lagi kalau dapat pinjam 'kamera besar' milik abangme itu.


dibasahi embun pagi

dedaunan menjadi makanan ulat


gagah memanjat pepohon kayu

bebas menjalar di bumi Allah

sekumpulan ayam mencari rezeki di awal pagi


disebalik bunga jejarum, mengintai Ayah dan Amin


bunga sebagai hiasan di tepi rumah


se
malu bersama durinya


matahari semakin menampakkan diri


Indah bukan?

Rasa-rasanya mahu sahaja tinggal di kampung. Sudah berumah tangga nanti harapnya ada sebuah rumah di kampung, yang udara paginya masih berkabus. Boleh begitu, bakal suamiku? hihi~

Friday, November 19, 2010

Nak kawen boleh?

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku mulakan dengan asma' Allah. Semoga penulisan ini dikemudi iman dan tidak terlalu menyimpang andai ada yang merepek. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Sebelum itu, biar aku buat pengumuman awal-awal bahawa entri kali ini mungkin agak merepek dan tidak bermanfaat. Sengaja mahu menulis secara santai. Selalunya seperti serius sahaja. Bahasanya juga mungkin banyak yang pasar sahaja. Entah, belum tahu lagi.

Pernah muncul di fikiranku tiba-tiba sementara duduk di ruang tamu bersama keluarga, apa akan berlaku andai dialog ini yang keluar dari mulutku:

"Ummi, Ayah, Ala nak kahwin boleh?"

hahA! Memang merepek. Entah bagaimana boleh muncul dialog begitu di benakku ini. Sudah terlalu bosan mungkin, sehingga fikiran pun sudah merapu.

*Senyum :)

Belum habis setakat itu sahaja. Aku berfikir pula apa respons yang bakal mereka berikan.

Respons 1:

"Dengan siapa? Lawyer? Majistret? Doktor?" tanya Ummi.
Ayah pula sekadar menanti jawapan. Aku sudah terketar-ketar sedikit, tetapi aku gagahkan juga menjawab.

"Dengan bakal engineer jugak, macam Ala. Nama dia *tut*(maaf, part ini dicensoredkan)"

"Apa nama budak laki tu sekali lagi? Budak mana?"

"Nama dia *tut* (sekali lagi, belum berjaya diexposekan). Dia asal orang Malaysia jugak, heh~"

"Ish budak ni, memang la Malaysia, negeri mana? Baik ke budaknya?"

"Urm, baik la jugak. Dia orang *tut*(salah sebuah negeri di Malaysia)"

Wah, waktu ni,hati aku mesti macam dah berbunga-bunga sebab Ummi dengan Ayah macam tunjuk minat.

"Nantilah Ummi dengan Ayah mesyuarat dulu"

Senyum dah lebar kat bibir aku. Sampai ke telinga lagi. hee~

Respons 2:

Muka Ummi dan Ayah macam blurr sikit. Gosok-gosok telinga kemudian tanya kembali.

"Apa dia kamu cakap tadi? Macam pelik je bunyinya."

" Ala nak kawen boleh?"

"Ouh, kawen. Kahwinlah. Nanti bawa bakal suami kamu tu ke rumah, jumpa Ummi dengan Ayah"

Aku lempang-lempang sikit pipi aku sebab macam tak percaya. Senang betul nak kahwin?

"Bila Ummi dengan Ayah nak jumpa dia?"

"Bila kamu cuti la. Budak UIA jugak kan?"

"Urm......"

Aku tinggalkan persoalan di situ.

Respons 3:

"HAH?! nak KAWEN?!!!" jerit Ummi. Muka Ayah macam dah tegang.

Aku terus diam membisu. Jangan menjawab, anak derhaka nanti.

"Kamu dah menggatal sangat ke hah? Aku hantar kamu ke UIA tu suruh belajar bukan cari laki. Yang kamu ni masak belum expert lagi, belajar belum habis lagi, dah pandai nak kawen. (bla..bla..bla..bla x 99999999999999 kali)"

Aku terus cili mulut aku sebab gatal sangat pergi tanya Ummi dengan Ayah soalan sensitif macam ni.

* * * * * * * *

Korang nak tahu? Respons ketiga itulah yang aku percaya akan terjadi. (tapi, part cili mulut tu hanya sekadar unsur dramatik dalam jalan cerita sahaja. heh) Bukan Ummi dengan Ayah melarang berkahwin awal ini, cuma semahu-mahu mereka untuk elakkan. Iyalah, besar kemungkinan aku tidak pandai uruskan masa nanti dan pelajaran pun akan terganggu.

Dan untuk pengetahuan semua, aku juga tidak pernah terfikir untuk berkahwin semasa belajar ini walaupun di UIA seperti sudah menjadi trend berkahwin awal. Biarlah segulung ijazah digenggam dahulu barulah aku berfikir-fikir untuk mencari teman hidup. Eh, sebentar! Mencari teman hidup itu mungkin juga semasa belajar, tetapi berumahtangga itu biarlah setelah selesai degree. Boleh bukan begitu?
hee~

Apa-apa pun aku serahkan kepada Allah untuk menentukan. Kita merancang, Allah juga merancang. Dan perancangan Allah adalah yang sebaik-baiknya. Aku sudah serahkan, hidupku, matiku, cintaku, hatiku dan jodohku kepadaNya. Biar Dia menentu segala. Tugas aku sekarang hanya beribadat kepadaNya.

Wallahu'alam bissawab.


Thursday, November 18, 2010

specially dedicated for her

Bismillahirrahmanirrahim..

Asma' Allah memulakan hembusan nafasku hari ini. PadaNya aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk melihat dunia hari ini. Ar-Rahman dan Ar-Rahim Engkau Ya Allah. Walau acap kali aku mendustakan nikmat yang Engkau beri padaku, tetap jua Engkau memberi peluang untuk aku menghirup udaraMu.

Rindu yang teramat untuk junjungan mulia Rasulullah SAW. Bagindalah contoh tauladan sepanjang zaman. Baginda juga rahmat buat sekalian alam.

Mari sebentar, kita hayati khutbah terakhir baginda SAW.

Petang tadi, semasa aku melayari alam maya ini, dengan takdir Allah aku terjumpa blog sahabat lamaku. Sungguh lama tidak mendengar khabarnya. Ouh, rindu kamu!

Nor Azila binti Md Zollkafri

Aku masih ingat nama itu. Alhamdulillah, harapnya tidak salah di mana-mana. We used to be bestfriend quite sometime before. Tetapi, ya, mungkin salahku. Kelemahanku. Aku gagal untuk menjadi kawan yang baik. Di saat dia memerlukan seseorang, bukan aku di sisinya. Aku yang cuba menjauh untuk tidak terlibat dengan masalahnya. Benar, aku bukanlah sahabat yang baik. Ampunkan aku sahabat. Mengingat kembali kenangan di PS dahulu memang memeritkan. Di situlah, kita mula mengenali sifat masing-masing. Ya, seharusnya aku lebih memahami engkau, tetapi aku silap waktu itu. Aku telah memilih untuk menjauhkan diri. Maaf sekali lagi sahabat.

Aku lebih suka kenangan kita di sekolah rendah dahulu. Saat itu indah sekali. Engkau dan aku selalu bersama. Sepertinya sungguh memahami antara satu sama lain. Masih, ada juga kadangkala pertelingkahan kecil berlaku tetapi itu semua hanya gaduh kanak-kanak. Ah, tidak matang langsung! ;)

Azila, mungkin juga engkau sudah tawar hati untuk bersahabat denganku. Tetapi percayalah, aku masih menganggap engkau adalah sahabat yang baik pernah aku ada. Engkaulah yang ada bersama ketika aku mahu mula mengenal dunia.

Aduh, andai aku teringat kembali peristiwa di tingkatan satu dahulu pasti aku kesal. Aku yang bersalah, bukan? Kesilapan diriku yang membuatkan engkau memilih orang lain sebagai bahu untuk engkau menangis. Maaf, aku tidak akan pernah berhenti memohon maaf darimu.

Ah, andai aku ingin memohon maaf untuk kesalahanku, pasti banyak lagi yang perlu aku tuliskan.

Lupakan sebentar kisah sedih itu.

Khabarnya, kini Azila sedang belajar medic di India. Alhamdulillah. Sahabat, engkau lebih berjaya, bukan? Aku tumpang gembira untukmu. Memang, aku akui aku cemburu pada engkau. Aku pernah bercita-cita untuk belajar medic. Juga di luar negara. Tetapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untukku. Rezeki itu milik engkau. You deserve it, my dear friend. Dan rezeki aku hanya di Malaysia. Lebih tepatnya dalam bidang biochemical-biotechnology engineering. Itu yang Allah telah tuliskan buatku sejak azali lagi. Aku wajib redha.

Azila, aku tidak tahu engkau akan berjumpa dan terbaca blog aku ini atau tidak. Aku juga tidak pasti akan bertemu lagi dengan engkau atau tidak. Sangat berharap suatu hari nanti, kita akan kembali berkongsi senyum dan tawa yang sama seperti dahulu. Nombor telefon juga sudah tidak diketahui. Facebook pula aku tidak lagi wujud di situ. Aku berharap pada skype. Harapnya dapat berhubung kembali melalui itu.

Aku cuma mahu engkau tahu, aku sayang dan rindu pada engkau. Sungguh!

Ya Allah, aku cinta pada sahabat aku Nor Azila binti Md Zollkafri. Aku mohon Engkau lindungilah dia di mana jua dia berada. Cintailah dia selalu. Rahmati dan berkatilah hidupnya. Semoga dia bahagia di dunia dan akhirat di samping orang-orang yang dia sayangi. Amin.

Salam rindu penuh kasih..
sahabatmu,
Nur Syakirah Talha

Wednesday, November 17, 2010

19th

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku memulakan kembali penulisan dengan menyebut asma' Allah. Semoga bersama redhaNya di setiap bait kata. Segala puji dan puja hanya layak kepadaNya. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Alhamdulillah, masih bernafas hingga ke hari ini. Syukur. Sudah 19 tahun menghirup udaraNya tanpa dibayar sesen pun. Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Ya Allah.

Kembali ke 19 tahun ke belakang, jam 3.45 pagi aku melihat dunia. Ummi kata, aku kebiru-biruan saat aku keluar dari rahimnya. Beberapa hari selepasnya aku didaftarkan dengan nama yang tertera di kad pengenalanku sekarang. Cahaya kesyukuran, maksudnya. Doa Ummi, doa Ayah, semoga anak mereka ini menjadi hamba Allah yang bersyukur. Amin. InsyaAllah.

Aku adalah aku yang hari ini. Berdoa dan berharap nama yang diamanahkan itu mencerminkan peribadi.

Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan umur aku hingga ke saat ini. Semakin sedikit sebenarnya umur kita, semakin kita menghampiri mati. Harapanku, semoga umur yang diamanahkan kepadaku ini akan digunakan sebaik mungkin. Amin.

Terima kasih kepada sahabat yang mengucapkan selamat kepadaku. Semoga ukhuwah yang dibina akan terus terjalin hingga ke syurga. Amin. Aku mencintai kalian lillahi ta'ala.

Ya, tidak lupa. Salam aidiladha kepada semua. Semoga hari raya korban ini ada membawa sesuatu erti pengorbanan buat kita semua. InsyaAllah.

Jangan kita lupa pada saudara kita di Palestin sana ya? Juga saudara kita yang lain. Semoga Allah merahmati seluruh umat Islam di serata dunia. Amin.

Wallahu'alam bissawab.

Monday, November 15, 2010

terima kasih ;)

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku mulakan dengan menyebut nama Allah. Subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar. Segala puji dan puja hanya untukNya. Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah SAW.

Pertama:
Terima kasih Yong! Mesti ko terkejut en? Yela tak pasal-pasal cakap terima kasih kat ko ni. Sebenarnya, secara tidak sengaja Yong dah buat aku tersenyum baca post dia yang terbaru. Pasal ko jumpa Shima tadi. heh. Aku tumpang excited untuk ko. XD

Betullah. Entah berapa tahun dah tak jumpa. Agak misteri cara Shima bersembunyi dahulu. Kami semua tertanya-tanya dan pelbagai andaian kami buat. Maaf ya Shima?

Kita masih kawan. Dan selamanya begitu. Faham?

Kedua:
Terima kasih Ya Allah kerana nikmat senyum ini. Sungguh, aku amat bersyukur. Alhamdulillah.

Moga-moga senyum itu akan terus kekal di bibir ini. Amin.

* * * * * *

Mahu senyum lagi. Bolehkan?

*Senyum :)


Sunyi

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan asma' Allah aku kembali menukilkan kalam. Selawat dan salam buat baginda junjungan mulia Rasulullah SAW.

Ya, sengaja aku menyepi dalam sehari dua ini. Mencari waktu untuk tenang dan berfikir. Mencari hikmah di setiap ciptaanNya.

Haih~

Sepatutnya aku lebih mentadabbur kitab suci Allah itu. Menghayati setiap bait-bait ayat cinta yang Allah berikan buat seluruh manusia. Sungguh, hanya dengan mengingati Allah baru diri ini akan tenang.

Tidak sabar menunggu aidiladha. Bukan kerana apa-apa, cuma aku tidak sabar untuk berkumpul dengan adik-beradikku. Baru lengkap seluruh ahli keluargaku. Entah bagaimanalah rasanya kehidupan anak tunggal ya? Aku yang baru seminggu bersendirian di rumah hanya ditemani Ummi dan Ayah pun sudah terasa kosong. Hanya kepada Ummi dan Ayah bibirku tersenyum. Bosan juga tidak bergaduh dengan sesiapa ini. hurm..

Esok akan kembali ke UIA. Eh, bukan kerana cutiku telah habis. Mahu mengambil akak pulang setelah habis finalnya hari ini. Ya, aku habis lebih awal dan aku tidak betah menunggu akak selama seminggu di UIA itu. Jadi aku pulang dahulu. Bolehkan begitu?

Abangme sudah sampai tengahari tadi. Abang pula khabarnya akan pulang esok.

Tidak sabar. Cepatlah tiba aidiladha.

nota kaki: Sekarang ini aku seperti terlupa cara untuk senyum. Boleh sesiapa ajarkan aku?

Friday, November 12, 2010

kata 'Pak Cik Google'

cubalah. Anda pasti dapat yang sama.


sumber: blog Faisal Tehrani

Thursday, November 11, 2010

Hujan

Bismillahirrahmanirrahim..

Hujan,

aku cemburu kamu
kamu suci
kamu taat perintah Ilahi
tak pernah ingkar walau sekali

Hujan,
aku cemburu kamu
kamu menenangkan
kamu mendamaikan
hati yang runsing bisa senang

Hujan,
turunlah kamu jangan berhenti
teruslah membasahi bumi
teruslah kamu menyucikan tanah ini

biarkan bumi kembali suci
bebas dari dosa penghuninya
biarkan mengalir debu dan dosa
jauh dari bumi ciptaanNya.

Mujahidah,
[22:19]
11 November 2010
5 Zulhijjah 1431H
Ipoh, Perak.

Kisah itu

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan asma' Allah aku memulakan kembali penulisanku. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah SAW.

Semoga redha Allah turut bersama sepanjang hembusan nafasku. Amin.

Dapat khabar gembira tadi bahawa adik sepupuku mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR. Alhamdulillah. Semoga cita-citamu untuk ke sekolah berasrama penuh akan tercapai, amin.

Terkenang kembali aku tujuh tahun ke belakang. Ketika aku masih di sekolah rendah. Ya, aku sekolah di kampung sahaja. Tidak perlu nama-nama sekolah yang gah. Sekolah Kebangsaan Kampong Pasir Puteh. Nama sekolah sendiri sudah nampak kampungnya bukan? E
jaannya masih mengikut ejaan bahasa melayu lama. Cuba kalian bayangkan, sudah tiga generasi bersekolah di situ. hah!

Ya, sekolah itu wujud pada zaman Jepun
lagi. Jikalau aku tidak silap pada tahun 1905. Hebat? Opah tidak bersekolah di situ kerana Opah asalnya daripada Indonesia. Atok tidak pasti, aku tidak pernah pun berjumpa dengan arwah atok. Tetapi Ummi pernah bercerita bahawa arwah Opah Ngah juga bersekolah di situ.

Lihat? Sudah tiga generasi sekolah itu sudah berbakti. Syukur, masih kukuh di situ. Jika dahulu hanya berdindingkan papan, kini sudah mempunyai tiga tingkat bangunan batu. (heh, masa aku sekolah di situ sudah bangunan batu pun)

Cukup mengenai sejarah sekolah tersebut. Bimbang pula tersalah fakta.

Adik-beradikku memang semuanya diberi didikan peringkat rendah di situ. Ramai juga yang bertanya mengapa tidak bersekolah sahaja di sekolah yang Ummi mengajar. Entah, kami pun tidak punya jawapan yang tepat untuk itu. Mudahnya, memang sudah takdir kami di situ.

Bersekolah di kampung ialah bersekolah dalam suasana yang sederhana. Tidak wujud jurang antara pelajar-pelajarnya. Tidak ada yang terlalu mewah. Suasana itu turut mengajar aku untuk merenungi kehidupan orang yang susah, lantas mensyukuri kehidupan yang aku ada.

Di sekolah itulah aku melalui zaman kanak-kanakku. Bermain itu dan ini. Menangis bila terjatuh. Kemudian merajuk dengan kawan-kawan. Ah, budak-budak!

Aku masih ingat pesaing utamaku. Dari darjah satu hinggalah darjah tiga kami sekelas. Masih-masing bermusuhan un
tuk merebut kedudukan pertama setiap kali peperiksaan. Adakalanya aku menang, tidak kurang juga dia. Tetapi gaduh itu cuma biasa sahaja, tiada yang serius. Persaingan yang sihat, bukan?

Hurm, dia berjaya dalam PTS dan terus
naik ke darjah lima tanpa melalui darjah empat terlebih dahulu. Terbuktilah di situ, IQ dia melebihi aku. Ya, itu terus menjadi cabaranku untuk terus mengekalkan prestasi aku selama ini.

Sekarang entah apa cerita dia. Tidak pernah aku mahu bertanya. Malulah. Dia lelaki, nanti apa pula dikata orang. Tetapi kalau tidak silap, ada Ayah beritahu bahawa dia sekarang melanjutkan pelajaran dalam bidang dentistry dalam negara juga. Alhamdulillah, berjaya juga engkau ya Musa?

Sewaktu darjah empat, lima dan enam ti
dak bermaksud aku tiada pesaing. Makin ramai malah. Aku perlu lebih berusaha keras. Dan ya, Musa meneruskan kecemerlangan walaupun lebih muda berbanding rakan yang sama darjah dengannya. huu~

Itu rezeki dia.

Sudah sedia maklum bukan sekolahku hanya sekolah kampung? Jadi bilangan yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR sangat sedikit. Sewaktu batch aku hanya 12 orang sahaja. Aku, Azila, Liana, Z
ur Ain, Azhar, Syamin, Saifuddin, Sofinur, Syamil, Nazirul, Zafirul dan Afifi.

Tidak tahu cerita mereka sekarang. Saifuddin itu lain ceritalah. Sudah sama-sama di UIA, juga dalam bidang yang sa
ma. Harapnya majoring berbeza. (sangat berharap tidak sekelas lagi..lalala~)

Tetapi bagaimana dengan yang lain? Di mana kalian? Harapnya kalian sedang mengukir pelangi masing-masing. InsyaAllah. Aku sentiasa doakan kalian berjaya dunia dan akhirat. Bukan kalian yang namanya disertakan di sini sahaja, bahkan semua yang sama-sama belajar menulis dan mengira di tanah berbakti itu. Ya, di Sekolah Kebangsaan Kampong Pasir Pute
h. Semoga sekolah itu terus melahirkan pemuda pemudi harapan bangsa. Amin.







Bulan

Bismillahirrahmanirrahim..

aku sendiri dalam kelam malam

suram, gelap
sunyi.

tapi,
memori itu masih disitu
setia bersemadi untuk dikenangi

jika dulu
kita bersama mengira bintang
kita bersama memuji keindahan ciptaan Tuhan
bersimpuh di atas rerumput yang basah
sama-sama mengukir senyum

kini,
engkau di sana menggapai bintangmu
aku di sini melukis pelangiku

namun aku tetap percaya
kita masih melihat pada bulan yang sama.

12:27 am
11 November 2010
5 Zulhijjah 1431 H
Ipoh, Perak.

Didedikasi khas buat sahabat-sahabat yang aku cintai dan aku rindui. Ukhuwah yang kalian berikan amat mahal harganya. Syukur Ya Allah dengan nikmatMu ini.

Wednesday, November 10, 2010

Tentang hati

Bismillahirrahmanirrahim..

Baca sini
.

Ada sesuatu yang tidak perlu diucap dengan kata-kata. Haih~

"Action speaks louder than words"

but my action doesn't speak, it acts..huu

Tuesday, November 9, 2010

aku seorang pelupa

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku mulakan dengan asma' Allah yang Maha Mulia. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah SAW. Masih mengharap redha ilahi dalam penulisanku. Semoga iman yang mengemudi bait-bait kata yang bakal dinukilkan. InsyaAllah.

Awal sekali aku ingin lontarkan persoalan buat kalian:

siapa mujahidah?
siapa Syakirah?
siapa shark/syak?
siapa Ala?


Jasad mereka mungkin sama, tetapi kadangkala aku rasakan semuanya punya watak yang berbeza. Entahlah..

Ya, aku mungkin berharap pandangan dari kalian. Mungkin juga kritikan. Terserah.

Hari ini baru hari pertama bercuti. Dugaan sudah mula melanda. Ah, nafsu memang jarang mahu mengalah, bukan?

Tidak perlu juga begitu hairan. Aku hanyalah seorang insan, bukannya malaikat. Pasti nafsu itu ada. Dan ya, aku seorang hamba Allah yang pelupa. Sering terlupa akan azabNya ketika leka dengan maksiat. Sering terlupa akan janjiNya ketika aku cuba mengeluh dengan takdir. Sering terlupa akan cintaNya di saat aku berusaha untuk memenangi cinta manusia. Astagfirullahal'azim.

Oleh kerana itu, aku perlu sentiasa untuk diingatkan. Perlu sentiasa diperbaharui tahap keimanan. Perlu, sangat perlu.

Ya, aku tahu, di saat kitaran itu berlaku, hormon juga tidak stabil ketika itulah emosi jadi kurang terurus. Aku sudah biasa begitu, namun masih belum berjaya melatih untuk mengawal emosi sebaiknya. Awal-awal lagi, biasanya aku akan berpesan kepada sahabat untuk memahami keadaan aku begitu. Alhamdulillah, mereka akan memahami. Eh! Bukan aku maksudkan keadaan aku sekarang begitu. Masakan aku akan menghebohkan di blog ini.

Aduhai iman, sangat lemahkah dikau hingga seringkali tertewas dengan nafsu?

Benar, aku sering terlupa bahawa Allah telah menjanjikan seseorang sebagai bakal suamiku. Seringkali aku berharap kepada yang belum pasti. Ah, perempuan. Selalu sahaja begitu. Asyik-asyik berbicara soal hati. Lemahkah begitu?

Seringkali juga aku perlu mengingatkan andai lelaki itu yang tercatat namanya di lauhul mahfuz untukku, pasti jua akan bertemu kembali nanti. Namun, dek kerana lemahnya iman, mungkin juga kerana kurang percaya kepada janji Allah, aku kerap bimbang untuk tahu siapa dia. Adakah dia yang selama ini aku harapkan? Astagfirullahal'azim. Banyak benar khilaf diri ini.

Sebenarnya tidak perlu risau pun, bukan? Yang namanya jodoh itu sudah Allah sediakan yang secocok dengan kita. Dan andai tidak bersatu di dunia, insyaAllah di syurga kelak. Amin.

Pernah aku terbaca atau terdengar bahawa lelaki ini hipokrit. Entahlah, tidak punya masa pula untuk bertanya sendiri kepada kaum Adam. Tetapi, andai ditanya pun masakan mereka mahu mengaku. Maaf ya ikhwah andai semua ini salah.

Tetapi pastinya masih ada lelaki yang baik di luar sana. Aku percaya, mereka inilah yang bakal mempertahankan agama Allah ini. Merekalah yang akan memelihara maruah muslimah agar terus terjaga. Merekalah yang akan mengembalikan kegemilangan Islam suatu masa dahulu. Wahai pemuda Islam, kami muslimah sentiasa mengharapkan kalian!

Lelaki yang baik itu tidak akan mencalarkan maruah seorang muslimah, malah akan berusaha untuk memeliharanya. Dia tidak akan sewenang-wenangnya berbual mesra dengan seorang muslimah kerana dia mahu terus mengekalkan keindahan perhiasan dunia itu.

Sabda Rasulullah SAW:
"Seindah hiasan adalah wanita solehah"

Setakat ini, aku masih belum pernah temui lelaki yang baik itu. Tetapi aku yakin ada. Atau masih membina diri ke arah itu. Aku akan berdoa agar lelaki itu berjaya menjadi lelaki terbaik. Lelaki yang meneguhkan imannya, juga memelihara martabat muslimah.

Atau mungkin juga aku tidak cukup baik untuk bertemu dengan lelaki sebaik itu..

Aku menulis semua ini sebagai peringatan buatku, juga sekalian yang membaca, insyaAllah. Berharap ada yang bermanfaat yang akan dikongsi bersama.

Wallahu'alam bissawab.

something perhaps?

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan namaMu Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim aku kembali meletakkan diri dalam medan penulisan ini. Selawat dan salam ke atas kekasihMu, junjungan mulia Rasulullah SAW.

Semoga redhaMu sentiasa bersamaku, juga sekalian alam. Amin.

Sebenarnya belum punya masa yang terbaik untuk menukilkan kalam. Tetapi cuba-cuba juga untuk terus berada di medan penulisan ini di atas jalan dakwah, lillahi ta'ala. InsyaAllah.

Cuti sudah pun bermula. Kegusaranku masih sama. Takut-takut tika cuti ini level iman menurun secara mendadak. Al-maklumlah banyak juga godaan ketika cuti. Mujahidah, kuatkan mujahadah!

*Senyum lagi :)
(ada orang kate takde masalah pun kan?? hee~)

Bagaimana ya dengan final hari itu? Alhamdulillah. Aku cuba untuk terus kekal senyum sepanjang menjawab soalan yang tertera di atas kertas tersebut. Ya, aku sedang belajar untuk menjadi seorang yang tenang dan redha dengan segalanya. Ada kalian ternampak aku senyum sorang-sorang ketika di dalam dewan peperiksaan? Jangan salah anggap ya, aku bukan gila atau apa, bukan juga sedang berangan atau berkhayal, cuma aku terasa indah apabila senyum. Aku terfikir yang selama ini aku selalu sangat risau dan takut dengan ujian dan peperiksaan. Tetapi hakikatnya, ujian dan peperiksaan dengan Allah nanti lebih Maha Hebat. Itu yang lebih perlu ditakutkan. Dan semua itu membuatkan aku terasa final yang telah aku duduki selama dua minggu lepas tidak begitu menggerunkan seperti selama ini yang aku rasai. Wallahu'alam bissawab. Result nanti, tunggu sahajalah. Risau itu tetap ada. Tetapi aku yakin, Allah akan beri yang setimpal dengan usahaku. Jika sungguh-sungguh usahaku, tentu ganjarannya juga memuaskan, begitu juga sebaliknya.

Wahh, tidak sangka, sudah panjang berjela pula aku menulis. Ingatkan tadi tiada idea mahu menulis.

Hari ini tanggal 9 November. Lagi berapa hari ya mahu ke tanggal 17? Lapan hari, betul? Ya, hari besar bagi umat Islam menyambut aidiladha. Apabila menonton rancangan-rancangan di televisyen berkaitan haji, terfikir juga bila giliran aku untuk ke rumah Allah itu. Pasti saat paling indah jika dapat sambut aidiladha di sana dan yang paling utama menunaikan rukun Islam yang ke lima itu. Wahh, tak sabar pula rasanya!

Eh, apa lagi berlaku pada tarikh tersebut ya? Hee~ Entahlah patut gembira atau sebaliknya. Tetapi, insyaAllah aku akan terus bersyukur andai nyawaku masih dipanjangkan hingga ke usia 19 tahun. Bermakna, sudah 19 tahun aku memegang amanah sebagai khalifah di atas muka bumi. Tidak tahulah sema ada aku menjalankan tanggungjawab dengan amanah atau tidak. Ya Allah, aku mohon ampun atas segala khilafku selama ini.

Ouh ya! Bermakna juga adalah tahun terakhir sebagai teenager! Perlukah untuk aku takut dan gusar?

Wee~ Entah-entah sudah mahu
isteri orang tak? hahA!

Sudah merepek pula, mujahidah..

Aku rasa cukup dahulu setakat ini kalamku. Akan mencari waktu lagi untuk menulis, insyaAllah.

Ada satu nasyid yang aku suka akan liriknya dan inginku berkongsi dengan kalian.


CURANG.

ku akui ku pencinta sejati
ku berjanji yang Kau slalu kusayangi
namun KASIH (Tuhan) slalu ku bohongi
betapa malunya aku menghadapMu..

mencariMu hanya bila ku rindu
mula bersujud hanya bila ku perlu
namun bila Kau beriku cinta
panggilanMu tak pernah aku mendengar

angkuhnya ku pada kejadianku
merasakan dunia lama milikku
'kan kelukah lidah bersyahadah cinta?
bila nafas di hujung nyawa

curangnya aku di setiap nafasku
melupakan aku hanya milikMu
jauhkah syurga dari pandangan?
kifarah dosa kini(sakit) ku rasakan

tuhan..berikan aku peluang
curang yang lalu takkan berulang

Nyanyian : Feelhoney
Lagu : Amin Fh & Bie Fh ( Feelhoney Ent )
Lirik: Bie Fh ( Feelhoney Ent. )
Susunan Muzik : Abd. Halim Ahmad ( Neurotic Studio )



Monday, November 8, 2010

Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, selesai juga dengan finals.

Banyak mahu ditulis, tetapi belum punya masa yang sesuai. Jadi, senyum sahajalah dahulu.

*Senyum :)

Boleh kan? hee~

Thursday, November 4, 2010

Two more

Bismillahirrahmanirrahim..

[Short updates]

Done with five papers. Alhamdulillah. And there's two more coming for me. InsyaAllah, will be finishing my final on 8th of November.

Currently, having a view on programming notes. Tomorrow will be starting with statics revision. Trying to discipline myself to follow the timetable that I've made.

Okay, enough updates. Time and tide waits for no man. Till next post, insyaAllah after the last paper.

Wish me luck readers!

footnote: lillahi ta'ala, mujahidah!