Demi Masa

Tuesday, November 23, 2010

Suci

Bismillahirrahmanirrahim..

Biar aku mulakan kalam ini dengan menyebut asma' Allah Yang Maha Mulia. Subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar. Segala puji dan puja hanya layak untukNya. Selawat dan salam untuk Rasulullah SAW.

Seperti yang pernah aku beritahu dalam blog ini. Sekolah rendahku dahulu berdekatan dengan rumah. Jadi, selalu sa
haja aku akan melewati sekolah itu jika hendak ke mana-mana. Dan selalu juga akan mengimbau kembali kenangan ketika zaman suciku. (Eh, sekarang bukan tidak suci, cuma terlalu banyak dikotori dosa, haih~)

Zaman kanak-kanak, boleh dikatakan semua orang akan mengakui zaman itulah yang paling gembira. Tidak pernah berasa runsing untuk memikir masalah kerana semua bagi kanak-kanak adalah permain
an. Senyum sentiasa sahaja terukir di bibir, kerana sucinya seorang kanak-kanak itu. Terlukis indah di wajah mereka.




Kita sekarang? Wajah suci berseri kerana iman sepertinya susah sekali ditemui. Ya, terlalu kotornya kita dengan dosa dan maksiat. Astagfirullahal'azim.

Aku rindu zaman suci itu. Aku rindu zaman kanak-kanakku.

Kerana kita hidup di era globalisasi, kerana itulah kita perlu mempunyai kehidupan yang global juga lagaknya. H
uh! Global itu bermaksud baratkah kalian? Aku kecewa melihat saudara Islam sendiri. Kehidupan sosial kita terlalu banyak terpengaruh dengan barat. haih~

Astagfirullahal'azim, astagfirullahal'azim, astagfirullahal'azim..

Wahai Syakirah yang kanak-kanak dahulu, aku rindu kamu. Kamu masih suci ketika itu. Tidak terpalit dosa nafsu. Suci, aku rindu itu.

Terbaca tadi di salah satu blog yang aku follow, membuatkan aku terfikir sebentar. Pernah atau tidak terpacul di bibir anda ungkapan ini, paling tidak pun tergetus di hati anda.

"Eh, dah kapel dah dia?"

"Eh, dia dengan pasangan dia berpegangan tangan?!"

"Eh, ..."

"Eh, ..."

Dan bermacam 'eh' lagi. Kawan kita yang suci dahulu itu sudah hanyut dibuai cinta palsu manusia. Kawan kita yang suci dahulu sedang asyik melayan nafsu remaja. Atau mungkin juga ungkapan it
u tertuju kepada kita? Na'uzubillahimin zalik.

Yang parah lagi apabila menghalalkan apa yang haram semata-mata untuk mengenetepikan rasa berdosa.

"Kami tak kapel. Kami kawan je, teman tapi mesra"

"Cop! Kami bukan berzina pun, pegan
g tangan je pun"

"Kami ini je, bukan itu pun"

Ya, bermacam lagi cara untuk mengelakkan rasa berdosa. Paling merisaukan ialah 'teman tapi mesra' itu. Hubungan inilah yang selalu dibutakan oleh syaitan laknatullah. Kononnya sekadar teman sekelas, teman satu kelab, teman itu dan teman ini. Perbualan mereka kononnya ju
ga atas urusan tertentu. Persoalannya, syaitan itu pernah berputus asakah? Tidak sahabatku! Syaitan itu sifatnya teguh dengan matlamatnya iaitu menyesatkan bani Adam. Muamalat antara lelaki dan perempuan hanya dibenarkan ke atas beberapa perkara. Yang selebihnya itu, HARAM!



Aku tidaklah suci. Pernah juga aku tersalah tafsir makna muamalat itu. Selalu. Ah, nafsu..Mana pernah mahu kalah dengan iman. Diri aku yang kotor dengan dosa ini selalu terpukau dengan godaan syaitan. Tertipu dengan helah makhluk laknatullah itu. Merasa diri di atas landasan mardatillah, ironinya melayan nafsu semata-mata. Lemah sungguh iman diri.

Memang best kapel ni. Iyalah, ketika itu, dunia umpama milik berdua. Bintang-bintang sentiasa menemani rindu sang pencinta. Ada orang ambil berat pasal kita, kalau kita sedih, ada orang akan hiburkan kita, kalau kita takut, ada orang akan tenangkan kita, kalau kita seronok ada orang yang hendak kita kongsikan. Wah, seronoknya kapel! Kalau begitu, jomlah kita kapel! (Gila apa pula budak ni, ajak orang buat maksiat?)

Eh, tahu pula perkara ini maksiat ya? Tapi, tapi, tapi, bestlah kapel ni. "Kami bukan buat maksiat pun, kapel je pun." hahA! Lawak aku dengar. Tak buat maksiat ya? Kapel tu bukan maksiat pulak?

Fikirlah sendiri teman-temanku. Antum semua sudah besar panjang. Akal pun bujak-bijak belaka. InsyaAllah, semua tahu baca Al-Quran. Tahu juga tengok tafsir. Memang takde dalam Al-Quran cakap kapel ni haram , sebab itu korang tak rasa berdosa. Bijak, bijak. Boleh ceritakan apa yang ada dalam surah An-Nur ayat 30 dan 31?

Jawab sendiri.

Faham sendiri.

Kalau tak faham juga, rajin-rajinlah tanya pada ustaz atau ustazah. hurm~

Aku? Tidaklah sesuci yang kalian rasakan. Aku bercakap berdasarkan pengalaman yang tidak seberapa ini. Sekadar berkongsi iktibar apa yang patut. Aku rimas apabila malam-malam aku baru nak pejam mata, ada pula yang duduk 'bergayut' dengan 'buayafriend' dia tu. Tengah duduk-duduk rehat lepas balik kelas dengar pula yang menangis dekat tepi tangga bergaduh dengan 'buayafriend' merekalah, siapa lagi.

Penat telinga mendengar, penat mata melihat. Rimas, lemas. Menyampah. Huh! Ok, cukup.

Main point di sini? Aku mahu mengajak semua mencari yang halal. Tak best lah sorang-sorang je. Ramai-ramai kita berlumba menggapai redha dan cinta Ilahi barulah ada 'feel' sikit.

*Senyum :)

Memanglah kalau ikutkan hati, atau lebih tepatnya nafsu kita akan kata payah amat menjauhkan diri dari cinta manusia itu. Ayuh, sahabat! Mujahadahlah. Islam tidak menafikan fitrah manusia, cuma ada saluran yang betul untuk mendapatkannya.

NIKAH.

Bagaimana? Tidak mampu? Berpuasalah dahulu. InsyaAllah boleh. Kalau kita beriman kepada Allah, kita juga wajib beriman kepada janjiNya. Allah sudah sediakan pasangan yang selayaknya buat kita. Suatu masa yang ditentukan nanti pasti akan disatukan. Tidak kira apa yang berlaku sekali pun, jika dialah jodoh kita, pasti akan bersatu jua. Allah tidak pernah memungkiri janji. Jikalau bukan dia, tentunya yang lebih layak untuk kita. InsyaAllah lebih baik. (Peringatan untuk diri sendiri lebih lagi)

Mengapa aku tuliskan semua ini? Kerana aku mahu kita semua mencari semula yang suci. Suci itu bukan milik dahulu, tetapi sentiasa.

Aku pernah melalui zaman awal remaja yang melalaikan, terlalu lemah kepada nafsu. Ketika itu iman terlalu sedikit. Astagfirullahal'azim. Cukuplah tempoh itu cuma, aku tidak mahu mengulang kembali.

Tetapi aku tidaklah terlalu membenci zaman itu, kerana jika tiada aku yang dahulu tiadalah aku yang sekarang. Satu ayat yang aku selalu terapkan dalam diri ialah 'mistake happens is for us to learn from it and try our best not to repeat it'. Kita tidak akan belajar sesuatu jika kita tidak melakukan salah terlebih dahulu, aku yakin begitu.

Aku yang dahulu sudah aku jadikan kisah silam. Biarlah ia menjadi salah satu persinggahan dalam perjalanan hidupku. Aku, adalah aku yang hari ini. Aku hidup kerana Allah ta'ala untuk hari esok. Perjalanan hidupku masih banyak perhentiannya. Pasti, tidak semuanya indah. Tetapi aku yakin ada sesuatu yang boleh dipelajari darinya. InsyaAllah.

Wallahu'alam bissawab..




No comments: