Demi Masa

Friday, November 19, 2010

Nak kawen boleh?

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku mulakan dengan asma' Allah. Semoga penulisan ini dikemudi iman dan tidak terlalu menyimpang andai ada yang merepek. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Sebelum itu, biar aku buat pengumuman awal-awal bahawa entri kali ini mungkin agak merepek dan tidak bermanfaat. Sengaja mahu menulis secara santai. Selalunya seperti serius sahaja. Bahasanya juga mungkin banyak yang pasar sahaja. Entah, belum tahu lagi.

Pernah muncul di fikiranku tiba-tiba sementara duduk di ruang tamu bersama keluarga, apa akan berlaku andai dialog ini yang keluar dari mulutku:

"Ummi, Ayah, Ala nak kahwin boleh?"

hahA! Memang merepek. Entah bagaimana boleh muncul dialog begitu di benakku ini. Sudah terlalu bosan mungkin, sehingga fikiran pun sudah merapu.

*Senyum :)

Belum habis setakat itu sahaja. Aku berfikir pula apa respons yang bakal mereka berikan.

Respons 1:

"Dengan siapa? Lawyer? Majistret? Doktor?" tanya Ummi.
Ayah pula sekadar menanti jawapan. Aku sudah terketar-ketar sedikit, tetapi aku gagahkan juga menjawab.

"Dengan bakal engineer jugak, macam Ala. Nama dia *tut*(maaf, part ini dicensoredkan)"

"Apa nama budak laki tu sekali lagi? Budak mana?"

"Nama dia *tut* (sekali lagi, belum berjaya diexposekan). Dia asal orang Malaysia jugak, heh~"

"Ish budak ni, memang la Malaysia, negeri mana? Baik ke budaknya?"

"Urm, baik la jugak. Dia orang *tut*(salah sebuah negeri di Malaysia)"

Wah, waktu ni,hati aku mesti macam dah berbunga-bunga sebab Ummi dengan Ayah macam tunjuk minat.

"Nantilah Ummi dengan Ayah mesyuarat dulu"

Senyum dah lebar kat bibir aku. Sampai ke telinga lagi. hee~

Respons 2:

Muka Ummi dan Ayah macam blurr sikit. Gosok-gosok telinga kemudian tanya kembali.

"Apa dia kamu cakap tadi? Macam pelik je bunyinya."

" Ala nak kawen boleh?"

"Ouh, kawen. Kahwinlah. Nanti bawa bakal suami kamu tu ke rumah, jumpa Ummi dengan Ayah"

Aku lempang-lempang sikit pipi aku sebab macam tak percaya. Senang betul nak kahwin?

"Bila Ummi dengan Ayah nak jumpa dia?"

"Bila kamu cuti la. Budak UIA jugak kan?"

"Urm......"

Aku tinggalkan persoalan di situ.

Respons 3:

"HAH?! nak KAWEN?!!!" jerit Ummi. Muka Ayah macam dah tegang.

Aku terus diam membisu. Jangan menjawab, anak derhaka nanti.

"Kamu dah menggatal sangat ke hah? Aku hantar kamu ke UIA tu suruh belajar bukan cari laki. Yang kamu ni masak belum expert lagi, belajar belum habis lagi, dah pandai nak kawen. (bla..bla..bla..bla x 99999999999999 kali)"

Aku terus cili mulut aku sebab gatal sangat pergi tanya Ummi dengan Ayah soalan sensitif macam ni.

* * * * * * * *

Korang nak tahu? Respons ketiga itulah yang aku percaya akan terjadi. (tapi, part cili mulut tu hanya sekadar unsur dramatik dalam jalan cerita sahaja. heh) Bukan Ummi dengan Ayah melarang berkahwin awal ini, cuma semahu-mahu mereka untuk elakkan. Iyalah, besar kemungkinan aku tidak pandai uruskan masa nanti dan pelajaran pun akan terganggu.

Dan untuk pengetahuan semua, aku juga tidak pernah terfikir untuk berkahwin semasa belajar ini walaupun di UIA seperti sudah menjadi trend berkahwin awal. Biarlah segulung ijazah digenggam dahulu barulah aku berfikir-fikir untuk mencari teman hidup. Eh, sebentar! Mencari teman hidup itu mungkin juga semasa belajar, tetapi berumahtangga itu biarlah setelah selesai degree. Boleh bukan begitu?
hee~

Apa-apa pun aku serahkan kepada Allah untuk menentukan. Kita merancang, Allah juga merancang. Dan perancangan Allah adalah yang sebaik-baiknya. Aku sudah serahkan, hidupku, matiku, cintaku, hatiku dan jodohku kepadaNya. Biar Dia menentu segala. Tugas aku sekarang hanya beribadat kepadaNya.

Wallahu'alam bissawab.


2 comments:

misfaida said...

ehehehe, bestlah dialog tu semua. betul tu, Allah adalah sebaik-baik perancang. kita merancang juga, tapi jika perancangan kita tak menjadi, insya-Allah banyak hikmahnya. wallahua'lam :)

Mujahidah Mardatillah said...

btol3!! XD

hee~

klu ape yg kte rncgkn xjd, pasti Allah da tntukan perancangan yang lbey baik utk kte, insyaAllah yg t'baik. yup, byk hikmah di sebaliknya :)