Demi Masa

Thursday, November 11, 2010

Kisah itu

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan asma' Allah aku memulakan kembali penulisanku. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah SAW.

Semoga redha Allah turut bersama sepanjang hembusan nafasku. Amin.

Dapat khabar gembira tadi bahawa adik sepupuku mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR. Alhamdulillah. Semoga cita-citamu untuk ke sekolah berasrama penuh akan tercapai, amin.

Terkenang kembali aku tujuh tahun ke belakang. Ketika aku masih di sekolah rendah. Ya, aku sekolah di kampung sahaja. Tidak perlu nama-nama sekolah yang gah. Sekolah Kebangsaan Kampong Pasir Puteh. Nama sekolah sendiri sudah nampak kampungnya bukan? E
jaannya masih mengikut ejaan bahasa melayu lama. Cuba kalian bayangkan, sudah tiga generasi bersekolah di situ. hah!

Ya, sekolah itu wujud pada zaman Jepun
lagi. Jikalau aku tidak silap pada tahun 1905. Hebat? Opah tidak bersekolah di situ kerana Opah asalnya daripada Indonesia. Atok tidak pasti, aku tidak pernah pun berjumpa dengan arwah atok. Tetapi Ummi pernah bercerita bahawa arwah Opah Ngah juga bersekolah di situ.

Lihat? Sudah tiga generasi sekolah itu sudah berbakti. Syukur, masih kukuh di situ. Jika dahulu hanya berdindingkan papan, kini sudah mempunyai tiga tingkat bangunan batu. (heh, masa aku sekolah di situ sudah bangunan batu pun)

Cukup mengenai sejarah sekolah tersebut. Bimbang pula tersalah fakta.

Adik-beradikku memang semuanya diberi didikan peringkat rendah di situ. Ramai juga yang bertanya mengapa tidak bersekolah sahaja di sekolah yang Ummi mengajar. Entah, kami pun tidak punya jawapan yang tepat untuk itu. Mudahnya, memang sudah takdir kami di situ.

Bersekolah di kampung ialah bersekolah dalam suasana yang sederhana. Tidak wujud jurang antara pelajar-pelajarnya. Tidak ada yang terlalu mewah. Suasana itu turut mengajar aku untuk merenungi kehidupan orang yang susah, lantas mensyukuri kehidupan yang aku ada.

Di sekolah itulah aku melalui zaman kanak-kanakku. Bermain itu dan ini. Menangis bila terjatuh. Kemudian merajuk dengan kawan-kawan. Ah, budak-budak!

Aku masih ingat pesaing utamaku. Dari darjah satu hinggalah darjah tiga kami sekelas. Masih-masing bermusuhan un
tuk merebut kedudukan pertama setiap kali peperiksaan. Adakalanya aku menang, tidak kurang juga dia. Tetapi gaduh itu cuma biasa sahaja, tiada yang serius. Persaingan yang sihat, bukan?

Hurm, dia berjaya dalam PTS dan terus
naik ke darjah lima tanpa melalui darjah empat terlebih dahulu. Terbuktilah di situ, IQ dia melebihi aku. Ya, itu terus menjadi cabaranku untuk terus mengekalkan prestasi aku selama ini.

Sekarang entah apa cerita dia. Tidak pernah aku mahu bertanya. Malulah. Dia lelaki, nanti apa pula dikata orang. Tetapi kalau tidak silap, ada Ayah beritahu bahawa dia sekarang melanjutkan pelajaran dalam bidang dentistry dalam negara juga. Alhamdulillah, berjaya juga engkau ya Musa?

Sewaktu darjah empat, lima dan enam ti
dak bermaksud aku tiada pesaing. Makin ramai malah. Aku perlu lebih berusaha keras. Dan ya, Musa meneruskan kecemerlangan walaupun lebih muda berbanding rakan yang sama darjah dengannya. huu~

Itu rezeki dia.

Sudah sedia maklum bukan sekolahku hanya sekolah kampung? Jadi bilangan yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR sangat sedikit. Sewaktu batch aku hanya 12 orang sahaja. Aku, Azila, Liana, Z
ur Ain, Azhar, Syamin, Saifuddin, Sofinur, Syamil, Nazirul, Zafirul dan Afifi.

Tidak tahu cerita mereka sekarang. Saifuddin itu lain ceritalah. Sudah sama-sama di UIA, juga dalam bidang yang sa
ma. Harapnya majoring berbeza. (sangat berharap tidak sekelas lagi..lalala~)

Tetapi bagaimana dengan yang lain? Di mana kalian? Harapnya kalian sedang mengukir pelangi masing-masing. InsyaAllah. Aku sentiasa doakan kalian berjaya dunia dan akhirat. Bukan kalian yang namanya disertakan di sini sahaja, bahkan semua yang sama-sama belajar menulis dan mengira di tanah berbakti itu. Ya, di Sekolah Kebangsaan Kampong Pasir Pute
h. Semoga sekolah itu terus melahirkan pemuda pemudi harapan bangsa. Amin.







No comments: