Demi Masa

Sunday, March 28, 2010

hari mingguku..

Bismillahirrahmanirrahim..

Semoga rahmat Allah melimpahi bumi sentiasa. Amin.

Aku rasa hari minggu aku kali ini agak terisi. Semalam, seawal jam sembilan pagi lagi aku sudah memulakan hari dengan kelas tambahan matematik. Kelas tersebut berlangsung selama lebih kurang empat jam. Ya, pastilah ada rehat di antara masa tersebut. *Lecturer saye tidak kejam ye..* Alhamdulillah. Syukur, pagi-pagi lagi hari aku telah digunakan untuk perkara berfaedah.

Kemudian, usai kelas tersebut sekitar pukul satu lebih, aku pulang ke bilik dan terus bersiap-siap kerana ummi dan ayah sudah mengatakan bakal sampai lebih kurang empat puluh lima minit kemudian. Packing baju sedikit, kemas katil dan mandi. Selesai. Sesudah solat zohor, ummi dan ayah telah pun menunggu di tempat letak kereta di hadapan mahallah. Destinasi seterusnya UIA Gombak.

Sampai di Gombak lima belas minit kemudian. Abang juga telah menanti di situ. Akak dan abang mengikuti kereta ayah. Kami menuju ke hotel dahulu. Asar sudah hampir sangat waktunya sewaktu kami check-in di hotel. Jadi kami memutuskan untuk bersolat asar dahulu sebelum ke destinasi yang dirancang.

Usai solat, kami menghala ke arah stesen LRT. Abang yang jadi tourist guide kami. Alhamdulillah, kami selamat sampai ke PWTC, destinasi yang dirancang. Pesta Buku Antarabangsa sedang meriah di situ. Ramai. Memang tidak dinafikan.

Kami mula ke Karangkraf. Ya Allah, ramai sungguh manusia. Aku terus hilang selera untuk melihat-lihat buku di situ. Aku ke booth iluvislam sahaja. Adalah beberapa cenderahati yang dapat dibeli. Ha, di booth yang lain kami sekeluarga dapat berjumpa dengan Ustaz Hasrizal, penulis buku Aku Terima Nikahnya. Baru aku tahu rupa-rupanya rumahnya dekat dengan masjid Pasir Puteh. Aku tahu dia tinggal di Ipoh, tak tahu pula di Pasir Puteh.

Pulang dari PWTC, kami singgah di kedai makan dahulu. Sehari suntuk belum makan lagi, pesta buku punya pasal. hahA! Maghrib menjelang kami pulang ke hotel. Malam itu aku, ummi dan ayah ke Sogo. Sengaja mencuci mata.

Panjang aku ingin tulis sebenarnya. Tetapi sudah hilang semangat untuk menulis pula. Nantilah ya? Ada perkara penting ingin diceritakan. Wassalam.

Friday, March 26, 2010

Siapa pencuri itu??

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku mohon semoga post ini dipandu oleh Allah, bukan mengikut nafsu mahupun akal aku sahaja. InsyaAllah.

Kenapa aku sertakan gambar ini? Hmm, sebelum apa-
apa ingin aku katakan, si perempuan itu bukan diriku kerana aku tidak layak. Aku tidak secantik gambaran itu.




Cuma apa yang aku ingin tanyakan disini, hati aku dicurikah? Sengaja bertanya. Aku sendiri tidak tahu apatah lagi antum yang membaca bukan?

Andai hati aku dicuri, kuatkan aku Ya Allah. Semoga tidak terjatuh ke dalam jurang cinta nafsu.

Andai aku yang mencuri hati, kuatkan hati pemuda itu Ya Allah. Semoga imannya semakin teguh terhadapMu.

Ya Allah, Kau kuatkanlah imanku dan imannya. Semoga syaitan tidak terus menggoda kami. Amin.

p/s: post ini tidak pasti ada kaitan dengan diriku atau tidak. Sungguh, aku tidak mengerti perasaan aku sekarang.


hmm..


Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah, aku mulakan bicara.

Baru sebentar tadi, niat asalnya saja suka-suki nak tengok testi kat iluvislam.com. Then, aku tertarik kat gambar atas tu. hahA! Kelakar kan?

Kelakar-kelakar juga. Yang penting di sini ialah mesej yang ingin disampaikan. Penguin pun tahu nak lakukan amar makruf nahi munkar. Muhasabah diri sendiri ini pun. Aku sendiri belum mampu nak menegur orang-orang yang ber'couple'. Kawan-kawan sendiri pun tak tertegur apatah lagi orang lain. Insaf-insaf..

Thursday, March 25, 2010

Dari tingkap bilikku

Bismillahirrahmanirrahim..

Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada semua penduduk bumi hari ini. InsyaAllah. Amin.

Hmm..Dari tingkap bilikku ini aku dapat menyaksikan banyak gelagat manusia. Jikalau waktu pagi begini, aku dapat melihat kesibukan di jalan raya kerana masing-masing sudah bergegas ke tempat kerja. Jikalau waktu petang menjelma pula, aku juga melihat banyak kereta, pulang ke rumah setelah seharian bekerja mencari rezeki yang halal, insyaAllah.

Dalam minggu ini aku tertarik untuk melihat seorang pemesin rumput di padang hadapan bilik aku ini. Iyalah, padang bola inikan luas, sudah hampir seminggu mungkin dia membanting tulang untuk menjalankan tugasnya itu. Gigih. Itulah semangat yang dapat aku lihat. Mungkin gajinya tidaklah sehebat seorang doktor, mahupun seorang guru. Namun, rezeki yang dicari untuk sesuap nasi itu halal. Itu yang penting.

Aku tidak pasti status kewarganegaraannya, dari bilikku di tingkat lima ini agak mustahil untuk aku melihat wajahnya pun, cuma dapat melihat kelibatnya sahaja. Aku berpendapat mungkin dia bukan warganegara Malaysia kerana kebanyakan pekerja di sini terdiri daripada pekerja asing. Mengapa? Orang Malaysia terlalu memilih kerjakah? Mungkin juga. Kononnya, kerja-kerja tersebut hina. Aduh, bukalah minda sedikit! Halal itu yang penting.

Ayah selalu pesan, kalau untuk duniawi ini, kita kena lihat orang-orang begitu, barulah kita rasa bersyukur dengan keadaan kita sekarang. Jangan tengok orang-orang kaya, nanti kita akan sentiasa rasa kekurangan padahal nikmat Allah sudah banyak untuk kita. Jikalau untuk ukhrawi pula, ayah suruh lihat ulama', orang-orang yang zuhud. Barulah kita rasa betapa tidak layaknya kita untuk mendamba syurga ilahi dan betapa hinanya kita. Lantaran itu kita akan terus berusaha untuk menjadi seperti orang-orang yang wara' tadi. InsyaAllah.

Tidur selepas subuh mewarisi fakir bukan? Aku cuba sedaya upaya untuk tidak tidur selepas subuh walaupun adakalanya aku tewas juga dengan dugaan mengantuk ini. Waktu pagilah kita dapat menghayati keindahan alam. Memang indah. Subhanallah.

Sampai di sini dahulu kalamku ini. Semoga reda Allah sentiasa bersamaku dan para muslimin lain. Amin.

Tuesday, March 23, 2010

Istigfar

Astagfirullahal'azim..

Aku mohon perlindungan dariMu Ya Allah, dari hasutan dan godaan syaitan yang direjam. Semoga aku kuat menempuh cabaran ini. Amin.

astagfirullahal'azim..



astagfirullahal'azim..


astagfirullahal'azim..


astagfirullahal'azim..


astagfirullahal'azim..

Sunday, March 21, 2010

Rindu

Alhamdulillah..

Syukur nikmatMu Allah yang telah menurunkan hujan di bumi Petaling Jaya ini. Aku sedang asyik menikmati pemandangan dari tingkap bilikku ini.

Hmm, teringat kalau di waktu sekolah dulu, hujanlah yang sangat-sangat ditunggu. Mandi hujan lagi nikmat dari mandi kat shower. hahA! Selalunya habis prep petang je terus gi kat ampaian sebab kat situlah tempat yang tersorok nak main hujan pun. Tempat lain semua boleh nampak dari aspura dan kuaters guru.

Ya Allah, hujan dah la lebat sekarang ni, kalau main hujan sure best! Tapi semua tu hanya dalam kenangan je. Sekarang nak main sekali macam mana? Masing-masing dah belajar kat tempat lain-lain. Ada komitmen masing-masing. Hmm..rindu, rindu!

Ok lah, nak hayati suasana petang jap. Sekian, wallahu'alam.

S.A.B.A.R

a'uzubillahiminassyaitanirrajim..Bismillahirrahmanirrahim..

Semoga aku dijauhkan dari hasutan syaitan laknatullah dan sentiasa dalam keadaan sabar. Amin.

Sabar 1:
Petang ini mood sedikit terganggu. Seronok sebenarnya mendapat kiriman dari ummi dan ayah, abang yang hantar tadi. Dia balik hujung minggu. Dapatlah beberapa barang yang dipesan dan juga lauk untuk makan tengah hari. Dan juga, tikar getah yang berwarna pink!! Ini yang agak mengganggu emosi aku. Aku agak anti dengan warna merah jambu ni. Huh! Redha je la, demi menjaga hati ummi dan ayah.

Sabar 2:
Ni aku tujukan buat my ex-classmate, yang baru menerima ujian Allah pagi tadi. Laptop dan handphone miliknya telah dicuri. Hmm, semoga bersabar ya menerima ujian Allah ini. Aku tidak tahu apa yang perlu aku katakan. Cuma doa mungkin aku panjatkan semoga pencuri tersebut berlembut hati untuk memulangkan barang milik anta. Sabar ya?

Sampai di sini sahaja, aku perlu menemui Kekasihku. Seruan telah berkumandang. Salam 'alaik..


Asbahna 'ala fitratil islam, wa kalimatil ikhlas

Bismillahirrahmanirrahim..

Semoga redha Allah bersamaku di dalam penulisan ini.

Itulah kuasa Allah. Jikalau aku ada menyatakan di post petang semalam bahawa cuaca mendung dan aku menjangkakan hujan ba'da asar, Allah lebih berkuasa. Setitik hujan pun tidak turun di bumi UIA PJ ini. Ummi memberitahuku bahawa di Ipoh hujan lebat semalaman melalui perbualanku di telefon malam semalam. Semoga rahmah sentiasa melimpahi bumi UIA ini.

Pagi ini alhamdulillah aku sempat ber'dating' bersama Kekasihku lagi. Harap-harap aku sentiasa istiqamah untuk berdua-duaan denganNya. Tenang rasanya apabila dapat mengadu masalah, melafaz cinta kepadaNya. Kekasihku sangat romantik! Aku tidak pernah dibiarkan bersendirian. Ke mana aku pergi, pasti Dia menemani.

Aku juga tidak mahu memberikan hati ini kepada sesiapa kerana hatiku hanya milikNya, ALLAH. Cinta hakiki yang aku temui setelah sekian lama aku mencari. Aku pernah cuba-cuba memberikan hatiku kepada makhlukNya. Namun ternyata kecewa yang aku peroleh. Aku tekad, aku akan jaga hati ini sebaik-baiknya agar tidak terlepas lagi kepada insan yang tidak sepatutnya. Cintaku, Allah, bantulah aku.

Ya Allah, andai hati ini telah bersedia untuk menerima cinta insan yang telah Engkau janjikan untukku, aku mohon cinta itu tidak melebihi cintaMu.
Ya Allah, andai Engkau telah menetapkan dia menjadi pemilik cintaku selepas Engkau dan RasulMu, aku mohon biar cinta itu jatuh kepada jalanMu.
Ya Allah, andai cintanya menjadi milikku, aku mohon agar dia sentiasa mengingatkan aku kepada cintaMu.
Ya Allah, andai insan itu wujud untuk aku, aku mohon semoga dia menjadi pelengkap kekuranganku dan aku melengkapinya hanya untukMu.
Ya Allah, andai tiada insan untuk menemani cintaKu di dunia ini, aku redha. Aku percaya insan itu menantiku di syurgaMu nanti.
Ya Allah, jangan biarkan aku terlalu mengharap kepada cinta makhlukMu. Aku ingin terus berada di dalam lingkungan cintaMu.
Ya Allah, makbulkan doaku ini. Amin Ya Rabbal 'alamin..

Saturday, March 20, 2010

Aku masih setia

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah aku mulakan penulisan pada petang ini. Semoga barakah melimpahi bumi petang ini. Amin.

Aku masih setia di meja study ini. Latihan math aku sentuh sedikit, agar tidak sia-sia petang aku ini. Sambil laptopku memainkan lagu-lagu nasyid, tidaklah sunyi sangat duduk keseorangan begini sambil itu boleh berzikir kepada Kekasihku, insyaAllah.

Aku lihat awan sudah memberat di langit. Sangkaanku ba'da asar nanti mungkin hujan. Aku renung jauh di arah barat sudah kelihatan gelap, hujan mungkin. Namun semua kuasa Allah sama ada Dia mahu menurunkan hujan atau tidak.

Orang kata sediakan payung sebelum hujan. Namun aku kata, angkat baju di ampaian sebelum hujan, hahA! Baru usai angkat jemuran yang aku basuh petang semalam. Alhamdulillah, cuaca yang baik membolehkan jemuranku kering.

Hujan membawa rahmat bukan? InsyaAllah. Semoga hujan yang bakal turun sebentar lagi akan membawa rahmat kepada semua penduduk bumi. Aku mohon perlindungan kepadaMu Allah andai Engkau turunkan balasanMu bersama hujan ini. Ampunkan dosaku ya Allah. Amin ya Rabbal 'Alamin.

di pagi hari

Bismillahirrahmanirrahim..

Syukur padaMu ya Allah kerana memberi aku peluang untuk menghirup udaraMu lagi pagi ini. Alhamdulillah.

Sedang bersendirian bertemankan laptop di hadapanku dan juga secawan air Vico 3 in 1 beserta biskut Munchini keluaran Munchy's. Sambil memerhati keindahan alam dari tingkap bilikku setinggi lima tingkat ini. Huh..UIA semakin lengang pada hujung minggu ini. Roomateku seorang telah pun pulang ke rumahnya semalam. Seorang lagi juga bakal mengikuti jejak langkah pelajar UIA yang lain, keluar ke bandar. Iyalah, pesta buku sedang berlangsung di PWTC sekarang ini. Dari posisi yang aku duduk sekarang ini, aku dapat melihat pelajar-pelajar UIA melangkah keluar dari pagar UIA untuk ke destinasi masing-masing. Semoga langkah mereka dirahmati Allah. Amin.

Aku juga punya keinginan untuk ke pesta buku tersebut. Dan untuk makluman semua, aku sangat menggilai buku. Jikalau aku ke kedai buku MPH, boleh berada berjam-jam untuk membelek-belek buku di situ. Agak sedih juga tidak berpeluang untuk ke PWTC hari ini, namun aku percaya pasti ada hikmahnya.

Bukan tidak ada yang mengajakku. Dan aku juga telah meminta keizinan ummi dan ayah serta mereka telah membenarkan. Namun, inilah aku. Maafkan aku sahabat, bukan aku tidak mahu menyertai kalian ke pesta buku tetapi aku punya alasan tersendiri. *Roomateku baru meninggalkan aku 30 saat yang lalu*

Apabila aku diberitahu bahawa kalian akan ke TS (Times Square) selepas ke pesta buku tersebut, hatiku terus tawar untuk keluar. Entah, aku tidak selesa mungkin untuk ke tempat-tempat seperti itu. Mid Valley pun aku pernah jejakkan kaki beberapa kali sahaja, kebanyakkannya bersama ummi dan ayah. Katalah aku ini manja, anak emak atau bapa sekali pun. Aku punya prinsip sendiri. Merayau-rayau di shopping mall bersama rakan, itu bukan aku. Melainkan ada perkara yang mendesak untuk aku ke sana. Sekali lagi, maafkan aku sahabat.

InsyaAllah, aku akan ke pesta buku suatu hari nanti. Apabila keadaan sesuai dan aku selesa dengannya. Tetapi kali ini, harus aku katakan, keadaan tidak mengizinkan. Dan ya, pasti Allah tidak mentakdirkan aku ke sana.

Sekian sahaja, aku akan terus setia di atas meja ini sambil terus menikmati keindahan ciptaan Ilahi. Wallahu'alam.

Friday, March 19, 2010

something to share

mistakes happened is for us to learn from them and try the best not to repeat them..

We do make mistakes. Everyone does. But mistakes are not meant to stay with us forever. We have to try the best to minimize it. It's sure does impossible to get rid of it, we're not perfect, aren't we?

Apart of that, know what? Mistakes also taught us to become better person each day. We're not intend to do the same mistakes all over again. That's how mistakes can be a good teacher to us.

For me, mistakes should be taken positively as it can help us to improve ourselves. Anyone agree?

FIM 1113: Understanding Islam

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku mulakan dengan nama Allah untuk menulis kalam ini.

Kelas yang sangat 'ditunggu-tunggu' dah start tadi. Hurm..what to say?? Best? Boring? Happening?? *which I doubt* hahA!

Tunggu! Betulkan nawaitu semula, aku belajar kerana Allah. InsyaAllah, Allah pasti telah memberikan yang terbaik kepada hamba-hambanya. Tak kisahlah kelas itu bagaimana pun jadinya, aku perlu tetap teguh di situ memperjuangkan agama Islam. Orang Islam perlu berilmu. Ilmu itu dicari bukan ditunggu. Jadi aku perlu tabah.

Nak dapatkan kelas ni pun dah penuh dengan pancaroba. *hahA! ayat sungguh dramatis* Mana tidaknya? Berapa kali entah aku dan yang lain ulang alik ke IRK Department. Dah dapat ni, wajib aku bersyukur. Alhamdulillah.

Baiklah, sekarang kelas semua dah complete. Dengan izin Allah, aku bakal graduate sem ni. Semoga dipermudahkan perjalananku ini. Amin.

Kalam ini berakhir dahulu. Segalanya kepunyaan Allah.

Sayyidul Ayyam..

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah aku memulakan hariku. Semoga hari ini diberkati dan dirahmati.

Hari ini Jumaat, ramai yang seronok sebab hari Jumaat adalah kelas terakhir dalam sesuatu minggu. Dan hari Jumaat jugalah ramai yang akan ambil peluang untuk pulang ke kampung halaman (semestinya bukan diriku=( huh~). Namun ramaikah yang menyedari kelebihan hari Jumaat itu sendiri?


Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
(Hadis riwayat Muslim
).

Aku terjumpa hadis ini tadi. Subhanallah! Jikalau menurut hadis tersebut, permintaan orang beriman akan dimakbulkan pada hari Jumaat. Wallahu'alam. Ya, itulah kelebihan hari Jumaat! Maha Pengasihnya ALLAH..

Di sini aku turut memuatkan beberapa peristiwa yang berlaku pada hati Jumaat:

1.) Pernikahan antara Nabi Adam as dengan Siti Hawa

2.) Pernikahan anatara Nabi Yusuf as dengan Zulaikha
3.) Pernikahan antara Nabi Musa as dengan Shafrawa
4.) Pernikahan Nabi Sulaiman as dengan Ratu Balqis
5.) Pernikahan anatara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah
6.) Pernikahan antara Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah
7.) Pernikahan antara Sayyidina Ali as dengan Siti Fatimah

Wallahu'alam. Aku hanya menyampaikan. Segala-galanya ilmu Allah. Dia lebih mengetahui. Sehingga ini sahaja kalamku kali ini. Wassalam.

Thursday, March 18, 2010

Senyumlah kepada alam, alam pasti tersenyum kepada anda =)

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah, aku memulakan hariku..
Orang kata kalau kita senyum kepada alam, alam akan kembali tersenyum kepada kita. Sekarang aku sedang tersenyum. Aku juga pernah terbaca dalam sebuah buku kalau tidak silap, mulakan hari anda dengan senyuman supaya hari itu lebih bermakna. Lebih kurang begitulah.

Semalam aku alami tekanan sedikit. Macam-macam masalah menimpa. Jadi hari ini aku ingin mulakan dengan senyuman, semoga hari ini lebih baik dari semalam. InsyaAllah..amin.

Ada satu hadis Nabi sallallahu 'alaihi wassalam begini maksudnya:

"Beruntunglah sesiapa yang hari ini lebih baik daripada semalam, rugilah sesiapa yang hari ini sama seperti semalam dan celakalah sesiapa yang hari ini lebih buruk daripada semalam."

Aku berharap hari aku ini akan lebih baik daripada semalam. Semoga aku bersama orang-orang yang beruntung. Amin..

p/s: masih tersenyum supaya hari turut tersenyum kepadaku =)

Wednesday, March 17, 2010

Segalanya kuserahkan kepadaNya..

Subhanallah..ayat-ayat Allah sangat menyentuh qalbuku. Pernah atau tidak berlaku kepada anda, apabila anda sedang dilanda masalah kemudian anda menatap ayat-ayat cinta Allah dan anda merasakan seolah-olah Allah menujukan ayat itu kepada kita sesuai dengan situasi anda itu?

Aku pernah. Alhamdulillah. Aku merasakan Allah masih sayang kepadaku. Dan serta merta hati kita akan terpujuk dengan ayat-ayat cinta Allah tersebut. Sungguh romantikkan Kekasih kita?

Usai aku membaca al-Ma'thurat tadi, aku cuba menghayati makna doanya. Sekali lagi hati aku tersentuh. Cukup mendalam ku kira makna doa tersebut.

"Ya Allah, kurnikan kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut (nama)-Mu, hati yang penuh segar mensyukuri (nikmat)-Mu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada (perintah)-Mu. Ya Allah, kurniakan kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. (Ya Allah) kurniakan kami (Ad-din) cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon (Ya Allah) kecukupan yang tidak sampai terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami (Ya Allah) iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkan lembayung rahmat-Mu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Jangan (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih singkat dari itu. Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan permintaan (perkenankanlah). Selawat dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad, Nabi yang mulia, kepada keluarga baginda dan para sahabat baginda amnya."

Doa selepas ma'thurat. Sangat mendayu. Amin, ya rabbal 'alamin..

Cabaran adalah untuk ditempuh, bukan dielak!

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan namaMu Ya Allah, aku sentiasa mengharap keredaanMu..amin.

Sem 3 memang sudah bermula, tetapi apa yang kita harapkan tidak selalunya apa yang sebenarnya akan terjadi. Pastinya semua orang akan mengharapkan agar dipermudahkan segala urusan. Termasuk aku. Namun apakan daya, Allah yang menentukan segala. Orang beriman itu pasti diuji.

Hanya orang-orang yang bersabarlah disempurnakan pahalanya tanpa batas.[Az-Zumar 39:10]

Dan ayat al-Quran di atas telah menjelaskan bahawa orang-orang yang bersabarlah yang akan diberikan pahala berlipat ganda. Aku mahukan itu! Oleh itu, aku wajib bersabar sekarang.

Apa masalah aku sekarang?? Perihal group FIM yang tidak selesai lagi itulah. Masalah siapa sekarang ya? Sistem UIA yang tidak teratur atau salahnya ada pada aku? Walau siapapun, aku berharap kesudahan yang baik untuk kami semua. InsyaAllah..

Akhir kalam, segalanya aku serahkan kepada Yang Maha Esa. Ya Allah, permudahkan urusanku..amin.

p/s: tengok
langit dapat kurangkan masalah, betul ke??

Monday, March 15, 2010

Saya cemburu..

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku baru terbaca blog salah seorang rakanku. Entah kenapa, aku rasa cemburu teramat sangat. Aku merasakan dia lebih rapat dengan cinta Allah daripadaku. Aku cemburu kerana seolah-olah cinta Allah lebih bermakna baginya.

Tidak! Aku tidak ingin terus di sini. Aku ingin dekat dengan Allah. Aku ingin tetap dengan matlamatku. Syahid impianku, syuga matlamatku. Semoga semuanya tercapai. Ya, untuk itu banyak yang aku perlu perbaiki. Diriku perlu diubah. Dari yang buruk aku perlu ubah kepada yang terbaik. InsyaAllah..amin

Sem baru, azam baru!!

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Aku hidup dan aku mati keranaMu.

Sem baru dah mula. Tapi still berterabur. Kata kelas start hari ni, tapi pergi kelas tadi lecturer pun takde. Students yang datang berapa kerat je. HAHA!

Ni lagi satu problem, group FIM (Understanding Islam) tak dapat lagi. Macam-macam la problem katanya, lecturer tak ada nak ajar lah. Habis tu, takkan aku nak extend lagi satu sem just because of FIM subject yang tiga jam je?? Tak munasabah langsung!

Ok, sekarang ke tepikan dahulu perkara-perkara di atas. Aku ada azam baru untuk sem ni. Nak dapat 4 flat! InsyaAllah. Banyak perkara perlu dibaiki lagi. Cabaran makin banyak. Dah duduk katil bawah ni kena kawal diri jangan asyik nak 'hinggap' kat katil je. =P Roomate pun dah lain, so, kena sesuaikan diri. Syakirah boleh!

Dan kenapa ya, aku dapat group math 1?? *Saya tidak gembira ye kawan-kawan seperti yang anda bayangkan.* Aku baru nak lari. Dari apa? Biar Allah dan aku sahaja yang tahu. Ya Allah, istiqamahkan hatiku dalam mencari redaMu. Amin.

Ha, baru teringat lagi satu cabaran. Facebook. Syakirah, Syakirah..tolong kawal diri ya? Ingat matlamat. Jangan asyik buat kerja lagha je. Kuat Syakirah, kuat!

Sampai di sini dahulu aku nukilkan kalam. Ada tanggungjawab lain yang aku perlu ambil kira. Segalanya aku serahkan kepada yang Maha Esa. Bantu aku Ya Allah. Amin..

Friday, March 12, 2010

Nyamuk

Hurm..aku benci nyamuk yang menggigit dan menghisap darah aku nih!

Bismillahirrahmanirrahim..

Tiba-tiba aku terfikir, nyamuk kan menghisap darah. Nyamuk ni kan hisap darah ramai orang. Semua darah bukan dari type yang sama. Aku darah O, kalau nyamuk yang dah hisap darah aku, then hisap darah orang dari type A, B atau AB, tak jadi blood clotting ke??

Aku terfikir tentang itu. Maha Suci ALLAH yang mencipta segala sesuatu..

Penantian itu berakhir..

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah aku masih berpeluang untuk menghirup udaraNya pada pagi ini. Aku masih lagi dapat menikmati nikmat kurniaanNya pada hari ini. InsyaAllah..Dan pagi ini aku telah lagi diberi nikmat yang aku tunggu selama ini. Alhamdulillah.

Penantian aku untuk mengetahui result bagi semester 2, 2009/2010 berakhir pagi tadi pada jam 7.17 a.m. Setelah mencuba berkali-kali membuka portal IIUM, akhirnya aku berjaya login tanpa sebarang masalah. Berkat kuasa basmallah juga.

Berdebar-debar hati ini sementara menunggu page tersebut loading. Ucapan basmallah memang tidak lekang dari bibir. Berita gembira menjadi kesudahan bagi penantianku selama ini. Result yang tidaklah terlalu hebat tetapi sudah cukup membuatkan aku puas untuk sepanjang aku hidup di muka bumi ini. Aku berjaya mendapat dean's list! Alhamdulillah..

Ummi dan ayah dihubungi untuk memberitahu berita gembira tersebut, dan ternyata dari nada suara mereka jelas menggambarkan kepuasan dan kegembiraan. Itulah harapanku sepanjang hayatku, iaitu membuat mereka gembira sentiasa. Alhamdulillah, segala puji hanya untukMu.

Aku menunggu untuk mendapat 3.5 above sejak dari MRSM lagi. Namun tidak pernah berjaya. Dan hari ini aku mampu tersenyum puas kerana aku berjaya mencapai apa yang aku impikan. Aku ingat pesanan ayah, "kalau usaha 3.5, dapat 3.5 la. Kalau usaha 7A dapat 7A la". Kata-kata itu menjadi peransang buatku untuk terus berusaha. Bukan usaha secara biasa, tetapi usaha yang setaraf dengan 3.5 above. Aku ingat waktu dapat result SPM dahulu, kata-kata itulah yang ayah katakan kepadaku. Aku tahu, dari nada ayah ada sedikit kecewa kerana akulah anaknya yang terakhir untuk memakbulkan impiannya untuk melihat anak mendapat 10A dalam SPM, namun aku juga menghampakan harapan ummi dan ayah.

Dengan azam yang baru, aku tidak akan mengecewakan mereka lagi. InsyaAllah, aku akan kekalkan prestasi begini dan akan berusaha untuk tingkatkan lagi sehingga 4 flat berjaya diraih. Segalanya mustahil dengan izin Allah.

Ayah juga berpesan supaya selalu dekatkan diri dengan Allah. Dan Alhamdulillah, aku tidak lupa pesan ayah tersebut. Insyaallah, aku akan istiqamah begitu.

Akhir kalam, segala puji hanya bagi Tuhanku, ALLAH subhanahu wa ta'ala. Alhamdulillah kerana memberikan aku nikmat yang tidak terhingga..

Tuesday, March 9, 2010

Tawakkal

Bismillahi tawakkaltu 'alallah..

Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepadaNya..

Hmm, ramai dah tau result masing-masing. Pagi tadi cek juga kat IIUM Portal tapi harapan hanya tinggal harapan. UIA dah block result dah. Tak boleh cek dah, tunggu hari khamis nanti je jawabnya.

Jadi, apa yang aku boleh buat sekarang ialah berdoa dan bertawakkal. Usaha aku dah buat. Perlu terima apa sahaja keputusan yang ditakdirkan Allah nanti.

Ya Allah, semoga Engkau memberikan yang terbaik untukku..amin.

Wassalam..


Monday, March 8, 2010

penantian satu penyeksaan

Bismillahirrahmanirrahim..

Tetap aku mulakan dengan lafaz mulia semoga kalamku ini tidak mengikut emosi sahaja.

Penat kan menunggu?? Sekarang ni, orang lain ramai dah tahu result masing-masing untuk semester lepas. Dan aku? Tetap setia menunggu portal IIUM yang sangat 'cepat' ini ya..hmm.

Aku macam nak ambil keputusan tengok esok pagi je. Tetapi, macam tak boleh tidur pula nanti. Tengoklah macam mana nanti.

Till then, wish me luck ya! =) I hope i'll achieve my dream for this result which i hope to get 3.5 and above. InsyaAllah, dean list. Amin..

Wallahu'alam..

Penat

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan lafaz mulia, semoga kalam ini diredaiNya.

Hari ni penat sangat. Baru balik dari Perlis, lawat abangme dan juga makan angin. Tak larat nak cerita panjang-panjang malam ni. Sudahlah penat duduk lima jam dalam kereta, balik rumah ada kena sound sikit. Ahh, abaikan yang ini.

Yang pasti penat sekarang. Lain kali baru cerita tentang vacation ni.

Till then, wassalam.

Friday, March 5, 2010

Aku kembali ke situ..

Bismillahirrahmanirrahim..

Sentiasa akan aku mulakan kalam dengan lafaz mulia semoga kalamku ini diredaiNya. InsyaAllah.

Kali ini ingin aku kongsikan perjalananku ke sekolah lamaku iaitu MRSM Pasir Salak. Ya, aku kembali ke situ. Tempat yang telah mengajarkan aku untuk menjadi manusia, mengajar aku erti kehidupan, mengajar aku erti pengorbanan, mengajarkan erti tanggungjawab dan memberikan pengalaman yang telah mencorakkan zaman remajaku dan tidak mungkin akan aku lupakan itu.

Aku bertolak dari Ipoh pada pukul 2 petang kerana menunggu ummi pulang dari sekolah. Sepanjang perjalanan tidak tergambar perasaan rinduku ini. Mengimbau kembali kenangan sepanjang lima tahun aku berulang-alik melalui jalan tersebut. Pokok-pokok kelapa sawit di sepanjang jalan seakan-akan meraikan kedatanganku. Aku gembira sekali!

Setelah sejam perjalanan aku sampai ke situ. Ya, bumi Pasir Salak masih seperti dahulu. Bukit Tunggal masih gagah berdiri di situ. Ah, rindu sekali untuk mendakinya. Ummi dan ayah menyuruh aku pergi ke pejabat sendiri sementara mereka menunggu di surau. Pada mulanya aku mengajak ummi untuk meneman, tetapi ummi menolak dan aku gagahkan diri untuk menguruskan pengambilan sijil SPM aku itu sendirian.

Aku terus ke pejabat. Sebelum itu aku terlihat kelibat beberapa orang guru yang sedang sibuk lagaknya. Tidak sempat untuk aku menegur mereka. Masuk ke pejabat, berdebar-debar rasanya kerana sudah lebih setahun mungkin aku tidak masuk ke situ. Terus menanyakan perihal sijil SPM tersebut kepada kakak di kaunter dan kakak tersebut terus mengarahkan berjumpa dengan staf yang sepatutnya.

Agak kecewa sedikit apabila staf yang menguruskan sijil-sijil tersebut tidak begitu senang dengan kehadiranku kerana pada hematnya aku terlalu awal. Salahkah aku mengambil sijil SPM awal? Prosedurnya mudah, cuma tandatangan di beberapa kertas dan sijil tersebut sudah berpindah tangan. Tetapi mungkin kerana aku terlalu awal, sijil untuk GCE O level belum ditandatngani oleh pengetua. Jadi terpaksa aku menunggu sebentar.

Sementara aku menunggu, terserempaklah aku dengan beberapa orang guru di pejabat tersebut. Apa yang membuatkan aku terharu ialah mereka masih mengecam wajahku. Itulah seorang guru bukan? Anak murid sahaja yang kadang-kadang buat tidak tahu dengan guru. Nauzubillahiminzalik..Semoga aku bukan dari kalangan tersebut.

Guru yang pertama aku jumpa, aku tidak berapa mengenalinya kerana sewaktu aku di tingkatan lima guru tersebut adalah guru baru. Kemudian aku berjumpa dengan Cikgu Zurina Sukardis yang baru selesai berurusan dengan pengetua. Gembira melihat cikgu tersenyum denganku. Bersembang sebentar dengannya dan memohon doa restunya semoga ilmu yang diberi diberkati. Masih menunggu sijil aku diuruskan, Penolong Pengetua Hal Ehwal Pelajar, Cikgu Razali pula ada di situ. Seakan ya atau tidak mengenaliku namun aku tetap memaniskan muka dan memberi slam kepadanya, menyatakan tujuanku di situ setelah di tanya, perbualan ringkas sahaja.

Kini kedua-dua sijil sudah di tanganku. Sebelum aku keluar dari pejabat, aku terserempak dengan Sir Jasafdzal. Berborak dengannya, beliau adalah bekas pelajar UIA juga. Jadi banyak sedikit topik untuk ditanya. Sebelum mengakhiri perbualan doa restu diminta dan diberi. Alhamdulillah. Kemudian aku terus ke tingkat atas. Tidak tahu lagi ke jabatan yang mana dahulu hendak dituju. Pergi ke kanan dahulu, Jabatan Sains Sosial dan Jabatan Bahasa. Namun sebelum sempat membuat keputusan, Cikgu Raja, guru Add Math aku dahulu baru keluar dari biliknya. Nampak sibuk, namun aku tetap ingin menemuinya. Seperti guru lain, agak terkejut melihatku. Tanya itu dan ini. Akhir sekali, doa restu jua yang diberi. Selesai di situ, niatku ingin berjumpa dengan Ustazah Fazila. Tetapi memikirkan kemungkinan beliau tiada di jabatan, aku menelefonnya. Nasibku baik kerana beliau masih di jabatan. Terus aku ke Jabatan Sains Sosial. Berserta senyuman dan salam aku melangkah masuk ke situ. Terharu lagi aku kerana Ustazah menyambut aku dengan senang hati sekali. Pelukan dan ciuman pipi diberi. Ah, rindunya pada kebiasaan tersebut. Dahulu kalau di maktab, berlaga pipi 3 kali itu memang sudah menjadi tabiat. Kini di UIA sudah tidak selalu. Iyalah, aktiviti sosial tidak sekerap di maktab dahulu.

Bersembang macam-macam dengan Ustazah. Tidak nampak guru-guru lain, sudah pulang mungkin. Kemudian Cikgu Halijah masuk. Keadaan yang sama, aku dipeluk dan dicium pipi. Sekali lagi terharu =). Cikgu Halijah baru balik dari koperasi, jadi adalah makan ringan yang dibawa. Aku diberi air Nescafe dalam tin. Terima kasih cikgu! Ustazah banyak bercerita mengenai PUM. Rindu rasanya untuk bergiat aktif dalam PUM kembali. Ah, rindunya! Sementara bersembang dengan Cikgu Halijah dan Ustazah, ada beberapa cikgu lain yang datang singgah. Cikgu Jun aku sempat bertemu. Soalan yang biasa juga ditanya dan dijawab, serta doa restu diberi. Cikgu Raja sekali lagi aku ketemu. Panggilan dari ayah memaksa aku untuk tidak terlalu lama di situ. Aku punya masa lebih kurang 15 minit sahaja lagi. Aku memohon kebenaran untuk berjumpa dengan guru-guru lain pula dan untuk pulang selepas itu. Bersalaman dan doa restu jua diberi. Kemudian aku ke jabatan bahasa. Tidak ramai di situ, ada Cikgu Jun dan Cikgu Eriza sahaja. Aku bertemu dengan Cikgu Eriza pula. Macam-macam ditanya. Namun masa agak mencemburui, tidak lama aku bersembang. Aku menanyakan di mana guru homeroomku, Miss Shima. Cikgu Eriza memberitahu beliau di bilik seminar dan menyuruh aku pergi sahaja ke situ. Aku bersetuju sahaja dan terus menyalami kedua-dua orang guru tersebut dan memohon doa restu.

Pintu Jabatan Bahasa ditutup, aku terus menuruni tangga ke bilik seminar. Segannya hendak masuk ke dalam, ramai pelajar tingkatan lima di dalam. Aku ulang alik di luar. Nak masuk ke tak? Hmm..Telefon Miss Shima pun tidak berangkat. Aku mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Dalam perjalanan menuju ke kereta, aku terserempak dengan Cikgu Hafizah, Cikgu Zulina dan seorang cikgu yang aku tidak ingat namanya kerana beliau guru baru semasa aku di tingkatan lima. Sekali lagi soalan yang sama ditanya, mohon doa restu dan mohon untuk ke tempat lain. Sebelum aku keluar dari bangunan pentadbiran, aku terlihat Cikgu Murni baru keluar dari pejabat. Entah beliau perasan aku atau tidak aku tidak kisah, aku tetap ingin berjumpa dengannya. Gembira kerana sekurang-kurangnya beliau tahu aku pernah menjadi muridnya. Doa restu jua diminta dan diberi. Kemudian aku terus ke kereta. Aku memberitahu ummi dan ayah bahawa aku tidak sempat berjumpa dengan guru homeroomku. Lalu ayah menyuruh aku pergi juga berjumpa kerana sudah berniat begitu. Aku cuba sekali lagi ke bilik seminar. Aku cuba lagi menelefon Miss Shima. Gagal lagi dijawab. Mujurlah Cikgu Zulina lalu dan kelihatan ingin masuk ke dalam bilik seminar, lalu aku meminta pertolongannya untuk memanggil Miss Shima di dalam. Alhamdulillah, aku sempat juga bertemu dengan mamaku. Macam-macam yang ditanya, dan ada juga rancangan untuk membuat reunion. InsyaAllah mama, akan kami usahakan.

Perjalananku berakhir di situ. Agak terkilan kerana tidak sempat berjumpa dengan semua guru dan tidak sempat untuk meninjau kawasan lain di maktab. Namun aku bersyukur kerana hasrat aku untuk ke maktab sekali lagi telah tercapai. Segala puji bagiMu Ya Allah kerana memakbulkan hasratku ini. Terselit juga di hati ini perasaan bimbang andai ada guru yang terasa hati kerana aku tidak berjumpa dengan mereka. Moga-moga mereka meredai aku. Amin.

Sampai di sini dahulu aku coretkan pada kalam ini. InsyaAllah aku akan terus menulis kisah hidupku. Sehingga itu, wassalam.

Thursday, March 4, 2010

Thank YOU ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim..

Allahuma bariklana fi ma rozaktana wa kina 'azabannar..amin


Doa makan??? Kenapa ya?? =)

Post kali ini agak santai, aku tidak ingin terlalu formal seperti sebelum-sebelum ini. Mengapa aku memulakan dengan doa makan? Sebabnya ialah post ini memang berkaitan dengan makan.

Malam ini aku terasa hendak makan, tetapi kalau nak makan nasi rasanya berat sangat mungkin, hmm..Fikir punya fikir, dapat ilham nak makan spagetti. Aduh, masalahnya aku malas nak pergi masak. Nak bodek ummi suruh masak ummi sibuk pula. Duduk lagi fikir, tengok tv dulu. Hmm, datang nafsu nak makan maggi. Malangnya mana ada maggi kat rumah aku sekarang. Kelmarin pergi tesco tak nak beli maggi (lupa sebenarnya). Lagi pun maggi bukanlah makanan yang selalu ada kat dalam kabinet dapur tu.

Awal cuti hari tu dah cari dah maggi, tak jumpa pun. So conclusionnya, memang tak ada maggi kat rumah aku. Hmm, fikir lagi. Buat muka kasihan kat ummi, mengharapkan simpati. Tetapi..ummi macam tak faham je maksud tersirat aku. Tak mengapa, ikhtiar lagi. Kali ini aku menjejakkan kaki ke dapur dengan harapan ada benda menarik untuk dijamah. Dalam hati doa mana tahu terjumpa maggi ke, walaupun harapan itu tipis sangat. Tengok lagi buat kali ke berapa entah kat kabinet tempat selalu letak maggi tu. Hampa. Dah kata, tak ada maggi lah! Tak putus asa lagi ni (aku kan cekal dan tabah,,hihi), aku pergi tengok kat tempat simpan tepung (nak buat cekodok ke aku ni??). Dan dengan kuasa Allah aku jumpa maggi perasa kari kat bawah paket-paket tepung tu! Allah Maha Pengasih tau, doa aku sebentar tadi dimakbulkan. Alhamdulillah.. =)

Sekarang apa lagi yang mampu aku katakan? Allah sangat sayang kepada hamba-hambaNya. Dia tidak akan sesekali mengabaikan hambaNya yang kelaparan. Ini berkat doa juga. Allah ada berfirman:

"Berdoalah kepadaKu, nescaya aku perkenankan bagi mu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembahKu akan masuk neraka Jahanan dalam keadaan hina dina"
[Al Mukminun 40:60]

Terbukti bukan? Apa lagi bukti yang diperlukan untuk menunjukkan Allah Maha Mengasihi? Apa lagi bukti untuk menyatakan Allah Maha Penyayang? Bagiku semua telah terbukti. Aku yakin pada janji Allah.

THANK YOU ALLAH





Wednesday, March 3, 2010

Pilihan

The Road Not Taken by Robert Frost



Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.


Bismillahirrahmanirrahim..

Aku mulakan kalam dengan lafaz mulia, semoga penulisanku ini diredai olehNya, insyaAllah.

Kali ini aku ingin menulis mengenai pilihan. Semua orang pasti pernah berhadapan dengan situasi seperti sajak Robert Frost di atas. Perlu memilih salah satu antara dua, atau lebih. Ianya bukanlah sesuatu yang mudah terutamanya jika pilihan tersebut melibatkan kehidupan kita.

Apa yang kita perlu lakukan jika kita berada di dalam situasi yang memerlukan kita membuat pilihan? Hmm, setiap hari mungkin kita perlu membuat pilihan. Dari saat kita bangun tidur hinggalah kita tidur kembali. Semuanya memerlukan kita membuat pilihan. "Patut ke aku bangun pagi ni?", "patut ke aku pergi kelas hari ni?", "aku nak tengok tv ke tak ni?". Itu antara monolog hati kita setiap hari. Mungkin kita tidak pernah sedar kerana ianya hanyalah sepintas.

Apabila kita perlu membuat pilihan, fikirlah baik dan buruknya. Gunakan akal dan iman dalam menentukan keputusan. Jika diikutkan hati, pasti rugi. Paling penting mohonlah petunjuk Allah dalam segala hal, pasti tidak kecewa. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Istikharah bukan hanya dilakukan bila kita hendak memilih jodoh sahaja, hal lain pun memerlukan istikharah juga.

Panjang aku mengulas ya? Sekarang ini pun aku perlu membuat pilihan. Perlukah aku mengikut gerak hati aku ini. Aku sedang memikirkan segala akibat dan alasan. Pilihan apakah yang perlu aku buat? Biar aku dan Allah sahaja yang tahu.. =)