Demi Masa

Wednesday, October 30, 2013

"Kami beriman, tapi kami tak mahu diuji."

Bismillahirrahmanirrahim.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?  

[Al-'Ankabuut 29:2]



Mudah untuk kita melafaz dan mengakui diri kita beriman. Frasa itu terlalu mudah untuk dilafazkan di bibir. Terlalu mudah.

Tapi sejauh mana iman yang dilafaz itu memang benar-benar wujud dalam diri kita? Dalam hati kita? 

Apakah bila diuji kita akan redha dan ikhlas dengan semuanya atau kita akan mengeluh dan merungut?

Benarlah, iman itu bukan hanya di bibir, tapi di hati.

Dan ujian itu sebagai bukti sama ada kita benar-benar beriman atau tidak.

Seorang mukmin yang beriman itu redha dan ikhlas ketika diuji. Ketika dia diuji, dia sabar. Ketika dia diuji, dia terus mengharap keredhaan dan keampunan dari Allah. Ketika dia diuji, dia masih tersenyum dan bersyukur kerana Allah memilih dia untuk diuji.

Dia tidak menyalahkan takdir. Dia tidak mengeluh. Dan dia tidak pernah lelah untuk terus berdoa.

Dia yakin Allah tidak pernah menzalimi dirinya. Dia yakin Allah menimpakan sesuatu yang sesuai dengan kemampuan dirinya. Dia yakin qada' dan qadar. Dia yakin janji Allah benar.

Allahu Rabbi, jadikan aku dan keluargaku termasuk dalam hambaMu yang beriman dan terus yakin dengan hikmahMu. Kuatkan kami untuk terus melangkah menggapai redhaMu. Amin.

Semoga Ummi sihat-sihat sahaja dan cepat sembuh. Aku kadang-kadang tak sanggup melihat terlalu banyak wire di badan Ummi. 

Ya Allah, Engkau Yang Maha Menyembuhkan, Engkau Yang Maha Lembut, lindungilah ummi dengan sebaik-baik perlindunganMu, jagalah ummi dengan sebaik-baik penjagaanMu. Amin,

Hasbunallah wa nikmal wakil.
 

Tuesday, October 22, 2013

Pertemuan Satu Jam Lima Minit

Bismillahirrahmanirrahim.


credit


Petang itu hujan renyai-renyai. Beransur reda ba'da asar. Ain mendail nombor telefon Kak Aisyah, ajak bertemu. Rindu, sudah lama sejak pertemuan terakhir mereka.

"Kak Ecah free? Jom jumpa. Saya pergi mahallah Kak Ecah pon okay."

"Kejap, awak dekat mana?"

"Saya dekat centre. Tadi baru balik merayau sorang-sorang. Eheh."

"Kalau macam tu, kita makan kat HS cafe nak? Nanti akak sampai."

"Okay, saya tunggu kat cafe teruslah macam tu. Assalamu'alaikum."

Ain pilih satu meja kosong di hujung sekali. Sedang dia menunggu dia membelek buku yang baru dibeli sebentar tadi. Sesekali dia mendongak melihat gelagat orang sekeliling. Ada yang menjamah roti canai sendirian. Ada yang riuh bersembang padahal berdepan. Ada yang asyik menunggu seseorang, sepertinya juga. Ada yang langsung tak menghiraukan keadaan sekeliling.

"Assalamu'alaikum. Maaf akak lambat."

"Eh, takpe. Bukan lama sangat pun saya tunggu kat sini. Sambil-sambil tu fikir nak makan apa. Tak buat keputusan lagi ni. Susah betul! Haha. Eh, duduklah dulu, nampak termengah lagi tu."

"Apa cerita? Awak okay?"

"Eh Kak Ecah ni, kalau ye pun. Order lah dulu makan dengan minum."

"Hmm. Nak makan ape ye? Awak dah tahu nak makan ape ke belum ni?"

"Agaknyalah. Kak Ecah nak apa? Saya orderkan."

"Nasi puti dengan Tom Yam jelah. Terima kasih awak."

"Okay, no prob."

***

"Kak Ecah nak tahu? Tadi saya merayau sorang-sorang keliling UIA. Lepas tu saya beli ni."

"Ya, teruskan."

"Saya nak bagi ni kat seseorang!"

"Dia?"

"Mungkin. Nanti saya cerita. Kak Ecah sekarang okay? Macam mana? Apa dah jadi?"

"Hati akak sekarang macam rumah terbuka. Sesiapa je akak bagi masuk. Tapi kalau orang yang kita jemput tu datang, lagilah kita alu-alukan, kan?"

"Bukan dulu macam dah 'The End' ke?"

"Iyalah. Tapi..hmm sebab tu lah akak kata rumah terbuka. Kalau ada tu adalah. Awak ni cerita apa pulak?"

"Haha. Macam ni. Sekarang ni, kira macam saya akan melamar dia lah kan?"

"Tak jugak. Bergantung."

"Tak. Tak. Macam ni. Saya akan bagi ni pada dia, mungkin saya akan sertakan surat yang isinya apa yang saya hajatkan ni. Macam saya melamar dia lah kan? Dalam surat tu saya tanyalah dia dah bersedia ke belum. Kalau dah kami akan teruskan ke peringkat yang seterusnya."

"Jap. Jap. Kalau dia belum bersedia. Atau kalau jawapannya tidak untuk awak?"

"Saya akan anggap ni sekadar hadiah. Tak bermakna apa-apa."

"Okay, kalau jawapan dia ya pulak. Awak dah bersedia?"

"Hmm. Saya tak tahu bersedia maksud Kak Ecah tu macam mana. Sebab pada saya kalau nak kata bersedia betul-betul sampai bila-bila pon kita takkan bersedia. Tapi insyaAllah setelah saya fikir banyak kali, saya nekad nak bagi ni kat dia dan insyaAllah saya dah bersedia untuk ke langkah seterusnya."

"Okay kalau macam ni pulak. Dia ada perasaan yang sama dengan awak, tapi belum bersedia untuk ikat apa-apa perhubungan macam mana?"

"Saya pun takdelah tergesa-gesa sangat nak kahwin kak. Saya kena faham situasi kami masih belajar."

"Tapi kalau awak taknak kahwin lagi, kenapa awak nak luahkan perasaan awak? Kalau macam akak, akak tahu akak rapat dengan seseorang tu sebab akak nak ke arah perkahwinan terus."

"Bukan macam tu Kak Ecah. Memang saya bersedia nak kahwin, insyaAllah, tapi saya takkan paksa kalau pihak lagi satu belum bersedia. Saya sendiri ada impian. Nak sambung belajar lagi. Kalau belum kahwin, insyaAllah saya akan teruskan dulu master dan PhD, kalau dah kahwin kena mintak kebenaran suami jelah. Itu je."

"Okay, okay. Akak pon dah tak tau apa akak cakap. Tapi macam ni, katakanlah dia kata dia ada perasaan yang sama dan pada masa yang sama ada belum masanya awak dengan dia nak kahwin, apa jaminan awak dengan dia mampu jaga hati masing-masing, contohnya takkan berjumpa berdua macam tu."

"Saya bukan nak kata yakin, tapi saya tahu dia macam mana kak, dia bukan jenis macam tu."

"Awak tak boleh kata macam tu awak..syaitan ni licik. Setiap masa dia akan bisik kat korang untuk buat maksiat."

"Hmm. Dahtu macam mana Kak Ecah?"

"Jangan luahkan lagi perasaan awak tu."

"Hah? Habis, hadiah ni?"

"Bagi jelah."

"Kalau saya bagi..okay jap, memang saya tahu 'kalau dah jodoh tak ke mana' tapi still kita kena usaha, ikhtiar. Haa, kalau saya bagi tapi saya tak bagitahu daripada siapa dan kenapa, macam mana akan berlaku langkah seterusnya."

"Kalau betul-betul dia nak, dia akan cari siapa yang bagi hadiah tu."

"Tapi kak, bukan semua lelaki macam tu. Ada yang tak kisah. Macam saya pun, kadang-kadang saya tak kisah pun siapa dan kenapa seseorang tu nak bagi hadiah kat saya. Sebab I just don't care, tak nak peduli pon. Kalau dia macam tu jugak Kak Ecah, macam mana?"

"Hmm. Susah jugak ye. Tapi awak jangan luahkan dulu perasaan tu, akak taknak awak kecewa nanti."

"Ye kak, tapi saya nak buat macam mana?"

"Akak pon tak pasti. Istikharah awak macam mana?"

"Saya buat macam yang Kak Ecah ajar. Memang tak dapat petunjuk, tapi saya rasa lain. Tenang dengan perasaan tu. Saya tak pernah teringatkan dia dan langsung lagha. Tipulah kalau tak teringat langsung. Tapi bila teringat tu, ingatan tu tak membawa saya lupa Allah. Kak Ecah, saya doa kat Allah kalau rasa tu buat saya lalai dari ingat Allah, saya mohon lenyapkan terus rasa itu. Saya cuma risau, kalau-kalau hati saya menipu."

"Jangan penat istikharah awak. Akan ada jawapannya nanti."

"InsyaAllah. Jadi sekarang saya nak buat apa? Hadiah ni?"

"Istikharahlah. Akak pon tak tahu nak bagi jawapan apa."

"Allahu. Iya, terus bergantung pada Allah."

Senyap. Makanan pun sudah habis dijamah. Azan maghrib kemudian berkumandang.

"Eh, dah maghrib, jom lah. Akak nak balik mahallah, awak?"

"Saya nak pergi masjid dulu kot. Sampai bilik nanti lambat pulak."

"Okay, hati-hati tau. Jangan penat berdoa kat Allah."
 
"InsyaAllah kak. Kak Ecah pon hati-hati. Assalamu'alaikum."

"Wa'alaikumussalam."

Sambil berjalan ke masjid, Ain melihat beberapa pasangan yang masih menjamu selera.

"apa jaminan awak dengan dia mampu jaga hati masing-masing, contohnya takkan berjumpa berdua macam tu."

Terngiang-ngiang persoalan Kak Aisyah tadi. Iya, aku tiada jaminan. Cuma berbekal iman yang kadang-kadang kalah pada godaan syaitan.

Ain terus melangkah, langkahnya kini hanya mengharap redha Allah.

Friday, October 4, 2013

Qada' dan Qadar

Bismillahirrahmanirrahim.

Kata orang tua-tua, "takkan lari gunung dikejar", "kalau dah jodoh tak ke mana".

Betullah tu. Allah dah tetapkan empat perkara sejak kita di alam roh, rezeki kita, ajal kita, bahagia atau derita kita. Kalau itu yang tertulis, maka itulah yang akan terjadi. Yakinlah.

Tapi kita sebagai manusia, kadang-kadang suka untuk menulis jalan cerita kita sendiri. Kononnya kitalah yang paling layak menentukan gelap dan cerahnya masa depan kita. Kita sering lupa pada Dia, Yang Maha Menentukan segala.

Qada' dan qadar, itu kata kuncinya. Kita cuma perlu beriman dan yakin. Bukan sekadar di bibir, tapi di hati.

Allah tak pernah menzalimi hambaNya. Setiap yang terjadi ada hikmahnya. Setiap musibah pasti berlaku atas kesalahan tangan kita sendiri. Kalau tidak pun, ianya sebagai ujian untuk mengetahui tahap keimanan kita.

Kitakah yang menentuka semua ini? Tidak.

Ada Yang Di Atas sana memerhati dan merencanakan segalanya buat kita.

Kita perlu redha dan percaya bahawa Dia tak pernah mengizinkan sesuatu terjadi dengan sia-sia. Pasti ada hikmah dan alasan.

Jadi saya tak perlu risau adakah awak yang Allah takdirkan untuk saya. Saya dah berdoa dan beristikharah dengan rasa hati ini. Jika jodoh itu tertulis untuk kita, biar apa pun yang terjadi, kita pasti bersatu. Bayu kini jadi perantara kita. Salam dan doa yang saya titipkan terbang bersamanya kepada awak. Cinta itu kita yang rasa, biar terpendam asal tidak ia hilang.

Dalam sujud, ku doakan untukmu, kerana rasa ini Allah yang lebih tahu.