Demi Masa

Sunday, January 29, 2012

Buangkan yang keruh

Bismillahirrahmanirrahim.


Satu malam ketika kuliah maghrib.

"Kalau kita pegang amanah jadi imam, jadi bilal, sepatutnyalah kita jaga nama baik, jaga maruah kita. Ini tidak, rukuk-rukuk melayang kertas nombor ekor. Astagfirullah."


Isi kuliah itu panjang lagi. Cuma mahu diringkaskan.


Usai zohor esoknya, "Ustaz! Ustaz!"

"Ye saya?"
"Ustaz, saya betul-betul terasa malam tadi. Saya malu sangat."
"Eh, saya tak tuju kat siapa-siapa pun. Saya cakap umum."
"Tapi ustaz, saya rasa bersalah sangat ni. Saya nak letak jawatan sebagai bilal."

"Ya Allah, apa nak letak jawatan pula? Tinggalkan judi semua tu. Buangkan perangai buruk. Itu lebih baik. Bukan dengan letak jawatan dan terus lakukan kejahatan. Yang lebih manis ialah dengan amanah yang dipikul mengubah kita dari yang buruk kepada yang lebih baik. Allahu'alam."


Kejadian di atas benar-benar berlaku. Ada yang ceritakan padaku, bukan niat mengumpat, cuma niat memberi peringatan. Kemudian aku sampaikan pula pada kalian. Maaf, tentu sahaja dialog asal berbeza tapi insyaAllah maksudnya serupa. Allahu'alam bissawab.

Satu point jelas di sini, ketika amanah yang dipegang dipandang ringan, bukan amanah itu yang ditinggalkan tetapi perbetulkan yang silap. Amanah diberi tentu bersama kepercayaan orang. Jadikan amanah itu sebagai penyebab pembaikan diri. InsyaAllah. Allahuakbar!

Saturday, January 28, 2012

Andaikan Telinga Masuk Air

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah masih berpeluang menghirup udaraNya. Segala puji dan puja buatMu Ya Rabbi. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Aku tetap mengharap redha Ilahi sentiasa mengiringi hembusan nafas ini.

Tentu sahaja kalian pernah telinga dimasuki air bukan? Jadi bagaimana kalian lakukan untuk mengatasi masalah ini. Adakah menggoncang-goncang kepala kemudian mengharap daya graviti akan mengeluarkan air dari telinga anda? Atau mengambil putik kapas dengan harapan kapas tersebut akan menyerap air?

Aku pernah mencuba kedua-dua cara tersebut juga cara lain yang mana tidak menunjukkan kesan pun. Cuma satu cara yang insyaAllah berkesan, masukkan air lagi ke dalam telinga yang telah sedia dimasuki air itu. Kemudian dengan daya graviti insyaAllah air itu akan keluar semuanya.

Begitulah, mahu dikeluarkan air, perlu masukkan air.

Mengapa aku ceritakan petua-petua ini semua? Sebenarnya ini cuma analogi. Aku terfikir perkara ini beberapa hari sudah selepas telinga aku dimasuki air. Kemudian aku kaitkan situasi itu dengan tugas dakwah.

Pernah terfikir bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu masalah ummah? Adakah dengan memaksa masalah itu selesai atau dengan hidup dalam masalah itu dan selesaikan bersama?

Mungkin boleh kita yang tidak bersama dengan masalah itu boleh berjaya menyelesaikan masalah. Tetapi peratusnya ternyata sedikit berbanding kita yang merasai setiap masalah itu.

Satu contoh yang aku terfikir saat ini. Misalan, ada satu golongan yang tegar dengan hiburan. Hinggakan kadang-kadang atau selalunya perintah Tuhan diabaikan.

Situasi pertama datang seorang dae'i yang menghentam golongan ini. Dikatakan fasik kepada mereka. Dikatakan neraka untuk mereka. Common sense, mahukah golongan tersebut insaf dengan kata-kata dae'i itu? Tentulah tidak. Batu dibaling batu, bunyi lantunannya kuat. Malah batu menjadi terlempar jauh.

Situasi kedua datang seorang dae'i yang cuba mendekati golongan ini dengan bertukar minat yang sama cuma saluran mereka berbeza. Kedua-duanya jadikan hiburan sebagai minat. Golongan yang sukakan hiburan ini tetap boleh meminati hiburan mereka cuma Sang Dae'i mengubah pendekatan hiburan mereka sedikit demi sedikit untuk mendekati Allah. Tidak memaksa tetapi mengajak bersama. Memang, akan ada yang katakan cara yang lembut untuk hati yang keras takkan berjaya. Tetapi tahukah anda, air juga mampu melekukkan batu di gua?

Maka jadilah seperti air. Nampak lembut pada zahirnya tetapi cukup kuat sifatnya. Seperti air yang dimasukkan ke dalam telinga tadi, adakah ia menjadi kekal di dalam telinga lalu menambahkan masalah? Tidak bukan? Bukan sahaja ia tidak terpengaruh dengan air yang sedia tersumbat di telinga malah menyembuhkan pula masalah. Subhanallah, ajaib sungguh ciptaan Allah.

Walau apapun, usaha tanpa tawakal pada Allah, tetap dianggap kosong. Jika berjaya sekalipun, tentu tidak kekal. Jauhkan takbur, usaha kita sebagus mana pun, tetap juga Allah yang mengurniakan kejayaan itu.

Aku masih bertatih dalam dakwah, dan aku mohon istiqamah dalam perjuangan ini. Amin.


Sunday, January 15, 2012

Payung Emas

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku mulakan dengan menyebut asma' Allah. Segala puji dan puja hanya layak bagiNya. Mendamba redha Ilahi di setiap hembusan nafasku. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas dalam iman dan Islam.

Nur Syakirah Talha.. kamu lagi la favourite ustazah, rasa nak bagi borang utk isi jadi madu.. ha ha ha

Tepuk dahi aku baca komen balas dari Ustazah Suriyani sebentar tadi. Kelakar. Terus ingatan mengimbau kembali memori di tingkatan lima dahulu.

Waktu itu kelas Pendidikan Islam, belajar tajuk perkahwinan. Tajuk ini, semua mata segar-segar belaka. Semua bersemangat. Tambah pula pelajar lelaki, ketika tajuk poligami. Ustazah mulakan kelas dengan soalan, "Siapa pelajar perempuan yang mahu berpoligami?". Ada beberapa rakanku yang angkat tangan. Dalam dua atau tiga orang. Tentu sekali aku tidak termasuk dalam golongan itu.

"Kenapa awak sanggup poligami?"

"Saya tak kisah, asal saya jadi isteri pertama dan semua duit dapat kat saya."

Senget! Ini jawapan salah seorang kawan baikku. Ketika itu hati dia memang tiada langsung untuk bercinta-cinta bagai ini. Sekarang tidak pasti. Namun aku yakin, ini bukan maksud sebenar hatinya.

Ustazah ajar dan terus ajar, sampaikan ilmu tanpa lelah. Cuba mengubah persepsi kami yang perempuan terhadap isu poligami. Ustazah kata dia sanggup berpoligami, malah dia sanggup mencarikan calon untuk suaminya. Timbul rasa kagum di hatiku terhadap kerelaan ustazah.

Akhir pembelajaran ustazah ulang semula soalan pada awal kelas tadi, "Sekarang, siapa yang sanggup berpoligami?"

Lebih separuh pelajar perempuan dalam kelasku angkat tangan, namun tetap bukan aku. Ustazah tanya mengapa, dan aku tersenyum dan teragak-agak menjawab, "Saya tak sanggup berkongsi."

Habis kelas, ketika waktu rehat aku ke Jabatan Sains Sosial, mahu berjumpa dengan ustazah untuk submit assignment (sudah terlepas due date sebenarnya). Belum sempat membuka mulut sebab ustazah sangat garang, takut kena marah sebab lewat hantar kerja, ustazah utarakan satu soalan untuk aku, "Hah Syakirah, nanti isi borang jadi madu saya ye?"

Terkedu aku. Sudahlah aku tengah cuak, bimbang kena marah sebab lewat hantar kerja. Tiba-tiba diutarakan soalan berupa tawaran itu. Aku anggap main-main sahajalah. Tidak dianggap serius pun.

Kemudian, mahu dijadikan cerita. Ada satu waktu ketika cuti habis SPM tak silap, aku ada membaca sebuah buku, biarlah aku rahsiakan tajuk buku tersebut. Buku itu telah mengubah 180 darjah pendirianku terhadap poligami. Malah bukan buku itu satu sahaja, macam kebetulan pula banyak-banyak buku yang aku baca ada kaitan dengan poligami.

Jadi, pendirianku sekarang, poligami itu bukanlah satu masalah bagi wanita. Cuma cara suami menguruskan poligami yang selalunya membuatkan hati wanita parah.

Poligami sebenarnya boleh menyelamatkan ramai wanita. Dunia akhir zaman, wanita lebih ramai dari lelaki. Mungkin dengan cara berpoligami, seorang wanita dapat membela nasib seorang wanita yang lain.

Perkahwinan bukan berkaitan kasih sayang sahaja. Ia juga berkait dengan tanggungjawab dan saling membantu.

Mungkin lelaki-lelaki apabila membaca ulasan ini, hati mereka akan gembira. Jangan terlampau mudah gembira, akhi. Poligami pada zahirnya mungkin nampak indah bagi anda, tetapi hakikatnya anda menanggung dosa lebih dari seorang wanita yang menjadi isteri-isteri anda. Makin berat tanggungjawab anda. Dan lebih mudah pula kaki anda menuju ke neraka. Na'uzubillah.

Bagi wanita pula, mungkin akan mengatakan bahawa aku hanya mudah berkata-kata kerana aku berumahtangga pun belum. Memang, jujurnya aku belum tahu bagaimana kehidupan berumahtangga itu. Tetapi aku tahu bagaimana perasaan seorang wanita.

Biar betapa redha dan rela seseorang wanita mengatakan dia sanggup dimadukan, tapi jauh di sudut hati, hatinya memedih. Tidak ada seorang wanita pun yang sepenuh hati sanggup berkongsi cinta suaminya dengan wanita lain. Mungkin si suami hanya nampak senyumannya, tetapi di belakang suami, mungkin tangisannya tidak tertahan.

Sedangkan isteri-isteri nabi sendiri timbul perasaan cemburu sesama mereka. Inikan pula kami, wanita-wanita yang jauh untuk menyamai taraf seperti isteri-isteri baginda.

Mengenai payung emas pula, ada yang mengatakan isteri yang merelakan suaminya berpoligami akan mendapat payung emas di syurga kelak. Dan apa yang aku baca pula, itu semua tidak benar kerana tidak ada hadis atau apa-apa yang menyatakan hal ini. Allahu'alam.

Correct me if I'm wrong.

Iya, memang aku akan redha andai suami aku nanti mahu bernikah lagi, tetapi seperti ustazah juga, aku punya syarat untuk bakal isterinya. Syaratnya apa? Biarlah terus tersimpan di hatiku ini.

Saturday, January 14, 2012

Be A Man

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, masih bernafas dalam iman dan Islam. Segala puji bagi Allah. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Alhamdulillah, selesai lima papers. Tapi aku masih di UIA, ada urusan yang belum selesai.

*Senyum :)

Mahu bicara pasal apa ya? Hmm.

Cinta itu fitrah. Allah berikan rasa ini untuk setiap hambaNya. Cara kita mentadbir cinta itu yang berbeza. Cara kita mentafsir juga berbeza.

Ada yang mentafsir cinta itu sebagai kasih sa
yang. Ada yang mentafsir cinta ialah rasa ingin disayangi dan menyayangi. Ada juga yang mentafsirkannya sebagai perkahwinan. Bagi aku cinta itu adalah pengorbanan.

Aku pernah terangkan sebabnya di post sebelum ini. Beberapa ketika dulu.

Kalimah cinta itu belum tegar aku berikan kepada mana-mana lelaki sebelum suamiku. Tipulah tidak pernah ada rasa suka kepada sesiapa. Namun rasa itu tidak pernah sampai ke tahap yang mampu ke
kalimah keramat itu.

Rasa itu cuma rasa. Mungkin sahaja nafsu. Rasa tersuka, rasa terkagum, rasa terminat dan sebagainya.

Tanya sahaja kepada mana-mana kawan-kawanku di sekolah dahulu, siapa yang aku suka. Rasanya semua tahu. Hampir semua. Sejak tingkatan dua aku 'tersuka' peribadi itu. Dan aku pernah berjanji untuk menunggunya.

Namun, aku melepaskan janji itu. Kerana aku tidak mahu menentu sendiri takdirku. Biarlah aku sandarkan semuanya kepada I
lahi.

Ah, bukan niatku di sini mahu ceritakan kisah peribadiku kepada semua.

Bagaimana untuk melupakan seseorang itu? Teringat Ustazah Suriyani, kita takkan dapat pernah melupakan seseorang dengan berkata, "Aku mahu lupakan dia." Hal ini kerana semasa kita mengatakan itu pun, secara tidak langsung telah mengingatinya.

Awal-awal dahulu, tidak pernah lepas di setiap sujudku memohon agar dijauhkan perasaan itu dari aku. Siap aku sebut nama 'peribadi' itu di dalam doa. Aku tidak sanggup menduakan cinta Allah. Namun gagal. Doaku, andai dia adalah jodoh buatku, dekatkan aku dengannya. Andai dia bukan jodohku, jauhkan perasaan itu dariku dan redhakan aku dengan setiap ketentuan Ilahi.

Sejak tingkatan dua jugalah doa ini mengiringi usai wiridku. Tetapi, sungguh, susah untuk melupakan seseorang. Tambah pula kita memaksa diri untuk melupakan.

Aku cuba cara lain, yang sungguh, memang salah. Aku cuba melupakan 'peribadi' itu dengan cuba menipu diri sendiri kononya aku menyukai orang lain. Berkesanlah sekejap, tetapi lebih sakit dari sebelumnya. Rasa lebih menjauh pula dari Allah. Na'uzubillah.

Kemudian aku temui jawapan untuk semua itu. Cintailah Allah. Aku berusaha menggapai cinta Allah itu. Semakin aku bermujahadah, semakin manis rasanya. Ketenangan yang tak pernah aku temui sebelum ini memenuhi segenap hati.

Subhanallah.

Jadi, bagaimana rasa hati pada 'peribadi' itu?

Memang tidak hilang semudah itu. Tetapi
sekurang-kurang aku boleh mengalihkan ingatan aku kepadanya dengan mengingati cinta dan nikmat Allah kepadaku.

Benarlah, Allah tidak pernah menjauh dari kita. Biar beribu batu kita menjauh dariNya, Dia tetap tidak pernah membiarkan kita sendiri. Subhanallah. Kenapalah aku kurang menyedari hal ini sejak awal dahulu?

"Iya, kalau jodoh aku dengan dia, alhamdulillah. Tapi kalau tak, cukuplah aku berdoa dia mendapat pasangan yang solehah yang sama-sama dia hingga ke syurga."

Luahan aku kepada Nura, malam ketika aku menceritakan semuanya.

Sekarang aku meletakkan sepenuhnya urusan jodohku kepada Allah. Aku redha andai sudah tertulis tiada 'si dia' untukku di dunia ini kerana aku yakin Dia memberikan yang lebih baik di syurga kelak. Amin. InsyaAllah.

Dan sejak dulu lagi aku berharap, jika ses
eorang itu sudah bersedia mengambil aku sebagai isterinya, bukan aku orang yang pertama tahu. Biarlah Ayah orang yang menentukan jawapannya. Dan juga, aku berharap aku tidak pernah 'mengenali' lelaki tersebut.




Cinta itu fitrah, andai tersilap langkah mampu menjadi fitnah. Na'uzubillahimin zalik.



Sunday, January 8, 2012

Penawar

Bismillahirrahmanirrahim.

"Ummi, susah.."

"Susah? Jangan fikir susah. Belajar dengan kawan. Dekat diri dengan Allah. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah ye. Apa exam yang tinggal lagi?"

"Thermo dengan organic."

"Ummi nak tolong pon tak tahu. Thermometer, thermo flask Ummi tahu la. Mana tahu Ummi sebut ni ade kaitan ke?"

"Hmm, ntah."

"Dhuha selalu buat tak? Ummi sentiasa doa, setiap saat. Jangan belajar terus-terus straight dua jam. Kejap-kejap rileks. Selalu doa, dekat diri dengan Allah."

Penawar bagi kegundahan sekarang. Tak cakap pun, Ummi sendiri tanya sebab Ummi detect suara aku macam orang susah hati. Doa Ummi yang selalu mengiringi aku, sebab itu aku takkan mengalah.

Doa seorang ibu tiada hijab antara Allah, bukan?

Subhanallah.


*air mata terus mengalir..

Friday, January 6, 2012

Khutbah

Bismillahirrahmanirrahim.

"Sama ada berkata yang baik, atau diam."

"Tiga perkara yang membawa manusia ke syurga; iman, amal dan taqwanya. Dua perkara yang mengheret ke neraka; mulut dan kemaluan."



"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim."
[Al-Hujurat 49:11]


Baru terbaca ayat ini sebelum itu. Kebetulan waktu khutbah tadi, ayat yang sama dibacakan. Subhanallah. Semoga aku lebih hayati dan fahami. InsyaAllah.

Sampaikanlah walau satu ayat bukan? Semoga manfaat. Sila betulkan mana-mana andai ada yang tersilap. Maklumlah, tadi tak sempat salin di kertas, hanya berharap pada kekuatan ingatan sahaja.

Allahu'alam bissawab.

A night worth.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, masih bernafas dalam iman dan Islam. Segala puji dan puja hanya bagiMu. Semoga redhaMu sentiasa mengiringi hembusan nafasku. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Call Ummi, "Ummi, Ayah ada kenal tak mana-mana ustaz muda yang tak kawen lagi? Pinang untuk Ala."

Pangggg!! Aku mimpi rupanya. Heh~

Malam semalam spent time dengan Nura. Study sama-sama, walaupun subjek yang distudy tu berlainan. Aku cakaplah nak bagitahu Ummi macam ayat di atas. Dia gelak-gelak. Entah kenapalah, dari petang semalam terfikir ayat ni. Kes merepek konon dah banyak study lah tu.

Sedar atau tidar sedar sebenarnya aku sangat bersyukur dikurniakan sahabat seperti Nura. Benar, perangai kami tidak sama. Tetapi kami saling memahami, dan selalunya sehati sejiwa. Subhanallah.

Dalam perjalanan balik ke mahallah, Nura bagitahu, "Somehow, aku rasa bersyukur Allah kenalkan aku dengan dia. Disebabkan hal ini aku lebih muhasabah diri, lebih dekat dengan Allah. And kalau boleh aku dah tak nak sebut pasal dia."

"Alhamdulillah. Itulah kan? Ada hikmah kenapa Allah buat semua ni. Kita tak sangka-sangka."

Sungguh. Hikmah yang Allah mahu berikan pada hambaNya, kita tak pernah sangka-sangka. Pelbagai cara Dia boleh lakukan. Dengan ujian yang kita rasa tak mampu itu, rupa-rupanya Allah mahu kita lebih rapat denganNya. Subhanallah.

Kami berdua pernah menghadapi masalah yang sama, pada masa yang sama. Dan alhamdulillah sekarang kami berdua sedang berusaha untuk mengejar cinta Allah, yang mungkin sebelum ini kami menjauh dariNya. Astagfirullah.

"Nak tahu apa yang aku rasa pada kenyataan 'treating everyone as his possible jodoh' hari tu?"

"Apa?"

"Ini pendapat akulah. Aku terfikir, macam mana dia treat someone as his possible jodoh? Dengan cara dia kerap bermesej begitu? Know what, everyone pon has their own bakal suami. Dan bakal suami diorang yang ada hak ke atas diorang. Tak patutlah dia buat macam tu sebab dia seolah-olah mencabuli hak bakal suami. Mungkinlah, salah seorang itu adalah his jodoh, yet dia tak pasti lagi kan?"

Apa yang aku tahu, kalau seseorang lelaki itu nak treat some girl as his possible jodoh, dia perlu menghormati hak muslimah itu. Hormat yang aku maksudkan dengan menghormati maruah seseorang muslimah. Lelaki itu tidak akan tegar untuk membuatkan seseorang wanita jauh dari penciptanya. Lelaki itu tak sepatutnya melalaikan wanita dengan bermesej-mesej dengannya. Lelaki itu sebagai pelindung. Pada aku, wanita yang dihormati ialah apabila lelaki tidak sanggup melihat matanya kerana bimbang pada panahan syaitan, lelaki tidak sanggup mendengar suaranya kerana khuatir pada bisikan syaitan.

Sungguh, aku rasa hak aku sebagai seorang muslimah tidak dihormati. Mungkin dek kerana sikapku sendiri. Kerana itu aku sedang muhasabah diri sendiri, perbaiki apa yang kurang. Dekatkan kembali diri dengan Allah yang selama ini aku sendiri yang menjauh.

Allah, aku perlukanMu selalu..


Thanks Nura for last night. It's a night to worth for. Alhamdulillah :)

p/s: anda mungkin baca post ini. dan anda tentu tahu siapa diri anda. maaf, bukan tujuan saya mahu menghentam anda. saya tahu anda seorang lelaki yang baik, cuma ada beberapa cara anda yang mungkin tersilap. tujuan saya hanyalah untuk menasihati, itupun jika anda mahu menerima teguran saya di atas. saya tetap menganggap anda sebagai saudara sesama Islam. dan saya berharap saya dapat membantu saudara saya untuk menjadi lebih baik. anggaplah post di atas sebagai salah satu cara saya untuk menyampaikan apa yang tak mampu saya sampaikan sebelum ini. anda banyak membantu saya untuk perbaiki diri sebenarnya. dan saya tak pernah nak letakkan kesalahan pada anda. hikmah Allah ada dimana-mana bukan? apa yang berlaku juga sebahagian dari hikmah Allah yang saya perlu ambil iktibar darinya. sebagai saudara, doa saya mengiringi anda, semoga anda bertemu jodoh yang terbaik yang sama-sama menemani anda hingga ke syurga. amin. :)

Thursday, January 5, 2012

Priority Confusion

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, masih mampu bernafas hingga ke saat ini. Alhamdulillah masih kekal dalam nikmat iman dan Islam. Syukur.

Paper seterusnya, Rabu hadapan, kemudian Jumaat. Jarak masa agak banyak tetapi dua-dua paper itu sangat mencabar, Thermodynamics dan Organic Chemistry. Alhamdulillah, Allah beri masa yang banyak untuk aku revise dua-dua subjek tersebut.

Sambil-sambil study, ambil tahu perkembangan semasa. Isu yang hangat di Malaysia sekarang tentulah berkaitan Amalina. Aku tahu agak terlewat juga.

Tadi ikuti penjelasan Amalina mengenai isu ini. Entahlah, menurut sudut pandang aku dia memang seorang yang berjaya. Berjaya dengan ilmu dunianya, tetapi akhirat dia agak terlupa. Kasihan jika mahu disalahkan ibunya, tetapi dia sendiri yang mengakui ibunya yang membelikan pakaian begitu untuknya.

Sedih, seorang ibu sanggup membiarkan anaknya menjadi bahan bakar di neraka kelak. Ibunya sopan bertudung. Tetapi, maaf jika dianggap kasar ayatku ini, padaku beliau tidak sayangkan anaknya. Sedih.

Kata Amalina, dia memang tidak bertudung sejak dahulu. Pakai tudung hanya ke sekolah sebab wajib. Ke majlis-majlis tertentu sebagai menghormati majlis. Katanya juga, "apabila raya atau bulan Ramadhan saya pakailah baju kurung semua."

Dia pakai tudung ke sekolah sebab wajib. Mungkin dia terlupa menutup aurat dalam Islam itu wajib. Tidak punya alasan untuk mendedahkan auratnya. Jika peraturan sekolah boleh diikut, mengapa tidak peraturan Allah? Dia berpakaian sopan ke majlis-majlis tertentu sebagai menghormati majlis. Mungkin sekali lagi dia terlupa dia sedang berpijak di bumi Allah. Tidakkah dia juga mahu menghormati bumi Allah ini? Lalu dia sewenangnya berpakaian sebegitu?

Atau ada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan dan Syawal sahaja perlu dihormati, berpakaian tutup-tutup semua?

Jujurnya, aku sedih. Sebab dia saudari muslimahku.

Atau Amalina mungkin terlupa bahawa ajal tidak pernah mengenal usia. Mungkin juga Allah mengambil nyawa di saat belum sempat menutup auratnya.

Dan mungkin juga Allah mengambil nyawaku dahulu, sedang aku hanya mampu membenci dengan hati. Iya, selemah-lemah iman.

Semoga aku sentiasa meletakkan Allah sebagai my first priority. Amin.

Sunday, January 1, 2012

Syukur

Bismillahirrahmanirrahim.

Mungkin aku baru tersedar hakikat ini, saat kita sudah kenyang, masih ada yang menahan keroncong perut dek kelaparan.

Saat kita sedang enak tidur beralaskan tilam empuk, masih ada yang kesejukan dibalut angin malam.

Saat duit bukan satu masalah bagi kita, ada yang mengais untuk sesuap nasi pun susah.

Syukur dan rasa cukup dengan apa yang ada, itu yang perlu aku tanam selalu dalam jiwa.

Aneh bukan manusia? Diberi nikmat, dibalas alpa.

Ya, aku baru tersentak tengah hari tadi. Koreksi diri dan cuba menambah rasa syukur pada ilahi yang tak pernah cukup selama ini.

Mari, kita tambah rasa syukur pada Allah atas setiap dan segala sesuatu.


Alhamdulillah..