Demi Masa

Sunday, January 29, 2012

Buangkan yang keruh

Bismillahirrahmanirrahim.


Satu malam ketika kuliah maghrib.

"Kalau kita pegang amanah jadi imam, jadi bilal, sepatutnyalah kita jaga nama baik, jaga maruah kita. Ini tidak, rukuk-rukuk melayang kertas nombor ekor. Astagfirullah."


Isi kuliah itu panjang lagi. Cuma mahu diringkaskan.


Usai zohor esoknya, "Ustaz! Ustaz!"

"Ye saya?"
"Ustaz, saya betul-betul terasa malam tadi. Saya malu sangat."
"Eh, saya tak tuju kat siapa-siapa pun. Saya cakap umum."
"Tapi ustaz, saya rasa bersalah sangat ni. Saya nak letak jawatan sebagai bilal."

"Ya Allah, apa nak letak jawatan pula? Tinggalkan judi semua tu. Buangkan perangai buruk. Itu lebih baik. Bukan dengan letak jawatan dan terus lakukan kejahatan. Yang lebih manis ialah dengan amanah yang dipikul mengubah kita dari yang buruk kepada yang lebih baik. Allahu'alam."


Kejadian di atas benar-benar berlaku. Ada yang ceritakan padaku, bukan niat mengumpat, cuma niat memberi peringatan. Kemudian aku sampaikan pula pada kalian. Maaf, tentu sahaja dialog asal berbeza tapi insyaAllah maksudnya serupa. Allahu'alam bissawab.

Satu point jelas di sini, ketika amanah yang dipegang dipandang ringan, bukan amanah itu yang ditinggalkan tetapi perbetulkan yang silap. Amanah diberi tentu bersama kepercayaan orang. Jadikan amanah itu sebagai penyebab pembaikan diri. InsyaAllah. Allahuakbar!

No comments: