Demi Masa

Friday, July 30, 2010

Allah Maha Berkuasa

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, saat ini aku masih bernyawa. Esok belum tentu. Aku mengharap redha Allah di setiap hembusan nafasku.

Ya Allah, aku memohon perlindunganMu dari segala kejahatan makhluk-makhlukMu. Amin.

Baru sebentar, roomateku pulang dari menjamu selera di cafe dengan membawa cerita yang agak mengejutkan. Ya Allah, aku tahu semua itu makhlukMu, namun perasaan takut ini tidak mampu aku dustai. Aku hanya mampu berdoa agar Engkau melindungiku.

Ya Allah, kuatkan semangatku untuk ber'dating' denganMu pada esok pagi. Semoga cerita yang baru ku dengar itu tidak mematahkan semangatku. Ya Allah, kekuatan itu adalah milikMu. Berilah aku sedikit kekuatan itu agar aku terus istiqamah dengan perjuangan ini. Perlindungan itu adalah milikMu jua, aku berharap agar Engkau melindungiku dari sebarang kejahatan. Amin.

Aku wajib percaya bahawa Allah itu sentiasa melindungi hamba-hambaNya yang mengharap perlindunganNya.

Jangan takut mujahidah. Yakin, Allah itu ada! InsyaAllah!

Zikrulmaut

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku mulakan dengan menyebut nama Tuhanku, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aku panjatkan kesyukuran kerana masih berpeluang untuk menghirup udara milikNya. Semoga aku terus amanah memegang tanggungjawab sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Semoga redha Allah sentiasa menemaniku. Amin. InsyaAllah.

Beberapa hari kebelakangan ini, semakin banyak aku terfikir tentang mati. Ya, memang kita perlu mengingati mati setiap masa. Cuma, kali ini aku semakin merasakan kematian itu semakin hari semakin dekat denganku. Bukan aku meminta untuk mati, tetapi andai sudah tiba waktuku, aku mohon agar aku sudah bersedia dengan bekalan untuk ke akhirat sana. InsyaAllah.

Melihat-lihat diri ini terasa hina sungguh untuk berhadapan dengan Ilahi. Tidak layak untuk aku menagih cintaNya dan syurgaNya, namun aku juga tidak sanggup untuk menghadapi azab neraka yang maha pedih itu.

Sungguh, aku amat takut untuk menghadapi mati dengan keadaanku begini. Selalu juga dengan tiba-tiba memori ini teringat semula dosa-dosa lepas. Kemudian aku berfikir bagaimana pula 'video' amalan yang bakal ditunjukkan kepadaku nanti? Ya Allah, aku amat berharap rahmatMu.

Terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan. Andai ditimbang, tentu tidak setara dengan amalan kebajikanku. Ya Allah, aku memohon ampunkan segala dosaku. Amin.

Aku berfikir-fikir lagi, entah bagaimana keadaan aku saat malaikat maut hendak mencabut nyawaku nanti. Aku amat takut andai nyawaku dicabut ketika aku sedang leka membuat maksiat kepada Allah. Ya Allah, andai Engkau hendak mengambil nyawaku, ambillah ketika aku sedang khusyuk beribadat kepadaMu, janganlah ketika aku sedang lalai dari mengingatiMu. Amin.

Jujur, diri ini amat lemah. Selalu tertewas kepada nafsu. Selalu tergoda dengan hasutan syaitan. Juga selalu tertipu dengan nikmat dunia. Kerana yang selalu itulah, diri ini mengharap sifatMu Yang Maha Pengampun Ya Allah, supaya diampunkan segala kekhilafan diri ini. Amin.

Teringat aku kepada orang di sekelilingku. Entah sudah berapa banyak hati yang telah aku lukai. Entah berapa banyak perasaan pula yang telah aku guris. Semua dek kerana kelemahan diri ini.

Ummi dan Ayah, redhakah kalian denganku? Redhakah aku menjadi anak kalian? Berjayakah aku menjadi penyejuk mata dan penawar hati kalian, sedangkan aku selalu mengguris hati kalian?

Ummi, Ayah.. Ala mohon keredhaan ummi dan ayah dalam kehidupan ini. Hanya dengan redha ummi dan ayahlah, Ala mendapat redha Allah. Ala mencuba yang terbaik untuk menjadi anak yang solehah, namun dek kerana diri yang serba kekurangan ini, Ala selalu mengguris hati ummi dan ayah. Ummi, Ayah..Maafkan Ala, dan redhailah sepanjang kehidupan Ala di muka bumi Allah ini. Doakan yang terbaik untuk Ala.

Abang, Akak, Abangme.. Ala juga mencuba untuk menjadi adik yang terbaik buat kalian. Ala cuba untuk menghormati kalian seperlunya. Namun kerana keegoan dan kelemahan diri, Ala selalu gagal menunjukkan perasaan kasih dan sayang Ala kepada kalian. Sungguh, Ala tidak berpura-pura, Ala amat kasih dan cinta kepada kalian, lillahi ta'ala. Tanpa kalian, tentu hidup Ala tidak seceria ini. Terima kasih Abang, Akak, Abangme. Redhai hidup Ala bersama kalian.

Sahabat, aku tidak pernah jemu bersama kalian. Kalianlah penghibur di kala aku kesedihan. Kalian jugalah pencucuk semangat apabila aku terasa jatuh. Kalian selalu mengingatkan aku kepada cinta Allah. Kerana dengan cinta Allah sahajalah, aku dapat merasai cinta kalian. Maaf ku mohon kerana diri yang lemah ini gagal menjadi sahabat yang baik untuk kalian. Maaf juga kerana aku terkadang terlupa untuk mengucapkan cintaku kepada kalian. Hanya yang ku mahu, kalian tahu bahawa aku amat bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan aku sahabat seperti kalian. Aku amat berharap agar kalian meredhai aku sebagai sahabat kalian.

Kamu, kamu yang membaca ini. Sama ada kita pernah mengenali atau tidak, aku tetap menghargai kesudian kalian untuk membaca blog yang serba kekurangan ini. Membaca kisah-kisah diriku yang kadang di landasan mardatillah, juga terkadang tersasar keluar darinya. Andai kita pernah mengenali, aku memohon maaf andai aku pernah menyakiti kalian. Aku berharap dihalalkan segala yang telah kalian berikan kepadaku, makanan, minuman, ilmu juga kasih sebagai saudara seakidah. Kepada yang tidak pernah dikenali, aku mohon ampun sekiranya terdapat penulisanku yang mengguris perasaan kalian. Semua itu khilafku. Kamu, redhailah aku sebagai saudaramu.

Hatiku, cintaku, diriku, nyawaku semua milik Allah. Bila-bila sahaja Allah akan mengambil semua yang dipinjamkan kepadaku. Mati itu juga bila-bila sahaja akan datang menjemputku. Entah ini adalah kalam yang terakhir atau tidak. Andai esok bukan milikku, seperti yang aku nyatakan sebelum ini, redhailah kehidupanku bersama kalian di atas bumi Allah ini. Andai esok aku masih diberi peluang untuk bernafas,
insyaAllah, aku akan terus menulis, menceritakan kisah kehidupan seorang mujahidah. Semua itu adalah rencana Ilahi. Tiada siapa pun mempunyai pengetahuan mengenainya.

Aku menutup kalam dengan istigfar dan hamdallah. Semoga redha Allah bersamaku, juga kamu. Amin.

Wallahu'alam..

Sunday, July 25, 2010

Di sini..

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan mengharapkan redha Allah, aku mulakan dengan menyebut namaMu Ar-Rahman, Ar-Rahim. Aku titipkan rindu dan kasih buat kamu yang bergelar sahabat.


aku langsung tidak mengerti

kenapa perlu aku menanti
di sini
menunggu, menambah rindu

Namun
diri ini tetap mahu di sini
supaya nanti
apabila kau cari
kau akan temui
aku
sedia untuk berlari
bersama mengejar pelangi..



Ahad, 25 Julai 2010 [13 Sya'ban 1431]
3:55pm
Mahallah Safiyyah, J 1.3


*Maaf. Ini bukan puisi cinta.


nota kaki: Aku mahukan yang halal buat kau dan juga aku. Aku mahu menggapai impian dalam keredhaan Allah. InsyaAllah.

Sunday, July 18, 2010

Perjalanan ini baru bermula

Bismillahirrahmanirrahim

Semoga rahmat dan redha Allah sentiasa melimpahi bumi. Aku niatkan segala yang ku lakukan lillahi ta'ala.

Esok bakal bermula minggu kedua aku di Gombak ini. Bermula kembali rutin harian untuk merentasi Sungai Gombak itu. Ya, sini bukan lagi PJ. Di Gombak ini untuk ke kelas sahaja sudah memakan masa 15 ke 20 minit berjalan kaki. Lutut ini terasa mahu tercabut setiap kali memikirkan sejauh itu berjalan. Sebab itu jugalah, jikalau ada kelas petang kami lebih memilih untuk solat zohor di masjid berbanding pulang ke mahalah.

Sini memang bukan PJ. Sudahlah penat merentasi Sungai Gombak itu. Sampai sahaja ke Kuliyyah of Engineering itu perlu pula mendaki kadang-kadang hingga ke tingkat 4. Lif memang ada, tetapi bayangkanlah betapa ramai manusia di situ. Jalan alternatif, naik tangga sahaja.

Minggu-minggu awal ini memang pening kepala untuk mencari kelas. Nombor kelas sahaja sudah sampai lima hingga enam angka. Fikirkanlah bangunan Kuliyyah of Engineering yang sebanyak tujuh semuanya itu. Perlu kami mengaku bahawa kami sentiasa membawa peta bersama, andai sudah terasa seperti lost in nowhere, kami akan refer to the map. Agak kelakar di situ. hahA!

Teringat pula peristiwa minggu lepas, bukan sekali, dua kali malah. Ada dua orang mamat Arab yang terkena dengan kami. Well, we have no intention to do that okay? Jadi, kepada mamat-mamat Arab sekalian, please do not ask direction from us, we're lost too! Kasihan mereka..

Ya, sini memang bukan PJ. Makanan di sini mahal. Tidak lagi semurah di PJ dahulu. Rindu pula pada Pak Cik Bangla di UKC itu. hahA! Bolehkah begitu? Di PJ, selalunya average lunch harga dalam RM3. Tetapi di sini, average RM4. Memanglah bezanya cuma seringgit, tetapi cubalah kira kalau seminggu? Sebulan? Aduh..

Aku tahu aku perlu bersyukur. Pastilah di sini berbeza dengan di PJ dahulu. Sini main campus, ye tak?

Kepada sahabat-sahabat yang masih berada di CFS, hiduplah sepuas-puas di sana sebelum kalian ke sini. Tidak perlulah mengeluh untuk ke kelas dari KC ke ABC sebab di sini ternyata lebih jauh dari itu. Tidak perlulah merungut makanan di ZC mahal kerana memang di sini berganda lebih mahal.

Aku sudah sampai di sini dan tidak akan berpaling ke belakang lagi. Tulisanku ini bukan untuk merungut, cuma mahu mengkhabarkan. Aku sedia bersyukur dan redha dengan semuanya. InsyaAllah.

Perjalananku baru bermula di Gombak. Masih jauh untuk aku menggapai cita-citaku. Doaku, agar dipermudahkan segala urusan. Amin. InsyaAllah.

Ya Allah, andai nyawaku diambil sebelum aku sempat menggapai cita-citaku, izinkan aku syahid di jalanMu. Ampunkan segala dosaku. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Friday, July 16, 2010

Kenangan itu melahirkan senyum

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan menyebut namaMu, aku memulakan hariku. Semoga rahmat dan redhaMu sentiasa menaungiku. Amin. InsyaAllah.

Syukur rasanya kerana hari ini aku dapat meringankan lelah aku sepanjang minggu. Mengikut jadual sekarang, memang pada hari Jumaat aku kosong. Tetapi andai permohonan untuk add Engineering Drawing diluluskan, maknanya akan ada kelas pada awal paginya.

my personal timetable (3rd sem cfs)

Meluangkan pagi yang mendamaikan ini dengan memuji keindahan ciptaan Allah. Duduk di meja study ini, membiarkan tingkap terbuka sambil menghayati irama pagi. Terasa tenang sekali mendengar kicauan burung dan geseran dedaunan. Angin nyaman juga masuk menyejukkan bilik. Subhanallah, tidak terkira indahnya ciptaanMu.

Novel Faisal Tehrani berjaya juga aku habisi tadi. Kemudian aku kembali melengkapkan urusan PTPTN yang asyik terbengkalai itu. Satu demi satu aku usaha lengkapkan. Alhamdulillah, hanya tinggal beberapa perkara sahaja lagi yang perlu disahkan.

masih belum selesai..

Masa masih terluang, aku tidak mahu mensia-siakan pagiku hanya dengan tidur. Rugi benar rasanya nanti. Jadi, aku membuka kembali file gambar di dalam pendriveku. Menatap semula satu persatu gambar lama. Mengingat kembali memori suatu ketika dahulu. Bibir mengulum senyum. Benarlah kata orang, yang indah itu sentiasa dalam kenangan.


srikandi di bumi pahlawan




kenangan konvensyen PUM


Gambar-gambar ini antara 1001 kenangan sepanjang hidupku. Berjuta kata barangkali untuk menceritakan setiap gambar tersebut.

3 bulan di KKBtak sangka kan?


Aku kini ingin mengukir kenangan terindah di Gombak. Semoga berjaya menggapai cita-citaku. Amin.

Jumpa kami di Gombak! pusat tarbiyah yang memanusiakan aku


Wallahu'alam..

Sunday, July 11, 2010

:)

Bismillahirrahmanirrahim..

Ta'aruf week is over! Alhamdulillah..
Well, can I say it's not really ta'aruf? it's torture! Uh, might be too harsh, isn't it?
After all, all praise to Allah for letting me alive until now. This very second.
Maghrib is just a few minutes from now, let me shut this laptop off first.
I wanna meet my Rabb..

Saturday, July 3, 2010

Hanya padaMu

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku memulakan kalam dengan nama indahMu. Semoga redhaMu bersamaku. Izinkan iman mengemudi penulisanku. InsyaAllah.

Sedang berkira-kira untuk packing apa yang patut dan menyiapkan segala yang perlu untuk pendaftaran nanti. Oh Ya Allah, ke mana hilang semangatku ini? Badan terasa lemah, tekak terasa loya, fikiran pula semakin pusing.

Permudahkan urusanku Ya Allah. Amin.

Aduh, kuatkan aku Ya Allah. Jangan biarkan aku putus asa dengan ujianMu ini. Hanya padaMu aku memohon pertolongan. Hanya padaMu..

Fikiran terganggu sedikit dengan beberapa perkara. Tenang wahai diri, tenang..

Ingat Allah, ingat cintaNya.

*Senyum :)

Friday, July 2, 2010

Muhasabah Cinta

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan namaMu Ya Allah, aku mulakan penulisanku. Basahkanlah lidahku dengan alunan zikrullah, lembutkan hatiku dengan ayat-ayat cintaMu dan kekalkan aku dalam keimanan kepadaMu.

Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha illa Allah, Allahuakbar..

Mulakan dengan lafaz zikrullah, semoga hati ini terus thabat di jalanMu.

Mendengar nasyid dan lagu-lagu yang bersifat ketuhanan mengingatkan aku dengan tanggungjawabku sebagai hambaNya. Aku tertarik dengan lagu 'Muhasabah Cinta' nyanyian EdCoustic. Terasa mendayu di telinga ini. Lantas aku mencari liriknya. Menghayati setiap bait-bait lirik lagu tersebut membuatkan aku memuhasabah cintaku..kepadaNya, Al-Khaliq.


Muhasabah Cinta: EdCoustic

Wahai..Pemilik nyawaku

Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Ku pasrahkan semua padaMu

Tuhan..baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi..
Muhasabah cintaku

Tuhan..kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jikaku harus mati
Pertemukan aku denganMu



Selamat menghayati. Jika dapat hayati maknanya tentu indah.

Segala yang baik itu datang dari Allah. Wallahu'alam..

Thursday, July 1, 2010

Aku dan diriku..

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku kembali mencatat kalam hidupku sebagai tatapan di hari-hari mendatang. Semoga redha Allah menemani setiap perjalanan hidupku. Dengan namaMu aku memulakan hariku, dengan namaMu juga aku mengakhirinya. InsyaAllah. Hari esok belum tentu aku masih dipinjamkan nyawa ini. Semuanya milik Allah. Hanya Dia yang berhak menentu segala. Aku hanya berdoa dan berharap.

Ya Allah, hidupkanlah aku selagi hidup itu baik untukku dan matikanlah aku jika itu lebih baik untukku. Amin.

Sedar atau tidak, hakikatnya setiap perlakuan kita sentiasa diperhatikan. Dia Yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui setiap apa yang kita cuba sembunyikan. Andai kita sedar hakikat itu setiap detik dalam hidup kita pasti keberanian untuk membuat dosa itu tidak wujud. Pastinya setiap gerak geri kita dilakukan penuh tertib. Tentunya masa yang diamanahkan olehNya kita penuhi dengan beribadat. Tentunya kelima-lima deria kita digunakan untuk membuat kebaikan.

Ironinya, kita tidak peka mengenai hakikat itu. Kita dilahirkan dengan sifat pelupa. Inilah makhluk yang digelar insan. Inilah hakikat diri yang sering terlupa..

Itulah hakikat aku dan diriku. Tidak pernah terlepas dari melakukan dosa. Entah-entah setiap waktu yang diamanahkan oleh Allah, telah aku habiskan dengan perkara lagha. Na'uzubillahiminzalik..

Aduhai diri, zikrullah wa zikrulmaut! Ingatlah Allah dan ingat kepada mati! Pasti sifat alpa itu akan berkurangan. Aku berharap dan terus berharap, hanya padaMu.

Terfikir pula beberapa kecederaan yang aku alami. Pernah aku mendengar ustazah aku berkata bahawa jika kita terluka atau tercedera itu mungkin salah satu cara Allah ingin menghapuskan dosa kita. Andai itu yang sedang aku alami, alhamdulillah. Aku redha dengan apa yang Engkau uji aku saat ini.

Ya Allah, andai musibah yang menimpaku itu merupakan kafarah kepada dosaku, aku mohon ampunkanlah dosaku. Ya Allah, andai musibah itu merupakan ujian daripadaMu, aku mohon tabahkanlah aku menghadapinya. Hanya kepadaMu aku menyembah dan hanya kepadaMu aku memohon pertolongan. Amin Ya Rabbal 'Alamin.