Demi Masa

Sunday, July 18, 2010

Perjalanan ini baru bermula

Bismillahirrahmanirrahim

Semoga rahmat dan redha Allah sentiasa melimpahi bumi. Aku niatkan segala yang ku lakukan lillahi ta'ala.

Esok bakal bermula minggu kedua aku di Gombak ini. Bermula kembali rutin harian untuk merentasi Sungai Gombak itu. Ya, sini bukan lagi PJ. Di Gombak ini untuk ke kelas sahaja sudah memakan masa 15 ke 20 minit berjalan kaki. Lutut ini terasa mahu tercabut setiap kali memikirkan sejauh itu berjalan. Sebab itu jugalah, jikalau ada kelas petang kami lebih memilih untuk solat zohor di masjid berbanding pulang ke mahalah.

Sini memang bukan PJ. Sudahlah penat merentasi Sungai Gombak itu. Sampai sahaja ke Kuliyyah of Engineering itu perlu pula mendaki kadang-kadang hingga ke tingkat 4. Lif memang ada, tetapi bayangkanlah betapa ramai manusia di situ. Jalan alternatif, naik tangga sahaja.

Minggu-minggu awal ini memang pening kepala untuk mencari kelas. Nombor kelas sahaja sudah sampai lima hingga enam angka. Fikirkanlah bangunan Kuliyyah of Engineering yang sebanyak tujuh semuanya itu. Perlu kami mengaku bahawa kami sentiasa membawa peta bersama, andai sudah terasa seperti lost in nowhere, kami akan refer to the map. Agak kelakar di situ. hahA!

Teringat pula peristiwa minggu lepas, bukan sekali, dua kali malah. Ada dua orang mamat Arab yang terkena dengan kami. Well, we have no intention to do that okay? Jadi, kepada mamat-mamat Arab sekalian, please do not ask direction from us, we're lost too! Kasihan mereka..

Ya, sini memang bukan PJ. Makanan di sini mahal. Tidak lagi semurah di PJ dahulu. Rindu pula pada Pak Cik Bangla di UKC itu. hahA! Bolehkah begitu? Di PJ, selalunya average lunch harga dalam RM3. Tetapi di sini, average RM4. Memanglah bezanya cuma seringgit, tetapi cubalah kira kalau seminggu? Sebulan? Aduh..

Aku tahu aku perlu bersyukur. Pastilah di sini berbeza dengan di PJ dahulu. Sini main campus, ye tak?

Kepada sahabat-sahabat yang masih berada di CFS, hiduplah sepuas-puas di sana sebelum kalian ke sini. Tidak perlulah mengeluh untuk ke kelas dari KC ke ABC sebab di sini ternyata lebih jauh dari itu. Tidak perlulah merungut makanan di ZC mahal kerana memang di sini berganda lebih mahal.

Aku sudah sampai di sini dan tidak akan berpaling ke belakang lagi. Tulisanku ini bukan untuk merungut, cuma mahu mengkhabarkan. Aku sedia bersyukur dan redha dengan semuanya. InsyaAllah.

Perjalananku baru bermula di Gombak. Masih jauh untuk aku menggapai cita-citaku. Doaku, agar dipermudahkan segala urusan. Amin. InsyaAllah.

Ya Allah, andai nyawaku diambil sebelum aku sempat menggapai cita-citaku, izinkan aku syahid di jalanMu. Ampunkan segala dosaku. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

No comments: