Demi Masa

Friday, December 20, 2013

Ihsan.

Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah 'ala kulli hal. Tamat sudah sesi pembelajaran semester ini. Tinggal lagi submission FYP report sahaja. Gambate!

Baru selesai jawab satu kuiz 36 minit yang lalu. Sekarang waktu untuk tawakal.

Balik dalam keadaan hujan, bertemankan payung hijau cair itu, aku berfikir dalam diam. Kenapa? Mengapa? Bagaimana? Bila?

Ahh. Terlampau banyak persoalan.
 
Geram pun mungkin ada. Aku senyap. Jangan sampai geram itu menjadi amarah. Bimbang nanti dicucuk jarum syaitan.

This one quote came across my head,
"Jangan bermimpi menjadi hamba yang muhsinin kalau dengan diri sendiri pun tak mampu berlaku ihsan."
Haritu seorang kawan sekolah menengah contact aku. Kebetulan dia baru baca pasal post aku pasal meniru itu.

Dia mengadu, "Even kawan aku yg tudung labuh, baju labuh pun sanggup sorok nota, henset bawah tudung. Bila tegur dijawab time ni la nak score, exam nanti payah nak score."

Itu bukan score cik kak, itu main tipu.

Salah dia bukan pada pakaian. Pakaian tu langsung tak punya kaitan. Salahnya pada hati, di mana letak iman.

Tapi, orang tetap akan pandang pakaian tu. People are judgmental, though.

Jadi bawalah akhlak yang baik sebagai seorang muslimah. Sebagai seorang hamba Allah dalam erti kata sebenar-benar hamba. Kau meniru itu sebab kau tak rasa Allah melihat setiap apa yang kau lakukan. Itu ihsan namanya. Beribadat seolah-olah kita melihat Allah, jika tak mampu, kita yakin bahawa Allah melihat kita.

Ia antara kita dengan Allah.

Sambil berjalan pulang tadi, aku telefon ummi.

"Ummi, ummi pilih, antara ala dapat markah rendah atas usaha sendiri atau ala dapat markah tinggi sebab meniru.

Ummi jawab, "Biar lah usaha sendiri. Kenapa nak meniru? Dari sekolah lagi ummi dah pesan kat anak-anak ummi jangan meniru."

Aku pilih jalan yang Allah redha. Sebab aku tak sanggup untuk gagal, di akhirat nanti.




 Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata. 
[Al-An'aam 6:59]
credit  

Andai.

Bismillahirrahmanirrahim.





Andai..
takdir jodoh aku bukan dengan seorang mujahid di dunia
izinkan aku menjadi mujahidah yang syahid di bumi anbiyaa'
aku mahu merasa manisnya syahid
aku mahu menikmati indahnya syurga
aku mahu menatap wajah Yang Esa
cukuplah, aku dipinang dan bernikah di syurga.

Allahuma amin.





Monday, December 16, 2013

Di situ.

Bismillahirrahmanirrahim.
 
Alkisahnya, kelas cancel pagi tadi. Aku pun sambunglah buat assignment. Banyak lagi kerja yang belum siap. Tambah pula ini minggu terakhir lectures. Makin menggila semua orang nak siapkan segala reports, mini projects dan segala macam lagi.
 
Bosan buat kerja seorang diri, aku ambil keputusan untuk merayau-rayau -seperti selalu-. Ada dua tempat yang aku suka pergi untuk cari ketenangan. Satu, ke masjid. Kedua, kedai buku. Dua tempat ini aku lebih suka pergi sendirian. Lebih senang aku nak berlama-lama tanpa menghiraukan masa orang lain. Lagi satu tempat aku suka melihat alam. Nature. Tapi untuk melihat alam semestinya aku perlu berteman. Bahaya bersendirian.
 
Jadi, kalau tiba-tiba rasa kehilangan aku atau susah dijumpai, carilah aku di dua tempat ini. Di SHAS mosque atau di Darul Kutub.
 
Dan tadi, niatnya lain. Nak beli something for my best friend's birthday. Tapi 'terbeli' juga buku untuk diri sendiri. Susah nak tahan diri ni daripada tak membeli kalau dah masuk kedai buku tu.
 
Dan sepanjang aku berjalan pulang ke mahallah aku tersenyum. Sinis untuk diri sendiri kerana buku yang aku beli sebentar tadi. Kenapa buku itu? Hanya Allah yang tahu.
 
Senyum :)
 
inilah bukunya! ^_^
 

Friday, December 13, 2013

Pilihan. Choices.

Bismillahirrahmanirrahim.

Situasinya begini.

Katakanlah.

Esok kita ada kuiz, chapter yang masuk bukan satu dua, tapi ada lah dalam tiga empat.

Kau, punya pilihan. Mahu struggle sungguh-sungguh malam ini, atau study beberapa hari sebelum supaya kau tak tergopoh-gapah last minute, atau kau biarkan sahaja.

Sekarang, kau pilih.

Situasi kedua.

Kau dalam kelas. Lecturer dah edarkan kertas soalan kuiz. Kau tenung satu-satu.

Allah..kalaulah aku study sungguh-sungguh semalam.

Tapi sekarang dah terlambat. Soalan tu dah ada pun depan mata kau.

Kau, punya pilihan. Perah otak sungguh-sungguh, ingat balik apa yang kau boleh ingat masa belajar dalam kelas, semua yang kau boleh perah keluar balik apa yang kau baca semalam, atau kau boleh tengok kawan sebelah kau yang nampaknya dia study sungguh-sungguh selama seminggu ini demi soalan yang cuma tiga itu, atau kau boleh terus pasrah, tawakal dengan usaha yang tak seberapa kau itu.

Sekarang, kau pilih.

Situasi ketiga.

Kau dapat balik markah kuiz engkau jawab kelmarin.

Well, itu depends pada pilihan yang kau pilih pada situasi kedua dan pertama tadi.

Whatever it is, kau boleh pilih, untuk terus tersenyum atau sedih atau menyesal atau kesemuanya sekali. Tapi ingat, kau sepatutnya pilih.

Kau, punya pilihan.

Pilihan sama ada kau mahu ikut cara yang halal, cara yang Allah redha.

Atau..

Cara yang haram. Pilihan yang mana boleh membawa kau ke neraka tanpa kau sedar.

Nampak kecil, bukan? Sekadar meniru kuiz. Apalah sangat sekadar tiga soalan lima belas markah itu.

Tapi consequences nya, ada kau fikir?

Markah yang kau kumpul  tu effect pada CGPA, dengan CGPA tu kau mintak kerja. Kau dapat kerja, gaji tu kau sara anak bini keluarga kau. Nah, berkat tak rezeki tadi?

Halal atau haram?

Na'uzubillah.

Perkara sekecil itu, yang kita anggap remeh itu, akan dipersoal di akhirat kelak. Waktu itu, ketika itu, tiada lagi rakan sebelah untuk kau tiru jawapan mereka. 

Segalanya kita sendiri.

Allahu.

Biarlah, dapat markah rendah pun. Siapa suruh tak usaha sungguh-sungguh awal-awal dulu kan?

Biar apa pun, pastikan pilihan yang kita pilih itu adalah yang paling berkat sekali. Biarlah apa pun.

Kalau gagal subjek tu (na'uzubillah), repeat lah.

Gagal di dunia apa lah sangat nak dibanding gagal di akhirat nanti. Mampu?

Self reminder. Memanglah selalu sangat kecewa bila tengok markah kuiz orang lain lagi tinggi. Tapi bila tengok sesetengah tu guna cara yang tak sepatutnya, kita rasa nak terikut jugak. Alhamdulillah masih mampu kawal diri. Tadi rasa nak lempang-lempang muka bila kepala ni asyik nak terpandang kertas jawapan rakan sebelah kiri. Last-last aku dongak kepala, berharap ada jawapan muncul kat siling. Ok, mustahil.

Sekarang masa untuk redha. Belajar dari kesilapan. Dan berusaha tidak ulangi kesilapan untuk final ni. 

Ingat, kau sentiasa punya pilihan.

Semoga Allah redha. InsyaAllah.

Sunday, December 1, 2013

The Challenge and Hardship

Bismillahirrahmanirrahim.
 
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!"
[Al-Fajr 89:27-28] 
 
Sudah kurang lebih setahun perubahan yang aku lakukan ini. Masih aku ingat saat pertama kali itu. Pertama kali aku meletakkan niqab di wajahku. Subhanallah, rasa tenang itu sungguh luar biasa. Sungguh.
 
 
Dan Allah takkan biarkan aku terus berada di zon selesa begitu sehingga aku benar-benar layak. Pada permulaan aku mengenakan pemakaian begitu, banyak juga ujian dan dugaan yang aku hadapi. Hampir-hampir aku jatuh kepada putus asa dan kecewa. Air mata juga setia menjadi peneman ketika itu. Tapi alhamdulillah, ujian itu sebenarnya menguatkan aku.
 
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? 
[Al-'Ankabuut 29:2]  
 
Pernah sekali itu, baru usai kelas, tiba-tiba seorang rakan sekelasku menghampiri.
 
"Boleh aku tanya something?"
 
"Apa ye?"
 
"Kenapa kau pakai purdah?"
 
Sentap. Terkejut. Terkedu. Semua ada. Sementelahan dia seorang lelaki. Jarang-jarang bercakap tiba-tiba hari itu dia hampir dan terus menanyakan soalan begitu.
 
Aku senyap. Berfikir-fikir patut dijawab atau tidak. Melihat aku cuma terdiam dia lantas beritahu, "okay, nanti PM jawapan."
 
Aku sekadar membatu. Tidak mengangguk, tidak menggeleng. Serah semua pada percaturan Allah.
 
Alhamdulillah, situasi itu berjaya aku tangani. Walaupun sepanjang situasi itu air mata yang jadi teman setia, tapi aku percaya air mata itu yang menguatkan aku sekarang.
 
Itu orang luar. Pernah juga, kakak kandungku sendiri yang bertanya soalan itu. Terasa seperti diancam, tidak disokong, tapi aku menjawab satu per satu soalan akak. Aku benar yakin dengan hati aku saat itu. Aku tak perlu berpatah balik. Aku yakin ini yang terbaik.
 
Sudah memilih pemakaian luaran begini jadi dalaman juga perlu selari dan sentiasa diperbaik. 
 
Teringat satu hari itu, aku terlalu sibuk menguruskan satu program kelab. Pergi sana sini membeli barang untuk program, solat fardhu pun tergesa-gesa di mana-mana kedai yang kami pergi. Dan dalam keadaan kelam kabut sebegitu, selesai urusan sudahpun maghrib ketika dalam perjalanan pulang. Sebelum aku sempat sampai ke mahallah demi mengejar maghrib, dapat panggilan telefon dari ummi.
 
"Dah sembahyang maghrib?"
 
"Belum. Belum. Nanti Ala telefon balik, nak cepat-cepat balik solat ni."
 
"Hah? haa. Cepat! Cepat!"
 
Usai solat dan menenangkan diri. Belum hilang lelah Ummi menelefon kembali, "Dari mana tadi? Kenapa solat lewat? Dah nak dekat Isyak. Jangan buat macam ni Syakirah. Selesai macam-macam tapi solat entah ke mana. Awak tu pakai purdah, patut perangai kena jaga. Ni entah keluar ke mana, dengan siapa lepastu solat entah bila. Jaga perangai tu."
 
Aku senyap. Air mata mengalir sekali lagi. Insaf. Refleksi diri. Iya, aku tak patut biarkan diri menjadi fitnah. Aku tak patut biarkan diri merosakkan persepsi orang lain kepada niqabis.
 
Situasi yang berbeza-beza, tapi kesemuanya menguatkan aku dan membantu aku membina diri. 
 
Masih banyak aku perlu belajar. Aku belum sempurna. Tegur aku andai aku tersilap. Aku juga manusia yang tak terlepas dari melakukan dosa. Cuma aku mohon doa dan sokongan kalian.