Demi Masa

Saturday, January 14, 2012

Be A Man

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, masih bernafas dalam iman dan Islam. Segala puji bagi Allah. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Alhamdulillah, selesai lima papers. Tapi aku masih di UIA, ada urusan yang belum selesai.

*Senyum :)

Mahu bicara pasal apa ya? Hmm.

Cinta itu fitrah. Allah berikan rasa ini untuk setiap hambaNya. Cara kita mentadbir cinta itu yang berbeza. Cara kita mentafsir juga berbeza.

Ada yang mentafsir cinta itu sebagai kasih sa
yang. Ada yang mentafsir cinta ialah rasa ingin disayangi dan menyayangi. Ada juga yang mentafsirkannya sebagai perkahwinan. Bagi aku cinta itu adalah pengorbanan.

Aku pernah terangkan sebabnya di post sebelum ini. Beberapa ketika dulu.

Kalimah cinta itu belum tegar aku berikan kepada mana-mana lelaki sebelum suamiku. Tipulah tidak pernah ada rasa suka kepada sesiapa. Namun rasa itu tidak pernah sampai ke tahap yang mampu ke
kalimah keramat itu.

Rasa itu cuma rasa. Mungkin sahaja nafsu. Rasa tersuka, rasa terkagum, rasa terminat dan sebagainya.

Tanya sahaja kepada mana-mana kawan-kawanku di sekolah dahulu, siapa yang aku suka. Rasanya semua tahu. Hampir semua. Sejak tingkatan dua aku 'tersuka' peribadi itu. Dan aku pernah berjanji untuk menunggunya.

Namun, aku melepaskan janji itu. Kerana aku tidak mahu menentu sendiri takdirku. Biarlah aku sandarkan semuanya kepada I
lahi.

Ah, bukan niatku di sini mahu ceritakan kisah peribadiku kepada semua.

Bagaimana untuk melupakan seseorang itu? Teringat Ustazah Suriyani, kita takkan dapat pernah melupakan seseorang dengan berkata, "Aku mahu lupakan dia." Hal ini kerana semasa kita mengatakan itu pun, secara tidak langsung telah mengingatinya.

Awal-awal dahulu, tidak pernah lepas di setiap sujudku memohon agar dijauhkan perasaan itu dari aku. Siap aku sebut nama 'peribadi' itu di dalam doa. Aku tidak sanggup menduakan cinta Allah. Namun gagal. Doaku, andai dia adalah jodoh buatku, dekatkan aku dengannya. Andai dia bukan jodohku, jauhkan perasaan itu dariku dan redhakan aku dengan setiap ketentuan Ilahi.

Sejak tingkatan dua jugalah doa ini mengiringi usai wiridku. Tetapi, sungguh, susah untuk melupakan seseorang. Tambah pula kita memaksa diri untuk melupakan.

Aku cuba cara lain, yang sungguh, memang salah. Aku cuba melupakan 'peribadi' itu dengan cuba menipu diri sendiri kononya aku menyukai orang lain. Berkesanlah sekejap, tetapi lebih sakit dari sebelumnya. Rasa lebih menjauh pula dari Allah. Na'uzubillah.

Kemudian aku temui jawapan untuk semua itu. Cintailah Allah. Aku berusaha menggapai cinta Allah itu. Semakin aku bermujahadah, semakin manis rasanya. Ketenangan yang tak pernah aku temui sebelum ini memenuhi segenap hati.

Subhanallah.

Jadi, bagaimana rasa hati pada 'peribadi' itu?

Memang tidak hilang semudah itu. Tetapi
sekurang-kurang aku boleh mengalihkan ingatan aku kepadanya dengan mengingati cinta dan nikmat Allah kepadaku.

Benarlah, Allah tidak pernah menjauh dari kita. Biar beribu batu kita menjauh dariNya, Dia tetap tidak pernah membiarkan kita sendiri. Subhanallah. Kenapalah aku kurang menyedari hal ini sejak awal dahulu?

"Iya, kalau jodoh aku dengan dia, alhamdulillah. Tapi kalau tak, cukuplah aku berdoa dia mendapat pasangan yang solehah yang sama-sama dia hingga ke syurga."

Luahan aku kepada Nura, malam ketika aku menceritakan semuanya.

Sekarang aku meletakkan sepenuhnya urusan jodohku kepada Allah. Aku redha andai sudah tertulis tiada 'si dia' untukku di dunia ini kerana aku yakin Dia memberikan yang lebih baik di syurga kelak. Amin. InsyaAllah.

Dan sejak dulu lagi aku berharap, jika ses
eorang itu sudah bersedia mengambil aku sebagai isterinya, bukan aku orang yang pertama tahu. Biarlah Ayah orang yang menentukan jawapannya. Dan juga, aku berharap aku tidak pernah 'mengenali' lelaki tersebut.




Cinta itu fitrah, andai tersilap langkah mampu menjadi fitnah. Na'uzubillahimin zalik.



No comments: