Demi Masa

Friday, March 12, 2010

Penantian itu berakhir..

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah aku masih berpeluang untuk menghirup udaraNya pada pagi ini. Aku masih lagi dapat menikmati nikmat kurniaanNya pada hari ini. InsyaAllah..Dan pagi ini aku telah lagi diberi nikmat yang aku tunggu selama ini. Alhamdulillah.

Penantian aku untuk mengetahui result bagi semester 2, 2009/2010 berakhir pagi tadi pada jam 7.17 a.m. Setelah mencuba berkali-kali membuka portal IIUM, akhirnya aku berjaya login tanpa sebarang masalah. Berkat kuasa basmallah juga.

Berdebar-debar hati ini sementara menunggu page tersebut loading. Ucapan basmallah memang tidak lekang dari bibir. Berita gembira menjadi kesudahan bagi penantianku selama ini. Result yang tidaklah terlalu hebat tetapi sudah cukup membuatkan aku puas untuk sepanjang aku hidup di muka bumi ini. Aku berjaya mendapat dean's list! Alhamdulillah..

Ummi dan ayah dihubungi untuk memberitahu berita gembira tersebut, dan ternyata dari nada suara mereka jelas menggambarkan kepuasan dan kegembiraan. Itulah harapanku sepanjang hayatku, iaitu membuat mereka gembira sentiasa. Alhamdulillah, segala puji hanya untukMu.

Aku menunggu untuk mendapat 3.5 above sejak dari MRSM lagi. Namun tidak pernah berjaya. Dan hari ini aku mampu tersenyum puas kerana aku berjaya mencapai apa yang aku impikan. Aku ingat pesanan ayah, "kalau usaha 3.5, dapat 3.5 la. Kalau usaha 7A dapat 7A la". Kata-kata itu menjadi peransang buatku untuk terus berusaha. Bukan usaha secara biasa, tetapi usaha yang setaraf dengan 3.5 above. Aku ingat waktu dapat result SPM dahulu, kata-kata itulah yang ayah katakan kepadaku. Aku tahu, dari nada ayah ada sedikit kecewa kerana akulah anaknya yang terakhir untuk memakbulkan impiannya untuk melihat anak mendapat 10A dalam SPM, namun aku juga menghampakan harapan ummi dan ayah.

Dengan azam yang baru, aku tidak akan mengecewakan mereka lagi. InsyaAllah, aku akan kekalkan prestasi begini dan akan berusaha untuk tingkatkan lagi sehingga 4 flat berjaya diraih. Segalanya mustahil dengan izin Allah.

Ayah juga berpesan supaya selalu dekatkan diri dengan Allah. Dan Alhamdulillah, aku tidak lupa pesan ayah tersebut. Insyaallah, aku akan istiqamah begitu.

Akhir kalam, segala puji hanya bagi Tuhanku, ALLAH subhanahu wa ta'ala. Alhamdulillah kerana memberikan aku nikmat yang tidak terhingga..

No comments: