Demi Masa

Wednesday, November 17, 2010

19th

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku memulakan kembali penulisan dengan menyebut asma' Allah. Semoga bersama redhaNya di setiap bait kata. Segala puji dan puja hanya layak kepadaNya. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Alhamdulillah, masih bernafas hingga ke hari ini. Syukur. Sudah 19 tahun menghirup udaraNya tanpa dibayar sesen pun. Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Ya Allah.

Kembali ke 19 tahun ke belakang, jam 3.45 pagi aku melihat dunia. Ummi kata, aku kebiru-biruan saat aku keluar dari rahimnya. Beberapa hari selepasnya aku didaftarkan dengan nama yang tertera di kad pengenalanku sekarang. Cahaya kesyukuran, maksudnya. Doa Ummi, doa Ayah, semoga anak mereka ini menjadi hamba Allah yang bersyukur. Amin. InsyaAllah.

Aku adalah aku yang hari ini. Berdoa dan berharap nama yang diamanahkan itu mencerminkan peribadi.

Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan umur aku hingga ke saat ini. Semakin sedikit sebenarnya umur kita, semakin kita menghampiri mati. Harapanku, semoga umur yang diamanahkan kepadaku ini akan digunakan sebaik mungkin. Amin.

Terima kasih kepada sahabat yang mengucapkan selamat kepadaku. Semoga ukhuwah yang dibina akan terus terjalin hingga ke syurga. Amin. Aku mencintai kalian lillahi ta'ala.

Ya, tidak lupa. Salam aidiladha kepada semua. Semoga hari raya korban ini ada membawa sesuatu erti pengorbanan buat kita semua. InsyaAllah.

Jangan kita lupa pada saudara kita di Palestin sana ya? Juga saudara kita yang lain. Semoga Allah merahmati seluruh umat Islam di serata dunia. Amin.

Wallahu'alam bissawab.

4 comments:

Mat Ganu said...

selamat hari lahir~

Mujahidah Mardatillah said...

mat ganu: terima kasih. (^_^)

newrazone91 said...

syak, happy bufday!!
sweet 19..
;)

Mujahidah Mardatillah said...

wan: arigato! hee~ XD