Demi Masa

Showing posts with label cakap kosong. Show all posts
Showing posts with label cakap kosong. Show all posts

Friday, November 19, 2010

Nak kawen boleh?

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku mulakan dengan asma' Allah. Semoga penulisan ini dikemudi iman dan tidak terlalu menyimpang andai ada yang merepek. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Sebelum itu, biar aku buat pengumuman awal-awal bahawa entri kali ini mungkin agak merepek dan tidak bermanfaat. Sengaja mahu menulis secara santai. Selalunya seperti serius sahaja. Bahasanya juga mungkin banyak yang pasar sahaja. Entah, belum tahu lagi.

Pernah muncul di fikiranku tiba-tiba sementara duduk di ruang tamu bersama keluarga, apa akan berlaku andai dialog ini yang keluar dari mulutku:

"Ummi, Ayah, Ala nak kahwin boleh?"

hahA! Memang merepek. Entah bagaimana boleh muncul dialog begitu di benakku ini. Sudah terlalu bosan mungkin, sehingga fikiran pun sudah merapu.

*Senyum :)

Belum habis setakat itu sahaja. Aku berfikir pula apa respons yang bakal mereka berikan.

Respons 1:

"Dengan siapa? Lawyer? Majistret? Doktor?" tanya Ummi.
Ayah pula sekadar menanti jawapan. Aku sudah terketar-ketar sedikit, tetapi aku gagahkan juga menjawab.

"Dengan bakal engineer jugak, macam Ala. Nama dia *tut*(maaf, part ini dicensoredkan)"

"Apa nama budak laki tu sekali lagi? Budak mana?"

"Nama dia *tut* (sekali lagi, belum berjaya diexposekan). Dia asal orang Malaysia jugak, heh~"

"Ish budak ni, memang la Malaysia, negeri mana? Baik ke budaknya?"

"Urm, baik la jugak. Dia orang *tut*(salah sebuah negeri di Malaysia)"

Wah, waktu ni,hati aku mesti macam dah berbunga-bunga sebab Ummi dengan Ayah macam tunjuk minat.

"Nantilah Ummi dengan Ayah mesyuarat dulu"

Senyum dah lebar kat bibir aku. Sampai ke telinga lagi. hee~

Respons 2:

Muka Ummi dan Ayah macam blurr sikit. Gosok-gosok telinga kemudian tanya kembali.

"Apa dia kamu cakap tadi? Macam pelik je bunyinya."

" Ala nak kawen boleh?"

"Ouh, kawen. Kahwinlah. Nanti bawa bakal suami kamu tu ke rumah, jumpa Ummi dengan Ayah"

Aku lempang-lempang sikit pipi aku sebab macam tak percaya. Senang betul nak kahwin?

"Bila Ummi dengan Ayah nak jumpa dia?"

"Bila kamu cuti la. Budak UIA jugak kan?"

"Urm......"

Aku tinggalkan persoalan di situ.

Respons 3:

"HAH?! nak KAWEN?!!!" jerit Ummi. Muka Ayah macam dah tegang.

Aku terus diam membisu. Jangan menjawab, anak derhaka nanti.

"Kamu dah menggatal sangat ke hah? Aku hantar kamu ke UIA tu suruh belajar bukan cari laki. Yang kamu ni masak belum expert lagi, belajar belum habis lagi, dah pandai nak kawen. (bla..bla..bla..bla x 99999999999999 kali)"

Aku terus cili mulut aku sebab gatal sangat pergi tanya Ummi dengan Ayah soalan sensitif macam ni.

* * * * * * * *

Korang nak tahu? Respons ketiga itulah yang aku percaya akan terjadi. (tapi, part cili mulut tu hanya sekadar unsur dramatik dalam jalan cerita sahaja. heh) Bukan Ummi dengan Ayah melarang berkahwin awal ini, cuma semahu-mahu mereka untuk elakkan. Iyalah, besar kemungkinan aku tidak pandai uruskan masa nanti dan pelajaran pun akan terganggu.

Dan untuk pengetahuan semua, aku juga tidak pernah terfikir untuk berkahwin semasa belajar ini walaupun di UIA seperti sudah menjadi trend berkahwin awal. Biarlah segulung ijazah digenggam dahulu barulah aku berfikir-fikir untuk mencari teman hidup. Eh, sebentar! Mencari teman hidup itu mungkin juga semasa belajar, tetapi berumahtangga itu biarlah setelah selesai degree. Boleh bukan begitu?
hee~

Apa-apa pun aku serahkan kepada Allah untuk menentukan. Kita merancang, Allah juga merancang. Dan perancangan Allah adalah yang sebaik-baiknya. Aku sudah serahkan, hidupku, matiku, cintaku, hatiku dan jodohku kepadaNya. Biar Dia menentu segala. Tugas aku sekarang hanya beribadat kepadaNya.

Wallahu'alam bissawab.


Monday, November 15, 2010

terima kasih ;)

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku mulakan dengan menyebut nama Allah. Subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar. Segala puji dan puja hanya untukNya. Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah SAW.

Pertama:
Terima kasih Yong! Mesti ko terkejut en? Yela tak pasal-pasal cakap terima kasih kat ko ni. Sebenarnya, secara tidak sengaja Yong dah buat aku tersenyum baca post dia yang terbaru. Pasal ko jumpa Shima tadi. heh. Aku tumpang excited untuk ko. XD

Betullah. Entah berapa tahun dah tak jumpa. Agak misteri cara Shima bersembunyi dahulu. Kami semua tertanya-tanya dan pelbagai andaian kami buat. Maaf ya Shima?

Kita masih kawan. Dan selamanya begitu. Faham?

Kedua:
Terima kasih Ya Allah kerana nikmat senyum ini. Sungguh, aku amat bersyukur. Alhamdulillah.

Moga-moga senyum itu akan terus kekal di bibir ini. Amin.

* * * * * *

Mahu senyum lagi. Bolehkan?

*Senyum :)


Saturday, October 16, 2010

Kotak Hijau

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah, aku mulakan kembali penulisanku. Mengharap redha dan rahmatNya sentiasa.

Huh.

Tidak terniat langsung untuk mengeluh pagi-pagi begini. Cuma apabila aku terlihat kembali kotak hijau itu, hatiku pasti dilanda sesal dan mula berkata 'ish.'

Tidak sangka juga hatiku yang selama ini tegar dan tidak mudah kalah dengan kata-kata manis seorang sales-boy akhirnya kalah juga semalam. Mungkin juga sudah rezeki yang ditakdir Allah buatnya.

Biarlah apa pun yang sudah berlaku. Ini juga satu pengalaman hidup dan insyaAllah akan dijadikan pengajaran buat masa hadapan.

"Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurnia yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu yang lain. (Kerana) bagi laki-laki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi perempuan (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. Mohonlah kepada Allah sebagian dari kurniaNya. Sungguh Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
[An-Nisa' 4:32]

Senyum :)

Friday, October 1, 2010

Selamat Hari Raya

Bismillahirrahmanirrahim..

Mulakan kembali dengan asma' Allah serta mengharap redhaNya.

Ouh
ya, baru teringat! Hari ini baru nak raya. Selamat Hari Raya untuk diri sendiri. Orang lain tak nak wish pon takpe. Ummi Ayah telefon pagi-pagi lagi ucap selamat hari raya kat aku.

Alhamdulillah, sudah selesai menunaikan yang wajib juga yang sunat. Sebenarnya boleh sahaja puasa enam itu disekalikan dengan puasa ganti, but I prefer to do both separately. Bukan susah sangat pun mahu puasa. Tambah lagi dapat juga mendidik nafsu sendiri, insyaAllah. Tidak perlu rasanya beritahu berapa hari telah aku berpuasa, yang penting, hari ini aku sudah selesai. Alhamdulillah :)

Ada lagi yang seronok menanti sebenarnya. Esok, Ummi dan Ayah datang sebab abang konvo Ahad ni. Pastinya, kegembiraan Ummi dan Ayah tidak terkira. Masakan tidak, anak sulung mereka telah menghadiahkan kejayaan kepada mereka berdua. Jubah graduasi yang sudah lama Ayah ingin sarungkan kepada tubuhnya, insyaAllah akan tersarung pada Ahad ini. Biar bukan Ayah yang graduasi, tetapi kegembiraan Ayah pasti berlebih lagi.

Ayah pernah mengorbankan cita-citanya dek kerana kesempitan hidup. Peluang kedua untuk Ayah mendapat ijazah juga terpaksa dikorbankan kerana pujukan abang yang masih keanak-anakan ketika itu.

Aduh, mahu menangis pula tiba-tiba. Ayah banyak berkorban untuk orang lain. Mampukah aku membalas pengorbanan Ayah nanti?

Sampai di sini dahulu, banyak perkara lain yang perlu diselesaikan.

Wassalam..