Demi Masa

Friday, October 1, 2010

Selamat Hari Raya

Bismillahirrahmanirrahim..

Mulakan kembali dengan asma' Allah serta mengharap redhaNya.

Ouh
ya, baru teringat! Hari ini baru nak raya. Selamat Hari Raya untuk diri sendiri. Orang lain tak nak wish pon takpe. Ummi Ayah telefon pagi-pagi lagi ucap selamat hari raya kat aku.

Alhamdulillah, sudah selesai menunaikan yang wajib juga yang sunat. Sebenarnya boleh sahaja puasa enam itu disekalikan dengan puasa ganti, but I prefer to do both separately. Bukan susah sangat pun mahu puasa. Tambah lagi dapat juga mendidik nafsu sendiri, insyaAllah. Tidak perlu rasanya beritahu berapa hari telah aku berpuasa, yang penting, hari ini aku sudah selesai. Alhamdulillah :)

Ada lagi yang seronok menanti sebenarnya. Esok, Ummi dan Ayah datang sebab abang konvo Ahad ni. Pastinya, kegembiraan Ummi dan Ayah tidak terkira. Masakan tidak, anak sulung mereka telah menghadiahkan kejayaan kepada mereka berdua. Jubah graduasi yang sudah lama Ayah ingin sarungkan kepada tubuhnya, insyaAllah akan tersarung pada Ahad ini. Biar bukan Ayah yang graduasi, tetapi kegembiraan Ayah pasti berlebih lagi.

Ayah pernah mengorbankan cita-citanya dek kerana kesempitan hidup. Peluang kedua untuk Ayah mendapat ijazah juga terpaksa dikorbankan kerana pujukan abang yang masih keanak-anakan ketika itu.

Aduh, mahu menangis pula tiba-tiba. Ayah banyak berkorban untuk orang lain. Mampukah aku membalas pengorbanan Ayah nanti?

Sampai di sini dahulu, banyak perkara lain yang perlu diselesaikan.

Wassalam..

No comments: