Demi Masa

Sunday, October 17, 2010

Mujahadah Seorang Mujahidah

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku mulakan dengan asma' mulia Allah. Semoga penulisan ini mendapat redhaNya dan semoga penulisan ini dikemudi
oleh iman. InsyaAllah.

Beberapa hari lepas aku menelefon sahabatku Nadiah, bertanya khabar dan meminta nasihat. Dia masih seorang Nadi
ah yang aku kenal. Masih boleh dipercayai, masih boleh menumpang kasih dan masih boleh menjadi penasihat yang bijak.
Sungguh, aku cinta kepada sahabatku ini. Lillahi ta'ala.

Luahan rasa aku lontarkan. Iya, kadangkala nasihatnya pedas juga. Tetapi pedas itu sebenarnya datang kerana terkena batang hidung sendiri bukan? Pastinya kerana banyak khilaf yang aku lakukan.

Aku mengadu itu dan ini. Astagfirullahal'azim. Banyak sungguh yang aku tidak syukuri daripada hidup ini sehingga aku perlu mengadu.

Satu persoalan yang dia tinggalkan untuk aku berfikir ialah "Kenapa kau pakai tudung labuh?". Mahu sahaja mengalir air mata ini. Rupanya niatku masih lagi tidak sepenuhnya lillahi ta'ala. Astagfirullahal'azim.

Ya, aku tidak sepatutnya mengadu dan mengeluh dengan apa yang berlaku. Ini semua ujian Allah untuk menguji keimanan dan keikhlasan. Adakah aku telah gagal dengan ujianMu Ya Allah? Na'uzubillahimin zalik.

Sahabat, terima kasih. Engkau menyedarkan aku mengenai sesuatu. Keikhlasan. Sabar dan redha paling penting dalam perjuangan ini mujahidah!

Ah, seperti tidak layak rasanya untuk menggelar diri sebagai mujahidah...huh~

No comments: