Demi Masa

Monday, October 18, 2010

Subhanallah

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku mulakan dengan asma' Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Mengharap redhaNya sentiasa. Bersama kudrat yang ada aku kembali menukilkan kalam. InsyaAllah

Semalam sempat meluangkan masa petang bersama Nura di taman rekreasi berhampiran Female Sports Complex. Subhanallah. Alam ciptaan Allah memang tiada tolok bandingnya. Petang kelmarin Ada turut serta tetapi semalam mungkin juga Ada punyai urusan lain.

Cerita petang kelmarin dahulu. Kami ke sana agak lewat juga. Sudah hampir pukul 6.30 petang. Dapat juga melihat sekelompok brothers yang sedang berkayak. Foreigner kalau tidak silap. Terhibur juga melihat gelagat mereka yang sangat seronok bermain air. Hilang sebentar kekusutan kami menyiapkan project work Programming. Bak kata Ada, mereka ibarat pelajar Malaysia di luar negara yang baru jumpa salji. Pasti seronok bukan mengembara ke negara orang? Pasti lebih banyak dapat mensyukuri keindahan ciptaan Allah. Alhamdulillah, subhanallah.

Selain itu sempat juga kami menghayati suasana matahari terbenam. Subhanallah, memang tidak tergambar keindahan ciptaanNya. Terasa tenang sekali. Kami pulang ketika azan maghrib berkumandang. Sangat tidak sedar masa berjalan ketika menghayati alam sebegitu. Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar.

Maaf, kerana terlampau menghayati keindahan, tiada gambar yang sempat diambil. InsyaAllah, lain masa.

Semalam pula bersama Nura sahaja. Kali ini lebih awal kami bergerak dari mahalah, sebelum pukul 6 rasanya. Sampai di sana sempat juga kami berjoggingsebentar. Tetapi semalam belum ada lagi yang berkayak. Jadi sungai itu masih lengang.

Semalam juga, rasanya lebih ramai berbanding hari sebelumnya. Semalam ada juga ibu bapa yang datang bersama anak-anak kecil yang sangat comel! Sungguh, comel sangat-sangat! bila aku nak ada anak yang comel-comel ni? erk?!

Kami pulang lebih awal semalam. Sebelum pukul 7 lagi kami sudah sampai ke mahalah. Nura mengajak pulang mengikut jalan yang berbeza, iaitu di pedestrian walk. Aku mengikut sahaja, sengaja mahu bertukar angin. Sambil berjalan kami bersembang itu dan ini juga mengamati keindahan bumi UIA tercinta.

Tanpa dirancang, semuanya takdir Ilahi, seorang brother terbabas di hadapan kami bersama motornya yang sudah tersadai di bukit berhampiran Kuliyyah of Economics. Kami teragak-agak apa yang perlu dilakukan. Mujurlah ada dua orang brothers lain yang menunggang motor lalu di situ. Merekalah yang menolong brother tadi. Berfikir-fikir kami jikalau dua brothers itu tiada, bagaimanalah kami mahu menolong brother yang jatuh itu. Pastinya terbatas pertolongan kami.

Syukur, Allah mendatangkan pertolonganNya. Alhamdulillah.

Sekarang, aku sedang duduk melemparkan pandangan ke luar jendela. Melihat suasana mendung namun alam ciptaanNya tetap kekal indah begitu. Subhanallah, segala yang di langit dan di bumi adalah bukti kekuasaanMu. Allahuakbar!

2 comments:

Musafir Ilmu said...

assalamu'alaikum..
nice entry:)
menjadi pencinta alam memang tidak akan rugi:)
rasa tenang pasti kunjung tiba jika bersama alamNya. (eceh~)

p/s: hehe. kalau enti tolong mamat tu, mungkin dialah enti punya future husband. keh2 (joking only)

Ummu Humaira' said...

wa'alaikum salam..
sungguh, ciptaanNya sentiasa menenangkan jiwa :)

heh (-_-')..klu die jdoh ana, pasti Allah akan temukan kami lg.
n klu kami tolong die, mgkin gak die future husband shbt ana XD