Demi Masa

Thursday, October 7, 2010

Aku masih aku

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah aku kembali menukilkan kalam. Semoga redhaNya bersamaku. Iman, kemudilah penulisanku ini. Amin.

Sedar atau tidak, tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk menghabiskan semester pertama aku di Gombak ini. Banyak yang telah aku pelajari, banyak juga yang aku abaikan. Astagfirullahal'azim.

Kesibukan Convest juga telah berakhir. Kead
aan dalam UIA ini kembali tenang, tiada sesak dan sibuk lagi.

Mock Trial: Adrenaline 090909 boleh aku katakan sebagai superb! Jalan ceritanya sangat matang dan juga terselit unsur kelakar yang berpada. Masih terdapat beberapa khilaf juga yang terlepas pandang oleh pihak penganjur. Semoga Mock Trial yang akan datang dapat mereka atasi semua
itu.

Konsert Palestine Tomorrow Will Be Free sempat juga aku hadiri. Iya, walaupun agak terlewat kerana aku menghadiri study circle sebelumnya. Maher Zain Meet the Fans aku abaikan sahaja. Kesibukan waktu pet
ang tidak begitu mengizinkan. Lagipun, aku tidak pernah berminat untuk meminta autograf dan bergambar dengan artis. Iya, aku memang tidak mudah untuk meminati sesiapa. Biar lagunya sesedap mana, hanya lagunya sahajalah yang aku minat. Boleh ya begitu?

Alhamdulillah, abang telah berjaya menamatkan pengajiannya di UIA dengan berbekal segulung ijazah juga sebuah anugerah best student in corporate law bersama. Mabruk abang!



Okay, i have my own lawyer now. So, watch out people! Don't ever mess up with me. Hee~

Hari ni, semacam bad day untuk aku. Ya, two quizzes berturut-turut. And guess what? Both quizzes I done stupidly. Not enough time to study, my mouth said. But the truth is I was wasting my time instead of studying. Going here and there, chit chatting these and those, and of course there's lots more. Astagfirullahal'azim.

Okay, just to pamper my own feeling, I motivate myself by saying, be positive, mujahidah! Mistakes do happen, and it happens in order for you to learn from it. InsyaAllah. Fuhh..kembali menghembus nafas untuk tenang.

Senyum :)

Aku akhiri dahulu penulisan. Ada urusan yang telah memanggil.

Wallahu'alam bissawab.

2 comments:

ワントシ said...

hurm, jgn risau ek syak..
seteruk mane pon result ko nanti, sesame kite study tok final spaye,
insyaAllah, dpt gak topup skit..
jgn sedih2 k..
luv u much~

Ummu Humaira' said...

xsdey pon, insyaAllah.
kne latih diri ni spy slalu sbr n redha.
i'll try my best for that.
n I believe that Allah will always be with us :)