Demi Masa

Thursday, October 21, 2010

Bolehku tahu bagaimana?

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan asma' Allah yang mulia, aku mulakan menitip bait-bait kata, menukil kalam yang serba kekurangan. Segala yang sempurna milik Allah, aku hambaNya hanya mencuba memanfaatkan nikmatNya sehabis baik. Walau seringkali juga aku menafikan nikmatNya. Astagfirullahal'azim.

Aku, hambaNya, masih bertatih membina diri. Mencuba merangkak mencari tujuan hidup. Dan akan aku cuba untuk terus berlari menggapai cintaNya. InsyaAllah.

Nafsu tidak pernah mengalah, benar bukan? Mujahadah sememangnya payah. Ya Allah, aku mohon kekuatan.

Kita hambaNya, tidak layak mengaku diri beriman selagi belum diuji. Selalu juga aku merasa ujian yang diberi teramat berat. Aduh, khilaf diri. Mana mungkin Allah sekejam itu. Allah, Ar-Rahman, Ar-Rahim. Dia tahu kemampuan kita. Sungguh, ujian itu sebenarnya untuk meningkatkan iman.

Ujian paling payah pada pendapatku adalah nafsu. Belum berjaya lagi mendidik nafsu sendiri, haih~

Soalan pertama, bagaimana ya mahu mengawal diri ketika benar-benar di puncak kemarahan? Astagfirullahal'azim. Lemahnya diri ini.

Cara yang dianjurkan Rasulullah adalah berwudhuk. InsyaAllah, itu adalah yang terbaik. Kalau marah itu ketika berdiri, duduklah. Kalau ketika duduk berbaringlah. Istigfar banyak-banyak. Fuhh..hembus nafas. Biar kemarahan itu berkurang.

"Kau boleh bersabar eh dengan diorang tu?"

Kata sahabatku. Aku hanya senyum. Kalau aku tidak bersabar mungkin juga kerusi meja pun boleh melayang ke muka mereka. Sahabat, aku masih mencari kekuatan. Kesabaran aku pasti ada batasannya, dan aku harap batas kesabaran itu jauh lagi.

"Orang yang paling kuat adalah orang yang dapat mengawal marah"

Senyum. Aku mahu jadi kuat. =)

Tetapi..

Bolehku tahu bagaimana mahu membuat mulut mereka itu senyap? Sepertinya masih belum letih mengeluarkan kata-kata yang menjengkelkan itu. Tolonglah saudara, aku takut kesabaranku hilang.

Marah bukan pilihanku. Aku tidak mahu sebarang suasana tegang berlaku. Aku suka tenang. Aku pasti semua orang pun begitu.

Mengadu pada ummi dan ayah tentang apa yang mereka lakukan? Boleh sahaja. Tetapi aku tidak mahu memburukkan nama anda, saudara. Kita masih saudara seakidah, lillahi ta'ala.

Apabila difikir kembali, ini mungkin juga peringatan Allah buatku. Iyalah, muamalat masih belum terjaga. Pastinya membuka ruang-ruang fitnah bagi insan lain. Na'uzubillahimin zalik.

Itulah mujahidah, mujahadah itu penting.

Kisah kedua:

Bolehku tahu bagaimana mahu menegur kesalahan kawan sendiri? Ouh, memang susah kerana imanku terlalu lemah. Aku cinta kepada sahabatku, kawanku, saudaraku, lillahi ta'ala. Kerana itu aku tidak mahu membiarkan mereka terbakar dengan api neraka. Aku juga tidak mahu begitu. Tetapi, aku tidak punya kebijaksanaan untuk menegur juga menjaga hati mereka. Nasihat itu perlu berhikmah, bukan?

Ah, banyak lagi yang aku perlu perbaiki pada diri. Mujahidah, selamat bermujahadah!

La haula wala quwwata illa billah.

2 comments:

Abdullah Shazmeer said...

Salam 'alaik wbt..
takziah ats musibah yg mnimpa anti..
ana mnx maaf bg phak shbt2 ana ats kelakuan mreka yg agk kterlaluan..
ana da cbe utk nsihat shbt2 ana 2, bt dorg still cm2 gak, asif ats ktidakmampuan ana utk mngawal keadaan..

moge anti trus sbr n tabah mghdapi ujian drpdNya.. wallahu'alam..

Mujahidah Mardatillah said...

wa'alaik salam.
thnx 4 ur concern..
anta tau pe yg b'laku ke? haih~
maaf itu sntiasa sdia diberi, insyaAllah. cuma takut juga klu hilang kesabaran diri.
anta cuba menasihati mereka pon da ckup ana b'syukur, insyaAllah, lme2 nnt mreka akan senyap juga.(mudah2an)

dan ya, xprlu mntk maaf utk ketidakmampuan anta,kita hanya hambaNya, tidak mampu utk mngubah sesuatu tnpa izinNya. Pasti Allah ada hikmah di sebalik semua ini.

sabar itu masih perlu dibina, masih mngharap kekuatan dr Allah..

la haula wala quwwata illa billah, wallahu'alam bissawab.