Demi Masa

Saturday, October 23, 2010

Jangan hina tudung kami!

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan menyebut asma' Allah yang mulia, aku mulakan kalam. Semoga redhaNya bersamaku.

A'uzubillahiminassyaitanirrajim.

Aku mohon perlindungan dengan Allah
dari syaitan yang direjam. Semoga perasaan marah ini tidak berlandaskan nafsu dan dicucuk syaitan semata-mata. Marah ini kerana iman dalam diri, insyaAllah.

Islamic Fashion Festival, huh?

Astagfirullahal'azim..Istigfar aku banyak
kali. Menyirap darah ini tahu? Marah benar rasanya. Aduh, agenda siapa ini?

Kononnya Festival Fesyen Islam, tetapi, ironinya amat berbeza! Aku bimbang dengan hakikat dunia hari ini. Islam sudah
dipermainkan. Tudung yang kami pakai sudah dibuang ke sampah!


Begini rupanya pemakaian tudung zaman 'moden' ni.


Memang terbeliak la biji mata ikhwah kalau begi
ni pakaian muslimah sekarang. Bagaimana pendeknya akal mereka ini sehingga boleh menggelarkan semua itu sebagai islamik? Jadi tudung yang kami pakai ini di mana tarafnya?

Gambar yang ini lagi menyirap darah dibuatnya. Nama kekasih Allah diperlakukan sebegitu. Astagfirullahal'azim. Boleh aku kata bodoh?! Ugh! Aku marah kerana iman dalam diriku memberontak. Aku tidak betah membiarkan iman ini terseksa.



Benar. Islam tidak pernah menyekat fesyen. Isl
am itu cantik, Islam itu indah dan yang penting, Islam itu fitrah. Islam memahami kehendak fitrah yang sentiasa inginkan yang cantik. Tetapi, beringatlah sikit, cantik itu definisinya bukannya mendedahkan segala aurat yang sewajibnya ditutup. Berfesyen itu tidak seperlunya mendedahkan. Aduhai pihak yang berkenaan, sedarlah bahawa azab Allah itu tidak terkira pedihnya. Api neraka itu tiada tara panasnya.

Jika kami muslimah tidak mengerti semua itu, tidak perlulah kami memakai tudung selabuh mungkin. Berpanas-panas dengan bahang matahari memakai pakaian tertutup dan berlapis-lapis. Tidak pe
rlulah kami memilih pakaian yang tebal untuk menghalang cahaya membiaskan susuk tubuh kami. Memang panas begitu. Tetapi kami yakin, panas itu tiadalah apa jika dibandingkan dengan panasnya api neraka yang akan membakar setiap bahagian anggota yang kami biarkan tidak tertutup itu.


busana muslim begini?

Jangan hina tudung kami! Tudung itu indahnya apabila tersarung di kepala seorang muslimah. Jangan perlekehkan ia sebegi
tu.

Dari Abi Sa'id al-Khudri r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barabf siapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tidak mampu, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Jika sekiranya ia tidak mampu, maka hendaklah ia mengubahnya denga hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemah iman.
(Riwayat Muslim)

Ya Allah, hambaMu ini mengharap pengampunan dariMu. HambaMu ini takut dengan hakikat umat Islam ketika ini. HambaMu ini takut kepada azabMu. HambaMu ini memohon kekuatan dariMu semoga aku mampu menentang kemungkaran yang berleluasa di hadapanku. Ya Allah, dengan sesungguhnya, aku memohon kekuatan..Amin.


seperti pernah kulihat insan-insan ini..hurm..


No comments: