Demi Masa

Saturday, September 11, 2010

Syawal 1431H

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku mulakan dengan menyebut asma' Allah, semoga redhaNya bersamaku. Amin.



Pertama sekali, ingin sekali aku u
capkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Begitu banyak rasanya dosaku kepada semua. Jika mahu disebutkan satu per satu, sampai habis bulan Syawal ini pun belum tentu habis dinyatakan semua. Astagfirullah.

Alhamdulillah, kita berjaya menghabisk
an bulan Ramadhan. Berjaya atau tidak kita dengan ujian yang kita sudah lalui itu? Nilai sendiri tahap iman dan taqwa kita sekarang. Semoga tarbiyah dari madrasah Ramadhan itu memantapkan iman kita ya?

Aidilfitri tahun ini tidak pulang ke kampung pun. Opah dan Tok beraya di Ipoh sahaja. Pagi tadi baru Ummi dan Ayah menghantar Opah dan Tok kembali ke Lenggong. Kami adik beradik tidak ikut serta, masing-masing sakit perut dek penangan lemang dan rendang semalam. Ujian dari Allah bukan? InsyaAllah sebagai penguat iman kami. Amin.

Esok, aku dijemput ke walimah kakak kepada sahabatku. Aduh, rasanya perlu dihampakan perlawaan itu kerana ada walimah lain yang perlu dihadiri disini. Lagi pun, Malim Nawar itu jauh juga. Maaf ya, sahabat?

Hari itu membaca akhbar, terbaca mengenai ada jemaah yang merayakan Aidilfitri lebih awal daripada ummat Islam yang lain. Ya Allah, entah apa yang membuatkan mereka sesuka hati menentukan tarikh Aidilfitri sendiri. Semoga mereka memperoleh hidayah. Amin.

Tetapi, jikalau perempuan beraya awal, tentu ada sebab yang kukuh bukan? hee~

Ketika ini, hatiku kembali diuji. Aku mencuba sehabis baik untuk memeliharanya dari kotor. Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Aku lemah dengan fitrahku sendiri.

Dia. Kembali menghadirkan diri. Tidak memberi kenyataan pasti. Cuma masih membuahkan harapan samar dalam diriku.

Teringat kembali janji gila yang aku buat kepada diriku sendiri dahulu. Seingatku, aku sendiri sudah memungkirinya. Cuma janji itu belum luput. Entah masih mahu diteruskan atau dilupakan sahaja. Soal hati, biar Allah yang menentukan. Aku bertawakal 'alallah.

Kisah yang lain pula masih berlangsung. Kisah itu juga mengganggu perasaanku. Entah, aku tidak betah mengharungi semua ini seorang diri. Aku perlu Allah setiap waktu.

Ya Allah, kepadaMu aku menyerahkan cintaku. Hanya milikMu hatiku. Bantulah aku dalam menempuhi ujian keimanan ini. Jangan biarkan aku berputus asa dari terus berharap kepadaMu. Teguhkanlah keimananku kepadaMu. Peliharalah hatiku, cintaku kepadaMu. Aku mahu ia terus suci. Tidak dicemari, tidak dikotori. Sungguh, aku takut akan murkaMu, aku takut akan azabMu. Ampunkanlah segala khilaf dan dosa hambaMu ini. Aku memohon dengan sepenuh-penuh pengharapan. Terimalah taubatku dan thabatkan aku di jalanMu. Istiqamahkan aku dengan perjuangan yang aku pilih ini. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Ya Allah, don't let me go astray...

No comments: