Demi Masa

Friday, September 24, 2010

mencari nafas

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku mulakan dengan menyebut nama Allah. Semoga bersamanya beserta rahmat dan redhaNya. Subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar. Syukur kerana masih berpeluang melihat alam ciptaan ilahi pagi ini. Indah, masih indah dan akan terus kekal begitu.

Awal pagi lagi aku sudah menjenguk ke laman maya ini. Bagi mengelakkan perasaan kantuk yang cuba menguasai diri, aku mencari info-info berguna di internet. Mata terasa segar sedikit demi sedikit. Pagi-pagi begini mahu menenangkan fikiran dahulu selepas penat memerah otak menjawab exam semalam. Sabtu ini Programming pula, insyaAllah hari ini akan aku luangkan untuk mengulangkaji subjek tersebut.

Riang bunyi kicauan burung mengindahkan suasana. Tenang, nyaman..

Fikiran ini sebenarnya sedikit serabut. Masih ada urusan yang memerlukan penyelesaian. Mencari-cari jalan yang terbaik bagi menyelesaikan. Semoga dipermudahkan Allah. Harapnya masih ada sinar dan harapan bagi urusan ini. Ya Allah, aku mohon Engkau memudahkan urusanku. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Memudahkan. Amin.

Fuhh..Aku menghembus nafas dengan harapan segala kekusutan keluar bersamanya. Andai begitu, pasti mudah, bukan?

Tidak. Aku tidak akan mengalah. Perjuangan ini memerlukan pengorbanan. Dan, pengorbanan itu memang payah. Cekal, tabah dan ikhlas mujahidah.

Oh, jalan penyelesaian yang aku terfikirkan ini memang benar-benar memerlukan usaha yang benar-benar gigih dan mutlak. Ya Allah, mampukah aku?

Fuhh..Kembali menghembus nafas. Kali ini lebih deras. Bukan mengeluh, tetapi tanda perjuangan akan diteruskan! Ayuh mujahidah, capai cita-citamu!

Semoga dibantu Allah. Amin.

2 comments:

Agoes said...

smoga Allah membantu hambaNya yang sungguh sungguh dalam berusaha...

Ummu Humaira' said...

insyaAllah, amin.