Demi Masa

Monday, May 10, 2010

Air dicincang tidak akan putus

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan namaMu Ya Rabbal 'Alamin, dengan sifatMu Ar-Rahman dan Ar-Rahim, aku mengharap agar redhaMu d
an rahmatMu sentiasa bersamaku. Amin.

Ummi, ayah dan akak sudah ke tempat kerja masing-masing. Tinggallah aku dan abangme sahaja. Tidak perlulah buat sarapan
beria-ria. Kalau abangme nak makan cereal ada. Jadi omputih ye..hee~ Selalunya puasa. Tetapi hari ini aku katakan tidak sahajalah. Yang sunat itu tidak perlu diwajibkan. InsyaAllah, Khamis nanti aku mulakan semula rutin tersebut.

Hari ini aku ingin menceritakan perihal adik beradikku. Sejak kecil menjadi peneman setiaku. Bermain bersama, bergaduh bersama dan berebut pada benda yang sama. Seronok sungguh kecil-kecil dahulu. Comel-comel belaka! hihi..

Abang ditakdirkan Allah menjadi anak sulung. Mesti manja bukan kecil-kecil dahulu? Iyalah, kasih sayang ummi ayah tumpah pada abang seorang sahaja. Nak layan pun abang seorang sahaja. Huh, cemburu sedikit :p. Abang seorang yang pendiam. Kalau di rumah ini, suaranyalah paling susah didengari. Ada emas mungkin dalam mulutnya.hahA! Dahulu di sekolah rendah abang jadi ketua pengawas. Hebat tak? hihi. Alah, mesti tak garang, baik ni. Namun, kasihan abang, keputusan UPSR dia tidak seperti yang dia harapkan. Walaupun tidak mendapat 5A, alhamdulillah berjaya masuk ke sekolah berasrama. Sebuah sekolah agama di Ipoh. Di sana juga dia menjadi pengawas. Aku hairan garangkah abang sehingga dipertanggungjawabkan menjadi pengawas? hahA! Abang menjadi inspirasi buat adik-adik sebenarnya apabila dia diterima masuk ke UIA dalam pengajian Undang-undang. Alhamdulillah, telah habis pengajiannya di situ. Sekarang sudah bekerja. Namun belum boleh lagilah dipanggil lawyer. Abang sangat protaktif dan sangat sayangkan adik bongsunya ini. hahA! Mestilahkan? Aku tahu, dia tidak akan biarkan adik bongsunya ini disakiti. Jadi, berhati-hatilah kalian. My brother is my bodyguard. hihi..


Mohd Khairil Izzi



Abang bersendirian bermanja dengan ummi ayah tidaklah lama mana. Dua tahun kemudian akak dilahirkan. Akak membesarlah bersama abang. Setahu aku akak tidaklah banyak karenah sangat. Adalah juga beberapa peristiwa yang menunjukkan akak ni tidak lalu duduk diam sewaktu kecil dahulu. hahA! Kelakar. Tidak perlu diulas di sini. Akak bolehlah dikatakan cantik. Iyalah, sejak sekolah rendah lagi ada sahaja budak lelaki yang meminatinya. Jap, cantik ke? hahA! Aku sudah selalu tengok mungkin, jemu. hihi..tidaklah! Alhamdulillah, keputusan UPSR akak cemerlang dan diterima masuk ke Sekolah Tun Fatimah. Akak menjadi pembakar semangat buat adik-adiknya pula untuk mendapat 5A dalam UPSR. Habis sekolah menengah sepanjang lima tahun di situ, akak meneruskan pengajian di UIA juga dalam bidang Ekonomi. Memang sesuailah akak belajar ekonomi, dia seorang yang sangat berjimat. Kalau di rumah, akaklah yang melayan perangai gila dan cacat aku ini. Alah, akak pun cacat juga. hahA! :p Bila dengan akak aku seronok walaupun agak rimas asyik didera. Iyalah, satu-satunya adik beradik perempuanku. Siapa lagi mahu sekepala denganku kalau bukan akak. Tidak lama lagi akak bakal bertunang dan insyaAllah bakal bernikah akhir tahun ini. Dengan siapa lagi aku akan bergurau? Siapa lagi mahu melayan gila aku ini? Agak sedih juga. Kepada bakal suaminya, Encik Azeze siaplah anda kalau anda buat kakak saye sedih! Ini amaran keras. hahA!


Nurul Hidayah


Selang dua tahun kelahiran akak, abang mendapat geng. Abangme pula dilahirkan. Menurut cerita ummi dan ayah, abangmelah paling banyak karenah kecil dahulu. Kasihan ummi dan ayah melayan abangme. Dari kanak-kanak lagi abangme suka pada komputer dan mesin. Entah, aku dahulu tidak paham apalah istimewanya benda-benda tersebut. Dengan keputusan UPSR cemerlang abangme melanjutkan pengajian peringkat menengah di Sekolah Alam Shah atau dikenali sekarang Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya. Abangme memang aktif di sekolah. Banyaklah projek yang melibatkan komputer dia terlibat. Sampai ke Hong Kong dia menjelajah. Dan dia juga berpeluang bertemu dengan Bill Gates. Memang abangme insan bertuah. Banyak sungguh impiannya tercapai, alhamdulillah. Abangme agak keras sedikit denganku. Mungkin kerana perbezaan umur yang sedikit. Mungkin kerana kerasnya itulah dia ditakdirkan untuk menyambung pelajaran dalam bidang Kejuruteraan di UniMAP. Mekatronik majornya. Memang sesuailah dengan jiwanya. Dahulu kecil-kecil abangmelah jadi teman bermain, teman bergaduh. Sudah meningkat dewasa ini, sudah semakin matang. Tidak serapat dahulu. Namun aku tahu, air dicincang tidak akan putus.


Mohd Kamil Syahid


Banyak sudah aku ceritakan tentang mereka. Aku mahu mereka tahu aku sayangkan mereka. Aku sedih jika melihat adik beradikku bergaduh. Aku takut. Abang dan abangme, aku harap mereka menurunkan ego masing-masing. Aku tahu lelaki egonya tinggi. Tetapi dengan adik beradik apa salahnya merendahkan ego bukan? Tidak ada ruginya. Abang dan abangme wali ala selepas ayah dan atok. Entah kenapalah dua abangku ini tidak rapat. Ego tinggi sangatkah? Tetapi, aku percaya air dicincang tidak akan putus. Aku pasti suatu hari nanti kedua-dua abangku akan menjadi lelaki yang bertanggungjawab. Akak pula semoga berbahagia di samping insan pilihan hati akak. Mungkin tidak ada lagi gurau senda seperti sekarang apabila akak sudah bersuami nanti. Tidak mengapa, kita semua akan dewasa. Cuma bagi ala bukan sekarang, hihi. Kalau ala tengok akak sedih, siaplah Encik Azeze. Hee~

Air dicincang tidak akan putus. Betul kan? InsyaAllah. Semoga Allah merahmati dan meredhai hidup adik beradikku. Semoga
ummi dan ayah sentiasa gembira dengan anak-anaknya. Amin.


ini kami :)

12 comments:

Abdullah said...

(^__^)

mujahidah_qurratuaini said...

apekah mksud smiley t'sebut??
ops! word kontroversi..xnk gne apekah lah..=P
nape smiley demikian rupa? sronok bc kisah kami?? hee~
(^__^)

Abdullah said...

apekah..?? hihi..
hmm, nuthing.. =p

mujahidah_qurratuaini said...

ok,,nothing ea..hurm.. =p

Abdullah said...

ntah, tbe2 rse touching plak..
(^__^)

mujahidah_qurratuaini said...

lorh?? touching??? peliklahh anta nih..
nape lak touching eh? klaka lahh..

Abdullah said...

hmm, ntah.. wallahu'alam...

mujahidah_qurratuaini said...

hmm, xpe2..touching la..
ye, Allah lebih mengetahui

Abdullah said...

(^__^)

mujahidah_qurratuaini said...

nk gak.. (^__^)

Abdullah said...

boleh2, silalah.. (^__^)

mujahidah_qurratuaini said...

perlulah?? =)
ok, up 2 u..