Demi Masa

Monday, May 31, 2010

Hanya redhaMu yang ku dambakan

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan namaMu yang suci lagi Maha Agung Ya Allah, aku bermohon agar diredhai setiap apa yang aku lakukan. Semoga taufiq dan hidayahMu sentiasa menemani langkah-langkah perjuangan ini. Amin.

Alhamdulillah, hari ini aku mulakan dengan sesuatu yang baik. Biarlah hanya Allah yang tahu. Harapannya semoga berakhir juga dengan sesuatu yang lebih baik. Yang wajib alhamdulillah sudah disempurnakan tadi. Yang harus juga selesai. Berharap yang sunat juga diterima Allah. InsyaAllah.

Sementara menunggu isya' sebentar tadi, aku sempat membaca Majalah Anis setelah selesai membaca Al-Mulk. Kerana masa yang terluang ada beberapa minit lagi, aku mengisinya dengan bahan bacaan yang insyaAllah berilmiah juga. Keluaran Mac jikalau tidak silap aku. Keluaran itu mengetengahkan isu anak derhaka. Banyak juga ilmu yang dapat diambil. Harapanku semoga yang baik itu aku jadikan pedoman dan sentiasa di ingatan, yang buruk pula aku jadikan peringatan. InsyaAllah.

Ada satu artikel pula mengenai takutlah untuk tidur dan menyesallah apabila bangun. Ironi sedikit bunyinya bukan? Tulisan saudara Hilal Asyraf. Artikel itu mengingatkan berkaitan amalan yang kita lakukan. Takut untuk tidur kerana bimbang andai esok bukan milik kita dan kita tidak sempat memohon ampun atas segala dosa. Menyesal apabila bangun kerana kita banyak merugikan masa pada hari sebelumnya. Muhasabah diri selepas membaca artikel tersebut.

Tadi mula-mula online, dapat mesej mengenai serangan di Gaza. Aduh, tiupan semangat jihad semakin menyala-nyala. Bila agaknya aku akan menyertai saudara seislamku untuk berjihad membela agama Allah ini? Aku amat merindui syahid di jalanMu Ya Allah. Pilihlah aku menjadi dari kalangan syuhada'Mu. Amin.

Aku akhiri dahulu kalam ini. Semoga Allah meredhai hidupku serta semua umat Islam. InsyaAllah.

nota kaki: Maafkan kesalahanku andai pernah mengguris hati sesiapa. Jika esok bukan milikku, redhai segala perbuatanku selama ini..

No comments: