Demi Masa

Saturday, May 1, 2010

Petang sabtu..

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan namaMu Ya Allah, aku bersyukur kerana masih dipanjangkan umurku hingga ke petang ini. Alhamdulillah.

Syukur padaMu Ya Allah kerana menurunkan hujan di bumi Petaling Jaya ini. Bukti cintaMu yang Maha Agung kepada hambaMu. Mampukah aku membalas cintaMu ini?

Aku suka hujan. Waktu yang menenangkan. Walaupun kadangkala menggerunkan kita dengan kilat dan petir, namun di saat itulah tidak akan putus-putus zikir meniti di bibir kita.

Hujan juga kadangkala membawa berita sedih namun secara keseluruhannya hujan adalah pembawa rahmat kepada makhluk bumi. Hujan membantu menyuburkan tanah yang gersang. Hujan mendinginkan cuaca yang membahang. Itulah tanda Ar-Rahman Allah.

Hujan juga adalah saat gembira ketika zaman kanak-kanak dahulu. Seronoknya jika dapat diputar kembali keriangan ketika berlari-lari di dalam hujan dahulu. Rindu saat itu. Rindu sangat! Sekarang jika berkelakuan begitu pasti dianggap buang tabiat. hahA!

Ahh, hujan pun sudah semakin reda. Burung-burung kembali berterbangan riang sambil berkicau-kicau memuji Ilahi. Aku masih di sini, duduk melepaskan pandangan ke luar jendela. Buku calculus setia di hadapanku, menanti aku menelaahnya kembali. Sebentar ya mr. calculus. Aku ingin menikmati keindahan ciptaan Ilahi sebentar. :)

Sehingga di sini dahulu kalam kali ini. Tugasku sebagai pelajar memanggilku pula. Tugas sebagai hamba Allah, Alhamdulillah sudah diselesaikan seawal mungkin tadi. Syukur diberikan kemampuan.

*IKIM.fm menjadi pilihan untuk menemaniku petang-petang begini :)

Wallahu'alam..

No comments: