Demi Masa

Monday, May 17, 2010

Pagi Isnin

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan namaMu Ya Allah, aku mulakan minggu ini dengan berharap redha dan rahmatMu sentiasa melimpahi bumi. Semoga Ar-Rahman dan Ar-rahim Allah sentiasa bersamaku dan antum.

Alhamdulillah kerana masih bernyawa untuk hidup melihat dunia dan keindahan ciptaan Ilahi. Melihat kepada ciptaanNya membuatkan diri mengagumi keagungan Allah dan tidak henti-henti memuji Allah. Allahu Akbar, Allahu 'Azim.

Semalam bersamaan 16 Mei ialah sambutan Hari Guru. Di mana-mana sama ada di blog, di Facebook dan banyak lagi semuanya memperkatakan berkenaan hari ini. Pagi lagi aku sudah mengucapkan ucapan 'Selamat Hari Guru' buat guru pertamaku iaitu ummi dan ayah. Ibu bapalah sebenarnya guru kita sejak kita dilahirkan. Merekalah yang mendidik kita menjadi manusia seperti hari ini. Jasa mereka tidak mungkin dapat dibalas.

Semalam aku terlambat sedikit untuk mengucapkan 'Selamat Hari Guru' dan terima kasihku buat guru-guru di sekolah dahulu kerana menghadapi masalah kredit telefon. Biasalah aku jikalau berada di rumah cuti-cuti begini, handphone aku biarkan sahaja tidak berkredit. Kadangkala merata-rata aku letak handphone tersebut. Hihi..

Alhamdulillah, ucapanku tidak dibalas sepi. Mereka membalas dengan doa restu. Syukur padaMu Ya Allah. Rasa rindu pula mau berjumpa dengan para pandidikku. Entahlah, reunion nanti aku mahu ke maktab atau tidak. Tiada siapa boleh menghantar aku ke sana pun.

Semuanya masih tidak pasti bagiku. Kawan-kawan, aku juga amat merindui kalian. Andai diizinkan Allah aku pasti ke bumi Pasir Salak itu, andai tidak ku harap suatu hari nanti kita akan bertemu semula.

Buat guru-guruku, jasamu tetap akan ku kenang hingga ke akhir hayat. Mustahil dapatku balas jasa kalian. Aku mendoakan semoga Allah memberi kalian ganjaran terbaik dan syurga untuk kalian. InsyaAllah. Amin.

No comments: