Demi Masa

Friday, April 2, 2010

aku kembali

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan lafaz mulia, aku mulakan kembali penulisan kalamku setelah hampir seminggu aku tinggalkan.

Jikalau masih ingat, aku ada menyatakan di post sebelum ini bahawa ada perkara yang ingin aku ceritakan. Begini, abang dan kakakku bakal bernikah tidak lama lagi! Mungkin akhir tahun ini atau awal tahun hadapan. Hmm..

Sepanjang seminggu ini aku cuba belajar menerima kenyataan. Dan Alhamdulillah, aku semakin menerima hakikat tersebut. Bukan apa, aku cuma tidak bersedia untuk menerima orang lain dalam keluarga aku. Tetapi jangan risau, aku akan menyesuaikan diri.

Ummi dan ayah pun sudah merestui. Jadi siapalah aku untuk menghalang. Aku perlu terima kenyataan bahawa, kami adik beradik sudah meningkat dewasa. Bukan lagi kanak-kanak yang masih bermain aci kejar bersama-sama, bukan juga kanak-kanak yang menangis kerana merebutkan ais krim. Huh, kami sudah matang rupanya.

Terasa masa cepat berlalu. Tidak lama lagi pasti abangme pula yang menemui jodohnya. Kemudian..Ah, aku tidak mahu memikirkan perkara seterusnya. Aku belum bersedia. Sangat-sangat tidak bersedia! Sebenarnya itulah salah satu perkara yang aku bimbangkan.

Aku belum cukup matang untuk menjadi seorang dewasa. Tidak! Jangan paksa aku. Aku masih ingin menjadi anak bongsu kepada ummi dan ayah. Aku masih ingin menjadi anak manja bagi ummi dan ayah. Aku masih ingin ditimang ummi dan ayah. Aku masih mahu ditepuk ayah. Aku masih ingin duduk di celah ketiak ummi. Boleh kan begitu? =)

Huh, aku tahu suatu hari nanti aku perlu menjadi dewasa juga. Itu pasti. Tetapi jangan sekarang ya? Aku masih ingin menjadi seorang adik. Boleh ya?

No comments: