Demi Masa

Tuesday, December 7, 2010

Ma'al Hijrah 1432H

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku mulakan kalam dengan asma' Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji dan puja hanya layak buatNya. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW yang sentiasa dirindui. Semoga redha Allah mengiringiku, juga kamu. Amin.

Pertama sekali, salam ma'al hijrah. Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur oleh Allah untuk merasai hidup hingga ke saat ini. Syukur. Azam baru? Entahlah, masih serupa. Mengejar cinta Allah dan redhaNya. Itu bukanlah azam baru, tetapi azam berterusan.

*Senyum :)

Harapnya tahun ini akan menjadikan aku insan yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Amin. InsyaAllah.

Tahun lepas, (hihi, semalam sebenarnya, tahun lepaslah kan? ;D) final exam result 1st sem 2010/2011 sudah dikeluarkan. Alhamdulillah, syukur dengan nikmatNya. Tidak tahu lagi bagaimana untuk mendustakan cintaNya. Walau terlalu banyak dosa yang aku lakukan, tetap juga Allah menurunkan nikmatNya buatku. Tidaklah pula aku mendapat 3.8 and above seperti yang aku impikan, yet the 'word' is stated there.

Ini bukti cintaNya. Aku tidak mahu lagi memikirkan cinta lain dari itu.

Tetapi, dalam syukur dan gembira ini terbit juga kerisauan. Iyalah, seseorang hamba itu apabila menerima nikmat daripada Tuhannya, sama ada akan menjadikan dia lebih bersyukur atau menjadikan lebih alpa. Na'uzubillahi min zalik. Nikmat itu ujian sebenarnya. Risau sangat andai aku kalah dengan ujian itu.

Ya Allah, aku mohon jadikanlah aku tergolong dalam hambaMu yang bersyukur. Amin.

Mujahidah, ini baru semester pertama. Tujuh lagi semester akan mendatang. Jangan terlampau memburu dean's list itu. Ingat, niat utama. Lillahi ta'ala.

Risau, risau, risau. Harapan Ummi dan Ayah juga pasti lebih tinggi padaku. Mestinya mahu aku terus cemerlang setiap semester, dunia akhirat pastinya. Tetapi, melihat senyum Ummi dan Ayah semalam sudah cukup menggembirakan hatiku. Juga menghilangkan sedikit kerisauan.

Usaha wajib dikekalkan, malah digandakan. Perjuangan ini belum selesai selagi maut belum bertandang!

Wallahu'alam bissawab.

No comments: