Demi Masa

Friday, December 3, 2010

Erti

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku mulakan dengan menyebut asma' Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Puji-pujian hanya layak kepadaNya. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Alhamdulillah, masih berpeluang bernafas hingga ke saat ini. Syukur. Walau terlalu banyak suruhanNya aku mungkiri dan laranganNya yang aku ingkari, Dia, Ar-Rahman dan Ar-Rahim masih memberi peluang untukku merasai nikmatNya dan memberi kesempatan untuk aku terus bertaubat. InsyaAllah.

Ya Allah, aku insan lemah dan tetap lemah di sampingMu. Aku mohon kekuatan dariMu Al-Aziz. Aku mustahil dapat terus gagah dalam perjuangan ini tanpa bantuanMu. Ya Allah Ya Waliy, peliharalah imanku. Semoga terus kukuh dengan perjuangan ini. Ya Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agamaMu, tetapkanlah hatiku di atas ketaatan kepadaMu. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Teringat satu ketika dahulu. Antara ramadhan yang lepas atau sebelumnya. Ketika itu aku terlalu mengejar untuk khatam Quran sebanyak yang boleh. Kemudian Akak menegur,

"Bacalah tafsir."

Ringkas. Namun maksudnya mendalam. Dan aku terdiam selepas itu. Namun aku habiskan bacaanku juga hingga ke juzu' amma.

Ya. Adakalanya aku hanya mengira berapa kali aku berjaya mengkhatamkan Al-Quran tanpa menyedari bahawa ada yang lebih penting daripada itu. Tafsir kalamullah itu sendiri. Dahulu begitu teruja apabila berjaya menghabiskan bacaan. Namun, hasil bacaan itu seperti kosong. Dan sejak itu aku mula berubah, insyaAllah. Biar lebih lama tempoh untuk mengkhatamkan kalam Allah itu, tetapi jauh lebih berbaloi apabila faham ayat-ayat cinta Allah itu.

Dan dengan menghayati makna kitabNya, kita akan lebih menyedari kebesaran Allah dan segala sifat-sifatNya.

Tadi, membaca kata-kata Allah yang ini.

Ar-Ra'd [13:22-24]

Senyum, dan terus menanam kekuatan. Sabar itu kunci orang mukmin. Impianku ialah mencapai redha Allah, bukan suka-suka tetapi kerana cintaNya.

Kekuatan itu kekal milikNya. Aku hanyalah hamba. Moga-moga terus teguh dengan cita dan matlamat.

La haula wala quwwata illa billah.

No comments: