Demi Masa

Monday, December 20, 2010

Ma fi qalbi ghairullah

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku menulis kembali dengan dimulakan dengan asma' Allah. Semoga redhaNya di setiap hembusan nafasku. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Letih melayan emosi yang entah apa-apa ini. Cukup!

Tadi petang tidur sebentar untuk menghilangkan lelah juga dengan harapan semua perasaan sedih itu akan hilang dibawa mimpi. Ah, makin pening adalah apabila bangun.

Tiba-tiba rasa mahu menangis apabila terjaga tadi. Oh, tidak! Air mata ini tidak layak untuk itu. Tenang, tenang, istigfar banyak-banyak.

Aku menelefon sahabatku, Amni. Dialah pendengar setia masalah aku sejak di maktab lagi. Aku cinta sahabatku ini, lillahi ta'ala! Mata sudah terasa basah-basah sedikit. Fuhh, sabar mujahidah. Nasihat dia, "pergi baca al-mathurat shark, tenang sikit nanti". Benar sahabat, itulah jalan yang terbaik. Dek terlalu melayan perasaan itu, Allah tanpa disengajakan dilupakan. Astagfirullahal'azim.

Habis berbicara di telefon aku lantas mencapai al-mathurat. Dengan sepenuh hati aku menaruh harapan kepada Al-Khaliq, pemilik hatiku. Semoga tenang diperoleh. Amni memberi mesej menyuruh aku menghayati makna mathurat itu sekali, insyaAllah lebih tenang. Aku mengikut nasihatnya. Alhamdulillah, sudah semakin tenang sekarang. Ini semua rahmat Allah. Sahabat aku tadi juga bukti cinta Allah kepadaku. Syukur.

Amni, aku tahu engkau antara pembaca blog ini. Aku mahu engkau tahu, aku mencintaimu lillahi ta'ala. Aku bertuah dikurniakan sahabat sepertimu. Terima kasih sahabat untuk segalanya. Terima kasih untuk persahabatan ini. Terima kasih untuk cinta itu. Sayang anda sangat-sangat!

Cukuplah Allah untukku, dalam hatiku hanya ada Allah..

No comments: