Demi Masa

Wednesday, May 12, 2010

Kenapakah??

Bismillahirrahmanirrahim..

Semoga redha Allah sentiasa bersamaku dalam meniti perjuangan ini.

Post kali ini mungkin agak merepek atau yang sewaktu dengannya. Mungkin disebabkan keadaan otakku yang agak pening sekarang. Jadi antum diharap faham dengan keadaan ini. Atau lebih mudah abaikan sahaja penulisanku ini. Hee~

Kenapakah?? #1:
Kenapakah bila aku online dan menghadap internet je aku jadi mengantuk? Kemudiannya aku akan tertidur di depan laptop ini. Hurm..

Kenapakah?? #2:
Kenapakah ya, asal aku nak post blog je seminit lepas itu aku jadi malas dan hilang idea? Kemudiannya aku biarkan sahaja blog ini tidak berusik. Hurm..

Kenapakah?? #3:
Kenapakah lagi, aku online facebook dan tiada idea untuk mengupdate status? Kemudiannya perasaan bosan menjelma lalu aku terus offline. Hurm..

Kenapakah?? #4:
Kenapakah semenjak dua menjak tiga menjak ini aku selalu jadi pelupa? Terlalu banyak makan semutkah? Kemudiannya aku akan terus menggaru kepala. Hurm..

Kenapakah?? #5:
Kenapakah aku rasa seperti tidak mahu ambil lesen cuti ini? Rasa malas dan takut mungkin. Atau aku seorang pencinta alam sekitar yang tidak mahu mencemarkan alam sekitar dengan asap ekzos kereta? Hurm..

Kenapakah?? #6:
Kenapakah orang yang berada dalam bidang logik seperti math terlalu dengan pemikiran logik dan orang yang berada dalam sastera terlalu dengan pemikiran berbunganya? Orang otak kiri selalu memandang sesuatu secara tersurat. Orang otak kanan pula selalu melihat sesuatu secara tersirat. Bagiku tersurat dan tersirat kedua-duanya penting. Hurm..

Kenapakah?? #7:
Kenapakah daun itu dipanggil daun kari sedangkan untuk membuat serbuk kari tidak langsung menggunakan daun tersebut sebagai ramuan? Hurm..

Kenapakah?? #8:
Kenapakah aku perlu rasa risau sekarang ini? Perlukah? Hurm..

Kenapakah?? #9:
Kenapakah jerawat ini masih tegar mendiam di mukaku? Tidak ada tempat lain lagikah? Hurm..Ouh, mereka hampir hilang. Alhamdulillah..

Kenapakah?? #10:
Kenapakah aku rasa malas ke PS pada hari yang ditetapkan itu? Fobia dengan kisah lamakah? Tetapi rindu dengan teman-teman. Hurm..

Kenapakah?? #11:
Kenapakah maaf itu mudah diberi tetapi melupakannya sukar sekali? Ikhlaskah aku memberi maaf? Hurm..

Kenapakah?? #12:
Kenapakah aku perlu risau dengan keredhaan manusia dalam mencari mardhatillah? Allah Maha Kuasa. Atau aku masih lemah imannya? Hurm..

Kenapakah?? #13:
Kenapakah pendirian aku kadang-kadang berubah-ubah? Hurm..

Kenapakah?? #14:
Kenapakah jerawat tadi meninggalkan parut? Sebagai tanda kenang-kenangankah? Aku rasa aku tidak memerlukannya. Hurm..

Kenapakah?? #15:
Kenapakah tugas menstapler kertas exam diserahkan kepada guru, atau sebetulnya anak guru? Bukan tugas office boy kah? Hurm..

Kenapakah?? #16:
Kenapakah aku sudah lupa apa yang aku ingin soalkan tadi? Dinner berlaukkan semutkah tadi? Hurm..

Kenapakah?? #17:
Kenapakah aku sekarang sudah menjadi seorang yang lembut hati? Kalau dahulu susah betul aku nak ketawa, susah betul aku nak menangis, susah betul aku nak senyum. Tetapi sekarang, macam senang je nak pamerkan semua perasaan tersebut. Hatiku sudah ada tamankah sekarang, bukan lagi gua batu? Hurm..

Kenapakah?? #18:
Kenapakah lelaki egonya tinggi? Mahal sangatkah harga ego tersebut? Hurm..

Kenapakah?? #19:
Kenapakah muslimah sekarang kurang sifat haya' dalam diri? Kadang-kadang tiada langsung. Adakah aku termasuk salah satu golongan tersebut? Na'uzubillah. Hurm..

Kenapakah?? #20:
Kenapakah persoalan-persoalan di atas bermain di fikiranku? Perlukah aku post di blog ini? Hurm..

Banyak juga persoalan yang aku utarakan. Banyak lagi mungkin di dalam kotak fikiranku. Mungkin nanti pula aku tanyakan.

Tetapi..siapa yang akan menjawab semua soalanku di atas?? Hurm..

2 comments:

Abdullah Shazmeer said...

Wallahu'alam... (^__^)

Ummu Humaira' said...

(^_^)
ingtkn nk tlg jwbkn td..